Thursday, January 31, 2013

BERSYUKURLAH ANAK-ANAK

As salam.

Anak-anak yang lahir di zaman sekarang memang sangat bertuah, celik mata je, kebanyakannya dah duduk di rumah yang selesa dan serba serbi nya lengkap. Klise sangat bila nak membandingkan zaman saya menjadi kanak-kanak 30 tahun dahulu, kemudahan telefon, internet, semuanya belum ada, tapi itu lah kenyatannya kan, anak-anak sekarang sangat dan cukup bertuah, ibu bapa zaman sekarang kebanyakannya mampu untuk menyediakan kelengkapan terbaik untuk anak masing-masing.


Ini pandangan biasa di hujung minggu, seharian dok menyarap macam tu pun tak apa, janji ada gajet sorang satu, aman mama dia orang nak buat kerja, nak buat macam mana, zaman sekarang ni, kalau pergi mana-mana pun, memang anak-anak akan habiskan masa dengan gajet je, jangan haraplah nak ada adegan main kejar-kejar ke, galah panjang ke, ting ting ke, semua tu dah takde, huhuhu.

Kalau panjang umur nanti, zaman cucu saya entah macam mana lah pulak ?


Wednesday, January 30, 2013

@ GRILLS BANDAR BARU BANGI

As salam.

Di area tempat tinggal saya ni memang banyak betul kedai makan, kalau malas nak masak, dalam masa sebulan pun belum tentu boleh habiskan rotate untuk makan di kedai-kedai yang ada ni, memang banyak pilihan :)

Hari tu kita orang lunch di @ Grills Bandar Baru Bangi, cantik dan simple deko restoran nya, makanan dia pun not bad lah di anak tekak manja saya ni.


Onion rings dia yang sangat sedap & crunchy. 


Salad yang sedap di anak tekak pencinta sayur-sayuran.


Saya order chicken chop yang sedap ni, akan tetapi, saya kategori kan kepingan ayam dia tu sebagai kecil dan tidak mencukupi untuk mengenyangkan perut saya, dua tiga kali ngap je dah habis, muahaha. Harga sepinggan ni RM19.90, so murah ke mahal ?


Tuesday, January 29, 2013

TELATAH ANAK BONGSU KU

As salam.

Muahaha, sekali lagi pitam baca tajuk entry sendiri yang skema, tak sesuai langsung dengan pembawakan diri ku yang brutal ini. Macam biasa ehh, blog mak mak orang ni akan selalu dok pulun cerita pasal anak-anak, masak-masak aje lah ye, nak cerita gosip ke, cerita gaduh ke,  kawan-kawan boleh baca kat blog lain yang macam cendawan tumbuh selepas hujan, ada banyak pilihan sekarang, pilih aje nak baca yang mana kan kan kan :)


Hakeem dah nak masuk 3 tahun bulan depan, alhamdulillah, makin cerdik dan semakin manja, maklumlah, anak BONGSU memang manja kena terlebih-lebih, muahaha untuk penggunaan huruf besar di bongsu itu, harap maklum. Itu memang hobi dia sekarang, melayan video klip Ainan Tasneem, setiap hari akan menghafal lirik lagu ni di samping tayangan wajib dia dengan cerita ultraman, entah bila nak jemu nya menghadap ultraman tu tak sudah-sudah.

Dalam 4 orang anak saya, si bongsu ini lah yang paling mencintai puting, kalau kat rumah tu seharian puting kat dalam mulut, nak bercakap tu boleh siap buka puting dulu, dah habis bercakap, sambung menghisap puting semula, kalau dah malam bila dia tertidur saya cabut puting tu, dia boleh terjaga dan dan tu juga minta puting, gigi depan tu memang dah out of shape, confirm dah besar nanti kena gunakan pendakap gigi.

Banyak lagi nak cerita pasal si bongsu ni, lain kali sambung ehhh.


Thursday, January 24, 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


As salam. 

Seperti yang semua sedia maklum, Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Tujuan sambutan adalah untuk memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW, meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW kerana Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan. Semoga kita semua dapat denghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam beribadah dan mentaati Allah SWT, ketinggian akhlak dan budi pekertinya, kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah, teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya serta cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.

Antara amalan sunat bagi menyambut Maulidur Rasul adalah dengan berpuasa dan mandi sunat. Berziarah ke makam Rasulullah SAW. Mengerjakan amalan-amalan mulia, memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.  Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat serta mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW,  menghadiri forum agama dan perpaduan, marhaban serta jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah kepada mereka yang berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, itu pun sudah dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.  

Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghindarkan kekeringan dan kemarau, menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan, menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian. Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak. Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala. 

Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka. Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu. Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu. 

Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.” Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar.






Wednesday, January 23, 2013

DAH BOLEH HARAP SANGAT

As salam.

Minggu lepas saya keluar bertiga aje dengan Mimi & Hakeem. Mr.R dan angah ada urusan di luar dan kak long pula ada banyak kerja sekolah yang nak di selesaikan.  Nak keluar sendiri boleh aje, tapi dah namanya ada 2 orang anak kecil ni kan, so kena lah bawa kedua-duanya sekali. 


Settle dah beli semua barang keperluan, jom balik dan bila dah selamat sampai di rumah, ini adalah pemandangan yang sangat sweet di mata saya bila tengok cara Mimi melayan adik dia nak tidur, pandai betul dia menguruskan adik kat belakang, siap letakkan bantal dan pangku kan adik :)


Tuesday, January 22, 2013

MENTALITI

As salam.

Sesungguhnya hidup di dalam kejiranan ni kita perlu ada sifat bertolak ansur dan nilai-nilai positif demi keharmonian sesama jiran, bertuah lah kalau kita mendapat jiran yang baik, tapi kalau sebaliknya, bagaimana?

Kalau di area perumahan saya ni dan saya yakin pemandangan biasa di kawasan perumahan korang juga, untuk sebuah rumah tu paling sedikit mesti ada 2 - 3 buah kereta. Masalah yang seringkali berlaku sekarang adalah apabila ada jiran-jiran yang membuat renovation di rumah sehingga meminggirkan masalah tentang peri penting nya tempat untuk meletakkan kenderaan mereka.

Kebanyakan nya suka renovate dan menghias rumah sehingga melupakan keperluan porch untuk setiap rumah. Alangkah baiknya kalau sebelum membuat sesuatu pengubahsuaian, mereka sudah ada perancangan tentang semua aspek. Nampak macam mudah, tiada tempat parking dalam rumah, boleh aje parking di luar, letak aje kereta di tempat yang difikirkan sesuai. Bila ini berlaku, mula lah ada jiran lain yang tidak berpuas hati sebab kawasan lapang di hadapan rumah mereka telah disesakkan dengan kereta lain.

Ini baru situasi sekarang, cuba fikir untuk situasi 5 atau 10 tahun akan datang, bila anak masing-masing pun dah ada kenderaan sendiri, nak parking kat mana pula tu ?


Monday, January 21, 2013

MEMANJAKAN TEKAK ?

As salam.

Selalu dengar orang perempuan suka memanjakan badan dengan pergi ke spa, memanjakan rambut pergi ke salon, tapi saya suka memanjakan tekak, muahaha. Nak buat macam mana, tekak saya ni anje anje anje sangat, selalu nak makan yang menepati selera dan yang disediakan sendiri.


Seperti gambar di atas ni, apa yang saya buat adalah, saya goreng telur dadar, burger ayam, letak tomato, letak hirisan timun, letak sos thousand island, letak sos cili sikit, tuang pepper sikit, pastu di apitkan dengan roti gardenia, perghhhhh Subway pun kalah tahu tak ?

Susah tau tekak cerewet ni, kalau ada orang lain bagi feedback makan kat situ sini sedap, tapi bila saya pergi cuba, ada je yang tak kena rasa dia tu, acaner ?


Friday, January 18, 2013

NAWAITU

As salam.

Nawaitu @ niat mengikut kamus Dewan bermaksud tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, harapan, jangkaan dan cadangan. Memang susah kita nak baca niat seseorang, kalau lah yang terlintas di hati dia tu akan terpancar juga di dahi, hrmmm, memang best lah, dah nama nya pun niat di dalam hati seseorang, makanya, hanya diri sendiri dan Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui :)


Saya sendiri masih dan akan terus belajar untuk selalu dan sentiasa berniat baik. Memang orang lain tak akan tahu niat kita, tetapi kita tidak boleh sesuka hati berniat tidak baik dengan orang lain. Sentiasa sematkan dalam hati,  niat yang tidak baik akan mendapat balasan yang tidak baik juga. Jom sama-sama perbaiki kualiti hati agar sentiasa berniat baik :)

Saya percaya hati yang selalu berniat baik akan terpancar seri di muka dan begitu lah sebaliknya, wallahualam .....

Thursday, January 17, 2013

SAYA BAGI 5 BINTANG

As salam.

Kak long memang terbaik, clap clap clap untuk dia, memang boleh bagi 5 bintang untuk dia dalam urusan membantu saya dengan kerja-kerja di rumah.


Tidak dinafikan kami memang ada banyak persamaan dari segi rupa tapi kami amat berbeza dari segi perwatakan ataupun perangai, yang sama perangai dan satu kepala macam saya adalah si Mimi, so kalau nak pergi beli barang dan berjalan-jalan memang best bawak Mimi, walaupun baru berumur 7 tahun tapi tahap kematangan dia tu tak boleh blah, kalau berborak dengan dia dah rasa macam berborak dengan rakan sebaya, muahaha.


Happy betul kak long masa kita orang sefamily celebrate untuk result PMR dia tempohari, walaupun kak long tak dapat straight A's tapi saya percaya bahawa usaha dia untuk belajar dan menjawab peperiksaan dengan baik perlu diraikan.  Alhamdulillah, dengan result 7A 1B itu memang dah cukup bagus dan cemerlang di mata saya dan keluarga. Semoga kak long akan terus cemerlang hendaknya, aamiin.


Wednesday, January 16, 2013

TIADA HOBI LAIN KE ?

As salam.

Itu statement yang Mr.R selalu ungkapkan pada saya, ehhh yang, you takde hobi lain ke, balik balik menyusun atur dan mengelap fridge magnet you.  Isk, apa lah Mr.R ni, tak kan lah tak tahu ni hanya hobi sampingan saya, hobi utama saya kan makan, muahaha.


Memeyyy ahhh ni hobi saya, biarpun lebih banyak koleksi tempatan dari yang international, saya tetap sayang kat semua koleksi yang ada, sekarang ni baru penuh bahagian atas depan dan sebelah kiri fridge je, esok esok kalau dah melimpah ruah, baru saya akan beli magnetic board untuk letak kan kesemua koleksi yang saya ada.

Saya pasti bahawasanya koleksi fridge magnet korang lagi berlambak lambak dari ni kan kan kan :)


Tuesday, January 15, 2013

TENUNG SAYA ?

As salam.

Di area office saya memang ada banyak spesis ni. Al maklumlah building office ni dalam kawasan ala-ala kawasan hijau terpelihara, so ini adalah pemandangan biasa kat sini.


Ada satu petang tu masa saya nak balik, bilangan rakyat dia terlebih dari biasa, kemain banyak petang tu, tetiba saya terasa macam dalam zoo :) Kalau kita tak ganggu dia, dia pun tak akan ganggu kita, tapi tu lah, elok pulak petang tu ada seekor yang lepak betul betul tepi pintu kereta saya, yang paling besar pulak tu, kemain lebat bulu dia, dalam hati ni dah rasa serba salah, nak pergi ke tak kat kereta, okay, baik saya tunggu sekejap, ehhh tapi tak bergerak pulak dia, elok je lepak kat situ, saya nak cepat ni, so saya pun melangkah perlahan lahan pergi ke kereta, pastu yang tak menahan tu, dia tenung saya okay, alamak cuak acik tahu tak,  jangan lah diterkam nya tangan saya yang sedang bawa roti dan jajan untuk anak-anak ni.

Bila dah kena tenung tu, haruslah saya berhenti melangkah, so saya mengundur balik setapak dua sambil mulut dok kumat kamit slow talk dengan dia, muahaha, bila teringat balik terasa lawak pulak, macam kan kera tu paham apa yang saya cakap, saya slow talk ahhh dengan dia, minta maaf kera, saya dah nak balik ni, nak ambil anak-anak, jangan lah apa-apa kan saya ye, elok je habis kumat kamit mulut ni, kera tu angkat montot dan panjat bukit kat depan tu, alhamdulillah, tak sia-sia saya slow talk dengan dia.


Monday, January 14, 2013

BUANG RASA MALAS TU JAUH JAUH

As salam.

Salam ceria di hari Isnin. Korang dah breakfast ? Pagi ni mengikut jadual menu yang dilekat kan di peti ais adalah sardine rolls, makanya saya bersarapan sardine rolls lah pagi ni. Mr.R macam biasa, sehingga ke hari ini masih setia bawa bekal untuk sarapan dan air teh o dalam flask dia, terasa lucu bila Mimi pun sekarang sibuk nak bawa air teh o ke sekolah agama, very the makcik makcik lah dia nak minum teh o.


Ini gambar masa saya masak kan nasi lemak simple untuk breakfast tempohari. Alhamdulillah, sampai saat ini saya masih lagi berkesempatan memasak untuk family. Kawan saya selalu cakap, rajinnya akak ni bangun pagi-pagi setiap hari untuk sediakan bekalan untuk family, terima kasih untuk pujian itu walaupun secara jujurnya saya bagitahu, ada juga hari-hari yang mood malas datang bertandang, rasa nak bergolek je atas katil, nak sambung melelapkan mata barang sejam dua lagi, tapi selalu cepat-cepat ditepis niat tu, sebelum bangun,  memang saya akan duduk dulu di birai katil, layan emosi untuk seminit dua, lepas itu baru terus kuatkan semangat dan bangun, hihi.

Kalau masa saya bujang dulu memang dah biasa malas-malas ni, tapi bila dah beranak pinak kalau saya malas juga, memang saya akan cepuk pipi saya sendiri bagi sedar sikit, muahaha.  Lagipun saya dah banyak kali baca pengalaman ibu-ibu yang ada anak berjaya dunia dan akhirat ni, kebanyakan dari mereka memang bagi tips makanan yang dimakan oleh anak-anak hasil dari air tangan dan masakan ibu adalah yang terbaik, bila fikir kan balik memang ada betul nya, ye lah, kalau makanan yang dibeli di luar mana nak dapat makanan yang dimasak sambil diiringi dengan doa yang baik baik dari ibu, sambil basuh beras pun kita boleh berselawat agar semua yang dimasak ini akan menjadi yang baik-baik aje bila dimakan oleh suami dan anak-anak kita.

Bila kita selalu bagi motivasi kat diri kita sendiri, malas itu tidak bagus, kasihan pada suami dan anak-anak kena makan makanan yang dibeli yang tak dijamin kebersihannya, yang tak dijamin sama ada diselawat kesemua bahan-bahannya, kita mesti nak beri yang terbaik untuk family dan mesti selalu percaya apa yang kita buat ni akan dapat dimanfaat oleh suami dan anak-anak, insyaallah, malas macam mana pun, mesti kita sedaya upaya nak menyediakan semuanya sendiri untuk keluarga.


Friday, January 11, 2013

NIKMATNYA BERSYUKUR

As salam.

Bila umur semakin meningkat, kesedaran itu semakin tinggi, pemahaman itu semakin dalam, keinsafan semakin terasa,  kematangan mengatasi segalanya, kewarasan menguasai diri, kesabaran sentiasa dalam hati, alhamdulillah.

Dalam kehidupan perlu ada keseimbangan, ada masa untuk bergelak ketawa, ada masa perlu serius, itu lah saya :)   


Belajar untuk bersyukur, memang nampak kecil tapi impaknya besar, berhenti mengeluh, sentiasa bersyukur dan mesti percaya ada hikmah untuk setiap kejadian yang berlaku.

Selamat berhujung minggu semua.


Thursday, January 10, 2013

2013..... LEBIH REALISTIK

As salam.

Tell you, saya memang suka ada azam atau resolusi untuk setiap tahun, bila saya baca resolusi dan azam orang lain, saya pun terkedek-kedek nak berazam sesama dengan dia orang,  tapi selalunya dari 10 azam yang tersenarai, kalau dapat buat 2, 3 pun dah cukup baik dah. So this year, in 2013, I wanna be more realistic, tak nak jadikan setiap apa yang saya nak buat sebagai apa yang saya perlu laksanakan untuk tahun tu, this year saya nak tukar membuat azam harian, yeahhhh, cool tak ? Tak cool ehhh, it's okay, muahaha.


Contohnya lah ye, kalau dulu saya berazam dalam tahun tersebut, saya nak ada savings banyak, saya nak ada pembakar kek baru, saya nak ada pengurangan 10 kilo pada berat badan saya, semuanya saya mesti nak capai dalam tahun tu, tapi selalunya memang tak tercapai lah semua tu, but now, saya nak tukar, saya nak jadi lebih logik, nak jadi lebih realistik dan mesti berdisiplin untuk mencapai apa yang saya azamkan setiap hari. Tiada istilah terlambat untuk saya memulakan sesuatu, clap clap clap untuk diri sendiri kalau korang tak nak clap clap clap untuk saya, ahaha.

Macam semalam lah ehhh, saya bagi contoh yang macam agak tak berilmiah untuk korang tapi agak sukar untuk direalisasikan oleh saya, ahaha, semalam saya berazam untuk tidak mengambil langsung minuman manis, satu hari tu dari pagi membawa ke malam, mesti minum air kosong kosong kosong aje, bila buat azam macam tu, memang boleh je nak set kan minda saya ni minum air kosong kosong kosong, terus rasa bangga dengan diri sendiri, haaaa macam tu punya azam pun boleh tahu tak, ahahha.

Tapi hari ni saya berazam untuk tidak berazam, saya berazam nak buat tu esok je, aci tak, ahaha.


Wednesday, January 9, 2013

KOMEN ITU JUJUR

As salam.

Sebelum membebel dengan panjang lebar, saya nak cakap hai dulu kat dia orang ni , hai Cik Wan, hai Lija, hai Akish, hai semua kawan-kawan office saya yang baca blog saya ni. Bukannya apa tau, Cik Wan, Lija dengan Akish ni adalah teman satu tempat kerja saya dan dia orang memang tak pernah tinggalkan komen dalam entry blog walaupun dia orang agak rajin melayan blog sengal ni, muahaha.

Contoh macam Cik Wan lah, kalau dia ada terserempak dengan saya kat dalam universiti ni, mula lah dia nak membahan kan apa yang saya kongsi kan dalam blog ni, tapi seriously Cik Wan, saya suka dengan komen jujur dari Cik Wan tu, macam kelmarin, Cik Wan ada call saya sebab kebetulan gambar yang saya letak dalam blog entry Mimi bersekolah tempohari terselit gambar anak bujang dia, paling saya suka dengan komen jujur Cik Wan, masa dia call tu dia cakap macam ni lah lebih kurang nya ye, ehh Shibamjelita, blog kamu ni, kengkadang berilmiah, kengkadang entah apa-apa yang kamu merepek kan, kengkadang lawak, kengkadang ke laut, muahahha. Syabas Cik Wan, komen Cik Wan tu memang bertepatan dengan blog ni sebab memang itu lah identiti blog saya, tema nya adalah rojak, semua ada, muahaha.

Kalau si Lija pula, memanjang bagi komen kat telefon lah, bila call saya tu, mula lah dia buat ulasan panjang lebar pasal entry saya, komen kat blog tak nak, komen kat telefon je dia suka, macam-macam tau. Yang Akish pun satu group lah tu, permintaan nya macam-macam, dari zaman minta resepi asam rebus masa dia mengidam dulu sampai sekarang, memanjang tinggal kan komen kat ruangan chat tu, amacam Akish, awak dah mengidam untuk kali kedua ke ?

Blog tak popular memeyyyy ahhhh macam ni, balik balik yang baca adalah rakan sekerja dan kaum keluarga, ahaha.

Tuesday, January 8, 2013

ISU ALARM CLOCK

As salam.

Erkkkk, alarm clock pun boleh jadi isu ke ? Memeyyyy ahhhh boleh jadi isu, tapi mungkin pada saya je lah kot, hihi. Okay, bersiap sedia baca explanation saya, ahaha.  Firstly, setiap pagi di hari bekerja saya memang bangun awal dari yang lain, macam biasa, saya kena prepare macam-macam untuk family pagi tu. Bila saya dah bangun awal, saya akan terus berada di bawah menyelesaikan kerja-kerja saya, sementara anak-anak masih di atas melayan mimpi masing-masing.



Secondly, hampir setiap Subuh, Mr.R akan ke surau depan rumah tu, so memang saya tak boleh nak dapatkan bantuan dari dia sebab kewajiban berjemaah di surau tu beribu kali lebih penting dari membantu saya mengejutkan anak-anak di rumah. So saya ada option untuk minta bantuan kak long  yang dah besar panjang dan angah untuk menguruskan diri masing-masing dan lepas tu kejutkan si Mimi yang baru berumur 7 tahun tu untuk bersiap ke sekolah.

Isu nya sekarang adalah bilamana anak-anak saya yakni kak long dan angah ni selalu tak boleh nak bangun ikut masa yang telah dia orang set kat alarm hand phone masing-masing. Memeyyy ahhhhh saya boleh naik atas dan kejutkan dia orang, tapi saya nak latih juga si kak long dan angah ni buat semuanya sendiri, dah banyak tahun dah latih dia orang ni, tapi tu lah, hampir setiap hari nak kena di jenguk juga. Bila dah kena turun naik turun naik, makanya akan melambatkan lah kerja saya yang berlambak di pagi hari tu.

Dah banyak kali saya bebel suruh letak sound effect yang annoying kat alarm tu so that dia orang akan terus terbuka mata dan bangun kan, ini tidak, yang kak long set lagu korea kegemaran dia sebagai alarm, so macam mana nak bangun, dengar lagu favourite mesti lagi terus layan mimpi jumpa hero mata sepet pujaan hati dia tu, yang angah lagi best, set alarm, pastu pilih off tone, so tell me, bila kah masanya nak berbunyi bunyi alarm tu kat sebelah dia, asal saya naik nak jengok dia orang, mesti lagu korea tengah berkumandang sambil kak long masih peluk bantal , yang angah lagi lah, hand phone tu berkedip kedip je, bunyi takde, mana dia kisah nak bangun, muahaha, macam-macam tau.

Rentetan dari peristiwa tersebut, dah lama tak guna ayat rentetan dalam karangan, muahaha, saya pun suruh dia orang tukar tone masing-masing untuk alarm, cari sound effect bom meletup ke, ayam jantan berkokok ke, pastu untuk angah lagi best, tone alarm dia sekarang adalah rakaman suara saya suruh bangun bangun bangun bangunnnnnnnn, setakat ni semua okay, bangun on time, siap on time, breakfast on time, lepas ni kalau jadi lagi, saya fikir cara lain pula.

Panjang lebar explanation dah ni, so ada sesiapa nak tone alarm suara saya untuk alarm clock korang, nanti saya bluetooth kan, muahaha.


Monday, January 7, 2013

PERMATA HATI KU KE SEKOLAH

As salam.

Muahahhaha, geli wehhh baca tajuk entry sendiri, tajuk tu sesuai untuk ibu yang bersopan santun lagi berbadan kecil molek, bersuara lunak merdu serta penyabar jer, harap maklum, saya tiada ciri-ciri seperti yang disebutkan tadi.

Phewww, baru berkesempatan nak buat entry anak-anak ke sekolah, macam kan korang kisah saya buat entry ni ke tidak, macam biasa, ayat standard lagi klise, saya buat entry ni untuk coretan dan bacaan sendiri, saya memang suka explain, harap maklum sekali lagi.


Untuk first day sekolah anak-anak hari tu, saya ambil cuti sehari, saja nak tengok anak-anak ke sekolah dia hari pertama. Sesi pagi tahun ni kena hantar kak long ke sekolah menengah dan mimi ke sekolah agama. Nasib baik dan alhamdulillah, sekolah dia orang semuanya dekat-dekat aje. Pagi tu buat sarapan ala kadar je, semuanya dah tak sabar nak ke sekolah ;)


Petang pula kena hantar angah ke sekolah menengah dan mimi ke sekolah rendahnya, syukur sekali lagi sebab sekolah dia orang sebelah menyebelah je, jadi kerja saya sebagai pemandu peribadi anak-anak menjadi lebih mudah untuk menghantar dan menjemput nanti.


Memang saya sengaja pergi awal sebab nak tunjukkan kantin dan toilet untuk Mimi. Memang lah nanti cikgu dia akan tunjukkan semua tu, tapi saya pun nak tengok sendiri keadaan kantin dan toilet sekolah. Memang puas hati lah, kantin dan toilet berada dalam keadaan 5 bintang, kantin besar dan ada banyak pilihan makanan, tandas pula cantik dan semua kemudahannya lengkap, lega saya wehhh. Psttt korang, saya siap buat latihan amali dengan Mimi tentang cara bagaimana hendak membersihkan diri lepas buang air, sekali lagi lega sesangat sebab Mimi cepat faham apa yang saya ajar. Petang tu masa rehat pun saya datang juga dan biarkan dia beli sendiri, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.


Mimi dalam kelas 1 Anggerik, ada 10 kelas semuanya dan setiap satu kelas tidak melebihi dari 30 orang pelajar. Oh ye, sekolah Mimi ni Sekolah Berprestasi Tinggi, semoga Mimi pun akan menjadi murid yang berprestasi tinggi, aamiin.  Lega tengok dia cepat dapat kawan dan cepat menyesuaikan diri, saya balik dengan senang hati selepas hantar dia ke dewan.

Sekian cerita permata hati dari saya, kita ketemu di lain entry ya :)

Friday, January 4, 2013

BORAK KOSONG

As salam.

Yeayyyy hari ni dah Jumaat, esok dan lusa dapatlah berehat sikit dari situasi kelam kabut tak habis-habis ni. Kalau nak diikutkan kerja memang tak pernah nya habis, lepas satu satu, dah settle ni nak kena buat yang itu pulak, begitulah seterusnya.

Bila anak-anak dah start bersekolah ni, bukan dia orang je yang tengok kalendar bila nak ada cuti umum, dengan saya sekali dok menghitung hari nak ada cuti umum bulan Januari nanti ni, ehhh korang, bulan Februari pun ada cuti umum juga untuk Chinese New Year, bulan Mac ada cuti sekolah seminggu dan takde cuti umum di bulan April, harap maklum, muahaha. Boleh bayangkan tak betapa saya amat memerlukan cuti umum dan cuti sekolah tu ?

Siapa peminat drama Adam & Hawa macam saya, sila angkat kening sebelah kanan, yeahhh, gimme five, tapikan korang, minggu depan habis dah drama ni, ohhhh saya akan rindukan telatah Am & Ain tapi saya lega tak payah tengok Johan dan Muzaffar si mamat betul betul ho liauuuu tu, muahaha. Entah kenapa saya suka sangat dengan drama ni walaupun ramai yang komplen tak sama dengan novel lah, meleret leret lah, saya okay jer, suka jer, sampaikan sekarang ni bila ada masa jer saya akan mengulang tengok drama ni dari episod 1, sekarang baru sampai ke episod 12, gigih wehhh. Kat rumah baru pasang Unifi, jadi dia punya tahap kejakunan tu adalah di paras tertinggi, muahaha, sambil tunggu mesin basuh berhenti pun saya boleh sempat melayan tengok ulangan drama ni.

Sekian entry borak kosong dari saya.


Thursday, January 3, 2013

TEMA NYA ADALAH KELAM KABUT

As salam.

Amacam korang, kelam kabut tak sehari dua ni ? Elehhh macam tak biasa menguruskan anak-anak bersekolah kata saya pada diri saya sendiri, muahaha, biasa lah tu seminggu dua ni kelam kabut nak menguruskan masa dengan baik.

Semalam masa melepak kat kantin tunggu Mimi keluar rehat saya berborak dengan mak mak yang ada kat kantin tu dengan topik utama perbualan adalah suasana kelam kabut di pagi hari nak menyiapkan semuanya dalam waktu yang singkat, sibuk lah saya cerita, nak bangun awal, nak prepare breakfast, nak kejutkan Mimi, bla bla bla, sekali tu kan ada akak ni tanya saya, berapa orang anak sekolah ? Saya jawablah 3 orang kak, tu yang kelam kabut ni haaa, bla bla bla, sekali tu kan, akak tu cakap, akak ni 6 orang anak sekolah dik, kakak dia yang sulung je ada kat IPTA, yang lenlain ni Form 5, Form 3, Form 1, Darjah 5, Darjah 3 dan yang bongsu darjah 1, perghhhhhh, hebatnya kakak tu, rasa nak tepuk tangan sambil berdiri, kagum betul, 6 anak sekaligus bersekolah, tak komplen pun, saya yang baru 3 anak bersekolah ni kemain banyak komplennya, makanya yang anak baru seorang bersekolah tu lagilah mengada-ngada kalau nak komplen itu ini, muahaha.

Kat office pun sama kelam kabutnya, baru je nak buat kerja, telefon saya dah berdering dering wehhh, mana tak nya, awal tahun ni semua kakitangan nak masukkan maklumat dalam sistem, paling best tu no. sambungan telefon saya satu-satunya yang dipaparkan dalam sistem tu, bayangkan satu universiti call saya untuk bertanya mengenai sistem tu, kamu kamu kamu semua mampu ? Takpe lah, banyak pahala saya dapat melayan pertanyaan dia orang dengan baik :)

Dengan rumah masih bersepah berselirat lagi, banyak lagi kotak kotak yang belum dikemaskan, memang pakej terbaik lah dengan situasi kelam kabut anak anak mula bersekolah.

Sekian entry kelam kabut dari saya.


Tuesday, January 1, 2013

??????

As salam.

Amacam? Pada ibu bapa semua, yang ada anak yang nak bersekolah tu, dah ready ke ? Dah lama berehat ni kan, faham sangat lah tahap lemau tu macam mana kan kan kan :-)

Tahun ni kak long dalam tingkatan 4, angah di tingkatan 1 dan mimi pula darjah 1. Maka nya bertambah lah lagi rutin saya sebagai pemandu peribadi anak anak.

Saya cuti sehari je esok untuk hantar anak anak ke sekolah, hari ni tengok keletah mimi lagi lah seronok, nampak dia happy sungguh dan tak sabar nak ke sekolah.

Ok, itu aje entry ????  untuk malam ni :-)