Friday, August 30, 2013

LIPSTICK RAYA

As salam.

Tak habis-habis dengan raya, mengalahkan bebudak, muahaha. Dua hari sebelum raya saya mengisi masa terluang yang ada ke farmasi berdekatan rumah saya tu, cuci cuci mata, terus terberkenan pulak dengan lipstick ni, so dengan tak rasmi nya jadilah lipstick untuk raya :)


Cantik tak lipstick kak bam ??? Saja nak kelainan kali ni, ambil warna pink dan brown, tapi kalau dah bibir tu mungil dan cantik kan, dicalitkan warna apa pun, tetap lah akan wow hasilnya, muahaha.

Selamat berhujung minggu semua, tata.


Thursday, August 29, 2013

KE MANA DUIT RAYA ANAK-ANAK ?

As salam.

Dah jawab dalam hati persoalan saya kat atas tu kan, hihi. Alhamdulillah, rezeki anak-anak saya murah setiap kali hari raya. Macam biasa lah, dah dapat duit raya tu, masing-masing ada keperluan nak dibelanjakan, cuma Hakeem aje tak pandai nak minta itu ini lagi, yang lenlain tu kemain macam-macam permintaan dia orang, saya hanya approve kan yang berkenaan sahaja, yang tak berkenaan memang tak boleh guna duit raya untuk dibelanjakan, selebihnya mesti disimpan untuk masa hadapan.


Cukup seminggu raya hari tu, saya dah masukkan duit dia orang dalam Tabung Haji, bahaya simpan duit banyak-banyak kat rumah, bimbang menjadi kegunaan babah dan mama pulak nanti, muahaha. Bukan tak boleh nak guna dulu duit anak-anak, tapi mesti diganti ye kawan-kawan, jangan guna aje tapi tak diganti, mana lah duit bebudak tu nak bertambah dalam simpanan :)


Wednesday, August 28, 2013

INI + INI = WOW !

As salam.

Mungkin ada yang dah biasa makan macam ni kan, saya aje yang baru first time kot, sedap meletop ko !


Masih lagi dalam musim raya, so lemang kesukaan masih terjual lagi, kali ni beli durian dan makan dengan lemang, wallah, sedap nya, lemak berkrim durian bercampur dengan lemak masin lemang, sambil pejam pejam mata menikmatinya, over sungguh, muahaha.

Pada yang belum pernah mencuba gandingan ni, apa kata korang try, kalau sedap maksudnya betul lah cakap saya kan, kalau tak sedap di tekak korang, nasib lah, muahaha.


Tuesday, August 27, 2013

SETAHUN HANYA SEKALI

As salam.

Setahun hanya sekali tu bukan hanya untuk kita beraya aje, setahun hanya sekali tu pun sesuai untuk ipar duai saya yang sememangnya berkunjung ke rumah abang long nya iaitu Mr.R setahun sekali aje, nasib baik ada raya, kalau takde hari raya, lagi lah tak nampak muka, muahaha.

Semuanya selalu dah berjumpa di rumah mak, so macam tak ada keperluan lah kaedahnya nak berkunjung ke rumah abang long nya. Hari raya jugak lah baru kita orang semua mengambil kesempatan berkunjung ke rumah dia orang sebab nya rumah dia orang pun hanya open setahun sekali, muahaha. It's all right, it's okay, janji semua nya baik-baik aje, peace :)

Saya dan kesemua biras. Ada 4 orang dah menantu perempuan dalam family mertua. 3 orang lebih kurang sama saiz ketembaman badan nya dan hanya seorang aje yang slim tetapi kesemuanya hampir sama ketinggian yang tak berapa nak tinggi dan rabun mata nya, muahaha. 


 Kak long dan salah seorang sepupu lelaki nya, jumpa setahun sekali terus peace peace bila ambil gambar, ahaha.


Bagus betul ada stok bunga api yang banyak, tq to biras saya yang supply semua ni, kemain lama dia orang main kat luar tu, aman damai mak bapak dia orang nak makan dan berborak. Tahun depan bawak lagi ehhh :)


Tetamu dah nak settle makan baru saya teringat nak ambil gambar juadah. Buat yang simple aje sebab tengahari dan petang tu pun saya keluar beraya jugak, bila dah balik petang tu baru terjah dapur dan sediakan apa yang ada. Saya masak kan sup ayam dan celur kan mee kuning. Masak juga sambal udang petai, telur dadar, ikan masin pun ada dan tq to biras saya yang bawak cucur udang yang marvellous tu. Alhamdulillah, semua juadah sedap dan cukup untuk tetamu.


Monday, August 26, 2013

SEBELUM MASUK KERJA

As salam

Hari Isnin datang lagi, yeayyy, sayang hari Isnin, muah muah untuk hari Isnin, muahaha, itu lah cara saya bagi motivasi kat diri sendiri. 

Akish !!! Hari ni ada entry. Tq sangat-sangat, Akish lah membuatkan kak hot terasa seperti seorang blogger top walaupun tak top, muahaha. Yang ni Akish aje yang akan faham, korang memang tak akan faham :)


Cuti raya kali ni bersekali dengan cuti sekolah anak-anak, maka nya sebelum masuk kerja hari Rabu, saya bawak bebudak ni pergi yang dekat-dekat aje untuk bersantai. Ingatkan pergi masa cuti raya tak ramai orang, sama aje rupa nya, tetap ramai pengunjung.

Gold Coast Morib ni okay okay aje lah pada saya. Anak-anak suka lah sebab boleh berendam aje kerja nya. Pada saya bilik dia okay, selesa lah jugak. Paling tak okay adalah tempat makan dan menu makanan yang pihak dia orang sediakan. Tempat mengambil makanan dah lah jauh, sempit pulak bilik nya, aturan meja terlalu rapat, nak bergerak pun susah.  Makanan nya kurang sedap di tekak saya dan tiada pilihan, sangat terhad, ye saya banyak komplen pasal makan sebab harga buffet yang dicaj tidak berpatutan dengan makanan dan tempat yang disediakan. Panjang lebar dah saya isi kat form dia orang, hopefully in future dia orang akan perbaiki :)

Lepas check out, kita orang bersantai di Pantai Morib yang dah banyak di buat perubahan, semakin maju dah kawasan ni. Dah itu aje, esok kita jumpa lagi ye, insyaallah.


Thursday, August 22, 2013

RAYA KE 3 & 4 ....

As salam.

Yeahh, raya ke 3 & 4 adalah hari yang saya berada kat rumah demi menyediakan apa yang patut untuk tetamu yang bakal bertandang. Anak saudara mak dah bagitahu nak datang rumah pada hari raya ketiga, maka nya kita orang semua membanting tulang empat kerat ni menyediakan apa yang perlu.


Demi nak membanting tulang empat kerat sangat sampaikan saya terlupa nak snap gambar juadah yang lain, kakak ipar saya ada masakkan sup tulang, sambal udang + petai, ikan cencaru goreng, telur masin dan tak lupa juga untuk membeli satay. Yang ada kat gambar ni pulak adalah sambal belacan mangga meletop top top, sotong goreng kunyit dan ayam masak lemak cili padi. Fuhhh, nasib baik kakak ipar saya sudi nak tolong masak kan juadah ni untuk tetamu, kalau nak harap saya seorang, memang sob sob sob lah, penat dari sehari sebelum raya tu pun tak habis-habis lagi.


Muahahha, kesian boss, bila balik rumah mak kena tolong buat kerja ehh boss, sampai nak bukak mata pun tak boleh, angah saya ni adalah kategori pembersih dan cerewet tahap kasta tertinggi, rimas saya dengan dia, ada aje yang kena kat mata dia nanti, so dari dia membebel bebel, pergilah sana buat sendiri ikut standard piawaian yang dia nak. Habis semua balang-balang kuih raya mak saya dia olah kan balik, semata-mata nak nampak cantik dan kemas di mata dia, sabar je acik ni haaaa !

Tetamu datang selepas zohor, keluarga kakak ipar saya yang sulung, dia orang datang 2 kereta, seronok melayan dan tengok tetamu happy menikmati juadah, tak lama lepas tu anak-anak buah mak saya pulak sampai, lagi lah tak cukup kaki tangan nak melayan, kemain ramai yang bertandang.

Lewat petang macam tu, baru lah angah sekeluarga balik ke rumah dia orang. Saya dan Mr.R pulak ke rumah mak Mr.R, dapat panggilan ada saudara-mara dia nak singgah, maka nya khidmat kami berdua yang rajin ni diperlukan demi memastikan tetamu mendapat layanan yang baik. Sampai ke tengah malam melayan tetamu, dah settle semua baru lah boleh balik dengan senang hati.

Raya ke 4 baru lah saya balik ke rumah sendiri, settlekan masak memasak dulu kat rumah mak, lunch sesiap baru balik, elok sampai aje kat rumah, sambung dengan kerja mendobi pulak, settle semua baru lah boleh berehat u alls. Sekian.


Wednesday, August 21, 2013

EXPLANATION PANJANG LEBAR @ RAYA KEDUA

As salam.

Muahaha, geli hati baca tajuk sendiri, korang tak rasa geli hati tu korang punya pasal, muahaha. Lepas solat subuh macam biasa, rutin saya mesti berada di dapur membantu menyediakan sarapan, yang lenlain kat umah tu masih enak dibuai mimpi :) Siap sarapan semua, dalam pukul 11 pagi macam tu, kita orang semua gerak ke rumah adik bongsu mak saya yang lokasinya hanya 3 minit dari rumah mak.

Kat rumah pak busu dan mak busu ni, kita orang dihidangkan dengan makaroni goreng dan mee hailam, anak-anak buah saya menghadap makanan tu macam kan belum bersarapan, laju aje memasing, hihi.


Kami berdondon dondon di hari raya kedua. Kalau boleh di tahun hadapan, saya nak berdondon dondon sampai raya ke seploh, muahaha. 

Lepas tu saya ajak dia orang semua ke rumah mertua saya yang lokasinya hanya 2 minit dari rumah pak busu saya. Mak mertua hidangkan ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, rendang dan mihun goreng, kat sini pun anak-anak buah saya kemain berselera makan, saya aje yang tak makan-makan dari pagi tadi, ehhhh !

Dah siap semua solat jumaat dan zohor, kita orang ke rumah kakak mak saya yang lokasinya hanya 10 minit dari rumah mak, kat sini dah menjadi kebiasaan untuk kita orang dijamu dengan menu yang kebabomm, kakak sepupu saya yang rajin memasak tu sediakan menu nasi arab dan lauk pauk nya, tak lupa juga laksa johor, hrmmm, memang sedap, semua makan dengan penuh kesungguhan, muahaha.


Sebelum balik, moh sesi bergambar sesama dua pupu ni semua. Apa ? Ye memang betul lah tu, keturunan kita orang memang cecantik dan handsome, muahaha.



Dari Bandar Baru Bangi, kita orang berkonvoi 4 kereta ke rumah besan mak abah saya di Klang, ni rumah keluarga kakak ipar saya yang sulung, itu lah dia kan, nasib baik ada hari raya, boleh lah pergi menziarah, kalau nak harap hari lain memang tak lah, ehhhh korang pun sama kan kan kan :) Tu gambar dua beranak berposing sebelum kita orang nak ke destinasi seterusnya. Kat sini kita orang dijamu dengan spaghetti dan teh tarik ada umpphh, ahaha.

Dari Klang, kita orang ke Puchong, sama-sama menziarah mak kakak ipar saya yang kedua pula, masa ni semua mekap dah cair, tudung lilit dah jadi tudung asal boleh aje, semua dah kepenatan dari pagi dah keluar beraya katanya.


Malam tu kita orang pergi lepak kat mamak di seksyen 15, itu aje lah kedai yang beroperasi di raya kedua, masing-masing mengorder makanan macam kan tak makan dari pagi, ahaha. Tu maggi goreng dan teh tarik 3 layer, tak rasa bersalah langsung makan makanan macam tu di waktu jam menunjukkan pukul 11 malam.

See see see, very the suitable saya letak tajuk tu kan, kemain panjang lebar saya explain, muahaha. Apa ? Ye betul tu, entah berapa banyak muahaha dalam entry ni. Peace u allssss !


Tuesday, August 20, 2013

MOOD BERAYA MASIH MENEBAL

As salam.

Yeahhh, mood raya saya memang masih menebal dan ianya adalah setebal lelemak saya, muahaha. Al kisahnya, masa first day raya tu, dah masuk waktu zohor baru saya reti nak balik rumah mak sendiri dan tengok-tengok dah ramai tetamu yang bertandang kat rumah mak abah saya. Tahun ni adalah tahun ketiga, angah dan kak ngah buat makan-makan kat rumah mak di hari raya pertama, senang macam tu, layan tetamu sekaligus beramai-ramai.


Ni sebahagian dari saudara mara yang hadir. Memang best bila ramai yang tinggal berdekatan.


Posing dengan kakak ipar dan sepupu sepapat saya. Apa dia ? Haaa betul lah tu, kita orang semua memang keturunan al gojes dan cun melecun, muahaha.


Rezeki angah saya murah tahun ni, bukan sahaja mak bapak saudara dan anak saudara yang dapat, sepupu sepapat pun dapat berkongsi rezeki bersama-sama, syukur alhamdulillah.


Di akhiri dengan gambar anak bongsu saya sedang asyik mengira duit raya dia, kemain murah rezeki anak-anak saya, seronok masing-masing mengira duit raya.

Sampai ke waktu maghrib pun ada tetamu lagi dan kita orang beraya pula ke rumah mak cik saudara saya, pergi 1 rumah sahaja sebab yang lenlain semua dah lemau, dah nampak bantal, tilam dan sewaktu dengannya. Nanti sambung nak story pasal raya kedua pula :)


Monday, August 19, 2013

DIALOG SALAM RAYA

As salam.

Dulu-dulu dialog semasa nak salam raya saya simple aje, selamat hari raya mak / abah / along / angah, maaf zahir dan batin, cium tangan, peluk-peluk udah settle, tapi semenjak dua menjak ni, dialog salam raya kami dah berubah, dah terbiasa dengar adik ipar punya dialog salam raya yang penuh bermakna, maka nya yang elok harus jadi ikutan, hihi.


Mr.R sebagai anak sulung memang akan beratur paling depan lah, lepas tu diikuti oleh saya dan adik beradik yang lain, hujung-hujung sekali baru anak-anak buah.


Dialog salam raya saya : selamat hari raya abah, mohon ampun zahir dan batin, halal kan makan minum, minta maaf andai ada terkasar bahasa, terkecil hati dengan perbuatan saya, maklumlah saya ni bercakap selalu telus, minta abah jangan simpan dalam hati, saya nak jadi menantu terbaik untuk abah, dan standard lah, sambil bercakap, air mata meleleh dan suara tersekat sekat, tetap nak habiskan dialog dulu, salam dan cium tangan. Lepas tu salam mak pula, dialog lebih kurang sama sambil cium pipi dan peluk ketat ketat


Tiba lah masa yang ditunggu tunggu, walaupun kita orang mengamalkan maaf memaafi sesama sendiri sebelum tidur, salam cium tangan minta maaf di pagi raya  ni syahdu nya lain macam, dialog panjang lebar tapi tak boleh share kat sini, huhuhu.


Ni yang best jadi pak long dan mak long, lepas semua cium tangan opah dan atuk, semua kena salam pak long dan mak long dulu. Dialog saya dengan ipar duai biras semua lagi panjang lebar sebab selalu sangat bergurau senda secara kasar dengan dia orang ni, hihi.

Settle bersalam dan bagi duit raya pada anak-anak buah, kita orang semua ke rumah makcik Mr.R sekaligus menziarahi nenek Mr.R yang duduk sekali di situ. Makan sepinggan dua tiga pinggan baru reti balik, muahaha. Ok dah, esok pun nak cerita pasal raya lagi.



Friday, August 16, 2013

PAGI RAYA DI RUMAH MERTUA

As salam.

Nampaknya sampai hujung bulan ni akan cerita pasal raya dan tempek gambar beraya aje lah. Actually ada banyak gambar yang cantik, rasa nak letak semua kat sini, tapi saya pilih yang paling tercantik antara yang cantik, muahaha. Ehhh korang, hari baik bulan baik ni, kita semua baru aje maaf memaafi antara satu sama lain kan, korang jangan sesuka hati mengumpat saya dalam hati kecil korang tu ye, muahaha.

Lepas je Mr.R balik dari sembahyang raya, kita orang yang memang dah siap cecantik ni terus pergi beraya rumah family Mr.R, zasss 3 minit jer dah sampai, jauh giler kampung kita orang, muahaha. Bila sampai, mak dan abah pun baru balik dari surau, tolong menghidang, membancuh air dan membuat apa yang patut sebelum duduk makan menikmati juadah, oh ye, tahun ni mak mertua saya buat ketupat palas yang super tembam dan padat, lupa pulak nak ambil gambar. Terima kasih pada biras yang sudi menolong mak menyediakan juadah sehari sebelum raya tu :)


Kami sekeluarga dengan mak abah. Ehhh, lawa lah pulak langsir rumah mak mertua saya dalam gambar ni, kemain matching dengan tudung saya, muahaha. Saya lah punya kerja tu suruh mak matchingkan warna kuning dan kepala langsir merah tu, banyak kali mak mertua saya tanya, ehhh boleh ka, ehhh elok ka, saya kata elok mak, tapi saya kata lah jugak, kalau mak nampak tak cantik nanti kita tukaq lah naa, bila dah siap semua, mak kata, ehhh elok pulak nampak terang jadi ruang tamu dia, see see see, tak sesia jadi menantu sulung, muahaha.
 

Jejaka kacak di samping anak-anak buah gojes dan handsome tu adalah adik bongsu Mr.R, dia ni masih single and available, tahun ni mak dok bising suruh dia cari bakal isteri, sampaikan kita orang pun kena kerjasama carikan jodoh terbaik untuk dia, kriteria bakal isteri seperti yang mak saya nak adalah menutup aurat dan rajin ke dapur, cantik ke tidak tu tak penting, dah kalau cantik tapi pemalas nak buat apa, kata mak mertua saya, ehhh kalau ada yang berkenan, jangan lupa email saya ye, muahaha. Nasib baik adik bongsu Mr.R ni tak tahu kewujudan blog kakak ipar dia ni :)


Di akhiri dengan gambar pasangan suami isteri setembam sekurus ni, muahaha. Memakai baju warna hitam memang menjadi penyelamat untuk kelihatan kurang tembam dari sepatutnya. So saya dah mengambil keputusan muktamad untuk memakai baju warna hitam pada hari raya pertama setiap tahun, muahaha.

Banyak betul agenda hujung minggu ni. Selamat berhujung minggu semua dan sampai jumpa lagi minggu depan dengan entry raya yang tak akan habis-habis. Tata.


Thursday, August 15, 2013

MIMI

As salam.

Sepatutnya entry raya pertama hari ni akan tetapi saya ni tak ada kesempatan nak crop, nak letak watermark gambar raya lah weh, maka nya entry raya pertama di tunda sehingga diberitahu kelak, muahaha.


Hari ni nak cerita pasal anak bertuah lagi solehah saya ni, mari bersama-sama berikan tepukan gemuruh untuk Mimi yang dapat berpuasa penuh pada tahun ini, clap clap clap. Setiap hari saya pesan dengan dia, Mimi mesti belajar berpuasa kerana Allah, Mimi jangan curi-curi minum atau makan semasa berpuasa dan hampir setiap hari juga bila dia balik dari sekolah, saya akan menanyakan soalan yang sama : Mimi puasa tak, ada curi-curi minum dan makan tak,  sampaikan suatu hari tu, kak long menasihatkan saya, mama boleh tak mama bagi kepercayaan tu pada dia, kesian dia mama asyik syak wasangka kat dia setiap hari, berserah aje lah mama, kalau dah betul didikan mama tu, kita orang ni tak akan ponteng puasa sesuka hati, terus saya rasa bersalah dan semenjak tu tak bertanya lagi dah pada dia, tq kak long, muah muah.

Bangga sangat dengan Mimi, dah lah senang nak dikejutkan masa sahur, tak buat perangai semasa berpuasa, bila balik sekolah tu longlai dah nampaknya tapi dia tetap kuat semangat nak berpuasa dan di samping tu solat sama-sama dengan saya walaupun bacaan nya masih lagi tunggang langgang, takpe, pelan-pelan kayuh ehhh Mimi. Macam selalu saya tekan kan, Mimi kena belajar berpuasa dan solat kerana Allah, saya juga belikan dia hadiah untuk dia rasa happy :)

Maka nya, raya kali ini dia lah yang paling seronok, dapat macam-macam ganjaran dari pak long, mak long, pak ngah dan mak ngah yang turut rasa seronok bila Mimi dapat berpuasa penuh.


Wednesday, August 14, 2013

NI KISAH SEBELUM RAYA

As salam.

Salam 7 Syawal. Hari ni baru saya start kerja, macam biasa, seronok tengok gambar raya kengkawan di FB dan blog. Hari ni saya nak citer tentang kisah sebelum raya, boleh lah jadi rujukan untuk saya di tahun hadapan, bila nak raya nanti, boleh baca balik entry ni bagi mengenangkan apa yang saya buat sebelum raya, adakah melepak sesaja ? adakah membanting tulang ? adakah itu adakah ini, hihi.


Ini gambar juadah semasa berbuka puasa di rumah angah, kali ni rumah angah adalah giliran yang terakhir, insyaallah, tradisi berbuka puasa di rumah adik beradik akan diteruskan sampai bila-bila :)


Memang menjadi kebiasaan juga untuk rumah mertua dan rumah mak saya, family saya yang akan bersama-sama menggantung langsir dan menolong apa yang patut, nasib baik lah rumah family mertua dan family saya berdekatan aje, so minggu ni settlekan rumah ni, minggu depan settlekan rumah tu, rumah sendiri mesti disettlekan dari awal lagi. Setiap orang ada tugasan masing-masing, Mr.R buat ini, saya buat itu, kak long buat ini, angah buat itu.


Sehari sebelum raya saya memang wajib ambil cuti dan check in awal di rumah mak saya, kalau saya masih bekerja sehari sebelum raya, memang terbalik lah kerusi meja kat umah mak saya tu, muahaha. Nasib anak perempuan seorang macam ni lah, nak kena membantu dari sebelum raya, semasa raya sampailah habis raya, syukur alhamdulillah, anak-anak dah besar sekarang, banyak yang dia orang boleh bantu. Saya masak kari ayam kampung, tak banyak pun, 3 ekor sahaja. Masak ni pun untuk berbuka puasa dan orang yang datang bertakbir di rumah mak abah. Untuk esok, angah saya dah buat tempahan makanan, jadi masak sikit dah mencukupi :)


Saya masak kan juga sambal udang, mak saya masak kan rendang daging dan rebus kan nasi impit. Angah saya beli kan lemang dan cukup lah tu juadah kami sekeluarga. 

Orang surau datang bertakbir pun dah agak lewat, pukul 11 malam baru sampai, habis mengemas itu ini, lewat juga lah dapat merehatkan badan, tapi tak mengapa, raya setahun sekali aje. Ok, esok saya kongsi cerita raya pertama. Bye bye.


Monday, August 5, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

As salam.

Ramai betul yang dah mula bercuti hari ni, al maklum lah, sekolah pun dah mula bercuti, ramai yang boleh mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman dengan lebih awal :)

Buat semua, saya nak ucapkan Selamat hari raya aidilfitri, minta ampun dan maaf sekiranya ada entry dan gambar-gambar yang saya upload di blog ini telah mengguris hati kalian.




Sampai ketemu lagi. :)


Thursday, August 1, 2013

BILA SHIBAM KIRA KALORI

As salam.

Alhamdulillah, dah 23 hari kita semua berpuasa. Persiapan raya mesti dah tip top kan kan kan, amal ibadat juga harus tip top ye kawan-kawan, semoga kita semua berjumpa lagi di Ramadhan yang akan datang, insyaallah.


Kuih tart nenas gebu lagi mbam mbam ni saya order dari kawan office, sedap sungguh laaaa kuih tart buatan dia ni, sekali hadap berketul ketul boleh masuk dalam mulut mungil saya ni haaa. Tahukah korang bahawasanya satu biji kuih tart ni bersamaan dengan 50 kalori, wuwuwu, satu balang ada 50 biji darab lah dengan 50 kalori tu, jadi 2500. Makanya memang terlebih lebih lah dari pengambilan harian sepatutnya hanya dari 1600 - 2000 kalori, saya sendiri kagum kat diri sendiri bila tetiba saya mengambil kira pengambilan kalori dalam makanan, muahaha.

Isk, musim raya nanti lagi lah, macam macam juadah sedap yang ada, nampak gaya nya memang kena print kan lah carta makanan dan jumlah kalori ni, letak dalam handbag sesiap, sambil ambil makanan sambil kira jumlah kalori, boleh bayangkan tak betapa poyo nya, muahaha..