Monday, July 29, 2013

LEMAK 7 VS LEMAK 39

As salam.

Tajuk kemain canggih lah konon, muahaha. Best betul cuti 3 hari, memang cukup lah rehat nya dan rasa sangat bersemangat datang kerja hari ni :)

Hari Sabtu lepas adalah giliran di rumah saya untuk adik beradik datang berbuka, tapi disebabkan kesibukan yang amat, saya terlupa nak ambil gambar kemeriahan yang berlangsung malam tu, masing-masing kelam kabut menyediakan hidangan, alhamdulillah, semua nya cukup sampaikan tetamu boleh bawa balik lauk pauk untuk sahur keesokan nya tu.

Setakat ni Mimi dah berjaya puasa 19 hari, memang nampak banyak betul perubahan kat badan dia yang mbam mbam sebelum ni dan ramai dah yang menegur dia, seronok lah dia, bila ramai orang cakap badan dia dah susut, cuma mama dia aje, dah puasa 19 hari juga, tapi setakat ni, hanya jam tangan dengan cincin aje yang longgar, yang lenlain, maintain tembam tahu tak ! Paling sadis bila berlaku nya perbualan seperti di bawah :

Mimi : mama, mak long, mak ngah, pak ngah semua cakap Mimi dah kurus sikit, seronok nya Mimi sambil senyum sampai ke telinga

Mama : baguslah, nanti pagi raya mesti lagi cantik bila kurus, pakai baju raya, fuyoooo mesti comel

Mimi : tapi kenapa Mimi tengok mama tak ada kurus sikit pun, sama aje gemuk nya

Mama : muahahhaha (dalam hati sebut jugak, apasal lah awak ni berterus terang sangat wahai anak). Mimi, awak baru 7 tahun, bila berpuasa ni, cepat lah badan awak tu susut, mama ni dah 39 tahun Mimi, dah berapa lama mama menyimpan lemak dalam badan mama ni, puasa 2 bulan pun tak tentu boleh kurus Mimi

Mimi : ohhhh, kalau macam tu, mama puasa lah 1 tahun

Mama : bahahahah dan terus blahhh dari situ

Sekian.


Thursday, July 25, 2013

♥ SWEET 17 ♥

As salam.

25 Julai 2013, bersamaan dengan 16 Ramadhan, genaplah 17 tahun saya dan Mr.R mengharungi hidup di alam rumahtangga yang sememangnya lebih banyak manis dan baik-baik aje, alhamdulillah.


Kalau ditanya saya, apa yang patut pasangan suami isteri lakukan untuk memastikan hubungan sentiasa berjalan lancar, saya berpendapat, kita haruslah belajar menerima pasangan kita seadanya, especially dari segi rupa, bentuk badan, dan yang paling penting, dari segi kewangan. Suami isteri mesti kena susah senang bersama, harungi permasalahan yang ada dengan bijak, jangan mudah cepat mengalah, usaha untuk selesaikan dan selebihnya kita pasrah dan redha dengan ketentuan yang Maha Esa.

Untuk kita isteri ni, jangan malas-malas, mesti pandai uruskan makan pakai suami dengan baik, jaga rumahtangga, ikut dan buat apa yang suami suka, insyaallah, nanti semuanya akan baik-baik aje. Alhamdulillah, sudah 17 tahun hidup bersama dengan dikurniakan 2 pasang cahayamata, semoga hari-hari mendatang akan dapat dijalani dengan lebih baik dan semoga hubungan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat, aamiin.


Wednesday, July 24, 2013

BERDONDON DONDON

As salam.

Alhamdulillah, dah 15 Ramadhan hari ni, minggu ni kerja 4 hari aje, hari Jumaat cuti untuk Nuzul Al-Quran, best best best, banyak lah benda yang boleh dibuat bila bercuti 3 hari nanti. Yang pastinya, saya tak akan menerjah ke mana-mana shopping complex sebab confirmed padat dengan orang yang nak membuat persiapan raya.

Macam mana dengan persiapan korang untuk raya ? Saya sefamili macam biasa, bersederhana sahaja, tak boleh nak ikut ikut orang, kena tengok keadaan poket sendiri :)

Ada yang bila raya aje mesti nak kena ada handbag raya kan kan kan, saya ok aje, apa yang ada saya pakai, actually, beg ni saya beli hujung tahun lepas, beli masa sale di Sogo, dapatlah potongan 50%, berbaloi sangat, tahun ni baru saya pakai untuk ke office disebabkan beg sebelum ni dah lunyai saya kerjakan, dan very the kebetulan, saya beli wristlet tu sama pulak warna nya, tu yang jadi berdondon dondon. Wristlet tu lagi murah giler, RM24.90 sahaja, tak kisah, pakai lah sampai lebam, pastu nanti beli lah baru lagi, kalau beli yang mahal, memang akan tahan lama, tapi nanti lambat lah  peluang nya nak dapat membeli yang baru, positif giler cara saya berfikir kan kan kan. 


Yang ni lagi best, jalan-jalan mencari kasut anak-anak, saya berkenan pulak dengan yang ni, harga tersangat lah murah nya, RM19.90 sahaja, terus beli dan bila di sarung kan kat kaki ni terus saya feeling-feeling jadi mak gegirl yang comel sebab pakai kasut ada bunga bunga, muahaha.


Tuesday, July 23, 2013

SYABBAS MERE BETTE

As salam.

Yeahhh, syabbas mere bette dalam bahasa Hindi (entah betul entah tidak, muahaha) iaitu bermaksud syabas anak perempuan ku, clap clap clap. Alhamdulillah, setakat masuk hari ke 14 Ramadhan ni, Mimi belum tinggal puasa lagi, kuat betul semangat dia tahun ni.


Selalu jadi orang pertama yang duduk di meja makan untuk bersahur, paling senang nak dikejut, tepuk tepuk manja 2, 3 kali pun dah boleh terjaga, kalau si kak long dengan angah, kena gegar gegarkan badan dia orang baru reti nak bangun. Paling penting, dia memang berselera makan walaupun masa waktu sahur, kengkadang tu siap bertambah. Dia memang suka makanan pedas dan kicap tu adalah satu kemestian setiap kali dia makan nasi.


Ni masa hari Sabtu lepas, sebab dia tahu esok tu cuti, malam sebelum nya tu dia tengok TV sampai lewat malam, hasilnya bila nak bersahur, mata still terpejam. Masa ni saya suapkan dia makan, yang penting nasi sepinggan tu tetap habis walaupun satu suap buka mata sekejap, satu suap buka mata sekejap, pandai makan dia ni, sebijik macam babah dia, muahaha.

Masa sahur jugak lah saya layankan aje kalau dia nak makan jajan kegemaran dia, kalau dah teringin nak aiskrim pun saya layankan jugak, biar dia rasa happy untuk berpuasa. Saya pun tak sangka dia tak meragam merengek macam tahun lepas, cuma bila balik sekolah tu, kasihan betul saya tengok dia, muka layu, bibir kering aje dan dia selalu cakap, kan ke best kalau Mimi balik sekolah aje dah pukul 7.30, boleh terus berbuka.

Setiap minggu bila dia berjaya memenuhkan puasa dia, saya akan bagi hadiah untuk dia, bagi dia happy, so setakat ni dia dah kumpul teddy bear dan aksesori pilihan hati dia.  Semoga dapat lah dia berpuasa penuh tahun ni, insyaallah.



Monday, July 22, 2013

SABTU & AHAD

As salam.

Bertemu kembali, hari ni dah pun 13 Ramadhan, alhamdulillah, setakat ni semua yang dirancang menjadi kenyataan, semua nya baik-baik aje, semoga korang pun macam tu juga ye.

Selalunya dalam bulan puasa, setiap hujung minggu saya memang padat sungguh dengan pelbagai aktiviti, bak kata Mr.R, you ni kan, selagi tak raya, memang ada je panjang akal nya nak buat itu buat ini, tq sesangat to Mr.R sebab sabar melayan karenah bini bam bam dia ni, muahaha.


Hari Sabtu saya macam biasa lah, tiada istilah nak bergolek golek lagi selepas Subuh tu, panjang betul senarai aktiviti yang saya perlu lakukan dan kali ni kita orang semua berbuka di rumah along. Alhamdulillah, sedap sedap juadah yang disediakan oleh kakak ipar dan macam biasa juga, bila dah berkumpul, sorang bawa itu, sorang bawa ini, maka nya penuh lah meja dengan juadah untuk dinikmati bersama-sama.


Semalam pula giliran berbuka di rumah mertua dan alhmadulillah, semua suka dengan hidangan dari air tangan saya, rasa seronok sangat tengok mertua makan bertambah-tambah sambil hidung saya kembang kuncup bila diberi puji-pujian, muahaha. Biasa lah kan, masak di bulan puasa ni mana boleh nak merasa-rasa, jadi bila masakan kita tu cukup rasa masam manis masin nya, perghhh lega sungguh dibuatnya.

Selamat menempuh hari Isnin dengan jaya nya. Adios


Friday, July 19, 2013

BERLETER ? ADA SEBAB NYA TAHU TAK

As salam.

Uhuk uhuk, buat-buat batuk, muahaha. Cuba korang baca kat bawah ni haa,  apa yang Mr.R emelkan pada saya.


Mr.R tu peel dia memang cool 24 jam, dari mula saya bernikah dengan dia, sampai lah sekarang, saya tak pernah tengok dia tak cool, memanjang nya ok ok ok, saya ingat lagi masa mula-mula kahwin dulu, bila saya ada benda yang tak puas hati aje, bila nak start berdebat aje, dia mesti bagi saya kemenangan percuma, sampai saya dah tak kuasa nak berdebat sebab takde tindakbalas, mana syok bila kita tengah marah tapi takde serangan balas kan, muahaha.

Tapi kalau dengan anak-anak, macam mana lah saya tak berleter, imagine kalau kat rumah tu, baik si kak long, si angah dan mimi tu, walaupun dah beratus kali cakap benda yang sama, tapi still dia orang akan mengulangi perbuatan tu, acaner, mama korang nak diam ? Contoh paling mudah saya bagi, lepas mandi, tuala mandi tu mesti di hanger, tak pun di ampai kan, tapi sampai sekarang, ada lagi yang lepas mandi, main campak aje tuala basah atas katil, atas lantai, acaner mama korang tak berleter.

Kalau suami, anak-anak korang semua nya dah memang okay, tapi korang still juga nak berleter, memang lah korang ni, memang ada masalah, gi berubat cepat, ahaha.  Selamat berhujung minggu.


Thursday, July 18, 2013

IKUT SUKA LAH NAK TEMPEK KAT MANA

As salam.

Ramai yang suka kumpul fridge magnet kan, saya salah seorang dari nya, saya paling tak kekwat, apa aje jenis fridge magnet saya suka, dari mana datangnya pun saya tak kisah, semua saya tempek, ye lah, ada yang hanya nak kumpul dari luar negara mahupun tempat yang dia orang lawati sahaja, saya tak kisah, ada jugak yang saya beli sendiri dan selebihnya kawan-kawan akan bagi bila dia orang pergi bercuti, tq kawan-kawan.


Ada yang rasa rimas bila tengok fridge magnet di letak di peti sejuk, semak mata kata nya, tapi saya suka aje tempek kan di fridge, setakat ni dah penuh bahagian depan dan tepi, lepas ni kalau ada koleksi lagi, barulah saya akan beli magnetic board untuk ditempek kan semua koleksi yang ada nanti.


Bahagian tepi fridge saya pun dah penuh dah ni. Tapi saya suka letak kat bahagian atas aje lah, kalau dipenuhkan semua sampai ke bawah, kiri, kanan fridge tu, memang buruk lah wei. Korang punya koleksi mesti lagi banyak dan cantik-cantik kan, kalau rasa dah terlampau banyak sangat, tak tahu nak tempek kat mana, meh lah pass kat saya, kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan :)


Wednesday, July 17, 2013

RUTIN KAMI SEFAMILI

As salam.

Amacam semua, hari ni dah nak masuk 8 hari kita semua berpuasa, mesti masing-masing dah boleh adjust mana yang patut kan, memang letih sikit di bulan puasa ni, terkejar-kejar nak siapkan semua, insyaallah, ada ganjaran pahala untuk kita semua :)

Macam biasa, rutin kita orang sefamili setiap kali menyambut Ramadan, setiap minggu akan bergilir berbuka puasa di rumah adik beradik, memang seronok lah, berkumpul berbuka puasa bersama. Minggu lepas di rumah mak abah, minggu ni, insyaallah, di rumah along pula. 


Abah dah balik dari mengerjakan umrah, alhamdulillah, semua nya dipermudahkan, biasalah bila warga emas berusia 70 tahun mengerjakan umrah di kala bulan puasa ni, mesti ada serba sedikit halangan nya kan. Macam biasa juga, juadah berbuka ala-ala pot luck, along bawak itu, angah bawak ini, saya masak itu, mak masak ini, maka banyaklah juadah yang terhidang.

Sambut birthday along sekali, ye, biar pun dalam bulan puasa, tradisi ingat mengingati hari jadi kami dalam famili kecil ni tak akan dilupakan. Biar adik beradik tak ramai, tapi mesra dan rapat dari ada adik beradik yang  ramai tapi masing-masing buat hal sendiri, not good okay.

Dah, tu je. Bye.


Tuesday, July 16, 2013

CANDY CRUSH SAGA PUN KALAH

As salam.

Haihh, mengada-ngada sungguh lah creator Candy Crush Saga ni, asyik menambah level aje, sekarang dah ada sampai level 425. Hoiiihhh, bila kala nya nak habis kalau macam ini, udah-udah lah tu menambah level nya. Emo sekejap acik, muahaha.

Sekarang saya kat level 350, tu lah dia, komplen banyak, tapi nak main jugak kan kan kan, seriously, ini lah antara game yang saya suka layan, setiap level dia memang sengaja nak menyusahkan kepala hotak saya untuk berfikir. 


Tapi game zaman tok kaduk ni pun kemain mencabar jugak, sampai ketip ketip bibir nak pastikan gelung tu semua masuk, bak kata Mimi, eiiii, saya rasa macam nak buka depan dia ni dan susunkan aje gelung tu mama, sama gak emo macam mama dia. Cuma bezanya tak payah minta life lah bila nak main game ni, selagi tak masuk gelung tu, goncang lah, senget benget kan lah ikut suka, paling paling susah pun, bila dah fed up, campak kan terus, emo lagi, muahaha.


Monday, July 15, 2013

SEMBANG LAGI

As salam.

Alhamdulillah, rezeki saya, bekerja dekat dengan rumah, bila balik 4.30 petang tu, saya tak payah menempuh jalan yang sesak, pukul 5 petang, saya dah bersiap sedia di dapur dibantu oleh kak long yang sangat prihatin menolong mama nya setiap hari, maka nya dapatlah saya menyediakan kelengkapan berbuka untuk keluarga. 

Setakat ini, dari tahun tahun sudah, saya meneruskan tradisi menyediakan juadah bersahur dan berbuka dengan air tangan sendiri, terima kasih Allah S.W.T kerana mengurniakan sifat rajin untuk saya menyediakan semua ini dan sifat mendengar kata dan bertanggungjawab pada anak-anak saya dalam membantu mama dan babah nya, jauhkan lah sifat malas dari diri saya dan keluarga, aamiin.


Macam biasa, hari Sabtu adalah hari bagi memenuhkan kembali peti sejuk untuk persediaan memasak bagi hari-hari seterusnya. Perancangan menu untuk seminggu yang dah disediakan akan saya gunakan untuk menyenaraikan bahan-bahan yang perlu dibeli. Kita orang semua memang suka makan sayur, setiap kali makan mesti ada satu hidangan sayur, Hakeem paling suka sayur petola, tapi dia selalu sebut petola tu sebagai timun, hihi.

Macam biasa lah kan, bila dah balik dari pasar tu, mestilah kena menyelenggarakan kesemuanya, bagi yang selalu pergi ke pasar akan tahu lah betapa mahalnya bahan-bahan basah ni sekarang, elakkan pembaziran dan pandai-pandai lah kita menguruskan perbelanjaan dapur ye kawan-kawan :)

Selamat berpuasa.


Friday, July 12, 2013

BERSABAR UNTUK ORANG YANG KURANG KESABARAN

As salam.












Kawan-kawan, baca yang kat atas tu haaa, La Tahzan : Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar :) Saya ni, kalau setakat di suruh baca dan faham kan ayat kat atas tu memang lah senang sesangat, akan tetapi bila nak merealisasikannya tu, alahaiiiii. Saya ni kan tergolong dalam golongan antara orang-orang yang mempunyai kurang kesabaran, bila berhadapan dengan situasi yang tak best tu, uiiiiii, rasa nak melenting lenting dah, tapi belajar jadi sabar sabar sabar, tarik nafas hembus, tarik nafas hembus, fuhhhh.

Hari pertama puasa hari tu saya kena sakit gigi, dugaan betul ok, boleh pulak di malam sebelum tu, tampalan di gigi geraham saya tertanggal, semalam pulak dugaan menahan sabar dengan karenah orang, kalau ikutkan hati panas, darah muda, ehhhh muda lagi ke, muahaha, memang akan bertindakbalas lah, tapi belajar sabar sabar sabar, tarik nafas hembus, tarik nafas hembus, fuhhh lagi.

Tu belum dugaan masa nak memasak dengan melayan karenah si anak bongsu bertuah tu, time kita baru nak menumis lah dia nak membuang air kecil, air besar bagai dan time tu jugalah dia nak menyusu, paling kena tahan sabar sebab dia akan cakap nak mama buat tak nak kak long buat, nak mama juga, huiiiii, tak pasal-pasal kerja jadi lambat. 

Walaubagaimanapun, menahan marah yakni sabar itu bagus dan indah, makanya saya akan terus mendidik diri sendiri menjadi sabar. Selamat berhujung minggu semua.


Thursday, July 11, 2013

SEMBANG PUASA

As salam.

Alhamdulillah, sejuk pagi ni dek hujan. Amacam puasa korang semalam, selalunya first day kita memang akan lari lah sikit timing nya tu, so hopefully, hari ni kita dah boleh adjust timing masing-masing, supaya semuanya berjalan lancar. Simpati pada kawan-kawan yang bekerja jauh dari rumah mahu pun yang akan tersekat dalam traffic jam yang selalunya akan menjadi lebih teruk di bulan puasa ni, saya yang bekerja dekat dengan rumah ni pun, kalau tak betul-betul adjust masa, memang tak akan sempat nak siapkan semua tu, masa berlalu pantas betul.


Ni masa sahur semalam. Yang paling kecoh nak itu nak ini adalah budak baik berbaju belang tu, dia punya karenah, mengalahkan orang lain yang berpuasa. Nak menguji ketahanan kesabaran saya memang elok sesangat di kala bulan puasa nan mulia ni adalah dengan melayan karenah budak baik Hakeem, kecik besar kecik besar je saya pandang dia, muahaha.

Kita orang kat rumah tu kalau masa bersahur selalunya melayan sup, sambal ataupun telur dadar, lauk lemak cili padi ke, kari ke, semua nya tak dapat sambutan masa bersahur, yang simple dan goreng-goreng aje yang laku. Lagi senang kerja saya, buat rebus bayam, gorengkan telur dadar dan ikan sepat goreng berlada, laju memasing makan semalam. Kalau berbuka, barulah dia orang layan lauk pauk  yang bersantan tu semua.


Haaa, ni lagi hebat, gambar fresh sahur pagi tadi, korang ada makan aiskrim time sahur tadi, ada ada ada, muahaha. Layankan aje permintaan Mimi sebab dia berjaya puasa penuh tanpa banyak songeh di hari pertama semalam, semoga hari ni  pun dia dapat puasa penuh. Last year masa dia umur 6 tahun, tak dapat puasa penuh, adalah dalam 6 hari tertinggal puasa nya, hopefully tahun ni, Mimi dapat puasa penuh, insyaalllah.


Wednesday, July 10, 2013

SELAMAT BERPUASA

As salam.

Alhamdulillah, kita semua dapat bertemu kembali dengan bulan mulia ni. Macam mana dengan sahur pagi tadi, biasa lah tu, baru first day kan, macam-macam rupa ada kat meja makan masa bersahur tadi kan, hihi.


Malam tadi, korang dapat bertarawih kat surau atau masjid mana ? Mama ada anak kecil macam saya ni, dah lama sangat tak dapat nak berjemaah bersama-sama di surau mahupun masjid. Mr.R, kak long dan angah dapatlah berjemaah di surau depan rumah tu, saya macam biasa, buatlah tarawih di rumah di samping memantau Mimi dan Hakeem.

Macam biasa jugak, malam tadi, saya dah siapkan semua kelengkapan yang perlu untuk sahur pagi ni. Bangun pukul 4.30 pagi dan alhamdulillah sempat siapkan semua dan bila ahli keluarga yang lain bangun pukul 5 pagi, juadah sahur yang simple pun dah siap dihidang kan.

Kawan-kawan, jom sama-sama kita menambah amalan di bulan mulia ni, semoga semua ibadah kita mendapat ganjaran dari Allah S.W.T, insyaallah.

  

Tuesday, July 9, 2013

ABAH @ UMRAH

As salam.

Sabtu lepas, abah saya berangkat mengerjakan umrah. Sama-sama doakan abah diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur, aamiin. 


Ramai saudara mara yang datang berziarah, ni lah untungnya bila saudara-mara berdekatan, ramai-ramai menjamu selera disamping berjumpa abah sebelum berangkat keesokan hari nya. 


Pagi Sabtu di KLIA, kita orang sefamily, mak serta adik saya hantar abah. Masa ni saya teman kan abah mendengar taklimat dari Tabung Haji Travel. Kali ni mak saya tak turut serta dalam rombongan ni, apa pun , alhamdulillah, rezeki mak abah dah pernah menunaikan haji dan umrah juga sebelum ini. Kawan-kawan, mohon doakan supaya cepat rezeki saya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.


Monday, July 8, 2013

RUTIN BEFORE MENYAMBUT PUASA

As salam.

Hari Rabu nanti kita semua akan mula berpuasa, insyaallah. Saya sedang mengadjustkan diri untuk bersedia bangun lebih awal dari biasa untuk menyediakan juadah bersahur nanti :)


Hari tu kami sefamily ada pelbagai projek yang perlu dilaksanakan, makanya saya ambil jalan mudah memasak sarapan dengan menyediakan nasi lemak dan lauk pauk dia dengan harapan tak perlu lagi masuk ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari. Terhasillah lauk pauk seperti di atas, ada nasi lemak, kari ayam, ayam goreng, sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.

Saya memang praktikkan menyediakan segala kelengkapan sebelum bulan puasa tiba, tak kira lah dari segi penyediaan baju raya, kelengkapan rumah dan sebagainya. Maka nya hari tu kami seisi rumah telah bergotong royong, mengemaskini stor, mengelap tingkap luar dan dalam, menyapu cat mana yang perlu dan membuang mana yang patut. Lepas sarapan, masing-masing mulakan tugas dan alhamdulillah, semua kerja-kerja tu kami dapat siapkan seperti yang dirancang. Bulan puasa nanti tak perlu bersusah payah nak menyiapkan kesemua itu.

Faham-faham aje lah, bila bulan puasa, bukan budak-budak aje yang monyok, silap-silap, mak bapak pun join monyok sekali, muahaha, oleh yang demikian, buat lah semua kerja berat tu sebelum berpuasa.


Friday, July 5, 2013

MAKAN MAKAN

As salam.

Macam biasa ehhh, gambar makanan kan sangat sinonim dengan blog saya, hihi.


Masak asam pedas sardin atas permintaan Mr.R, punyalah berselera dia makan, siap lepas makan nasi, malam tu beli roti pulak nak di cicah.


 Breakfast soto di kafe office, letak extra cili kicap dan bergedil, cuma RM3.50


Lunch di Subway, kali ni try Chicken teriyaki wrap, sangat mengenyangkan.


Gulai kari udang, hasil pancingan adik, manis sungguh isi nya, nyum nyum. Bulan puasa macam biasa lah ye, saya tak kongsi dah gambar makanan dan juadah bersahur berbuka bagai tu ye. Bye bye. Tata.


Thursday, July 4, 2013

MODEL BAS MINI KATA NYA

As salam.

Tengok blogger lain buat entry cenggini, saya pun nak buat juga lah. Ada korang kisah ke ? Muahaha. 


Ada yang search gambar model bas mini, pastu termasuk dalam blog acik shibam ni haa, mesti lepas dia click link tu dia akan rasa menyesal, muahaha. Korang ingat tak entry saya yang dulu ni haaa, entry cerita pengalaman naik bas mini zaman muda belia dulu. 

Tu takpe lah jugak, yang paling tak boleh blah, ada yang dok search bergobel tu haaa, apakebenda bergobel tu wehhh, muahaha.


Wednesday, July 3, 2013

BERKEPAM

As salam.

Hai semua, hai pada dua tiga kerat yang setia baca blog saya ni, dah 2 hari takde entry kan, saya tak sempat nak merapu, semua dok ada dalam draft aje, busy kengkonon nya sampai takde masa nak duduk ngadap blog untuk schedule kan entry. Jangan tak tahu okay, semalam petang saya dapat call dari seorang peminat tegar blog saya, si Akish, dia siap call dan tanya, kenapa takde entry, selalu nya setiap hari pukul 9 pagi mesti ada entry baru kata nya, gilerrrrrrrrr terharu akak tau Akish, muahaha.

Kenapa dan mengapa kah baju dan kasut sekolah mesti berwarna putih ? Korang yang ada anak bersekolah macam saya ni, mesti ada masalah yang sama macam ni kan, atau mungkin anak korang semua balik dari sekolah tu, pakaian seragam dan kasutnya mesti masih bersih seperti keadaan dia orang ke sekolah. Untung lah weh, kalau anak bertuah saya, si Mimi ni, setiap hari mesti bertukar pakai baju sekolah dan kasut sekolah, ini pun baju sekolah pagi dan petang nya saya asingkan, kalau masih pakai yang sama, mungkin ke sekolah petang tu, dia dah berkepam macam ni, sabar sabar sabar lah mama Mimi, kata korang dalam hati kan :) 


Setiap hari kena sental baju sekolah budak bertuah ni, tapi lengan mama awak masih lemak berkrim seperti biasa, muahaha.


See see see, kasut sekolah lagi lah terbaik, dari putih dah jadi warna kelabu. Setiap hari pesan banyak kali, jangan melasak kat sekolah, bla bla bla, tapi hasilnya setiap hari pun tetap sama. Syabas Mimi, keep it up, muahaha.