Friday, June 28, 2013

BETUL BETUL BETUL

As salam.









Betul tu, siapa lah kita nak mengubah seseorang. Diri sendiri juga perlu di perbaiki setiap hari. Bukan senang nak ajak kawan ke arah kebaikan, dari yang tidak bertudung kepada bertudung, dari yang tak solat kepada menjalankan tanggungjawab nya, dari yang sosial kepada yang lebih baik, dari yang malas kepada yang rajin dan macam-macam lagi lah. Kalau tak kena gaya nasihatnya, dari jernih menjadi keruh, dari baik menjadi lawan, lagi haru biru dibuatnya.

Selamat berhujung minggu.


Wednesday, June 26, 2013

MIMI ! BOLEH TOLONG SERIUS TAK ?

As salam.

Dugaan jerebu pula sekarang ni, semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menghadapi suasana jerebu yang tidak menyihatkan ini.

Malam semalam masa dok bersembang dengan dia orang kat rumah tu, saya share lah doa ni sekali dan dengan harapan hujan akan turun dan kemungkinan besar masalah jerebu akan menjadi berkurangan.


Boleh tak tetiba budak bijak si Mimi bagi cadangan lain dan cadangan nya adalah seperti berikut :

mr.r : semua dah baca doa, semoga Allah makbulkan doa dan turunkan hujan
saya : aamiin

tiba-tiba :

mimi : apa kata mama nyanyi sekarang, mesti lepas aje mama nyanyi, hujan lebat akan turun.
yang lenlain : ahahha
saya : sabar aje lah (dalam hati) dan terus berlalu menuju ke dapur.



Tuesday, June 25, 2013

WHATSAPP

As salam.

Mr.R, saya, kak long & angah ada group kat whatsapp, nak menyenangkan berkomunikasi katanya, tapi sekarang, saya rasa masalah berkomunikasi lagi tidak memberangsangkan sebab semuanya main bermesej mesej aje walaupun sorang kat bilik dan sorang lagi kat ruang tamu, tak bagus lah macam tu kan, so kalau kat rumah, saya tak galakkan dia orang berwhatsapp ni, nak cerita tanya apa kebenda semua tu, mesti hadap muka masing-masing, kalau kat luar tu lain cerita lah kan.


Ni salah satu contoh gelagat anak-anak bertuah saya di hujung minggu, masing-masing dok sambung tarik selimut lepas solat, saja saya biarkan, nak tengok dia orang bangun pukul berapa, siap lah bila masuk minggu kedua pun macam tu, memang siren saya berbunyi lah nanti, muahaha.

Mengada-ngada betul, siap berwhatsapp tanya sarapan apa yang saya siapkan, tu dalam hati mesti dah fikir, kalau sedap kena dengan tekak dia, nanti turun lah tu, kalau rasa tak sedap, baik dia sambung berselubung dalam selimut, sabar aje lah.

Berwhatsapp lah selagi mahu, jangan sampai duduk serumah tapi tak nampak muka, itu nama nya memang dah parah.


Monday, June 24, 2013

RESEPI CENCALUK

As salam.

Apa daaaa, setakat cencaluk pun nak buat entry bagi resepi, muahaha. Ye korang, saya tempek resepi kat sini sebab lepas saya tempek gambar kat FB hari tu ada kawan yang bertanya macam mana saya buat cencaluk yang agak gorgeous di mata dia :)


Saya kalau buat cencaluk ni, saya suka campurkan dengan air yang saya tanak nasi, maksudnya, saya lebihkan sedikit sukatan air masa masak nasi tu, bila dia dah mendidih, saya ambil air tu untuk dicampurkan dalam cencaluk, selain dari untuk mengurangkan rasa masin, ianya juga akan menyedapkan lagi rasa cencaluk, bahan-bahan lain tu macam biasa lah, ikut suka sendiri lah ye, kalau macam yang saya buat ni, saya letak hirisan bawang kecil, tomato, cili padi dan sedikit air perahan limau kasturi.

Saya kalau menghadap cencaluk ni dengan nasi putih, tak ada lauk lain pun tak apa, hiduppppp cencalukkkk, muahaha.


Friday, June 21, 2013

TENTANG RASA

As salam.

Kita ni, bila dah hidup berkeluarga pasti ada pasang surutnya, pasti ada pahit manisnya, tak kira lah dengan pasangan sendiri, anak-anak, ibu bapa, mertua, ipar duai, biras mahupun rakan-rakan sepejabat dan jiran sekeliling. Tak sempurna lah hidup ini tanpa dugaan dan cabaran. Setiap yang berlaku itu meninggalkan seribu satu pengalaman dan pengajaran.


Soal hati, tidak dapat dinafikan, memang tak mudah nak memuaskan hati semua orang dan memastikan tiada pihak yang terasa hati dengan setiap tindak tanduk kita, memastikan tiada hati yang terluka, kita ni manusia biasa, mana mungkin sempurna. Tapi itu lah realitinya, kita kena pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Setiap kejadian yang berlaku tentu ada hikmahnya, belajar lah dari pengalaman buruk yang berlaku, sama-sama hadapi hari mendatang dengan lebih baik dengan seboleh bolehnya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang.

Saya sentiasa berdoa supaya akal dan hati ini akan fikir yang baik-baik aje, jangan sesekali jadi batu api, jangan jadi orang yang suka menyampai nyampaikan cerita, sentiasa nak jadi yang lebih baik dari hari ke hari, insyaallah.

Sedangkan lidah lagi tergigit, air dicincang tidak akan putus, dunia ini kecil, sampai bila nak bermusuhan, pergi balik pergi balik mesti terserempak juga, hidup kita ini singkat, sentiasa lah berbaik-baik dengan orang sekeliling supaya hidup kita sentiasa bahagia, insyaallah.

Semoga semua nya baik-baik aje :)


Thursday, June 20, 2013

G HOTEL PULAU PINANG

As salam.

Minggu kedua cuti sekolah tu, kita orang ke Penang pula, pergi 3 hari 2 malam sahaja. Kali ni stay di G Hotel, memang selesa dan best.


Picture google :) Lobi utama dia. Sangat berpuas hati stay kat sini, next time kalau pergi Penang, akan repeat stay di sini.

Best sebab dia bersebelahan dengan Gurney Plaza, tak muak-muak nak ke shopping complex kan, kalau pergi sini bawa duit seguni memang best lah. Bila malam lagi happening kat area ni.

Anak-anak macam biasa, mana boleh lepaskan peluang nak ke swimming pool. Yang sedang berkuak lentang dalam pool tu saya lah tu, perghhh lenguh tangan berkuak lentang petang tu, muahaha


Melepak di Padang Kota Lama sementara nak menunggu pekena pasemboq Penang katanya.


Kak long, angah & mimi yang happy.


Ini sahaja antara sebahagian gambar makanan yang sempat di snap. Sebelum balik harus memborong Jeruk Madu Pak Ali. Itu sahaja cerita jalan-jalan kami untuk musim cuti sekolah ni. Tata.


Wednesday, June 19, 2013

CUTI SEKOLAH HARI TU

As salam.

Hari tu cuti sekolah pun kita orang jalan dekat-dekat aje, macam kan kita orang selalu jalan jauh-jauh kan, muahaha. Kali ini juga tempek dalam blog walaupun jalan dekat-dekat aje, sebab nak tunggu jalan jauh-jauh memang entah bila tahun, muahaha lagi.

Saya cerita kat satu entry aje, koser nak buat banyak part, gi Melaka je weh. First week cuti sekolah, kita orang ke Melaka, pergi 3 hari 2 malam sahaja dan lepak di Ayer Keroh, saya duduk homestay yang sangat selesa di Bukit Katil.

Bertolak seawal pagi hari Jumaat, breakfast sesama dan terus ke Ayer Keroh, alhamdulillah, jalan clear dan selamat sampai ke Taman Mini Malaysia dalam jam 11 pagi gitu.

Kita orang semua memang sporting, habis kesemua 13 rumah dalam tu kita orang jelajah, tak ada satu pun yang tertinggal.


Settle melawat kesemua rumah di Taman Mini Malaysia, kita orang gerak ke Zoo Melaka pula. Tengok persembahan burung dan gajah yang best dan melawat lah binatang yang ada kat dalam Zoo tu. Malam lepas Maghrib, terus ke Kg. Morten menikmati pemandangan rumah kampung yang cantik dan naik river cruise pulak, settle tu terus ke Hard Rock Melaka dan Jonker Walk. Balik homestay semua pengsan kepenatan, hihi.


Next day, hari Sabtu bersiap untuk ke kenduri kahwin sepupu dan terus terjah Mydin MITC, apsal kat area tempat tinggal saya takde Mydin sebesar tu, terus rasa nak pindah ke Ayer Keroh :) Malam tu kami ke Durian Tunggal untuk dinner dan menu special kat restoran tu adalah rendang daging rusa.

Pagi Ahad check out dan ke Melaka Sentral, lunch dulu kat situ dan terus ke bandar Melaka, ajak dia orang naik Taming Sari dan ronda-ronda dengan beca keliling pekan. Sebelum balik, kita orang terjah jugak coconut shake Pantai Klebang walaupun berhimpit berlanggar pungkoq, saya redah jugak, muahaha.

Saya ni nama aje kampung di Melaka, tapi selalu malas nak ke bandar sebab mengenangkan kesesakan, kali ni saya redah jugak dan lepas ni, kalau tak ke bandar dia untuk 5 tahun pun tak apa :)

Esok saya tempek gambar jenjalan ke Penang pulak ye :)


Tuesday, June 18, 2013

HINGGA HUJUNG NYAWA

As salam.

Ye, tuan-tuan dan puan-puan, sila lah contohi sikap saya yang satu ini, guna kan lah sesuatu barangan itu sehingga ke titisan yang terakhir, hingga hujung nyawa, muahaha.


Gigih acik mensnap gambar ni tahu tak ? Blogger lain steady aje menempek gambar koleksi peribadi barangan dia orang yang cecantik. Saya gigih tempek gambar hingga hujung nyawa ni, muahaha. Saya tak suka ada handbag yang banyak sebab saya tak rajin nak pindahkan barang dari beg ini ke beg itu bila nak digunakan, saya akan gunakan handbag tu sampai lunyai, baru lah saya akan bertukar kepada handbag baru yang lain.

Sama jugak dengan kasut, memang saya akan pakai sampai jahanam, bila tapak kasut tu dah  pecah dan hancur baru saya akan tukar ke kasut yang baru. Lipstick pun sama, saya tak ada koleksi sampai 5,6 colour,  pakai lah sampai habis, baru cari lipstick yang baru, bagus kan, ini nama nya penjimatan tahap 5 bintang tahu tak ?

Sila contohi saya, suami pasti sayang, muahaha.


Monday, June 17, 2013

AKTIVITI MASA CUTI

As salam.

Saya memang selalu memantau aktiviti anak-anak bersama kawan dia orang, siapa kawan dia orang, di mana rumah dia orang, sedikit sebanyak tu memang saya ambil tahu. Kak long dan angah memang ada ramai kawan tapi macam biasa lah, di kalangan kawan-kawan tu mesti ada yang menjadi kawan rapat.

Selalunya bila tiba musim cuti sekolah, kak long atau angah akan request untuk ke rumah kawan-kawan untuk buat aktiviti bersama-sama, saya hanya akan benarkan dia orang pergi sesekali aje lah, tak ada lah bila dia orang kata nak pergi, saya akan benarkan, selalunya mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Macam cuti sekolah baru-baru ni, kawan baik kak long baru balik dari asrama dan ajak kawan-kawan untuk lepak di rumah sambil baking kata nya, masing-masing bawa bahan yang diperlukan dan nanti dia orang akan buat sama-sama.

Kemain happy kak long, siap tunjuk kat whats app apa hasil yang dia orang dah buat hari tu.


Dapatlah bawa balik 4 biji muffin ni, perasa vanilla dan coklat, ehhh not bad rasa nya, lepas ni dah boleh biar dia buat sendiri di rumah nanti :)


Friday, June 14, 2013

TEDUHAN KASIH

As salam.

Setiap kali ada cerita yang best di slot Akasia ni mesti saya tertinggal keretapi sebab nya, kat rumah tu, Mr.R memang tidak menggalakkan menonton TV di kala waktu Maghrib. Lagipun saya memang tak akan berkesempatan sama sekali sebab masa itu lah saya baru selesai memasak dan nak membersihkan diri, kak long pula dah sibuk nak bersiap untuk ke tuisyen, angah dan mimi baru balik dari sekolah petang, mesti kena bersihkan diri jugak dan angah pula kena bersiap sedia untuk ke surau solat Maghrib dengan Mr.R. Jadi bila masa nya nak menonton TV di waktu itu ?


Setiap kali buka FB di waktu malam, rasa sesuatu sangat bila baca status kawan-kawan, papa Ehsan lah, kak long sengal dan macam-macam lah, mula lah rasa eiiiiiii tak boleh jadi ni, mari lah kita menonton nya jugak, nasib baik sekarang banyak betul link yang ada untuk tengok episod yang dah tertinggal. Sekarang ni dah sampai episod 18 kat TV, tapi saya baru terhegeh-hegeh nak tengok dari episod 1, hihi.

Semua pelakon dia memang best lah, sweet je Sherry Ibrahim ni jadi Ifa, sesuai sangat dengan wajah dan suara lembut dia tu, gandingan kak long dengan mak memang terbaik, muahaha, contoh terbaik jugak tu, kalau mak terjerit-jerit cakap dengan anak, ambik ko, anak pun terjerit-jerit cakap dengan mak, maka nya jangan cakap dengan nada menjerit ye :)

Papa Ehsan memang handsome macho sungguh laaaaa, tapi takpe Papa R saya kat rumah tu pun handsome gak di mata saya, muahaha. Hujung minggu ni mesti pulun tengok sampai episod terkini. Tata.


Thursday, June 13, 2013

JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 .........

As salam.

Sampai ke sudah saya masih terfikir, betul ke dia orang ni semua pandai masak dan menghias pinggan sebegitu cantik di dalam program ini, sampai sekarang, persoalan saya tu tidak terjawab dari musim 1 lagi membawa ke musim ke 2 berfikir benda yang sama.

Cuba kalau saya lah ada kat tempat dia orang, di beri masa memasak 45 - 60 minit dengan bahan yang terhad, mesti saya asyik masak nasi goreng, sayur goreng mahupun telur goreng, muahaha, memang takde rupa nak jadi chef langsung, nasib baik lepas jugak nak menjadi chef di dapur sendiri.


Walaupun saya dah tak melanggan Astro, tapi saya tetap gigih menonton di laman sesawang yang berlambak-lambak link nya. Sampai ke saat ini, peserta sudah masuk top 5 kan, rasa-rasa nya siapa yang akan menang ?

Saya rasa Celina dan Syanie yang akan ke peringkat final masterchef selebriti musim ke 2 ni dan kalau tepat tekaan saya ni, saya rasa Celina yang berpeluang cerah untuk menang sebab selalu tengok dia cool aje bila memasak dan selalu dapat pujian yang positif dari chef juri.

Tapi siapa lah yang tahu kan, entah-entah, Rozita Che Wan yang menang, fuyoooo, memang terbaik ahhh, dah lah cantik, pandai masak pulak tu. Sampai sekarang saya tak pasti, kenapa ramai wanita di luar sana yang anti betul dengan Rozita ni, apa salah dia kat korang ehhh, saya rasa dia orang ni mesti jealous dengan keremajaan yang ada pada Che Ta ni, ye lah, umur dah 40 an tapi rupa dan bentuk badan mengalahkan anak dara, tu yang buat dia orang jealous agaknya, muahaha.

So korang rasa, siapa yang menang musim ni ?


Wednesday, June 12, 2013

SAMA ?

As salam.

Ye wajah kami sama tetapi kami tidak serupa, especially dalam bab ketinggian, bentuk badan dan kebijaksanaan, muahaha.


Kak long menang dari segala aspek yang tersebut di atas, alhamdulillah, semoga kecermelangan sentiasa bersama kak long untuk dunia dan akhirat, insyaallah.


Tuesday, June 11, 2013

SEROMBONG KAPAL

As salam.

Hai hai hai, jom cari serombong kapal seperti tajuk di atas.


Muahaha, angah oh angah, memang tak pernah nak serius dan suka bila disuruh bergambar, mesti korang dah jumpa kan serombong kapal yang saya maksudkan.

Angah dah tingkatan 1 tahun ni, saya selalu pesan dengan dia, jadi anak lelaki sulung dalam keluarga ni besar tanggungjawabnya angah, bla bla bla, so far alhamdulillah, dia nak mendengar kata, semoga berterusan lah hendaknya, insyaallah.


Monday, June 10, 2013

KELUAR PAGI, BALIK MALAM

As salam.

Ye betul tu, dah lama giler tak dapat buat aktiviti dengan anak-anak dari pagi membawa ke malam. Tapi kali ini, misi dapat dijalankan sebab dah dapat green light dari mak saya nak menjagakan si Hakeem tu, plan  baik punya dengan Mr.R dan anak-anak untuk memastikan misi berjaya, hihi.

Keluar dari rumah seawal jam 7.30 pagi, breakfast sesama kat luar dan terus ke aktiviti seterusnya iaitu menjadi penyokong Mr.R untuk tournament bowling anjuran tempat kerja beliau. Biarpun ramai saingan dan disyaki akan kalah, tetapi tidak mengapa, sokongan padu itu penting, muahaha.


Kami yang sporting. Asal Mr.R nak menggolekkan bola aje, kita orang bagi riuh rendah walaupun balingan tersebut disyaki tidak akan dapat strike, tapi tidak bergolek ke longkang pun sudah cukup bagus kan.


Yeahhhh, itu dia gaya seorang pemain bowling yang tidak profesional ye kawan-kawan. Semangat nak bertanding tu harus kita banggakan, clap clap clap untuk Mr.R. Sementara nak menunggu Mr.R menghabiskan segala macam round yang ada, saya dan anak-anak meronda kawasan :)


Dah habis meronda kawasan, game Mr.R pun selesai, moh lah lunch bersama-sama, siap solat, kita gerak tengok wayang pula.


Dah habis tengok wayang, jom kita gerak ke bilik nyanyian pula, sessi melontarkan suara yang semestinya tidak merdu bak buluh perindu, muahaha. Kak long dengan Mimi aje lah yang menyanyi, angah memang tak berminat, dia tukang dengar aje. Dah agak-agak serak suara tu, jom lah kita balik ambil adik sebelum masuknya waktu Maghrib.

Lepas Maghrib, terus pergi dinner dulu sebelum pulang ke pangkal jalan, seronok seharian menghabiskan masa berhibur dengan anak-anak, tunggu Hakeem besar sikit lagi, dia pun dah boleh join sekali. Berbaloi lah jugak meneman Mr.R hari tu, sebab dapat hadiah hamper makanan macam-macam ada :)


Friday, June 7, 2013

HAKEEM

As salam.

Bertuah sungguh menjadi cucu bongsu, apa yang dia nak semua nya dapat. Lagi bertambah bertuah sebab buat masa ini dia lah yang paling kecil di kalangan cucu atok dan nenek yang hanya seramai 8 orang tu, entah bila nak bertambah cucu atok dan nenek, hanya Allah yang maha mengetahui :)


Bila dia yang paling kecil, of course lah ramai yang memanjakan dan melayan karenah dia, minta lah apa pun, mesti dapat punya lah, murah rezeki awak Hakeem.

Minggu depan rutin akan kembali seperti biasa, tak sabar nak tunggu cuti sekolah masa raya nanti, hihi  :)


Thursday, June 6, 2013

BAJU RENANG MUSLIMAH

As salam.

Sebelum ni Mimi memang dah ada baju renang, tapi nya yang bukan muslimah lah, baju renang ala-ala swimming suit yang agak seksi gitu, tapi Mr.R kurang bersetuju tengok anak perempuan dia ni pakai cenggitu kat swimming pool, dia suruh gak saya  belikan baju renang muslimah untuk Mimi.


So ini lah dia baju renang baru untuk Mimi, memang nampak lebih sopan dan manis kan.


Wednesday, June 5, 2013

KOLEKSI GAMBAR MAKANAN

As salam.

Muahaha, tak boleh blah, gambar makanan pun ada koleksi weh !

Antara menu yang dah selamat menjadi hidangan untuk kita orang sekeluarga. Ayam masak lemak cili api, kangkung goreng belacan, ikan bilis, ikan bawal dan kentang goreng.


Ini pula sup fishball, telur dadar dan sambal udang. Telur dadar tak berapa cun sebab di goreng oleh angah, harap maklum.


Hidangan favourite sekeluarga, nasi ayam air tangan saya, memang lebih sedap dari The Chicken Rice Shop, harap maklum juga, muahaha.

Mangga manis untuk pencuci mulut, cekodok udang daun kucai untuk breakfast, aiskrim penyejuk tekak di kala cuaca panas dan tak lupa roti canai bersambal sardin untuk hidangan minum petang.


Nasi bungkus beli kat kafe untuk lunch, yong tau fu beli kat kafe jugak untuk minum petang dan lunch kat Kenny Rogers dan buah mangga hasil depan umah cicah dengan kuah rojak super sedap.


Tuesday, June 4, 2013

MELENTUR BULUH

As salam.

Kata orang tua-tua, memang senang ada anak perempuan, sebab dia orang akan membantu kita di rumah, tapi kata saya, kalau ada anak perempuan 10 orang pun, kalau kita tak didik dan bentuk dia untuk menjadi rajin menolong kita dirumah, maka nya memang bergolek mengadap TV aje lah masing-masing, saya bercakap dari segi pengalaman benar yang berlaku di depan mata.

Alhamdulillah, setakat ini, anak-anak saya semua ringan tulang menolong saya buat kerja rumah, berkat bebelan saya dari dia orang kecil, secara tak langsung dah menjadi rutin untuk dia orang menjadi ringan tulang, semoga sifat rajin yang ada dalam diri anak-anak ini akan berterusan sampai bila-bila.


Bagi adil dan saksama dalam membuat kerja, kak long dan angah akan mengemop bilik masing-masing dan bergilir membasuh bilik air. Saya tak kejam nak menyuruh anak-anak mengemop seisi rumah, itu kerja saya dan Mr.R lah kan, asalkan dia orang tahu nak jaga kebersihan bilik sendiri, itu lebih baik dan mencukupi.


Mimi pulak, bila dia selalu tengok kak long dan angah rajin menolong saya, dengan secara tak langsung, dia pun nak menolong jugak :)


Monday, June 3, 2013

KUIH UDANG ALOR GAJAH, MELAKA

As salam.

Salam paling ceria di pagi Isnin. Jangan gundah dan gulana, anak-anak kita masih cuti sekolah minggu ni, mari lah kita ho yeahh ho yeahhh lagi :)

Kalau ke pekan Alor Gajah, Melaka, jangan lupa singgah di Pasar Menggong untuk menikmati kuih udang yang selalu diperkatakan oleh orang ramai.


Kalau tak ramai memang tak sah lah kan.


Mr.R yang comel buat peace sambil beratur, muahaha.


Dah makan separuh jalan baru teringat nak ambil gambar. Tapi saya nak komplen sikit, ahaha, memanjang komplen komplen komplen acik shibam ni kan. Kuah kuih udang ni dah tak sesedap dulu, tengok dari segi warna nya pun dah tahu, adakah masa saya pergi hari tu aje kurang sedap atau memang sekarang kualiti kuah tu tak sebaik dulu, mengapakah ini terjadi ? Hanya tuan punya kedai dan tukang masak dia yang mampu menjawab :) Atau selera kita kan tak sama, korang rasa sedap sesangat, saya rasa sebaliknya, pendek kata, pergilah nikmati dulu ye.