Wednesday, February 6, 2013

SAYA AKAN TERUSKAN AMALAN INI

 As salam.

Dari zaman saya kanak-kanak lagi, mak abah saya dah praktikkan sambut birthday anak beranak, tak payah panggil jiran tetangga atau saudara mara pun tak mengapa, yang penting bila sampai nya tarikh birthday masing-masing, abah akan beli kan sebiji kek, baca doa dan makan-makan bersama ahli keluarga. Ingat lagi, saya selalu tertunggu-tunggu birthday abang dan ahli keluarga yang lain semata-mata nak dapat tiup kek dan makan yang sedap-sedap, masa zaman tu, dapat makan KFC adalah yang terpaling sedap sekali, hihi.


Baru-baru ni kita orang celebrate kan birthday mak yang ke 64 tahun. Alhamdulillah, sungguhpun mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, semuanya masih terkawal dengan pemeriksaan berkala dan makan ubat mengikut jadual.


Macam biasa, semua adik beradik saya akan berusaha untuk mengosongkan jadual masing-masing untuk menggembirakan hati orang tua semasa mereka masih sihat ni. Ada je yang berfikiran, alah, dah tua-tua ni tak payah lah nak sambut birthday bagai, tapi pada saya, menyambut hari jadi lah yang terpenting sekali sebab kita tidak tahu sama ada kita masih berpeluang untuk menyambut nya di tahun-tahun yang mendatang, makanya selagi hayat dikandung badan, diberi peluang untuk bernafas, ada rezeki, marilah kita berkumpul meraikan hari jadi keluarga tersayang :)

Mak bersama besan nya, kebetulan menyambut hari jadi dalam bulan yang sama, dapatlah potong kek bersama-sama. Menu hari tu ada macam-macam, ada nasi arab, lauk pauk kampung, kuih muih dan pizza yang dibawa oleh kakak-kakak ipar saya, alhamdulillah, kenyang perut menikmati juadah yang sedap.

Kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, saya hendak teruskan amalam menyambut hari jadi ni untuk keluarga saya dan saya harap sangat semoga anak-anak saya juga akan dapat mengekalkan amalan ini untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaaan kami :)


4 comments:

adarnadzmie said...

semoga mak akak diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki...aminnn

Ietams said...

semoga mak akak sihat & murah rezki selalu

zack_ef said...

Kak,

Boleh saya menyelit disini, saya terbaca tentang penyakit emak akak. Kebetulan saya dari Alpha One sedang menjalankan program rawatan percuma ke rumah. Program ini memberi peluang pesakit2 Darah Tinggi, Kencing Manis dll untuk menerima rawatan selama 3 hari dirumah sendiri. Jadi jika akak berminat, mohon akak berbincang dengan suami untuk memberi rawatan percuma ini pada keluarga akak sendiri khususnya untuk emak akak. Mudah-mudahan ianya membantu Bonda akak. Sila contact saya di 016 382 9030 (Fitri)

Shibam Jelita said...

terima kasih adarnadzmie & ietams atas ucapan dan doa kalian :)

fitri : insyaallah, nanti akak tanyakan mak ye, kalau dia berminat, akak akan contact, tq