Friday, May 31, 2013

AURA POSITIF

As salam.

Aura seseorang itu akan memancar dan mempengaruhi setiap orang yang berada di sekeliling nya, aura negatif ini akan mempengaruhi raut wajah sekaligus membuatkan wajah menjadi tidak berseri, maka dengan itu saya akan sedaya upaya menjauhkan diri seketika dari orang yang saya rasa dan pasti membawa aura yang negatif :)

Bila kita selalu berfikiran positif, secara tak langsung, kita akan menjadi lebih ceria dan membuatkan kita mudah didekati oleh orang lain. Of course lah kan, kalau dah memanjang asyik merungut dengan dahi yang selalu berkerut, mana ada orang nak datang bertegur sapa. Selalu lah melemparkan senyuman kerana itu adalah salah satu cara yang menampakkan kita sentiasa positif dan berfikiran terbuka.

So kawan-kawan, anda semua nak jadi penyumbang kepada aura positif atau negatif ? Tepuk dada tanya selera. Selamat berhujung minggu. Tata.


Thursday, May 30, 2013

TAT NASI AYAM

As salam.

Sekejap aje dah hari Khamis weh, tapi takpe, cuti sekolah ada seminggu lagi, yeah yeah. 


Hari tu pergi lunch kat Tat Nasi Ayam, yang saya order ni nasi ayam stim.  Pada saya, yang membuatkan nasi ayam ni sedap adalah disebabkan halia dan cili dia, memang ianya menambah kesedapan nasi ayam tu.


Kawan saya order nasi ayam kampung special, kalau special memang dia akan bagi nasi dan ayam tu lebih dari biasa.

Air bandung cincau. Rasa dia hrmmm, hrmmm, rasa bandung dengan cincau lah, ahaha.

Satu aje yang saya nak komen tentang restoran Tat Nasi Ayam di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi ni adalah supaya dia orang meningkatkan lagi tahap kebersihan dan susun atur di restoran tu, mana tak nya, dari sudut meja yang saya duduk tu, saya boleh nampak segala macam benda yang tunggang langgang nak menuju ke dapur nya tu, very the tak sesuai. Cermin kat restoran tu kasi lap sikit bagi memancar mancar, baru lah nampak bersih, ini berkabut aje cermin nya, sekian aduan dari pelanggan yang prihatin :)


Wednesday, May 29, 2013

REKREASI BERSAMA RAKAN SEBAYA

As salam.

Kami semua adalah geng dari zaman persekolahan, start jumpa balik dalam FB, adalah dalam 3 tahun macam tu baru berhubung semula, dan ini adalah antara geng yang selalu bertanya khabar dan bergurau senda di FB nun, kami lah geng Forever 29 :)

Sesi berfoto adalah wajib dan khusus untuk tatapan geng yang tak join kita orang, biar dia orang tengok sampai merah-merah biji mata, ahaha.


Nasya jadi tuan rumah untuk hari tu, terima kasih daun keladi Nasya ku sayang, dan dan sayang ye, sebab dia dah prepare lunch dan makanan yang super duper sedap.


Gwiyomi gedik gedik, gwiyomi gedik gedik, ahaha. Terbaik ahhh, kita orang kalau bab berposing memang kalah bebudak zaman sekarang, meliuk melentok, you name it, semua aksi ada but of course yang paling comel aje lah saya tempek kat sini kan, yang tak senonoh tu untuk tatapan sendiri aje lah.

Tq to encik husband masing-masing yang bagi pelepasan untuk kita orang hari tu.

p/s : besan oh besan, saya ambil gambar dari FB awak tau, muahaha.


Tuesday, May 28, 2013

NAK JUGA TU

As salam.

Setelah berbulan saya menceburkan diri dalam arena candy crush saga yang makin lama makin mengarut level-level nya, ini pun saya dah tersangkut kat level 208 tak lepas-lepas lagi, makin entah apa-apa level nya, makin syok pulak nak selesaikannya, muahaha.  


Mr.R pun baru aje join the club. Sekarang, pantang ada masa aje, mesti menghadap game ni. Good luck Mr.R.


Monday, May 27, 2013

SAYA & CILI PADI SANGAT KAMCENG

As salam.

Best kan cuti 3 hari, macam-macam aktiviti yang dah dijalankan. Lagi best sebab dah start cuti sekolah untuk 2 minggu, yeahhhh, hidup cuti sekolah, ahaha.

Bulan puasa nanti memang saya akan meneruskan tradisi tidak berkongsi gambar makanan, so mari kita letak gambar banyak-banyak sebelum berpuasa, hihi.

Cili padi kicap, hari tu terlebih rajin, siap blend, selalu main tumbuk kasar-kasar aje.


Cili padi kicap tu memang dibuat khas untuk dimakan dengan tempe goreng marvellous air tangan mbam mbam saya, tepung mesti tebal, tengok lah lelemak tuan dia tebal mana kan, ahaha.


Spaghetti carbonara dengan cili padi sesuka hati. Urat saraf untuk kepedasan sudah tidak berfungsi dengan baik di dalam badan saya, letak banyak pun masih rasa kurang pedas. Mr.R selalu bagi nasihat kat saya, tak elok makan pedas banyak-banyak yang, bla bla bla, ye ye ye saya jawab sambil hiris lagi cili api yang ada.


Nasi goreng kampung pedas dengan telur mata. Saya sanggup goreng nasi ni berasingan dengan nasi goreng dia orang sebab dia orang cakap saya punya pedas melampau.


Roti + sardin + telur + bawang + cili api mesti tak boleh tinggal. Sedap sangat tau.

Makan pedas pedas baru lah kick kata nya :)


Thursday, May 23, 2013

ENTRY BOSAN, TAK PAYAH BACA

As salam.

Majoriti dari kita semua mesti ada lesen kereta kan, dah berapa tahun lesen memandu korang semua ni ? Untuk pemegang lesen yang baru mesti masih ingat lagi apa yang cikgu ajar di sekolah memandu dan pada pemegang lesen otai, anda lah orang yang disyaki suka buat undang-undang sendiri, almaklum lah dah terror, rasa hebat, rasa best, pandai-pandai buat peraturan sendiri, apa yang di ajar kat sekolah memandu dulu, memang dah tak kuasa nak dipraktik kan ye !

Pada pendapat saya lah, setiap pemandu yang sudah ada lesen memandu mesti kena masuk kelas memandu balik, at least 5 - 10 tahun sekali, bagi semua refresh segala peraturan jalan raya yang seharusnya kita amalkan, ni tidak, makin lama memandu, makin pandai buat peraturan sendiri, lupa dah apa tu susur selang satu kereta, bila di persimpangan, kereta mana yang perlu di beri keutamaan untuk meneruskan perjalanan, duduk di susur yang betul bila di roundabout, semua tu main sedap ikut suka hati sendiri aje.

Sekian entry bosan. Selamat bercuti 3 hari. Kita jumpa dengan entry makanan di hari Isnin, ahaha. Byeeee


Wednesday, May 22, 2013

RESTORAN HOMST RECIPE

As salam.

Mukadimah macam biasa lah ye kengkawan, kalau kengkawan nak tengok gambar beli baju, beli handbag, jalan sana sini, tutorial tudung mahupun mekap, sila lah layari blog lain yang banyak di luar sana tu, blog saya hanya ada gambar makanan sesaje.  Kali ni kita orang makan di Homst Recipe, Warta Bandar Baru Bangi dan mari saksikan gambar makanan sebesar alam yang saya tempek, ahaha.


Air ribena special, barli dan ice lemon tea.


Ni nama nya cantonese fried yee mee, cuma RM8.90 sepinggan besar yang super sedap.


Ini pula wantan mee, pun RM8.90 sepinggan. Pun sedap.


 Deep fried prawn dumpling, sedap jugak weh, sepiring ni RM6.80


Ini lagi lah super sedap, berharga RM5.80 sepiring untuk 3 ketul besar macam ni.


Seaweed roll, cuma RM6.80 sepiring.


 BBQ bun. RM6.00 untuk 3 biji pau ni.


Terbaik sungguh Lien chee kang dia tau, semua bahan-bahan dia best, harga cuma RM4.80


Fried kuey teow yang sedap sangat, siap ada keropok lagi tu, cuma RM8.90, kalau perut kecik memang boleh share 2 orang, portion dia besar.


Ini lagi lah melampau sedapnya, Egg fu yong nama dia ni, harga RM10.00, ala-ala telur dadar yang berinti penuh dengan udang dan bahan lain yang sewaktu dengannya.


Hidangan yang mesti order dan cuba di Homst Recipe. Buttered Prawns, kita orang order regular size dan harganya RM20.00. Tell you, kerak kerak dia tu sedap terlampau ok !

Cuba kira ada berapa perkataan sedap dalam entry ni :)


Tuesday, May 21, 2013

ADA HATI TU

As salam.

Saya memang suka melawa, tak kisah lah tak slim macam orang lain, tapi melawa itu wajib. Saya tak perlukan baju, beg mahupun kasut berjenama untuk melawa, kalau ada baju atau kasut yang berharga 19.90 tetapi lawa di mata saya, mesti saya akan beli dan katakan tidak pada imej selekeh, hihi.


Hari yang ada mood untuk berskirt kembang bagai ke office, rindu pulak dengan kasut tinggi ni, tumit nya 4 inci wehh, bila pakai terus rasa saya lah paling tinggi di office. Memang bergaya habis lah rasanya kalau pakai kasut ni, tapi apakan daya tak boleh pakai lama-lama weh, lenguh betis I yang tembam ni, ahaha.


Flat shoes juga yang selesa di pakai, senang nak bergerak ke sana ke mari, biar pun nampak rendang tak berbuah aje bila memakainya, ianya tetap menjadi pujaan hati.


Monday, May 20, 2013

MEE KARI INI KALI LAH !

As salam.

Salam penuh keceriaan di hari Isnin, pada yang berpuasa sunat mahupun berpuasa ganti, selamat berpuasa ye :) 

Macam yang saya mentioned sebelum ini, tekak saya adalah sangat mengada-ngada semenjak dua menjak ni, nak makan semua nya yang saya bayangkan sedap sedap sedap. Kali ni nak makan mee kari, tapi tak nak bahan yang bukan-bukan dalam kuah tu, yang paling penting nak kerang banyak-banyak, dah jadi satu kerja dok mencari kerang kat area rumah saya ni, pergi kedai situ kedai sini semua takde, at last ada kat satu kedai ni, itu pun tinggal yang halus aje, jadi lah daripada takde kan.


Mee kari yang saya idamkan dengan rencah udang, kerang yang direbus, telur, sawi, taugeh, fishball dan limau kasturi, yummy. 2 bungkus mee kuning selamat menjadi hidangan kami sekeluarga untuk tengahari tu.


Friday, May 17, 2013

SANGAT SEDAP DI KALA CUACA PANAS MEMBAHANG

As salam.

Sehari dua ni cuaca panas sungguh di tempat saya ni. Kalau ampai kain tu mesti cepat kering nya. Kena minum air masak banyak-banyak untuk jaga kesihatan di kala cuaca panas ni.


Kalau buat macam ni pun sedap jugak, sejuk aje lalu di anak tekak tu. Senang aje nak membuatnya, beli aje semua buah-buahan dalam tin tu dan perahkan sedikit asam limau, wuhuuuu, so sedap okay. Saya campurkan laici, rambutan, nata de coco, fruit cocktail dan air nya sekali.

Cuba buat di hujung minggu nanti ye. Tata


Thursday, May 16, 2013

TENTANG MAKAN

As salam.

Jangan mimpi nak ada entry tentang diet dalam blog ni, huahuahua. 


First time nak merasa Yourgurt, saya still prefer Tutti Frutti. Keropok lekor gemuk gemuk tu memang sedap, susah tau nak cari keropok lekor yang banyak isi ikan dari rasa tepung, akhirnya jumpa jugak. Pisang goreng dan tempe goreng pun ada.


Minum petang dengan beraneka donut. Lepas makan mesti buat-buat menyesal.


Boss belanja makan pizza, perghh, sedap, macam-macam flavour ada. Boss memang suka belanja staff dia yang memang kaki makan semuanya ni, tq boss, semoga terus dilimpahi rezeki yang murah, aamiin.


Apa ke benda nya nama set ni, sudah kelupaan saya.


Asal ada iklan baru kat TV jer mesti terpengaruh lalu pergi ke restoran lalu mengorder lalu makan lalu pulang ke rumah.

Sekian.


Wednesday, May 15, 2013

SAYA MASIH MEMEGANG REKOD ITU

As salam.

Mimi baru habis exam sekolah kebangsaan dan sekolah agama dia.  Asal tanya aje cakap senang giler, tunggu lah dapat result nanti, masa tu baru kita tahu dia gebang lebih ke apa :)


Lagi sorang yang ikut genetik babah dia, tulisan yang kemas dan cantik untuk budak darjah 1, setakat ini saya masih memegang rekod tulisan terburuk, ahaha.


Tuesday, May 14, 2013

5 TAHUN SEKALI

As salam.

Kita semua kan mengundi sekali dalam masa 5 tahun, so masa 5 tahun lepas, saya tak berkecimpung lagi dalam dunia blog ni, maka nya tak ada lah nak update pasal saya pergi mengundi. Nah sekarang, saya dah ada blog kan, mahupun pilihanraya dah seminggu lebih berlalu, tapi saya nak abadikan cerita saya dalam blog , sekian, harap maklum.


Bersemangat, sesiap print kertas ni supaya di hari mengundi tu nanti tak perlu nak pergi kat kaunter tanya saluran berapa, no siri apa, boleh terus aje pergi ke saluran yang sepatutnya, saya di saluran 4, tempat untuk yang tak berapa nak tua dan tak berapa muda lagi, ahaha.


Kemain ramai yang meng upload gambar jari di hari kejadian kan, seronok tengok kengkawan menjalankan tanggungjawab, ada saya terbaca di Instagram kawan, ada yang mengomen dia orang meluat tengok orang lain meng upload gambar jari yang sudah mengundi ni, poyo katanya, ehhh bermasalah dia orang ni, orang upload gambar jari pun nak meluat dan menyampah, kalau menyampah sapa suruh ada FB dan instagram, memang tujuan FB dan instagram tu pun tempat nak menayang kan, masak maggi pun upload kat FB tau, ahaha. Sudah sudah lah tu, kalau memanjang meluat aje baik toksah berkecimpung dalam dunia komunikasi ni, buat menambah dosa kering je.

Memandangkan hampir semua kengkawan upload gambar jari telunjuk aje, saya up kan gambar sebelah tangan mbam mbam saya tu beserta cincin berlian takde karat sekali, ahaha. Pecah perut baca komen masing-masing. Itu aje nak gebang, bye bye.


Monday, May 13, 2013

MERENDANG, MELODEH, MENGHIMPIT

As salam.

Tekak saya anje anje anje sangat lately ni, macam-macam yang saya teringin nak makan. Maka nya mari lah kita memasak, air tangan sendiri mesti puas hati :)

Masak rendang, senang sangat, sekarang ni kan semua nya ada, pergi aje lah beli kat pasar tu, santan dah siap perah, kerisek pun ada, tinggal nak blend kan aje bawang serai lengkuas semua tu, leburkan semua, siap lah rendang yang marvellous ni.


Buat lodeh jugak tapi ikut selera anak-anak, dia orang tak suka banyak bahan dalam tu, saya cuma letak soo hoon, pucuk, tempe, tauhu dan sedikit kacang buncis.

Rebus kan nasi impit. Berselera masing-masing makan hari tu, ye lah, kalau di musim raya masakan macam ni dia orang pandang sebelah mata aje kan. Petang tu, saya buatkan sambal tumis ikan bilis, pun sedap dimakan bila bergandingan dengan lodeh.


Friday, May 10, 2013

BUKAN SENANG NAK MEMBUAT PERUBAHAN

As salam.

Beruntung anak-anak gadis sekarang, kesedaran ibu bapa terhadap anak untuk menutup aurat sangat tinggi, sedari umur kecil mereka telah diajar untuk menutup aurat, bila dah akil baligh nanti, secara tak langsung dengan sendirinya dia dah biasa menutup aurat, alhamdulillah.


Semoga saya dan kawan-kawan semua akan mencapai tahap no. 8 tu nanti, insyaallah. Pada yang sudah berada di tahap 8 tu, alhamdulillah, doakan saya ye. Sama-sama lah kita perbaiki diri okay. Selamat berhujung minggu. Tata



Thursday, May 9, 2013

FIRST TIME NI

As salam.

Kalau selalu kita pergi jemputan kenduri kahwin, mesti dapat gula-gula, telur, coklat, cawan kecil, saputangan dan sebagainya sebagai cenderahati untuk tetamu kan. 


Tapi cenderahati untuk tetamu macam ni adalah kali pertama yang saya pernah dapat, setiap orang dia akan bagi 2 ketul comel nasi impit tu, satu bungkus kecil rendang daging dan satu bungkus lagi sayur tempe goreng. Sedap pulak rendang dan tempe goreng tu. Idea yang bagus kan, dari selalu dapat cenderahati lepas tu tidak digunakan, lebih baik bagi makanan yang sedap untuk dinikmati tetamu.


Wednesday, May 8, 2013

KURUS .... EHHH KURSUS LAAAA

As salam.

Pada yang belum tahu, ni saya nak beritahu ye, sebagai seorang kakitangan awam, kami orang harus berkursus sekurang-kurang 42 jam @ 7 hari dalam tempoh 1 tahun. Siapa malas pergi kursus nanti markah prestasi mesti tak cemerlang :) 

Alhamdulillah, tahun 2013 ni, dalam bulan April saya sudah lengkapkan semua jam berkursus, rasa lega sangat. Ini antara kursus yang saya hadiri tempohari.


 Macam biasa, bila kursus mesti ada group, dalam group mesti kena buat presentation.


Habis presentation mesti rasa lega dan terus boleh tunjuk tanda bagus.


Seronok berkursus sebab semestinya akan dapat kawan-kawan baru dari jabatan yang berlainan.

Berapa puluh kali asyik typo, taip kursus jadi kurus, ahaha.


Tuesday, May 7, 2013

NAK MEMBESAR KATA NYA

As salam.

Anak-anak korang, sama tak macam anak-anak saya ? Bila hari bercuti pun rutin dia orang sama aje macam hari persekolahan, sarapan mesti nak seawal jam 7.30 pagi, perut lapar katanya, memang tak bagi chance kat mama dia nak bergolek golek melayan perasaan di hari cuti.  Lepas tu untuk lunch dalam pukul 11 pagi tu saya mesti dah siap prepare kan semua, sebab ngam-ngam pukul 11.30 pagi aje mesti dia orang dengan sendirinya tarik kerusi meja makan dan buka tudung saji :) 


Ni melayan Mimi minum petang. Pukul 3 dah siap tanya saya nak preparekan apa untuk dia petang nanti, sabar je lah, asyik ingat makan makan makan aje, macam siapa ? pandai korang, clap clap clap. Bila saya kata nak gorengkan nugget aje, boleh pula demand cakap, tak nak lah nugget, nak lain, mama buat lah roti sardin ke, cekodok ke, ye lah ye lah, nanti mama buatkan, tu saya buatkan roti sardin celup tepung kegemaran dia, kemain berselera dia makan.

Anak-anak tengah membesar ni memang berselera aje kan, masak lah apa pun sure licin, nasib baik dapat mama yang rajin ke dapur, ehem ehem. Itu aje, tata.


Monday, May 6, 2013

TERIMA KASIH DAP

As salam.

Tajuk mengundang kontroversi weh. First time saya nak bercerita tentang politik di blog ni. Tahniah Barisan Nasional kerana masih mendapat kepercayaan untuk menerajui kerajaan walaupun kerusi-kerusi yang dimenangi semakin susut dari sebelumnya :( Tahniah kepada PKR yang semakin luas jajahan nya dan tak lupa tahniah pada PAS yang masih dapat mengekalkan kemenangan di beberapa kawasan.

Terima kasih DAP kerana telah membuka mata orang Melayu dengan kemenangan bergaya mereka. Terima kasih kerana telah mengejutkan kami dan membuatkan kami semua berfikir tentang apa yang perlu kami lakukan untuk merapatkan jurang sesama bangsa kami sendiri. Bangsa kami yang suka bertelagah sesama sendiri, memburuk burukkan sesama sendiri di dalam media komunikasi dan suka menuding jari ke arah satu sama lain. Akibatnya, bangsa lain telah  menyusun strategi untuk lebih ke hadapan.  Terima kasih DAP, kalau tak kerana kemenangan bergaya anda, bangsa saya mungkin masih dibuai mimpi !

Saya pilih keamanan. Saya sayangkan Malaysia. Mari bersatu wahai umat Muhammad !


Friday, May 3, 2013

SAYA PILIH UNTUK MENGUNDI

As salam.

Hari yang ditunggu tunggu bakal tiba hujung minggu nanti, jom pergi mengundi untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negara tercinta kita, Malaysia.


Saya memang gelak aje kalau tengok orang yang post atau bercerita tentang politik pung pang pung pang di medium komunikasi sekarang ni, tak payah nak gebang semua tu, tak payah nak komplen. Ini lah masanya kita nak menunjukkan sokongan atau protes ke atas sesuatu parti politik tu, inilah waktunya nak memberikan pendapat, yang kita tak suka tu, jangan dipangkah, yang kita suka tu kita pangkah lah, semudah ABC bukan. Ini ada yang sampai bertegang urat sesama sendiri buat apa :)

Calon-calon yang bertanding boleh berkempen bagai nak rak dan berdoa kerana itu salah satu dari usaha untuk memastikan kemenangan berpihak kepada dia orang, pengundi juga boleh komplen itu ini dan berdoa agar calon yang mereka sokong akan menang, apa pun kita mesti berbalik dan berserah pada ketentuan takdir dan perancangan Allah S.W.T yang semestinya terbaik, insyaallah.

Selamat mengundi pada yang layak mengundi, kalau ada yang sudah layak tapi masih belum berdaftar, apa kata selepas pilihanraya ni berakhir, korang pergi mendaftar ye, nanti pilihanraya yang akan datang, korang dah boleh mengundi, pada yang sudah mendaftar tapi tempat mengundi masih di tempat lama atau negeri yang korang tak akan pergi lagi, sila lah buat pertukaran tempat mengundi, pada yang boleh mengundi, sila lah keluar rumah lebih awal bagi mengelak kesesakan dan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, jangan dah layak tapi tak pergi pulak ehhh, rugi tau.

Saya sayangkan Malaysia.


Thursday, May 2, 2013

BELIAU YANG BANYAK MENGAJAR SAYA ERTI KESABARAN

As salam.

Amcam tajuk ? Terancam tak, ahaha. Best cuti sehari kan. Ehhh kalau practise macam ni kan best. Isnin, Selasa kerja. Rabu cuti. Hari Khamis, Jumaat kerja. Sabtu, Ahad cuti, haaaa parti mana yang boleh bagi macam ni, itu yang akan saya undi, ahaha, berangan :)


Anak bongsu saya. Ikut suka hati dia aje. Tetiba pagi tu nak bersongkok walaupun berseluar pendek. Layankan aje. Banyak karenah. Banyak ragam. Banyak songeh. Sebiji macam babah dia, percayalah, uhuk uhuk.

Sarapan pagi nak cereal dengan susu, yang paling penting nak ada hiburan sambil breakfast, paling dahsyat sebelum ni, masa nak mandi pun suruh bawak tab masuk bilik air, apa dia ingat, mama dan babah dia pengeluar gajet ke, asal rosak boleh ambil baru kat kilang sendiri, uiiiiiiiiiiiiii, istighfar bebanyak dengan ini budak.

Selamat hari Khamis.