As salam.
Kali ni melepak lunch dengan kawan-kawan office pulak. Kita orang pergi yang berdekatan aje supaya masa 1 jam lunch tu tak tersasar ke 2 jam pula ye :)
Decided nak lunch kat restoran Pizza San Francisco and semuanya pakat order lain-lain juga supaya dapat merasa sesudu dua setiap menu tu, ini lah gayanya kalau pergi makan dengan mak-mak orang, ahaha.
Air apple, cola float dan ice mocha.
Calamari plus share sesama buat kudapan sebelum hidangan masing-masing sampai. Sedap lagi calamari & prawn di Pizza Hut nun. Sepinggan ni RM16.90
Ini beef ball rice, satu pinggan ni RM17.90, rasa dia, hrmmm, rasa beef ball lah, ahaha.
Fish & chips, sepinggan RM9.90 sahaja. Yang ni buat sendiri kat rumah pun boleh kan, beli semua yang segera tu, goreng dan susun lah kat pinggan cenggitu
Mushroom chicken, RM19.90 sepinggan, yang ni memang sedap sebab sos mushroom tu, tapi semuanya bergantung kat tukang masak dia juga, hari lain yang kami pergi tu, sos mushroom tu lebih banyak dan tidak kering macam dalam gambar ni, so nasib lah ye, dapat tukang masak yang best, sedaplah hidangan kita tu, dapat tukang masak yang ala-ala, dapat lah yang ala-ala je.
Chicken chop black pepper, RM18.90, yang ni sedap sebab sos black pepper tu melimpah ruah :)
Pizza seafood regular size, yang ni RM23.90, pun sedap. Banyak kan kita orang order tapi semuanya licin sebab masing masing punya perut memang bertingkat tingkat, penuh tingkat 1, makanan boleh naik ke tingkat 2 pulak, ahaha.