Friday, March 29, 2013

PUAS HATI KU !

As salam.

Hari tu tapau kuey teow goreng, kes tekak teringin lah ni, malas pulak saya nak singgah kedai beli bahan-bahan petang tu, tetiba mengidam, balik office je terus singgah restoran kat depan rumah tu beli sebungkus untuk diri sendiri. 

Isk, masalah macam biasa lah, rasa dia tak menepati piawaian tekak saya, makan sesudu dua terus stop. Terus berazam untuk menggoreng sendiri nanti, keinginan tekak harus dilayan ketika hayat dikandung badan katanya, kahkah.


Tu diaaa aihh ! Puas hati dapat makan masakan sendiri, letak banyak bahan, potong cili api bebanyak,  biasa lah, saya dan pedas kan tidak dapat dipisahkan.

Selamat beristirehat di hujung minggu. Bye bye.


Thursday, March 28, 2013

BILA NAK MASUK 40

As salam.

Ye betul tu kawan-kawan, bila Allah S.W.T dah bagi kesempatan untuk kita bernafas sampai ke usia ini, haruslah kita manfaatkan sebaiknya, lebih banyak belajar untuk memperbaiki diri untuk bekalan di sana nanti dan tak lupa juga untuk menjaga kesihatan dan kecantikan katanya, kuikuikui.


Antara aktiviti rutin saya sekarang ni adalah menempek mask setiap hujung minggu. Selalunya saya akan beli stok banyak-banyak bila ada sales di Guardian ataupun Watson. Kena bijak ye kawan-kawan, beli semasa harga biasa adalah lebih mahal, so bila ada sales tu, grab bebanyak buat stok :) Macam-macam jenama ada, korang pilih lah mana yang suka ye. Kali ni saya beli produk dari Korea dengan harapan kulit muka akan licin gebu macam artis Korea, kahkahkah untuk angan-angan tersebut.


Gigih sungguh suruh kak long snap kan gambar dan gigih mengedit demi nak ditempekkan dalam blog, kuikuikui, ehhh best pulak gelak macam ni !


Sebelum dibuang, amik gambar dulu, ahaha. Saya ni kalau bab nak jaga muka dan makan supplement memang saya sungguh-sungguh akan buat, bab jaga makan dengan jaga badan je saya tak pernah bersungguh-sungguh, acaner tu ?


Wednesday, March 27, 2013

3 GENERASI

As salam.

Hai semua ! Sekejap je dah hari Rabu kan, lagi berapa hari je boleh menikmati cuti sekolah ni, ye betul, saya memang selalu lagi over dari anak-anak bila time cuti sekolah, muahaha.


Mak saya, saya dan kak long, alhamdulillah, dah ada 3 generasi :) Macam mana lah rupa generasi ke 4, 5 dan seterusnya nanti, selalu berdoa supaya kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk bersama-sama dengan famili tersayang, aamiin.


Tuesday, March 26, 2013

KASUT NURSE

As salam.

Adakalanya kita perlu ada sesuatu yang baru untuk membuat kita bersemangat, makanya saya membeli kasut baru untuk ke tempat kerja walaupun di tempat kerja itu selalunya selipar juga yang akan saya sarungkan :) 


Mimi cakap kasut mama ni macam kasut nurse, muahaha, asal warna putih je mesti kasut nurse ehhh, nak jadi nurse memang tak lah kan, so dapat pakai kasut macam nurse pun ok aje,. Yang sebenarnya ada 3 warna, putih, kelabu dan hitam tapi saya pilih putih sebab saya tak pernah ada koleksi kasut putih. Selesa sangat kasut ni, saya beli di Charles & Keith masa berdating dengan N hari tu dan harganya adalah RM129.90.


Satu lagi kenapa saya suka dengan kasut ni sebab design dia tu akan menampakkan kaki tembam saya ni berilusi runcing.  Esoknya tu saya terus pakai ke office dan dengan poyo nya mengambil gambar dengan berposing berpuluh kali bagi mendapatkan gambar yang paling semenggah dengan menampakkan kasut baru itu, muahaha.


Monday, March 25, 2013

RESEPI KARI IKAN

As salam.

Cuti sekolah seminggu ni, yey yey, seminggu pun dah okay sangat buat mama dan babah berehat sebentar dari rutin terkejar kejar dengan aktiviti persekolahan anak-anak. Saya rasa saya dah pernah share cara saya memasak kari ikan, kalau ini siaran ulangan, baca je lah ye, mihmihmih.


Ada macam-macam style orang memasak, lain tangan lain rasanya, lain orang lain caranya, pada saya, masak lah ikut suka hati masing-masing, janji hasilnya boleh dimakan oleh ahli keluarga masing-masing :) Saya memang suka memasak menggunakan kuali macam tu, senang nak menggodek lauk dalam kuali instead of periuk.

Ini cara saya masak kari, please jangan komplen dalam hati kalau cara saya tak sama dengan korang, hihi.

Bahan-bahannya :

5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 tangkai daun kari
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 kulit kayu manis
Sedikit air asam jawa
Santan mengikut kesesuaian
Serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
Bende / terung

Cara saya tumis : Panaskan minyak secukupnya, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, daun kari dan kulit kayu manis, bila dah naik bau, masukkan bawang kecil, bawang putih dan halia, tumis sampai garing dan masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air tadi. Bila dah agak garing, masukkan air biasa dan air asam jawa secukupnya, bila dah mendidih, masukkan ikan dan santan, sentiasa kacau sehingga ikan masak dan akhir sekali masukkan bendi / terung. Sedia untuk dihidang.


Friday, March 22, 2013

TERIMA LAH SAYA SEADANYA

As salam.


Kalau lah kalau lah kalau lah semua orang boleh mengamalkan sikap menerima diri orang lain seadanya, for sure tak akan ada masalah yang timbul :) Saya bersimpati dengan rakan saya yang selalu stress dengan komen-komen yang sungguh tidak membina dari pasangan dia orang, selalu bercerita suami dah bising berat badan dah naik, suami bising muka naik jerawat, suami bising itu ini.  Iskkk, suami ni, cuba bagi sokongan dan dorongan, jangan asyik komplen aje, nak mendapatkan sesuatu tu bukan dalam masa yang singkat, ini baru sebulan dua dah expect ada kesan, mana tak stress si isteri tu, kesian dia tau.

Apa yang saya boleh cakap pada rakan adalah selalu kena sabar dan buatlah setakat mana yang termampu, dalam pada masa yang sama jangan ambil mudah pula sebab takut nanti suami bagi masalah lain pula :)

Setakat ini pasangan saya tidak pernah sekali pun memberi komen yang negatif pada saya tapi saya tak boleh lah ambil mudah, still kena jaga penampilan dan diri sebaik mungkin. Mendapat pasangan yang menerima diri kita seadanya pun adalah salah satu rezeki, alhamdulillah. 

Selamat berhujung minggu.


Thursday, March 21, 2013

CITER APA LAGI, CITER MAKAN LAA

As salam.

Alhamdulillah, tahun ni saya dapat berehat dari menghantar anak-anak ke sekolah, setelah berbelas tahun menjalani rutin yang sama setiap hari iaitu menghantar dan menjemput anak-anak, akhirnya saya dapat merasa untuk keluar lunch dengan kawan-kawan. Tahun ni angah dan Mimi sekolah satu sesi, abah saya menawarkan diri untuk menghantarkan dia orang ke sekolah, terima kasih banyak-banyak abah. 

Dalam seminggu tu kita orang mesti keluar untuk lunch, asyik beli dari kafe pun bosan juga kan. Area tempat kerja kita orang ni kan banyak sangat tempat makan yang best, kali ni kita orang ke Old Town White Coffee.


Saya order Ipoh Chicken Hor Fun, macam biasa mesti letak cili api, tak cukup satu bekas ye, mesti minta 2 baru cukup untuk setiap sudu mesti ada tergigit cili api sekali, perghhhh, sedap !


Ni red bean freeze nama dia, sedap melampau ni, kalau beli memang tak payah kongsi dengan orang lain, mesti disedut hingga ke titisan terakhir, kalau kawan pandang terkedip kedip sambil telan air liur pun buat tak nampak aje, ahaha.


Wednesday, March 20, 2013

CANDY CRUSH SAGA

As salam.

Dari dulu lagi saya tak pernah terjebak pun main game di FB, kalau kawan invite nak bercucuk tanam, membela binatang, ikan, buka cafe lah, ehh memacam lagi lah game nya kan, saya buat tak tahu je, tapi kan di sebabkan Candy Crush Saga ni, saya akhirnya memecahkan rekod terjebak bermain game dalam FB.


Level 109 ni antara level yang tak munasabah yang harus kita selesaikan, sebab apa saya kat tak munasabah, dah lah ada bom jangka kat kiri kanan tu, nak kena settle kan serentak, macam-macam strategi kena guna untuk success, saya stuck kat sini dekat seminggu baru lepas, mana tak nya, bila ada masa terluang je layan, kalau layan dari pagi sampai ke malam dah lama settle dah, ahaha.

Setakat ni saya baru sampai level 125 je, ada beratus level lagi yang harus disettlekan, saya layan sangat game ni sebab dia sangat menguji minda untuk mengatur strategi dengan moves yang terhad, nanti sampai satu peringkat ada macam-macam rintangan yang membuatkan saya sakit hati 7 hari 7 malam sebab tak lepas-lepas, giler betul, ada bom lah, ada coklat membiak lah, eiiii memacam lagi lah, tapi tetap saya layan, kuang kuang kuang.

Orang yang cepat berputus asa, tak sabar, tak gemar mengatur strategi memang tak akan bertahan main  game ni, tak percaya ? Pergi lah cuba :)


Tuesday, March 19, 2013

PEREMPUAN TUNGGAL

As salam.

Amacam tajuk hari ni, mengancam tak, ahaha. Perempuan tunggal tu merujuk kepada saya dan si gadis berkaca mata seperti gambar di bawah ni hah, kami berdua ni anak perempuan tunggal dalam keluarga, saya ada 4 orang adik beradik dan si gadis berkaca mata ni ada 5 orang adik beradik. Bila saya dan N membesar dalam keluarga yang kebanyakannya lelaki makanya perangai kami dah lebih kurang sama aje, umur je tak sama sebab saya pangkat kakak dengan dia.


Memang kurang best ahh takde adik beradik perempuan dalam keluarga ni, semuanya nak kena buat sorang-sorang kan N, itu pasal kita orang sangat berdikari. Kita orang pergi spent time sesama hari tu nak tengok cerita Rock Oo, memang best lah cerita tu, lagu-lagu yang ada dalam cerita tu semua nya lagu evergreen.

Dah habis tengok wayang, kita orang jalan-jalan sekejap dalam Curve tu dan saya terbeli kasut cantik di Charles & Keith, yang tu nanti saya eksyen dalam entry lain ehh, muahaha. Lepas tu kita orang ke Ikea, bershopping macam makcik bedah kat dalam tu, eiii geram tengok barang-barang comel dalam tu kan, rasa semuanya nak dibeli. Paling best memborong biskut dan coklat dia, terbaik ! Nak makan kena beratur panjang, biasalah kalau pergi masa weekend kan, bersesak macam tu pun orang sanggup tunggu dan letaklah meja kerusi banyak mana pun memang tak akan cukup, hebat betul penangan dia.

Kita orang makan berdua aje tapi makanan macam makan berlima.  Jap ehhh, saya ingat kan balik apa yang kita orang berdua ni makan hari tu, kita orang makan meatball yang paling banyat tu, salmon, chicken wings sampai 5 ketul dan kek daim, orang yang duduk sebelah kita orang berlima tapi makanan dia macam untuk 2 orang makan aje, terus kita orang rasa bersalah, kahkah.

Lain kali kalau ada rezeki, kita jalan-jalan lagi ye N :)


Monday, March 18, 2013

RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA

As salam.

Kembali bertemu di hari Isnin, senyum dan ceria ye kawan-kawan, jangan jadikan alasan dah bercuti 2 hari untuk  menghilangkan mood kita nak bekerja di hari Isnin ini :)


Saya buat pizza roti gardenia untuk sarapan. Senang, mudah, ringkas dan yang penting ianya sedap. Memang over saya letak bahan-bahan tu, puas hati buat sendiri kan. Jom saya share resepi mudah sesangat ni :

Roti gardenia
Sos spagetti kimball / prego (sos cili or tomato pun boleh aje)
Sos thousand islands
Mayonis
Sosej (direbus dahulu)
Cheese

Aturannya : Letak sos spaghetti / sos cili / sos tomato, lepas tu ikut suka masing-masing nak letak cheese mahupun sosej dulu. Bakar dalam ketuhar 8 - 10 minit. Siap untuk dihidang.


Hari ni dah 18 Mac 2013 kan. Ehhh bila nak mengundi weh, tak sabar saya nak mengundi tau, tu pasal saya terus buat pangkah kat roti, praktis untuk memastikan tiada undi yang bakal rosak nanti, ahaha.

Mari lah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara dan jangan lupa ye, undi kita adalah rahsia, syhhhh tak payah pukul canang, cukup masa kita pangkah aje. Peace.


Friday, March 15, 2013

NASI AYAM

As salam.

Ehhh citer pasal makanan lagi, berkata kata korang di dalam hati, ahaha.  Saya dah pernah share pasal resepi menyediakan juadah ni di sini. Boleh kata dah selalu sangat dah masak juadah ni, makanya segala apa bahan-bahan dan cara memasak tu memang dah ada dalam kepala, tak pandang resepi pun takpe dah, memang senang. Makanya setiap kali kalau ada makan-makan dengan family ke, kawan yang datang bertandang ke rumah ke, memang ini lah yang saya masak sebab itu aje yang pandai pun, kahkah. Saya suka aje nasi minyak, nasi tomato, nasi hujan panas tu semua tapi kaum kerabat kat rumah tu tak berapa nak gemar, kalau nasi ayam, confirmed memang licin periuk nasi tu nanti.

Untuk kesekian kalinya saya masak nasi ayam ni, tapi kali ni masak kat rumah mak saya, ada tetamu nak bertandang, so mak roger saya suruh datang rumah dia untuk sediakan nasi ayam ni, ehhh takde hal lah tu, mak beli semua bahan-bahan tu, tunggu kedatangan saya untuk masak, senang sangat nak masak ni, sekejapan je dah siap.

Apa lagi korang, dah ada respi tu kan, hujung minggu ni cuba masak ehhh. Selamat berhujung minggu. Daaa


Thursday, March 14, 2013

CITER MAKAN LAGI DAA

As salam.

Nak cerita gosip tak bagus kan, nak sumpah seranah orang dalam blog lagi lah tak senonoh dan dari asyik cerita benda-benda yang tak berfaedah lebih baik saya cerita pasal makan aje lah, tabah ehhh korang, acik korang ni bukan kaki berjalan melancong ke sana ke sini, bukan kaki window shopping setiap minggu mahupun kaki yang suka berfesyen, makanya, acik selalu citer bab makan aje lah sebab tu memang kepakaran acik, kahkah.


Ni claypot yee mee soup nama dia. Sedap ni, dimakan pula dengan cili api potong + kicap, lagi berdesing telinga kesedapan. Tapi tu lah, saya ni tak pandai nak makan masa dia panas tu, harus tunggu suam sikit baru boleh dimakan, kagum betul tengok kawan yang lidah tahan panas ni, selamba kodok je terus hirup sup dan makan masa panas tu.

Semangkuk besar macam ni tak sampai 5 ringgit pun, dah lah udang besar, ramuan semua cukup, macam ni lah nak berniaga kan, premis dia bersih aje, makanan yang disediakan sedap dan cukup rencahnya dan harga yang sangat berpatutan, semoga rezeki kakak yang berniaga ni bertambah murah dengan pelanggan yang ramai.


Wednesday, March 13, 2013

SARAPAN PUN DAH MACAM LUNCH

As salam.

Hari yang boleh bersarapan berat adalah hari yang ditunggu tunggu oleh saya, kesian kan kan kan. Untunglah korang yang boleh bersarapan macam ni setiap hari, saya tak boleh kengkawan, kalau makan macam ni setiap hari, memang dah lama jadi juara tertembam kat seluruh universiti ni.


Sedap sedap sedap, sedap sungguh nasi lemak bungkus daun pisang ni. Marvellous sungguh sambal dia tu, dinikmati pula dengan air horlicks, ehhhh sedap juga air horlicks ni ye, first time saya rasa, sebelum ni hati tak terbuka pun nak merasa, giler poyo, nak minum air pun nak tunggu hati terbuka, ahaha.


Yang ni lagi super sedap wehhh, nampak membuak sangat kan, yang sebenarnya, nasi impit tu saya ambil 5 ketul kecil je, ye perlu explain ambil 5 ketul kecil je sebelum korang teruskan bercakap dalam hati, ya rabbi, banyaknya kak shibam makan, ahaha. Yang selebihnya saya penuhkan dengan tempe, tauhu dan soo hoon dia, perghhh, sedap melampau pulak bila dimakan dengan sambal tu. Kalau dah makan berlemak bersantan macam ni, memang saya minum dengan air kosong je lah, tetiba rasa bersalah aje kalau dah breakfast lemak berkrim macam ni dengan air manis. Ni beli kat kafe office, banyak macam ni 3 ringgit sahaja :)


Tuesday, March 12, 2013

HAKIKATNYA 39, FEELINGNYA 29

As salam.

Semenjak dah berjumpa balik dengan kawan-kawan sekolah di FB  pada 3 tahun lepas, kita orang masih berhubung dan dalam 2, 3 bulan sekali kita orang akan berjumpa untuk update cerita masing-masing, selebihnya kita orang beramah mesra dalam FB aje, oh ye, kita orang ada group di FB, makanya segala perbincangan akan berlangsung di sana :)

Ada 2 orang yang tak dapat sertai kali ni, tapi kita orang tetap meriah dengan cerita masing-masing, cer tengok kawan saya yang di sebelah kiri tu, kemain posing sampai terangkat angkat kaki, ahaha, tu lah pasal group ni saya namakan Forever 29, biarpun masing-masing akan berusia 39 tahun ni tapi peel tak menggambarkan dah nak masuk 40, kihkihkih.


Kita orang ke rumah kawan yang baru berpindah rumah, memang cantik dan luas rumah dia, total semua 4 tingkat, boleh kurus lah kalau saya jadi tuan rumah, mesti tak tahu nak berkemas dari mana dulu. Terima kasih kat Taty atas kesudian menjemput kita orang dan lunch sekali, kawan-kawan lain pun bawak juadah untuk dimakan bersama-sama. Dari waktu lunch membawa ke minum petang kita orang melepak, entah berapa kali tuan rumah kena bancuh air, memang best bile melepak dengan rakan sebaya ni.

Lagi 2, 3 bulan baru berjumpa balik lah kita orang ni, masing-masing ada komitmen dengan family kan, ini pun nasib baik encik suami semua sangat memahami dan sporting bagi keizinan, dia orang pun faham, si isteri selalu bertungkus lumus menyediakan kelengkapan untuk family, sesekali bagilah dia berjumpa kengkawan pulak :)


Monday, March 11, 2013

ALL TIME FAVOURITE

As salam.

All time favourite katanya ye, betul what, sayur pucuk paku ni kalau dimasak selalu pun okay jer, semua suka makan sayur ni. Boleh dimasak gulai, goreng, buat kerabu lagi lah sedap. 

Masak lemak cili api pucuk paku campur kerang, perghhhh, marvellous. Dah pernah masak campur dengan udang, campur tempe pun sedap tau. 


Saya gandingkan dengan telur masak kicap dan ayam goreng berlada, cukup dah tu, alhamdulillah. Saya kagum betul dengan orang yang kuat semangat nak berdiet ni tau, dia orang hanya masak untuk family dan boleh menahan nafsu dari makan juadah yang dah siap dimasak, boleh tengok macam tu aje, tabah betul lah dia orang ni, bila lah saya nak menjadi setabah dia orang, ini tak weh, baru siap masak lauk dan belum pun siap berhidang lagi saya dah terbayang-bayang nasi dalam pinggan, acaner tu ?


Saturday, March 9, 2013

Ehem ehem

Dah siap lunch pun. Hari ni masak ini. Gambar fresh dari atas dapur dalam periuk belanga. Saya masak ayam masak lemak cili padi, sayur bayam & fishball dan ikan goreng. Kawan-kawan masak apa tu?

Friday, March 8, 2013

BERSOSIAL

As salam.

Dalam menjalani kehidupan seharian kita memang perlu bersosial. maksud saya bersosial di sini adalah bercampur gaul dalam persekitaran yang baik, bukan suruh kawan-kawan untuk bersosial di kelab dan sebagainya tu ye, bersosial lah, bercampur gaul tak kira lah dengan saudara mara, jiran tetangga mahupun rakan setempat kerja. Kalau memanjang nya tak nak bercampur, jadilah umpama katak di bawah tempurung tu, not good okay.


Siapa dapat cari kat mana saya ? Kalau diberi peluang, memang setiap tahun saya nak menyertai perarakan Maulidur Rasul anjuran tempat kerja ni, memang seronok dapat berjumpa rakan rakan dari jabatan lain, masa tu lah dapat bertemu dan bertukar tukar cerita. Lagi seronok dapat baju dan tudung free :)

Selamat berhujung minggu :)


Thursday, March 7, 2013

RONGAK

As salam.

Alhamdulillah, hari ni 7 Mac 2013 adalah hari jadi Mimi, semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik, aamiin. First time gigi dia rongak di bahagian atas, not bad ehhh, umur 7 tahun baru nak luruh gigi tu, tapi saya memang sentiasa pantau gigi anak-anak di usia macam ni, takut ada gigi baru yang nak keluar tapi gigi lama masih kukuh, maka mesti selalu diperiksa kalau tak nanti dikhuatiri gigi baru yang tumbuh tu tak cantik dan gigi akan berlapis.


Kecoh kemain bila gigi atas dah patah, fikir macam mana rupa dia lah, nanti kawan-kawan ketawakan lah, kelakar betul, siap masa bercakap nak tutup dengan tangan, over sungguh.

Comel je kalau budak kecil rongak kan, cuba orang dewasa rongak dan senyum macam tu dan tempek kat blog, siapa bayangkan saya, siap dia, ahaha.


Wednesday, March 6, 2013

SAYA DAN TELUR IBARAT ISI DAN KUKU

As salam.

Tajuk macam dot dot dot, ahaha. Ehhh macam tak biasa pula kan, bila buat entry, tajuk lah yang terpaling susah nak dapat tahu tak ?

Saya menggunakan telur LTK Omega Plus di rumah, kalau kat rumah korang, satu pak telur 10 biji tu boleh tahan berapa lama ? Kalau kat rumah saya, satu pak telur 10 biji tu hanya bertahan sehari dua aje, mana tak nya, kalau prepare bekalan sarapan dia orang mesti ada yang terselit menu menggunakan telur contoh nya macam nasi goreng, roti celup telur, sandwich telur, scrambled egg ataupun telur separuh masak.

Menu telur pun selalu jadi pilihan saya, boleh buat kari telur, sambal telur, salad telur, telur bungkus, masak soo hoon + pucuk pun sedap dipecahkan telur kan, masak maggi pun mesti letak telur, di hujung minggu pula saya suka buat kek lah, puding roti lah, semua resepi tu pun gunakan telur juga, makanya penggunaan telur di rumah saya tu memanglah banyak. Ehhh lupa, satu lagi antara menu wajib di rumah tu adalah telur dadar dan  sekali goreng mesti gunakan 5, 6 biji, tu pasal lah penggunaan telur di rumah saya adalah tinggi, harap maklum walaupun korang tak nak dimaklumkan.


Sebulan sekali saya mesti layan tekak saya nak makan menu tersohor ni, telur mata kuning cair-cair letak kicap, perghhhhhh bertambah tambah makan, nak pulak buat cili api potong + bawang, memang kalau pekena menu ni saya tak akan usik dah lauk lain, concentrate makan nasi dengan telur ni aje pastu mesti kena makan sorang-sorang je kat meja makan tu sebab tak nak dia orang terperanjat tengok saya makan nasi dengan banyak, kahkahkah.

Sekian entry telur dari saya, berjumpa lagi di lain siaran.


Tuesday, March 5, 2013

CARA SAYA SIMPAN KASUT

As salam.

Ye ye ye, saya tahu kasut saya tak sebanyak kasut korang, ye ye ye, saya tahu, kasut sikit macam ni pun kecoh nak tunjuk macam mana saya simpan, ye ye ye, saya tahu, korang semua simpan kasut dalam almari kabinet kasut korang, ye ye ye, saya tahu semua tu tapi saya nak cerita juga cara saya simpan kasut saya yang tak banyak ni, muahaha.


Setiap kali lepas beli kasut, kotak tu saya tak akan buang. Apa yang saya buat, macam kat atas tu lah, tulis besar-besar nama kasut tu supaya bila nak pakai saya tak payah buka kotak, tengok nama je dah tahu nak ambil kasut mana satu. Kotak-kotak ni pula saya susunkan di lantai stor dan bukan di kabinet stor sebab orang yang kurang tinggi macam saya tak perlu terjingkit jingkit nak cari kasut, letak kat lantai dan susun lah macam tu, senang nak ambil dan simpan semula lepas pakai.

Oh satu lagi, setiap kali beli kasut tu mesti dia ada sertakan sekali silica gel tu kan, yang tu pun saya biarkan je dalam kotak kasut tu, untuk tahan lembapan dan kasut tak berkulat katanya.


Monday, March 4, 2013

SEDAP DI TEKAK KU

As salam.

Biasalah kalau kat rumah tu, menu setiap hari mesti nasi nasi nasi. Mr.R memang pencinta nasi, ehhh saya pun pencinta nasi juga tapi saya tak kisah kalau hidangan lunch atau dinner saya digantikan dengan menu lain janji mengenyangkan perut 3 tingkat saya ni hah. Kalau Mr.R memang tak boleh, dalam apa situasi pun, dia mesti nak nasi nasi nasi, kalau first day raya pun macam tu, pagi je dia layan rendang ni semua, masuk je waktu lunch, mesti nak kena masak kan nasi untuk dia, ehhh ini bukan complaint tau, ini just nak bagitahu betapa nasi dan Mr.R memang tak dapat nak dipisahkan :)


Tetiba teringin nak makan mee sup, tapi nak mee sup yang dimasak dengan citarasa sendiri, kalau beli memanjang nya tak kena dengan selera ni. Buat sup letak ayam, fishball, sawi hongkong dan pecah kan telur, lepas tu celurkan bihun dan mee, buat cili api kicap dan perahkan dengan asam limau, wuhooooo sedap sangat, bertambah-tambah semua orang makan.


Friday, March 1, 2013

JANGAN TERLUPA

As salam.

Dalam hidup berumahtangga mesti ada asam garamnya. Kalau nak dibandingkan dengan pasangan yang sudah berpuluh tahun bersama dalam alam rumahtangga, saya yang baru 17 tahun ni pun memang banyak lagi yang harus diperbaiki.

Akan tetapi bila di office, saya ni dalam kategori senior berbanding dengan dia orang yang baru 4, 5 tahun dalam alam rumahtangga, bila ada satu dua perkara yang dia orang nak tahu, saya akan kongsi, setakat mana saya boleh bagi pendapat dan ikut kemampuan aje lah, kalau tersalah bagi pendapat nanti lain pula jadinya.

Memang betul kata bidalan, banyak membaca luas pandangan, selalu nya apa pun masalah yang berlaku kita mesti kembali kepada lazimnya, baru lah kita akan faham dan akan mengambil tindakan yang betul.

Saya kongsikan di sini apa yang saya baca.

Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri

Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu

Ada ibu bapa yang lupa bahawa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibu bapa

Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri

Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu dan bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan

Ada anak perempuan yang lupa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibu bapa suami lebih dari ibu bapa kandungnya sendiri

Saya sendiri pun kena banyak belajar dan terus memperbaiki diri sebab saya pun selalu ambil mudah tentang semua ini. Akan tetapi masih belum terlambat lagi kan, jom sama-sama berubah dan semoga suatu hari nanti, anak-anak saya akan menggalas tanggungjawab mereka sebaik mungkin, aamiin.