Tuesday, April 30, 2013

KESETIAAN

As salam.

Kesetiaan kepada raja dan negara, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan, haaaa, tetiba patriotik sangat baca rukunegara bagai kan, actually, mood nak mengundi dah datang weh, tak sabar nak memangkah ni :)

Tahun lepas saya ada cerita pasal ni, sungguh tidak disangka-sangka, tahun ini walaupun tidak bersekolah di sekolah yang sama, Mimi tetap setia dengan pujaan hatinya.


Masa sedang bersantai-santai di hujung minggu, saya nampak dia tulis macam ni.

Saya : kenapa suka sangat dengan Farhan ni

Mimi : Farhan comel

Saya : dah tak satu sekolah, macam mana nak jumpa Farhan lagi, mungkin sekarang Farhan dah tak comel

Mimi : nanti saya cari lah dia kat sekolah dia

Saya : nak buat apa cari dia kat sekolah tu

Mimi : nak tengok dia comel lagi atau tak

Saya : ahaha

Baiiiiiiii.


Monday, April 29, 2013

NUIN LITTLE PERAK

As salam.

Haiiiiiiiiii, helloooooooo, huiiiiiiii, semangat sikit, semangat weh, apsal setiap hari Isnin je nak kena bagi motivasi haaaa, kata ku pada diri ku sendiri, ahaha.

Jom tengok gambar makanan lazat berkrim ni masa saya keluar lunch dengan kengkawan. Kita orang lunch di Nuin Little Perak, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.


Nasi putih black pepper. Sepinggan RM8.90 sahaja. Sedap, sedap, sedap dan sedap.


Ni nama dia mee rebus menara condong, haaaa kelas wehh, sepinggan besar ni RM7.50


Sagu gula melaka, berharga RM5.50, pun sedap, sedap, sedap dan sedap.


Mempersembahkan carrot juice susu, oreo & lemon tea.


Menu western pun ada, yang ni chicken chop dan berharga RM12.90 sepinggan.


Yang ni pun sedap, menu ni dikenali sebagai Nuin popia platter, berharga RM15.90.

Pernah tak korang tengok saya letak entry makan-makan yang tak sedap, ahaha. Tata.


Friday, April 26, 2013

CEPAT PANAS .... CEPAT SEJUK

As salam.

Saya lah tu. Salah seorang yang dikurniakan sifat yang cepat panas tapi cepat sejuk nya :) Spesis yang senang sangat nak marah tapi sekejap je dah lupakan apa yang berlaku. Kalau zaman dahulu kala lagi kronik weh, cepat aje nak mendidih dan melenting nya, semenjak dua menjak ni, dah banyak slow down nya, banyak belajar bersabar dan selalu baca kata-kata nasihat orang bijak pandai, sekarang ni, alhamdulillah, dah jadi suam suam kuku aje tahap nak melenting tu, ahaha. 

Memang bagus belajar menjadi orang sabar ni, banyak faedah nya, sekarang ni kalau ada orang yang membuat saya hilang sabar, mudah aje, saya akan definasikan orang yang menguji kesabaran saya tu sebagai individu yang bermasalah dan saya akan melahirkan rasa simpati yang amat tinggi kepada beliau, dengan secara automatiknya saya jadi cepat sejuk, weeeee, hebat kan saya, clap clap clap. 


Belajar juga untuk menjadi seorang pemaaf. Tak salah untuk memaafkan orang lain walaupun kita rasa orang itu yang salah pada kita. Tak rugi langsung untuk memaafkan dia orang, malahan kita akan merasa tenang :) Cepat sejuk memang bagus. Jangan amalkan menyimpan perasaan marah dan dendam tu lama-lama okay.


Sangat bermakna bukan, hayati dan fahami ayat di atas ini. Siapa kita jika tak hendak memaafkan dan melupakan kesalahan orang ? Mengalah bukan bererti kalah :)

Sama-sama kita amalkan ye, kalau ada rasa terguris, terkasar, terkedu dengan perbuatan orang lain, cepat-cepat minta maaf dan memaafkan walaupun kejadian itu bukan berpunca dari kita, amalkan sikap buang yang keruh, ambil yang jernih, hidup pasti lebih bermakna, yeayyy :)

Selamat berhujung minggu. Tata


Thursday, April 25, 2013

FAMILY DAY

As salam.

Sabtu lepas, company tempat Mr.R bekerja ada anjurkan family day bertempat di Desa Water Park. Yeayyyy, after 4 years takde family day, this year dia orang anjurkan semula. Thank you to management tempat kerja Mr.R lah sebab berjaya menganjurkan semula and congratulation buat team yang bersusah payah nak memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Ain, kalau awak baca entry ni, saya nak cakap tahniah sebab saya tahu memang tidak mudah nak merealisasikan ini semua, saya tahu awak adalah salah seorang orang penting di belakang tabir, clap clap clap.


Semasa 4 tahun tiada event family day ni, company bagi voucher makanan untuk semua kakitangan, alhamdulillah, tak ada nak komplen apa pun sebab itu pun dah cukup baik, ada company yang langsung tak menganjurkan apa-apa untuk staff, ye tak ? Lokasi family day pun tak payah nak komplen, janji management  dah tanggung semua perbelanjaan, siapa komplen tak best, pergilah korang kat tempat best yang korang sibukkan tu, ahaha, emo tetiba.

Panas betul hari tu, anak-anak saya dan Mr.R semua nya dah bertukar kulit, saya aje masih maintain putih melepak, uuuuuu, nak kena bagitahu putih melepak ke, ahaha. Saya tak join langsung dia orang mandi manda ni wehh sebab saya tak kuasa nak menyalin baju mandi bagai, saya duduk tengok dari tepi aje, pastu berlindung pulak di bawah pokok, memang tak ada chance lah nak berpanas :)

Ain, nanti bagitahu lah kat management, tahun depan buat lagi ehhhh, company untung banyak tu, ahaha.


Wednesday, April 24, 2013

GENDANG GENDUT

As salam.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, weeee, siapa bersedih selepas kenyang,  disyaki ada simptom kecelaruan fikiran, ahaha.


Ini antara makanan yang dinikmati minggu-minggu sudah. Ada kuey teow, nasi goreng, biskut lutut, nasi lemak ayam goreng, eclair dan milo, perghhhh, menggeleng kepala pakar diet kalau tengok makanan yang saya makan untuk breakfast ni !


Tuesday, April 23, 2013

NENEK @ 92 TAHUN

As salam.

Untung anak-anak saya, dia orang ada nenek, opah dan atok yang masih sihat cergas nak melayan karenah dan tempat anak-anak bermanja, rezeki anak-anak :)


Ini nenek saya, dah 92 tahun usianya. Nenek saya tinggal di Melaka dan abah saya sebagai anak lelaki sulung dalam adik beradiknya adalah orang yang mengambil berat dan bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselesaan ibunya, alhamdulillah, sehingga ke saat ini, kami adik beradik semua bersama-sama menjalankan tanggungjawab tu sebaik mungkin.

Baru-baru ni kita orang sekeluarga ke Melaka untuk menziarahi nenek, biasalah di usia 92 tahun ni, sakit itu ini adalah perkara biasa, cuma kebelakangan ni selera makan nenek sangat berkurangan dan pendengaran dia pun dah tak berapa baik, moral nya disini, bila korang tengah sihat walafiat badan bertenaga ni, bila tekak nak makan apa tu, layankan aje lah, nanti bila kita dah tua, semua tu dah tak lalu dan tak sedap di tekak kita ni, dibagi makanan apa pun kita tak pandang dah :(

Sekian.


Monday, April 22, 2013

SHIBAM VS SUBWAY

As salam.

Huiiiii tak agak-agak nak berlawan dengan Subway, jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi, kata nya. Itu lah kan, ikutkan hati memang setiap hari nak singgah ke Subway tu tapi mengenangkan ada tabung 5 ringgit sehari yang saya nak penuhkan, makanya boleh singgah sesekali aje lah, untunglah korang yang setiap hari bersarapan berbekal kan roti dari Subway tu.


Buat sendiri, biarpun takde roti yang ala-ala Subway, dapat roti biasa macam ni pun sodap gak. Selamat buat kerja, selamat hari Isnin, jangan nak monyok-monyok, banyak cantik, dah rehat Sabtu dan Ahad pun nak monyok-monyok lagi pagi ni, biasa ehhhh, kata ku pada diri ku sendiri, ahaha. Byeeeeee.

Friday, April 19, 2013

SOLAT TIANG AGAMA

As salam.

Salam Jumaat semua. Saya percaya dan pasti, semua orang Islam tahu tentang betapa pentingnya menjaga solat 5 waktu sehari semalam dan betapa baiknya jika dapat menunaikan semua solat sunat yang pasti akan dapat memberi kita bekalan untuk dibawa di hari akhirat kelak.


Saya pun tidak sempurna, banyak lagi yang harus dipelajari, banyak lagi yang harus diperbaiki, saya sentiasa doakan semoga saya dan orang-orang yang saya sayang agar dapat menjaga solat dengan baik sebab kita semua tahu, solat itu tiang agama.

Rasullulla saw bersabda :

Hal pertama yang diwajibkan oleh Allah swt atas umatku adalah solat lima waktu, hal pertama yang diangkat dari amalan-amalan mereka adalah solat lima waktu dan hal pertama yang dipertanyakan kepada mereka adalah solat lima waktu. (Kanzul "Ummal, jilid 7, hadis 18859)


Thursday, April 18, 2013

NYAMUK ..... SILA BLAH !

As salam.

Dah lama rasanya tak gunakan ubat nyamuk macam ni, last saya gunakan kalau tak silap masa tu di sekolah menengah, ada satu kenangan pahit semasa saya menggunakan ubat nyamuk berasap ni, ada satu malam, bantal peluk saya terjatuh kat atas ubat nyamuk tu dan satu bilik saya dipenuhi asap, nasib baik mak saya kejutkan ketuk pintu bilik macam nak rak, saya sendiri elok je lelap tak sedar apa pun dalam bilik, semenjak kejadian tu, mak terus mengharamkan penggunaan ubat nyamuk ni, hihi.


Baru-baru ni kita orang pergi bercuti, kat area tu nyamuk nya kemain tembam dan sihat, gimme five nyamuk, ahaha. Tak boleh jadi ni, terus pergi pekan dan cari ubat nyamuk yang jenis berasap ni, nyamuk kalau tembam gemuk macam tu dia tak takut dengan penyembur tu semua, tak lut kata nya.

Nak pasang kat banyak tempat, tu yang abang saya bagi idea cucuk kan je kat garfu cenggitu, dapat lah letak kat setiap bilik, bijak kan, entah-entah korang pun tahu dan dah lama buat cenggini. Aman damai semua tidur malam tu tanpa gangguan dari seekor nyamuk pun.


Wednesday, April 17, 2013

UHUK UHUK

As salam.

Orang dah berkurun lama ber instagram, saya baru je pandai nak menggodek ni semua. Biasa lah, orang ada, saya pun nak ada jugak dan macam biasa jugak, account FB & Instagram ni saya private kan, tahap artis je yang tak payah private sebab jenuh lah dia orang nak approvekan para peminat yang request kan, golongan tak berapa artis macam saya memang akan private kan, kalau tak nanti entah siapa-siapa yang akan follow dan kita tak tahu niat orang.

Macam di Instagram saya, photo saya lebih banyak dari follower, ahaha. Bak kata kawan saya, asyik gambar makanan jer dalam Instagram saya, nampak sangat suka makan, ehhh mana tahu ni. Saya segan lah nak tempek gambar sendiri banyak-banyak, bukan setiap kali tempek muka tu bertukar takpe lah jugak, ini balik balik muka sama aje, baik tak payah, letak gambar makanan memang best sebab rupa makanan sentiasa bertukar, ahaha, logik tak alasan saya ?


Korang nampak tak siapa yang nak follow saya tu ? Terbatuk terus bila tengok.  Saya ingatkan fake account, sekali bila saya tengok, ehhh account betul lah, terus berfikiran positif yang beliau nak menambahkan follower dalam instagram, bagus tau berfikiran positif ni, tetiba, ahaha.

Lastly, saya memang tak gemar dengan friendlist yang panjang berjela tapi membatu sejuk kat situ, lebih baik tidak ramai tapi sangat mesra di antara satu sama yang lain, baru lah best :)


Tuesday, April 16, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN KAK LONG

As salam.

Alhamdulillah, hari ini 16 April 2013, anak sulung saya dah pun berusia 16 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan saya anak-anak yang sihat dan sempurna.


Buat kak long, selamat hari jadi sayang, mama doakan kak long terus menjadi anak yang solehah, bijak dan baik budi pekertinya. Nanti kita celebrate birthday sama-sama, hadiah yang kak long nak tu mama akan cuba tunaikan, insyallah.

p/s : tahu tahu, kata birthday kak long, tapi apsal letak gambar mama sekali, ehhh sukahati lah, ahaha.


Monday, April 15, 2013

BALIK BALIK SALAHKAN CUACA :)

As salam.

Last week hampir setiap petang hujan, kat area rumah saya ni ni punya lah lebat hujannya, hampir setiap hari kena basuh kasut sekolah dan menjemur buku sekolah anak-anak  :)

Biasalah, bila hari hujan, perut lapar weh, mula lah timbul macam-macam idea nak makan apa kat kepala ni, see see see, balik balik salahkan cuaca, padahal memang tekak sendiri yang suka nak makan, hihi.


Ni juadah saya malam tu, nasi panas dengan telur mata kuning nya cair, air asam dengan tomato dan cili api yang banyak dan sambal gesek dengan jeruk limau, perghh perghhh perghhh, kemain berselera saya makan tahu tak. Mr.R dan anak-anak tak pandai makan sambal gesek dan limau jeruk ni, saya sorang aje yang layan, dia orang makan lauk lain yang saya dah sediakan tu.

Siapa suka makan limau jeruk macam ni, gimme five :)


Friday, April 12, 2013

APA NAK SUSAH, ORDER AJE

As salam.

Kalau kat rumah tu macam biasa lah weh, memang sentiasa kena ada stok kudap-kudapan untuk semua, dah agak lama juga saya tak buat cookies dengan anak-anak, bila nak membuat tu ada je halangan nya..... alasan, ahaha. Nasib baik saya ada officemate yang rajin buat cookies ni, maka nya bila saya teringin aje, senang sungguh nak mengorder nya.


Saya order biskut melting moments & chocolate chips. Kejap je licin 2 balang kecil ni :)


Lepas tu repeat order balang besar sebab sedap sangat, hihi. Nak buat ni bukan susah mana pun kan, nak resepi ? bersepah-sepah bila di google, beli je lah kelengkapan & bahan-bahan nya tu, akan tetapi bila angin tak rajin yang ada dalam badan ni, jawapannya......... moh kita order aje lah, tak payah bersusah payah kat dapur nak membakar cookies :)

Selamat berhujung minggu. Tata.


Thursday, April 11, 2013

MARI KE OLD TOWN

As salam.

Repeat lunch di Old Town White Coffee dengan kengkawan :)


Kita orang order honey lemon juice, strawberry float & lime juice


Air batu campur ni rupa dia sangat sesuatu kan, muahahhahaha !


Saya order steam mushroom chicken, hoiihhh sedap sungguh ni, siapa yang belum pernah try, should order and rasa okay.

Tata.


Wednesday, April 10, 2013

BANTAL JENAMA SENDIRI ?

As salam.

Acik makin maju sekarang ni, dah ada bantal jenama sendiri okay !


Sedap betul bersandar dengan bantal baru yang sungguh empuk ini, sesuai untuk tuan empunya yang empuk jugak, muahaha.



Tuesday, April 9, 2013

PUTING MANIA

As salam.

Anak bongsu ni memang ragam dia lain dari yang lain betul lah, habis semua orang, atok nenek babah mama abang kakak kena buli dengan dia tau, lepas tu semua nya dah belajar bersabar dan pasrah gitu.


Hakeem dah 3 tahun, tapi dia masih lagi pakai diaper sampai sekarang, kalau anak-anak saya yang terdahulu, umur 3 tahun dah pandai pergi toilet sendiri, guna diaper untuk tidur malam aje. Ni tak, dia punya lah pandai bercakap, dah ajar banyak kali tapi dia tetap nak suruh dipakaikan diaper tu.

Puting tu memang confirmed melekat kat mulut dia dari pagi membawa ke tidur malam, kalau dah nyenyak tidur di cabutkan puting, automatik dia akan terjaga dan suruh disumbat puting semula, gigi pun dah muncung ke depan, sediakan duit je lah untuk dipasang braces bila dah besar nanti.

Hebat betul penangan anak bongsu ni :)


Monday, April 8, 2013

ORDER AJE, MAMA BOLEH MASAK

As salam.

Ye betul tu, order aje, nanti mama boleh masak kan untuk semua, mama kan rajin, clap clap clap, ahaha, seronok sungguh bagi motivasi pada diri sendiri.

Seperti kebiasaannya di hujung minggu baru lah boleh nak melepak lama di dapur tu, makanya dapatlah mama menyediakan apa yang anak-anak dah request.


Ikan bawal kukus black pepper nama nya ni. Senang sangat membuatnya, campak semua dalam tu, pastu kukus lah sampai masak.


Tomyam putih. Kat rumah saya tu kalau masak tomyam memang kena guna periuk besar baru lah cukup, masing-masing memang juara meratah tomyam.

Kangkung goreng belacan yang sedap.


Telur bungkus sebagai pelengkap juadah hari tu.

Lepas ni anak-anak nak order apa pula, bagitahu aje, pejam mata je mama boleh sediakan, kihkih.

Friday, April 5, 2013

PULUT KUNING

As salam.

Pulut kuning sangat sinonim dengan juadah untuk kesyukuran dan sebagainya kan, sepanjang hidup ni, saya tak pernah masak pulut kuning. Kalau teringin nak makan, beli je tapi macam biasa, memang susah nak dapat yang menepati selera. Mak mertua saya pakar dalam memasak pulut kuning ni, kalau dia buat memang cukup lemak dan lembut je pulut tu, saya je belum terbuka hati nak menuntut ilmu menyediakan pulut kuning dari beliau, huhu.


Macam biasa, saya beli dari kafe office, pulut sebanyak macam ni dengan rendang daging hanya RM3.00, saya kongsi makan dengan kawan-kawan office.

Selamat berhujung minggu.

Thursday, April 4, 2013

CELEBRATE

As salam.

Masing-masing sibuk pula kali ni, so we all decided nak celebrate kan birthday untuk bulan Februari dan Mac sekaligus, ianya adalah lebih baik dari tak celebrate langsung kan kan kan. Bulan Januari hari tu dah celebrate birthday di rumah saya, kali ini kita orang decided nak ke rumah angah saya pula. Ada 4 orang yang sambut birthday bulan Februari dan Mac, memang meriah :)



Kek aiskrim yang super sedap telah disponsor oleh Ayan & Wawa, tq ye, birthday Kak Mai nanti pun nak kek aiskrim macam ni ehhhh, muah muah.


Antara juadah petang tu, ada nasi goreng, mee goreng, nuget, sosej dan macam-macam lagi.


Ini bahagian BBQ, macam biasa lah, ini lah tempat yang selalu licin, letak habis, letak habis.


TQ to abg macho yang melakukan kerja-kerja memanggang dari mula sampai selesai.


Letak 2 meja aje, cukuplah tu untuk semua. Tq angah sebab arrange kan makan dan tempat yang selesa untuk kita orang, ingatkan nak buat kecil-kecilan macam biasa aje, hihi.


 Antara jajan yang disediakan.


Ada 8 orang cucu sahaja buat masa ni, alhamdulillah. 4 orang yang diraikan. Masing-masing happy bila dapat hadiah.

April bulan birthday untuk kak long, tak sabar nak celebrate untuk dia pula :)


Wednesday, April 3, 2013

PERUT BERTINGKAT BANYAK GUNANYA

As salam.

Ye, korang ingat mangkuk tingkat je ada banyak kegunaan, well perut bertingkat pun sama bagusnya dengan mangkuk tingkat tahu tak, ahaha.


We all order teh tarik, air barli dan calamansi. Teh tarik tu saya punya, memang menjadi tabiat dah, kalau pergi tempat makan baru saya akan order air teh tarik, reason being adalah kerana saya nak compare kan kat mana menghidangkan air teh tarik yang terbaik, very the Maria Tunku Sabri kan, dah rasa nanti boleh buat ulasan, so far, teh tarik kat kafe office dan restoran di PKNS adalah yang terbaik, yang lenlain tu semua biasa aje.


Saya order beef stew soup ke apa entah namanya ni, resit hilang daaaa, jadi terus lupa nama spesifik yang saya order ni, makan pulak dengan sebiji bun yang lembut, sedap :)


Ni set nasi goreng, kawan saya cakap sedap, anyway, tekak dia pun bukannya boleh percaya sangat sebab dia satu spesis dengan saya, semua sedap, tolak batu & kayu aje, ahaha.


Sagu gula melaka, makan dengan aiskrim vanilla, yang ni memang super sedap, lemak berkrim disukai ramai.


Sotong celup tepung, yang ni kurang sedap, saya still kata, sotong celup tepung paling sedap yang saya pernah makan adalah di Wong Solo Bandar Baru Bangi nun.


Tapi yang ni memang sedap, onion ring, rangup wehh. Kita orang makan ni semua di Wadihana Islamic Kitchen, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Bila ketiga-tiga tingkat perut kita orang dah penuh, barulah boleh pulang ke pangkal jalan, adios.


Tuesday, April 2, 2013

BUKAN ARTIS PUN BOLEH

As salam.

Isk korang ni kan, ingat artis je boleh nak ada semua tu ke, yang bukan artis pun boleh lah, please terima alasan saya boleh tak, sebab saya pun dah create satu account Keek ni, ahaha. Nak menunggu saya jadi artis memang tak de harapan lah kan, watak pembantu rumah pun tak tentu ada orang nak offer, ahaha. Makanya jom kita buat je lah apa yang orang sibuk sibuk kan sekarang ni, ingat artis je boleh ada Keek, saya mama 4 orang anak pun nak jugak tau, bezanya akaun Keek artis akan ada ramai follower dan beribu views sebab peminat nak tahu aktiviti dia orang. Saya ? Ehh, takde follower pun takpe, saya upload, saya view lah sendiri, ahaha.


Yang penting kita kena berani dan confident, yes confident yang terpaling penting sebab bila kita confident, lepas kita upload Keek poyo kita tu, lantak lah orang nak kata apa kan, janji kita suka kita buat, janji orang ada Keek, saya pun ada ! Mesti confident weh, confident, biar lantak apa orang nak kata, mulut orang mana kita boleh tutup, ye tak ?

Orang cakap, orang badan besar macam saya tak cantik pakai baju corak bunga besar lah, warna terang lah, ehhh nak menunggu saya kurus entah bila zaman nya, so saya belasah aje lah pakai, janji sedap dipandang mata dan menutup aurat, nak buat sesuatu pastu asyik nak fikir apa orang akan cakap, memang tak kemana mana lah korang, sekali lagi, kata kuncinya adalah confident.

Sebab tu saya ada blog walaupun sepuluh dua puluh orang aje yang baca setiap hari, pastu saya ada page Shibamjelita, walaupun beberapa kerat je yang like, ehhh tak kisah lah, redah aje, janji kita suka dengan apa yang kita buat, emo tetiba, ahaha

Dah pernah ada friendster, myspace, blog, facebook, twitter, instagram, nah sekarang saya ber keek pulak, sendiri seronok tengok apa yang diupload, sampaikan kengkadang terasa nak kick diri sendiri, ahaha.


Monday, April 1, 2013

LAUK SEMPOI

As salam.

Cuti sekolah dah habis, let's sibuk kembali seperti biasa sambil menghitung hari untuk cuti persekolahan yang akan datang.

Jom tengok apa lauk sempoi yang saya masak hari tu. 


Kangkung goreng. Favourite semua kat rumah, mesti kena goreng 2 kali, sekali masa lunch and sekali lagi masa dinner, setiap kali goreng tu mesti gunakan 2 ikat, biasalah kan, sayur kangkung ni nampak aje macam banyak bila dipotong, bila dah masuk dalam kuali tu, terus kecut menguncup kan, makanya 2 ikat besar macam tu baru cukup untuk sekali makan.


Ayam masak lemak cili padi. Buat pekat dan pedas, so sedap :)

Ikan bawal yang digoreng garing, sekali hadap, 3 ekor memang boleh licin sekelip mata.


Kentang goreng. Saya rebus dulu sampai empuk dan bancuhkan tepung gandum + tepung beras + serbuk kunyit + garam secukup rasa, memang favourite anak-anak suka makan kentang macam ni dengan tepung yang banyak, baru feel katanya. Kalau saya buat pisang goreng pun macam tu, kulit tepung tu mesti tebal, barulah melepasi piawaian tekak anak-anak.


Ikan bilis goreng. Mimi dan Hakeem punya favourite ni, dia orang boleh ratah macam tu aje.

See see see, very the sempoi kan semua lauk yang saya masak ni :)