Friday, February 8, 2013

PERKONGSIAN RASA

As salam.

Ye betul tu, saya nak berkongsi rasa seorang wanita di ambang usia nak masuk 4 series nanti. Macam yang saya selalu sebut semenjak dua menjak ni, bila usia semakin meningkat, macam-macam rasa yang terlintas di hati dan sanubari, banyak yang perlu diperbaiki, huhu. 

Masih terngiang ngiang di telinga ni, apa yang Ustaz sampaikan tempohari, orang perempuan ni lepas je akil baligh mesti wajib menutup aurat, tidak tinggal solat dan sebagainya, kira lah dari umur kita sekarang, tolak kan dengan umur akil baligh dulu, dah berapa tahun kita mengumpul pahala atau menambah dosa, huwaaaa, banyaknya yang perlu diperbaiki.  Hidup kita ni singkat sangat,  mari lah buat amal banyak-banyak untuk saham akhirat yang kekal abadi.


Memang berat tanggungjawab seorang suami, bukan sahaja perlu menanggung dosa untuk diri sendiri, malahan bertanggungjawab untuk isteri, anak perempuan dan yang berkaitan.  Doa saya setiap hari, tetapkanlah iman kami sekeluarga untuk meninggalkan apa yang dilarang, buat apa yang wajib, semoga kami sekeluarga beroleh keredhaan, aamiin.


2 comments:

nea lopah said...

Tu yang perlunya kita mendengar ceramah agama.. bnyk perkara yang kadang2 kita alpa.

Shibam Jelita said...

betul tu neelofa, ehhh silap, nea lopah :)