Monday, September 30, 2013

HATI NAN BERBUNGA

As salam.

Uuuuuu, kemain tajuk entry saya hari ni, ada macam tajuk lagu tak, muahaha. rasa segar bugar pagi ni, dah dapat rehat 2 hari, bersemangat sungguh nak datang office :)


Last week angah request nak makan nasi ayam, senang kacang aje permintaan angah, sebelum mama masak meh tolong mama sediakan bahan-bahan nya semua. Angah memang rajin, sama macam kak long, bila mama minta tolong tak pernah bagi alasan, alhamdulillah, dapat anak-anak yang mendengar kata :)

Sambil buat kerja dua beranak, berborak-borak lah kami, ini antara perbualan angah dengan saya yang sangat menyentuh hati dan sanubari ku, chewahhh, poyo jap. Angah cakap, nanti dia dah kahwin, dia nak cari isteri yang rajin macam mama kata nya, apa anak-anak nak makan mama boleh siapkan, alhamdulillah, berbunga-bunga hati mama bila angah cakap macam tu.


Nasi ayam yang mudah lagi sedap sudah siap sedia terhidang. Berselera anak-anak makan, saya percaya, bila dari kecil lagi dia orang dah merasa air tangan mama dia orang, memang sampai bila-bila lah dia orang akan cakap air tangan mama lah adalah yang terbaik sungguhpun mama orang lain punya masakan dan menu lagi hebat.

Saya dah pernah share cara saya masak nasi ayam senang kacang ni, kalau ada yang nak cuba ni resepi nya ye .  Selamat mencuba :)



Friday, September 27, 2013

INI KALI TOPIK SERIUS LAH PULAK

As salam.

Haaa, hari ni kita borak serius sikit ehhh, asyik muahaha muahaha tak habis-habis kan, hari ni kita serius, boleh ? Nak borak pasal jodoh ni, pada yang sudah bertemu jodoh, alhamdulillah, pada yang masih mencari, teruskan usaha dan berdoa, pada yang sudah tidak berjodoh, mari lah redha dan pasrah, percaya lah, sesungguhnya, ada yang lebih baik yang menanti kita di hujung sana :)


Semua orang tahu, semua orang percaya, tiada sesiapa pun yang berkahwin nak berpisah, ingat senang ke nak buat keputusan nak berpisah ? Macam-macam yang perlu difikirkan, anak-anak, keluarga sendiri, keluarga mertua, masa depan diri sendiri, harta sepencarian, melainkan kalau berpisah kerana ajal, itu cerita lain ye, yang saya nak ceritakan sekarang, adalah berpisah yakni bercerai kerana sudah tiada persefahaman.

Berbelas-belas tahun hidup bersama pun tiada persefahaman lagi ke, itu mungkin antara persoalan yang selalu bermain di bibir kita ni, tapi percayalah, dari hari ke hari menjeruk rasa maka timbul lah perasaan dalam hati yang tidak baik terhadap pasangan, lama kelamaan keadaan akan menjadi lebih teruk, tiada jalan lain lagi untuk memperbaiki hubungan, maka lebih baik lah berpisah. Semua pun tahu meruntuhkan masjid tu dosanya besar, tapi kalau dah itu ketentuannya, kita kena lah terima dengan redha. Siapa tahu, bila dah berpisah nanti kehidupan mereka akan menjadi lebih baik dan teratur, maka nya kita doakan yang baik-baik sahaja okay.

Perkara yang paling perlu adalah sokongan dari keluarga dan rakan-rakan, seboleh-bolehnya kita jangan mengeruhkan keadaan dengan bertanya yang bukan-bukan, setiap dari pasangan yang nak berpisah ni dia orang memang dah ada alasan yang tersendiri, dah lama di congak-congak, di fikir-fikir, tak perlu kita tuding jari dan mencari punca perpisahan dia orang. Bagi dia orang ruang untuk menyesuaikan diri dengan status yang baru dipegang.

Bukan mudah menjadi ibu / bapa tunggal, perspektif dari masyarakat sekeliling selalunya lebih ke arah yang negatif dari positifnya. Nak tak nak kena lah diharungi juga kan, kalau nak hidup dengan berkisahkan cakap-cakap orang, memang kita tak akan ke mana-mana. Kena pandai jaga diri, jangan jadikan status tu sebagai satu alasan untuk dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Besarkan anak-anak sebaik-baiknya sebab itu lah harta dunia akhirat yang kita ada.

Kalau ada jodoh yang lebih baik lagi, tak salah untuk berkahwin semula, semua orang tahu, hidup berpasangan adalah lebih baik dari berseorangan. Apa pun, pokok pangkalnya semua itu ketentuan Allah S.W.T, hanya dia maha Mengetahui. Sekian.


Thursday, September 26, 2013

TELUR PADI

As salam.

Dah nak masuk umur 40 tahun baru tahu wujudnya telur padi ! Ye, korang tahu dah ehhh pasal telur padi ni, bagus korang ni. 


Hari tu letak gambar ni kat FB dan tanya kat kengkawan pasal telur padi ni, rupa-rupa nya ramai yang satu kapal dengan saya, semua nya tak tahu apa itu telur padi, okay lah, ada geng peghak rupa nya, muahaha. Saya tahu nama dia telur padi pun sebab tengok kat packaging telur tu. Ada orang tersalah beli telur ni, dia ingatkan telur ni telur masin yang ada packaging baru, nama pembeli dirahsiakan, muahaha.

Bila dah google, baru lah tahu, ohhh telur padi itu, telur padi ini, tapi rasa memang kena dicuba sendiri lah, kesimpulannya, saya tak pandai nak menikmatinya dan baki telur padi di rumah ni pun dah berpindah milik ke tangan adik maness yang biasa makan telur padi ni, selamat menjamu selera adik maness :)


Wednesday, September 25, 2013

TENGOK MOOD LERR

As salam.

Saya ni kalau bab makan aje tak payah tengok mood, bab lain tu memang kena tengok mood sentiasa, eleh, korang pun sama kan, kalau takde mood tu, moncong aje lah, cuba kalau ada mood, dari pagi dah senyum, ehhh macam biasa tengok aje, muahaha. Sebelum tu kalau korang rasa loya-loya ke apa sambil tengah baca blog hari ni, saya nasihatkan jangan teruskan pembacaan sebab entry kali ni memang nak tempek muka saya sesaje, muahaha.


Kalau mood rajin tu datang, bershawl berlilit bagai lah ke office, haaa betul lah tu, dalam pipi tu saya tengah makan telur rebus, sebiji belah kiri, sebiji lagi belah kanan, muahaha.


Muahaha, kat pantry office pun boleh selfie kata ko :) Yang ni style shawl dengan anak tudung syria lah kengkonon nya, terus tertepek tutup dahi jendul mak encik, muahaha.


Selalunya saya akan bertudung cenggini aje ke tempat kerja, senang dan menjimatkan masa, tak payah nak melilit bagai.  See see see, bershawl ke, bertudung makcik-makcik ke, saya tetap sweet kan, muahaha.


Last sekali gambar saya tak pakai spek dan seperti sedia maklum, memang ramai yang bagi komen cakap, lagi elok akak tak pakai spek kak, nampak jelas mata akak yang besar lagi bundar tu, nampak bulu mata yang lebat lagi melentik tu, apsal lah akak tak pakai lens ke tempat kerja, haaa ini sebab nya adik-adik, sebab dah tahu kalau tak pakai spek memang lagi lawa dari pakai spek, tu yang malas nak ber lens bagai tu, nanti tak senang hati pulak pakcik engko kat rumah tu, muahaha.

Siapa loya berterusan, sila makan asam boi, bagi kurang sikit loya nya, muahaha.

Tuesday, September 24, 2013

KERING-KERING

As salam.

Apa tu kering-kering ? Dah tentu bukan badan yang kering, muahaha. Bukan juga daun kering mahupun baju yang sudah kering di ampaian, muahaha.

Sebenarnya nak story yang suka suka makan nasi dengan lauk yang kering-kering yakni tidak terlalu banyak kuah nya, kalau makan makanan yang berkuah pula, saya suka kuah yang melimpah-limpah gitu, senang bagitahu kat sini, nanti korang nak jamu saya makan dah tahu nak sediakan menu apa, muahaha. Sorry korang, saya memang suka taip pastu gelak, banyak lah muahaha yang korang akan terjumpa dalam setiap entry saya :)


Sotong kunyit, hari tu saya dah share resepi, korang dah cuba ke belum ? Makan ni dengan nasi putih aje dah cukup buat saya makan bertambah-tambah.


Antara gambar bekal saya minggu lepas. Baru first time diperkenalkan dengan budu dan saya terus jatuh cinta, sedapnya awak budu, kenapa lah kita tak berjodoh dari dulu lagi, poyo betul statement. Ada ikan berlada, timun, petai dan tempe goreng, see see see, semuanya lauk kering-kering, I like :)


Bangun pukul 5 pagi dan buat ikan bilis berlada, kawan kan dengan telur mata dan timun, sudah cukup buat saya happy menikmati bekalan di pantry office.


Sebulan sekali mesti penyakit ni datang, penyakit tak nak lauk lain, terbayang-bayang telur mata kicap dan cili api bebanyak ni, makan juga dengan budu, sumpah saya makan banyak hari tu !

Bahaya tekak tak cerewet ni kengkawan oiii, tak payah nak tunggu lauk pauk happening untuk kenyangkan perut, goreng telur, tambah kicap pun jadi aje. Siapa suka makan nasi dengan lauk kering-kering macam saya, gimme five :)


Friday, September 20, 2013

PSSTTT KORANG, MEH BACA NI

As salam.

Buat renungan kita bersama di hari Jumaat nan mulia.


Fikir-fikirkan. Selamat berhujung minggu.


Thursday, September 19, 2013

ADA PEMINAT ? SEORANG DUA PUN CUKUP

As salam.

Nampak tak, nampak tak ? Dari tajuk lagi nak cover sedapkan hati sendiri, ada seorang dua peminat pun cukup, muahaha. Ehhh by the way, apa khabar kak Anisah ? Dulu rajin tinggal kan komen di page FB Shibam Jelita. Ohh kat Central Market pun ada jual ayam togel tu, tq untuk info tu Ann Ishak dan buat Sukma Haron yang tanya ayam togel tu beli di mana, mak saya beli di pasar berdekatan dengan Menara Taming Sari tu.  Untuk Adarnadzmie, tq tq tq, kerana selalu sudi tinggalkan komen. Buat Lija, Akish. Encik Wan, Encik Rawlins, Anne, Weeda, Eija, terima kasih sebab selalu jengok blog saya.

Ribuan terima kasih juga pada pembaca yang selalu berkunjung tapi tak tinggalkan komen sebab saya pun selalu baca blog orang lain tapi tak tinggal komen, hihi. Ribuan terima kasih juga buat pembaca yang rajin bagi komen walaupun saya memang jarang membalas komen. Lagi ribuan terima kasih untuk kengkawan sekolah saya yang memang selalu baca, muah muah untuk Datin Kartini, Acik Murni, Acik Manal, Mami Noorin, Acik Superb dan yang lenlain tu.

Ini antara pembaca sporting yang mesej saya di page FB dan email saya, tak sangka ada yang sudi bertegur sapa, tq ye, muah muah.


Tq adik, bila adik cakap, rindu nak baca cerita akak kat blog, terus akak rasa tak sesia akak merepek selama ni, muahaha.


Untuk Rohaidah, ketahuilah bahawasanya saya teruja hingga kembang kempis hidung saya berlarutan agak lama bila membaca emel awak ni, muahaha. Tq sesangat, nanti kalau nak beli sabun / bodywash bagitahu saja ye.

Flying kiss untuk peminat, perghhhh, muahaha.


Wednesday, September 18, 2013

AYAM TOGEL

As salam.

Hari ni hari Rabu, hari ni saya dijangka busy, muahaha, ada jangkaan okay, engko ada ? Maka nya ini aje yang dapat dikongsi. 


Ayam togel ni beli kat Melaka hari tu, bising kemain memekak mekak, bila di picit nanti, akan keluar lah bunyi tak semenggah dia tu, ni semua nenek Hakeem lah ni, mainan ayam togel cenggini di beli untuk mainan Hakeem. Bising tahu tak bunyi dia, hari tu si Hakeem bunyikan kat sebelah telinga saya, perghhhh, terus rasa nak dibuat rendang aje ayam togel ni, ahaha.

Dah 2 hari si Hakeem mencari-cari ayam togel ni, jangan bagitahu dia saya yang sorok kan, siapa bagitahu, siap dia !!! Sekian, ayam togel pun boleh buat jadi entry, muahaha.


Tuesday, September 17, 2013

RESEPI LEMAK CILI API UDANG

As salam.

Bersemangat nak datang office hari ni, almaklumlah dah dapat cuti 3 hari :)  Korang semua berjalan ke mana ? Saya tak kemana mana pun, elok aje duduk dendiam kat rumah tapi kali ni lebih sibuk sikit, sibuk dengan aktiviti membungkus sabun untuk pelanggan yang tersayang, gitu !


Tak pasti sama ada saya dah pernah share ke belum resepi ni, udang masak lemak cili api. Gambar fresh dari kuali, hihi.

Bahan-bahan nya :

Cili api (ikut suka banyak mana)
Bawang merah (3 ulas)
Serai (3 batang)
Daun limau purut / Daun kunyit (2- 4 helai)
Santan (1 biji kelapa)
Kunyit hidup / Serbuk kunyit
Asam keping ( 1- 2 keping)
Garam secukupnya

Cara memasak :

Kisar cili api dan bawang serta kunyit hidup, masukkan bersama santan, asam keping serta serai yang telah dititik dan kacau hingga sebati, perlahan kan api supaya santan tidak pecah. Bila dah mendidih, masukkan udang dan daun limau purut. Bila udang sudah bertukar warna, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidang. Masak udang / sotong tak perlu terlalu lama ye, nanti hilang kemanisan dan isi nya akan menjadi keras dan kulit udang tu akan sukar untuk ditanggalkan ketika hendak di makan.

Selamat menggulai.


Friday, September 13, 2013

NAK APA ? CAKAP AJE. SEMUA ADA

As salam.

Alhamdulillah, baru aje hari Jumaat lepas saya keluarkan entry pasal sabun / bodywash / shampoo ni, tak sangka betul, sambutan terlalu baik. Tak menang tangan saya dibuatnya, maklumlah, saya cuma sempat nak update mahupun reply pertanyaan yang berminat pada waktu rehat atau lepas habis kerja. Kat office kan saya dah ada kerja hakiki sendiri, tak boleh lah sesuka hati nak buat urusan jual menjual di waktu kerja, tak baik macam tu kan. Maka nya seboleh-bolehnya saya hanya update di waktu pagi sebelum mula kerja, di waktu rehat dan lepas habis kerja. Jadi pada yang bertanya kenapa saya lewat balas pertanyaan tu, harap faham keadaan saya ye, terima kasih.


Ini antara batch yang dah habis terjual tempohari. Dalam masa seminggu aje saya dah repeat ambil stok 3 kali macam tu lah. Terima kasih pada pembaca yang dah beli dan kengkawan yang support ye.


Setiap hari waktu lunch, ini lah kerja saya, asingkan mana yang nak di pos, mana yang nak dihantar tangan. Kalau kat FB dulu memanjang gambar makanan aje, tapi dalam minggu ni asyik dok menempek gambar sabun aje, almaklumlah, orang tak pernah menjual, bila baru nak menjual, dapat sambutan pulak, tu yang jadi teruja atau bahasa pasarnya gayat, muahaha. Actually apa sahaja yang ada di bawah label Hai O marketing saya dah boleh jual tapi buat masa ini saya fokus pada sabun ni aje dulu sebab senang nak menjual benda yang kita guna dan berkesan.

Okay, entry ni juga nak bagitahu yang sekarang ni saya ada supply segala macam jenama supplement untuk kesihatan, jamu, produk kecantikan muka, produk menguruskan badan, produk memutihkan wajah, cakap aje jenama apa yang korang guna, insyaallah saya ada stok. Saya ambil stok dari pengedar sah yang beroperasi di kawasan tempat tinggal saya ni.

Antara produk yang selalu mendapat sambutan hangat adalah seperti berikut :  D'Herbs, Alpha Lipid, Felinna Beauty, Jerslin Oil, Nurbeauty Line, Beutskin SNE, Sabun Susu Beras, Jamu Mak Dara, Jus Delima, Aurawhite & Auraslim, Jus Pamoga, Kopi Mahkota Dewa, Susu Kambing HiGoat, Beauty Umaira, Bella Vitta. Kalau nak taip memang tak larat, dipendekkan cerita, kalau ada apa sahaja produk yang korang gunakan untuk kecantikan wajah atau dalaman badan memang saya ada supply, segala macam jenama kopi pun ada, cakap aje nak apa, nanti saya bagitahu harga nya ye. Lagi senang nak bagi faham, apa sahaja yang ada terjual di kedai-kedai tu, saya boleh supply.

Macam biasa juga, segala pertanyaan di  : mestisuperb@gmail.com, dan kalau malas nak emel, korang boleh cari page Shibam Jelita di Facebook dan boleh tinggalkan mesej kat sana, tak nak like page tu pun takpe, boleh aje nak mesej tanpa like di Facebook. Nak tinggalkan komen kat blog pun boleh, nanti saya balas lah pertanyaan korang.

Dah panjang lebar jadinya entry ni, saya berundur dulu, jangan malu, jangan segan, nak tanya harga sebarang produk boleh emel : mestisuperb@gmail.com. Selamat berhujung minggu.


Thursday, September 12, 2013

SETENGAH HARI BERSAMA JELITAWAN

As salam.

Bestnya lahai ada blog sendiri, boleh letak gambar yang rasanya paling jelita, boleh bubuh caption kita lah yang paling jelita, seronoknya, muahaha.

Hari minggu hari tu, saya dan kengkawan sekolah yang sekepala, serasi bersama tapi tidak sekentut sebau berkumpul setelah sekian lama memendam rindu dendam antara satu sama lain, muahaha.

Geng kita orang ni ada sepuluh orang, tapi ada 2 orang yang tak dapat datang dan sorang lagi datang lambat, makanya ada tujuh jelitawan aje yang bergambar seperti di atas.


Gambar yang menjadi bahan tak puas hati kawan saya berdua ni, dia orang tak habis-habis komplen apsal saya nampak slim dalam gambar ni, kecoh tak habis-habis, dari mula ambil gambar ni sampai nak balik komplen asal saya nampak slim, tak aci katanya, sepatutnya dalam gambar pun dia orang nak saya nampak tembam seperti kejadian semulajadi saya, muahaha. Dia tak tahu, berapa kali saya adjust badan nak menyorokkan apa yang patut, kahkah.


Saya dan bakal besan, muahaha. Tak habis-habis berangan nak jadi besan, siap cakap, anak kita mesti setuju, kalau tak setuju, siap dia :)


Kami semua sebaya. Tahun depan dah nak masuk 40 tahun, tapi sebab jiwa hati nurani kami sentiasa 29, makanya kami nampak macam bukan 39 kan kan kan, takpelah, pada sesiapa yang berbisik bisik dalam hati kata saya perasan tu, saya maafkan korang, lagipun syawal baru aje berlalu, takpe, saya maafkan, muahaha.


Seronok berkawan dengan dia orang, semua tak berkira, masing-masing pandai menyesuaikan diri dalam apa keadaan dan yang paling penting, kita orang memang suka bergambar dan yang paling penting kita orang ada kegemaran yang sama, lepas ambil gambar, mesti tengok dulu, kalau tak okay, kita delete, kita ambil lagi gambar, tengok lagi, kalau lawa, okay, terus suka dan asyik cakap, cantiknya kita dalam gambar, ahaha.


Jumpa kat rumah kawan yang bermurah hati nak membiarkan rumah dia di datangi oleh kawan-kawan yang haru-biru macam kita orang, terima kasih Taty, jasa mu kami kenang. Hari tu kami buat potluck, macam-macam juadah ada, cukup dari tengahari membawa ke minum petang dan ada yang membawa ke makan malam. Seronok sungguh, berjumpa dari jam 12.00 tengahari hingga ke 7.00 petang memang tak cukup, ada aje perkara yang kita orang nak bualkan dan gaduhkan.

Sekian penceritaan saya tentang setengah hari bersama jelitawan, harap korang pun cakap kami jelita, muahaha.


Wednesday, September 11, 2013

NI SEMUA MINYAK PUNYA PASAL

As salam.

Memang minyak punya pasal, semua kena berjimat sekarang ni, memang lah naik 20 sen aje, impak kenaikan pada harga barang lain yang boleh buat angin baik menjadi angin kus kus.

Dalam menangani harga barang-barang yang dijangka akan naik tidak lama lagi, saya perlu berjimat, semalam dah cerita jimat, hari ni nak cerita jimat lagi, nampak sangat memang penjimat, muahaha. Korang, jangan lah nak membazir asyik membeli tudung aje, asal ada fesyen baru aje mula lah korang membeli, habis yang dah penuh kat almari tu korang nak buat apa haaa ?


Mari punggah semula tudung bawal zaman dahulu kala yang sememangnya masih elok dalam almari tu, macam-macam warna ada, ko sebut aje warna apa nak, dijamin ada dalam almari tu. Cakap kat diri sendiri, sudah-sudah lah membeli tudung tu, sila gunapakai apa yang ada dalam almari sampai lunyai, biar lah tak ikut trend semasa, yang penting menutup aurat, nampak tak ayat cover nak sedapkan hati sendiri, haha.


Susah-susah sangat, guna aje tuala mandi cenggini kengkawan, dah lah murah, macam-macam warna ada, macam-macam gaya korang boleh pelbagaikan, towel tu besar tau, bukan kata boleh menutup dada aje, dengan perut-perut sekali boleh cover tau, kahkah.

Kalau nak tahu cara pemakaian tudung tuala tu, jangan lupa emel saya ye. Tata


Tuesday, September 10, 2013

KOLEKSI

As salam.

Jom tengok koleksi gambar apa yang saya bedal, muahaha, atau pun bahasa yang lebih manis sopan lagi santun adalah apa yang saya makan dan nikmati


Bila membosan nengok menu yang hampir sama kat kafe, saya order lah roti canai,  yang penting kuah mesti banjir baru lah sodap. Minum dengan teh tarik, perghhh, memang satu kombinasi yang padu untuk perut den bertingkek tingkek, kahkah.


Sekarang, semenjak minyak naik harga 20 sen, saya lebih rajin yang amat nak membawa bekal. Bertambah gigih bila untuk lunch pun saya bawak bekal, beg bekal saya punyalah penuh macamkan orang yang nak bekerja keras seperti di ladang kelapa sawit mahupun sawah padi, kerja tak seberapa berat, makan aje yang berat, nak gelak ke nak nangis, terpulang lah kat korang :P


Menu bekal lunch saya. Orang tak cerewet macam saya macam gini lah, lauk apa semua tak kisah, janji masak sendiri, memang sodap.


 Menu lunch lagi. Bawak kari ayam pulak.


Antara bekal pagi, rupa kemain buruk, tapi rasa dia kemain sedap okay ! Ni roti celup telur, tampal sardin, letak bawang dan cili api, bak kata Mr.R, urat pedas saya dah putus, asyik-asyik dengan cili api, tak pedas tak sedap lah u alls.

Last week saya bawa bekal untuk minum pagi dan makan tengahari, saya langsung tak turun ke kafe, saya boleh berjimat dalam purata RM50.00 lah untuk minggu tu, wuuuuu bagus betul, cepat lah tabung beli handbag saya penuh, nampak tak maksud tersirat sebenarnya bila tetiba rajin sampaikan untuk lunch pun bawak bekal, sesuka hati nak salahkan harga minyak naik 20 sen, harap maklum.

Semoga urat rajin saya untuk membawa bekal breakfast dan lunch tidak putus dengan cepat, haha.


Monday, September 9, 2013

SELAGI BOLEH MAKAN

As salam.

Selamat hari Isnin yang ceria lagi berseri-seri, jangan monyok please :) 

Ehh by the way, saya nak cakap tq pada yang bertanya di emel saya : mestisuperb@gmail.com dan terima kasih banyak-banyak pada yang dah membeli sabun / body wash /shampoo tu ye, tak sangka, ramai yang berminat, berderet-deret emel saya terima masa hujung minggu. Mana tak best nya, sabun / body wash tu memang bagus untuk keseluruhan badan termasuk kulit wajah, beli seketul sabun wangi tu, lepas tu boleh guna untuk seluruh badan, mana lah tak best kan, jimat duit. Ehhh satu lagi nak bagi tahu ni, sabun tu boleh digunakan oleh orang lelaki jugak tau, so saya nak suggest pada pembaca setia blog saya, tak lain dan tak bukan adalah Encik Wan yang rajin skodeng blog saya, meh cuba Encik Wan, bagus untuk kegunaan di kulit Encik Wan, lepas ni hilang semua masalah kat kulit muka tu, dijamin akan bertambah handsome, kihkih. 


Ni gambar masa acara potluck di office tempohari, banyak betul makanan yang lazat-lazat, terima kasih lah atas kerjasama semua staff di office ni. Selagi boleh makan, meh lah kita menikmati makanan ye kengkawan, nanti bila dah tak sihat, sampaikan orang nak suapkan pun kita tak boleh nak telan, hilang dah nikmat makan tu. Maka nya bila nampak rezeki depan mata, ucaplah alhamdulillah, sambil mulut tak henti-henti mengunyah makanan, haha.

Selamat menjalankan tugas, lagi sekali saya nak bagi tahu, jangan monyok-monyok ehhh :)


Friday, September 6, 2013

SABUN @ BODY WASH MARINE ESSENCE

As salam.

Selamat hari Jumaat yang ceria ceria selalu. Pada kengkawan yang dah biasa dengan blog saya, for sure korang akan tahu betapa saya tak pernah promote apa kebenda barangan pun dalam blog saya yang dah hampir nak masuk 5 tahun ni. Sebabnya saya adalah seorang yang susah nak yakin dan percaya dengan sesuatu barang tu, macam sekarang ni berlambak-lambak produk pemutih kulit kan, satu pun saya tak pernah terlintas nak mencuba sebab saya takut dengan kesan jangka panjang nya, bayangkan setiap hari kita makan, kita telan entah apa kandungan yang ada kat dalam serbuk tu kan, maka nya saya memang takut nak cuba.

Tapi saya nak share tentang sabun @ shampoo ni sebab saya adalah pengguna baru kepada barangan ni, kenapa saya teruja nak share kat blog, sebab walaupun saya baru guna hanya seminggu, saya dah dapat lihat kesan dia, tak sangka betul, kesan-kesan hitam di celah-celah badan saya boleh jadi cerah, bayangkan kalau saya gunakan dengan lebih lama, dah tentu kawasan gelap akan menjadi sama cerah seperti kulit muka saya yang mulus ni, kahkah.

Kalau ada yang nak mencuba, jangan lah malu, jangan lah segan, saya tahu, walaupun korang semua memang dah cerah semulajadi, mesti kat dalam-dalam tu ada yang bergelap keadaannya, maka nya, moh lah kita sesama bagi dia jadi cerah, kalau tak dapat cerah semulajadi pun, lebih baik lagi dari gelap macam sekarang kan kan kan.

Nak tengok kesan pada saya ? Engkorang dah hilang akal ke apa, tak kan saya nak letak gambar saya kat sini, pengsan korang tengok nanti, biar saya dengan Mr.R aje yang tahu kegelapan nya macam mana, muahaha. Tolong percaya yang ianya amat berkesan, tapi dengan syarat lah, kalau digunakan semasa mandi tu, kena lah di tonyoh sikit kat kawasan gelap lagi degil kotorannya tu, jangan lah engkorang just sapu dan mengharapkannya menjadi putih, banyak cantik, kahkah.



* kedua-dua gambar hasil dari pencarian di google, terima kasih kepada penyumbang gambar-gambar ni :)

Pada yang berminat nak mencuba, sila emelkan segala pertanyaan di mestisuperb@gmail.com, kat sana nanti baru saya akan bagi no telefon ke, details apa ke bagi yang berminat untuk mencuba. Nak beli seketul dulu pun boleh, nanti kat emel saya akan bagi full details okay, pada kengkawan yang tinggal berdekatan dengan saya, nak cash on delivery pun boleh, emel saya, so that kita boleh bincang-bincang tempat nak pass kan barang, untuk kengkawan sepejabat yang berminat, lagi lah dipersilakan, call aje extension saya untuk order ye.

Saya malas nak taip bahan kandungan sabun marine essence ni sebab korang pun bukan rajin nak membaca benda-benda berfaedah macam tu kan, cepat aje korang scroll nanti, ehhh macam selalu buat aje, kahkah. Di pendekkan cerita, sabun dan body wash tu sama aje fungsinya yang baik untuk keseluruhan badan termasuk kulit muka, shampoo tu kegunaan di rambut sahaja lah ye, ehhh nak guna kat rerambut lain pun ok jugak, kahkah.

Jangan malu, jangan segan, jom emel saya di  :  mestisuperb@gmail.com untuk segala pertanyaan lanjut.


Thursday, September 5, 2013

ADA LAGI CERITA RAYA

As salam.

Blog kengkawan lain dah lama habis cerita pasal raya, blog acik masih ada okay, entah bila nak habisnya, minggu depan pun ada lagi gamaknya :)


Minggu lepas berkunjung ke rumah adik ipar, minggu sebelum tu pun ada gak beraya ke rumah sorang lagi adik ipar, tapi tak teringat nak amik gambar, mungkin adik ipar yang itu kurang sikit suka bergambar berbanding dengan sorang lagi ni, bergambar aje kerja nya, kahkah. Posing sebelum balik dengan kanak-kanak aje yang dapat aiskrim, orang tua semua tak dapat, ini tidak adil, muahaha.


Lagi kejadian makan-makan di rumah saya, kawan-kawan dah nak balik baru teringat nak snap gambar :) 

Dah tu je nak gebang. Tata 


Wednesday, September 4, 2013

BFF

As salam.

Terasa muda 5 tahun bila guna tajuk cenggitu, kahkah. Harus lah mengikuti perkembangan kan, dah ada anak dara, anak teruna kat rumah tu, maka nya bahasa dia orang di alaf ini semua nya perlu di ambil tahu, kalau tak nanti jawabnya tertinggal keretapi.


Mak mertua dan mak saya, alhamdulillah, setakat ni dia orang memang ngam, memang dah jadi BFF kaedahnya. Serasi bersama gitu, dah lah tinggal pun berdekatan aje kan, selalu lah dapat say hai say hello :)

Muah muah untuk kedua-dua mak saya ni.


Tuesday, September 3, 2013

RESEPI SOTONG KUNYIT

As salam.

Wah wah wah, kemain sana sini semua update dan bercerita pasal kenaikan harga minyak di pasaran, termasuk lah saya, muahaha. Ye betul tu, masing-masing ada pandangan tersendiri kan, masalahnya bila harga minyak naik walaupun 20 sen sahaja, lepas tu mula lah yang lenlain tu pun akan naik sama, pemantauan pulak tak ada tadi pihak berwajib, nak tak nak, pengguna macam kita ni kena pasrah aje lah ye. Nasib baik saya dan suami hanya bekerja sekangkang kera dari rumah, tak lah terasa sangat dengan harga minyak, yang saya selalu tekan kan adalah barangan bahan mentah lain di pasaran.

Ibu bekerja yang memasak setiap hari di rumah dan selalu kena membeli barangan keperluan dapur macam saya ni memang akan terasa sangat bila harga barang naik, oleh itu, mari lah berjimat cermat ye kawan-kawan, kurang kan lah berbelanja ke benda yang tidak penting. Untunglah korang yang bergaji besar dan hidup senang, tak payah lalui semua ni :)

Merungut merungut jugak tapi tetap perlu bersyukur dengan rezeki yang diberi, alhamdulillah. Dah bagi mukadimah panjang lebar, moh saya share resepi sotong goreng kunyit yang sungguh lah mudah tetapi sedap ni.


Bahan-bahan nya :

Sotong
Bawang besar
Tomato
Bawang putih
Bawang merah
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk lada hitam
Cili api (tak nak pun tak apa)

Cara-cara memasak :

Panaskan minyak secukupnya, tumis kan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, bila dah garing, masukkan sotong dan gaul sebati, masukkan sedikit air dan serbuk kunyit secukupnya, tambahkan garam dan masukkan serbuk lada hitam. Bila dah agak masak, masukkan bawang besar dan tomato. Sedia untuk dihidangkan. Mudah sesangat kan.

Selamat mencuba.


Monday, September 2, 2013

TETAMU DATANG .... TETAMU PERGI

As salam.

Eiiii rasa nak cubit pipi sendiri buat tajuk cenggitu, muahaha. Dah berapa kali saya explain dalam blog saya kan, setiap kali raya, saya tak pernah anjurkan rumah terbuka sebab rumah saya sentiasa terbuka untuk kawan-kawan dan saudara mara, tiada hari khusus untuk dia orang datang, boleh datang bila-bila masa aje dia orang suka, dipersilakan :)

Alhamdulillah, setiap kali raya, rumah saya memang ramai yang bertandang, setiap hujung minggu mesti standby masak serba sedikit untuk tetamu yang nak berkunjung. Kali ni kawan-kawan kak long nak datang ke rumah, bagitahu hari Khamis, nak datang hari Sabtu, takde hal, datang aje lah, apa yang sempat dan termampu nanti, itu lah yang saya hidangkan :)










Kawan-kawan kak long yang nak bertandang adalah dalam 10-15 orang aje, tapi saya masak seperiuk besar terus, mana lah tahu kalau ada sesiapa yang tetiba rasa nak datang ke rumah kan, at least dah ada juadah yang nak dihidangkan. Saya masak mee kari :)



Macam biasa, juadah simple dari saya, tak payah berjenis-jenis pun, yang penting ada jugak untuk dihidangkan pada tetamu :) 


Tetamu yang tak disangka-sangka, rakan sekerja yang dah macam adik saya sendiri, walaupun office lain-lain, tapi selalu bergurau senda di FB nun, dia ni lagi best, dah nak keluar dari rumah baru nak call saya kata nak datang, nasib baik akak dia dah standby masak mee kari seperiuk besar, takde hal lah tu, mari lah datang. Tq shibab sebab sudi datang umah akak shibam.


Kawan-kawan kak long yang semuanya pemalu dan bersopan santun, sama lah macam saya masa sebaya dia orang dulu, ehhhh !


Suka tengok muka Hakeem dalam ni, kemain tersipu malu bila dimanjakan oleh kakak-kakak cantik ni semua.


Tetamu saya seterusnya adalah adik comel lagi manis, satu tempat kerja, office lain-lain jugak. Tq sudi datang dan sudi puji mee kari akak sedap, muahaha


Mak busu sekeluarga pun ada. Terima kasih sudi bertandang ke rumah anak saudara mu ini. Ada juga jiran yang bertandang di hari yang sama. Alhamdulillah, tak sia-sia saya masak kuah kari seperiuk besar, ramai tetamu yang datang kat rumah hari tu :)