Thursday, October 31, 2013

ORDER

 As salam.

Laaa gambar makanan lagi, baru kelmarin share gambar makanan, hari ni entry gambar makanan lagi, muahaha. Ye lah, lebih baik share gambar makanan dari buat entry cerita gosip, kan kan kan, nampak tak penggunaan ayat nak cover sebab takde citer best nak dikongsi, muahaha.

Jangan engkorang ingat kat restoran aje boleh order nak itu nak ini, kat rumah pun boleh feeling-feeling jadi pekerja restoran amik order dari suami dan anak-anak. Tapi hanya boleh mengorder macam ni bila hujung minggu aje lah, kalau hari biasa nak order, boleh aje cuma memang mama tak akan layan lah, muahaha.

Saya suka aje masak ikut apa yang dia orang nak sebab nanti mesti dia orang makan banyak :)


Memenuhi permintaan Mr.R ni, dia nak nasi goreng sardin + telur mata + tomato. Saja je letak gambar saiz besar biar buntang mata menengoknya, muahaha.


Ni kak long yang request, nak makan soto kata dia, so saya masak kan kuah soto versi saya dan letak bahan-bahan pun ikut tekak saya, janji yang penting, cili api kicap tu meletop pedas dia, sambil makan sambil sedut air hidung, muahaha.

Nasi goreng kampung + ikan bilis garing bebanyak, ini angah yang request. Apa susah, ikan bilis yang dah digoreng memang sentiasa ada aje standby dalam balang kat rumah tu, bila terasa nak makan, tabur kan aje lah :)


Cekodok bilis + bawang + daun sup, macam biasa mesti lembut dan kurang garing sebab ini order dari saya sendiri. Cicah dengan sambal garing yang sememangnya sudah ada stok dalam peti sejuk, panaskan aje dan sedia untuk dihidang.


Mee goreng untuk dinner, sesekali tukar selera kan, memang terbaik lah.

Engkorang nak order apa, nanti saya masakkan dan tempek gambar dalam blog :)


Wednesday, October 30, 2013

HATE YOU MR. ARROGANT

As salam.

Akhirnya acik terjebak weh, dari mula lagi citer ni kat tv, saya tak follow pun, alasan biasa lah, waktu maghrib tak boleh tengok TV, pastu nak nengok kat tonton pun tak kuasa sebab tengok dari segi pelakon dia macam tak best aje citer ni.

Pastu kan, dari sehari ke sehari, ada aje kengkawan yang update status kat FB, mula lah acik korang ni rasa macam ketinggalan zaman sebab tak faham apa yang dia orang cerita kan tu. Bila tanya kengkawan, rata-rata semuanya dok melayan citer ni, kaedahnya saya sorang aje yang ketinggalan keretapi, kihkih.

Saya start tengok online bila di TV dah nak masuk episod ke 16, sabtu ahad aje pulun nengok kat tonton, sambil pulun sambil kenyit-kenyit mata kat Mr.R tanda terima kasih sebab memahami bila bini dia dah macam melekat dengan laptop sambil senyum-senyum, muahaha.  


Lagi parah bila kak long bagi buku cerita ni kat saya, amboihhh, terus mama dia feeling feeling remaja baru belajar nak bercinta, muahaha.

Bagus juga bagi peluang kat pelakon baru pegang watak utama kan, takde lah asyik tengok muka hero heroin yang sama aje. Minggu depan habislah cerita ni, maka habislah episod angau semua orang dengan Mr.Arrogant, tu yang saya bagi tajuk Hate you tu, harap maklum.


Tuesday, October 29, 2013

BEKAL

As salam.

Takde benda nak citer dah, hari ni punya entry saya tempek gambar bekalan saya dengan tajuk album kompilasi bekal ku bukan bekal mu, ahaha.

Orang tekak tak cerewet macam saya memang bagus, satu lauk aje pun dah happy dah, janji perut kenyang, tak payah nak citer banyak, jom layan gambar ehhh.


Ayam goreng berlada, telur dan tempe goreng. Tekak cerewet macam engkorang mesti kata tak cukup, tekak saya yang baik ni kata cukup sangat dah ni :)


Asam pedas ikan tenggiri + bende dimakan dengan nasi dan kicap, sudah cukup cukup sudah.


Saya memang tak boleh tinggalkan kicap, pastikan ianya kicap kipas udang, baru lah sedap kan. Ikan cencaru masak lemak cili padi, sambal petai + ikan bilis dan ulam timun.


Yang paling menjadi idaman, semuanya tidak berkuah, memang enak di anak tekak saya. Ikan bilis berlada, tempe goreng + cili kicap dan ayam goreng kunyit.


Saya memang every week akan masak sambal berlada tu siap-siap dan akan masak dalam kuantiti yang banyak dan disimpan dalam peti sejuk. Masak sambal tu sampai betul-betul garing supaya ianya tahan lama, bila nak makan nanti, saya akan ambil banyak mana sambal yang saya perlu kan sahaja, panaskan dan taburkan ikan bilis. Sedap dimakan bersama daging masak lemak cili padi + belimbing buluh.


Dah nak masuk bulan kedua saya bawak bekal untuk sarapan + lunch, alhamdulillah, urat rajin masih berfungsi dengan baik. Ini antara menu sarapan saya, sardin + scrambled egg + tomato + timun. 


Balang air yang kiri tu saya punya, yang belah kanan tu Mr.R punya, sebab nya sekarang ni, dia pun dah ikut saya nak amalkan minum air lemon, maka nya sebagai isteri yang solehah lagi mithali, saya layankan lah, muahaha.

Semoga urat rajin saya untuk membawa bekal akan terus berfungsi, aamiin.


Friday, October 25, 2013

MURAH

As salam.

Sekarang ni ada macam-macam jenis dan fesyen tudung untuk perempuan yang menutup aurat. Bukan sebulan sekali aje ada rekaan terkini malahan hampir setiap hari ada aje corak mahupun cara pemakaian tudung yang terkini. Saya adalah tergolong dalam golongan yang tidak obses kepada perkara tersebut kerana saya masih memakai tudung bawal yang semakin lama dipandang sepi, muahaha.


Tak boleh bayangkan macam mana korang yang obses membeli fesyen tudung terkini menyimpan tudung korang semua. Saya yang tak banyak koleksi tudung pun kadang-kadang rasa dah tak ada tempat nak letak.

Semua koleksi tudung saya memang murah-murah aje, paling mahal dalam almari tu pun cuma berharga RM50.00, yang lain, confirmed memang lagi murah dari tu, muahaha. Konsep saya sangat senang, pilih yang murah tetapi cantik dan yang penting bila dipakai akan menutup apa yang sepatutnya di tutup. Sekian.

Selamat berhujung minggu.

Thursday, October 24, 2013

SEDAP TAPI TAK BOLEH SELALU

As salam.

Semua orang pun suka makan mee segera kan, tapi kat rumah tu memang tak ada stok mee segera ni sebab dikhuatiri akan menjadi pujaan hati anak-anak, mana tak nya, dah tahu ada aje stok kat rumah tu, nanti ada aje alasan nak makan mee segera, maka nya lebih baik jangan di simpan stok mee segera di rumah. Kalau dah teringin sangat baru lah beli untuk dimasak.


Ada yang teringin mee segera goreng sebab dah lama tak makan kata nya. Okay lah mama buatkan. Bila buat sendiri, standard lah kan, semua bahan yang di letak mesti menepati selera anak tekak. Goreng sekali 5 bungkus untuk seisi keluarga. Tengok balik gambar ni rasa macam nak masak lagi macam ni, tapi memandangkan mee segera tidak elok dinikmati selalu, maka nya lain bulan lah kita layan lagi ye.


Wednesday, October 23, 2013

AIR LEMON

As salam.

Kesian kat saya, punya lah dah lama orang lain mengamalkan minum air lemon ni, saya aje yang baru tahu tentang kebaikan dan khasiat minum air lemon. Takpe lah kan, lebih baik tahu lewat dan buat dari tahu tapi tak buat langsung, sedap sikit hati tulis macam ni, muahaha.


Minggu ni baru nak masuk minggu ketiga saya minum. Saya sedang cuba disiplinkan diri tak nak mengambil air bergula. Kalau tak tu, pagi milo, tengahari ribena, petang nescafe, malam teh o, uuuuuuu very the not good kan.


Akan tetapi makan adalah tetap seperti biasa, sebab saya minum air lemon tujuan utama nya bukan lah untuk menguruskan badan ye kawan-kawan, tujuan saya adalah sebenarnya untuk detox badan yang tak pernah di detox kan semenjak kewujudan saya ke muka bumi ini. Minum air lemon nak kurus konon, padahal makan tetap macam biasa, tak bersenam, engkorang ingat boleh kurus, memang tak lah wehhh, muahaha.


Order durian crepe dari kawan office, tetap boleh makan ni tapi still minum dengan air lemon. Terserlah kepoyoan di situ, ye saya tahu, muahaha.


Kunyah tempeyek pun bersulam dengan air lemon, tak boleh blah, muahaha.


Stok yang sentiasa ada di rumah sekarang ni. Saya nak cukupkan 30 hari minum air lemon ni, lepas tu baru nak mulakan minum lemon dengan campuran pelbagai lagi bahan-bahan lain untuk khasiat yang lain pula.

Sila google tentang kebaikan atau khasiat air lemon untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nya.  Sekian.


Tuesday, October 22, 2013

GEMPAK AIDILADHA

As salam.

Banyak lah engko punya gempak, muahaha. Aidiladha pun dah seminggu berlalu, mungkin bagi sesetengah dari korang merasakan ianya tak gempak tapi bagi orang lain ianya adalah gempak. Persepsi gempak bagi setiap individu adalah berbeza, dah explain kemain hebat kalau tak faham jugak, lantak engkorang laaa, muahaha.

Sehari sebelum Aidiladha saya tak ambil cuti pun, pergi kerja macam biasa. Pagi raya tu baru gerak ke rumah mak saya, pukul 7 pagi dah punch card okay, gigih tak gigih anak mak sorang ni. Sampai aje terus menuju ke dapur sebab misi kali ni adalah nak memasak nasi ayam. Kena masak cepat-cepat sebab nanti nak berkunjung ke rumah mertua pula.


Tengah buat stok ayam dari 5 ekor ayam. Sebelum pukul 10 pagi dah siap semua saya sediakan, hanya menunggu kedatangan abang-abang saya aje petang nanti.


Lepas tu terus ke rumah mertua, sampai aje terus bancuh air, potong itu potong ini, panaskan itu, panaskan ini sebab air liur dah beberapa kali meleleh menengok ketupat palas air tangan mak mertua yang tersangatlah sedapnya.


Dah nak habis makan baru teringat nak ambil gambar, kemain comot pinggan, hihi. Selesai makan barulah syok melepak. Tak lama pun di rumah mertua, pukul 2 petang saya dah minta izin balik semula ke rumah mak sebab anak-anak dah bising lapar nak makan nasi ayam pulak. Untung umah mak dan mertua dekat-dekat :)


Lepas Asar, baru kita orang start acara potong kek untuk abah saya pula. Keluarga kecil kita orang yang sentiasa happening, alhamdulillah.


Cer tengok muka abah saya tu, terserlah kegembiraan dia kan. Ini yang saya suka bab celebrate birthday setiap ahli keluarga, memang best !

Melepak makan, makan melepak, begitulah seterusnya sampai ke malam, sebab tu saya kata gempak, muahaha.


Monday, October 21, 2013

USRAH MAKCIK MAKCIK

As salam.

Siapa makcik makcik ? Ye, kami orang lah makcik makcik yang disebutkan tu, apa korang ingat korang semua akan kekal muda senantiasa, berpijak di bumi nyata sikit ehhh, semua orang akan merasa muda dan semua orang juga akan merasa menjadi tua. Korang nampak tak penggunaan ayat yang seakan-akan memujuk hati sendiri tu, nampak tak, muahaha.

Kami geng Forever 29 berjumpa lagi kali ini, group kami ada nama baru yang diberi oleh saya jugak, nama nya adalah Sawan Borak, muahaha. Tak bosan-bosan berborak kat whatsapp, sambung kat FB, pastu sambung masa berjumpa, macam kan tak pernah habis topik untuk dibincang, berebut-rebut nak bercerita, waktu paling afdhol nak berborak adalah selepas habis menguruskan makan minum suami dan anak-anak, time nak melepak nak tidur tu, haaaa time tu lah masing-masing jadi tukang karut, sengal tak sudah memasing. 


Ada 3 orang tak dapat join kali ni, masing-masing ada komitmen yang memang tidak dapat dielakkan, memang sakit hati jiwa raga dia orang nengok gambar kita orang beramas mesra, muahaha.


Dah kata makcik-makcik tadi kan, maka nya apalah sangat aktiviti yang disukai oleh makcik-makcik selain dari menjamu selera dan melepak, muahaha. Terima kasih banyak-banyak pada Cik Ta kerana kali ini sudi menjadikan banglo beliau tempat melepak kami semua. Sedap sangat semua masakan air tangan ummi Cik Ta.

Bila dah selesai lunch dan solat, kita orang pun memulakan sesi usrah, nasihat menasihati, kongsi resepi kebahagiaan rumahtangga dan keluarga, kongsi resepi masakan, berbincang mana yang baik, mana yang buruk, seronok dapat buat usrah dengan kengkawan semua. Aktiviti yang sangat sihat dan merapatkan ukhuwah sesama sendiri.



Thursday, October 17, 2013

SEDAP

As salam.

Semalam saya dah start kerja, tak ambil cuti pun, tapi lemau sungguh laaa sebab masih ramai yang bercuti, jalan lengang, parking lengang, semua pun lengang. 

Sesekali masak cincai macam ni memang terbaik lah. Nak pulak, bila babah dia orang takde kat rumah, laju aje fikir menu paling senang dan semua boleh di siap kan tak sampai 1 jam.


Sup sayur sawi + fishball + telur. Saya memang beli sawi hong kong sebab rasa dia tak sepahit sawi biasa tu. Masak 3 ikat,  fishball 2 paket, telur 6 biji, laju je semua makan, saya dengan kak long aje meratah sayur ni entah berapa kali, maka nya memang tak sampai ke malam lah lauk simple macam ni. .


Ayam goreng berlada. Saya goreng ayam aje, sambal penyet tu kawan bagi, Bila dah siap goreng, terus gaulkan dengan sambal, semudah ABC :)


Kegemaran sepanjang zaman, tempe goreng. Cicah dengan cili kicap pedas berapi. Meleleh leleh air hidung, muahaha.


Setiap hujung minggu saya memang melayan anak-anak makan dengan bersuap. Bagus suapkan anak-anak makan, anak-anak dapat bermanja, meja makan dijamin tak bersepah, makanan habis dimakan cuma bahaya nya bila menyuapkan anak-anak, satu suap masuk mulut dia orang, dua suap masuk mulut sendiri, muahaha.


Monday, October 14, 2013

SALAM AIDILADHA

As salam.

Yang dah bercuti tu best lah, yang dah ada kat kampung pun kemain seronok kan. Saya kerja hari ni, saja simpan cuti untuk ganjaran pencen nanti, lepas pencen saya nak buat banglo, muahaha. Datang kerja pagi tadi kemain syok, jalan lengang giler, keluar dari rumah pukul 7.50 pagi, sampai kat office sebelum pukul 8.00 pagi :)

Pada yang ada rezeki lebih tahun ni mesti ada join buat korban kan. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua. Saya beraya kat sini aje, tak kemana-mana pun, anak-anak pun akan bermula sekolah pada hari Rabu nanti.

Hari ni kat office kami berempat sahaja. Buatlah kerja seperti biasa sambil mata terkebil-kebil asyik memandang jam dengan harapan cepatlah pukul 5.00 petang. Dah setakat ni dulu, cerita panjang-panjang pun mana ada yang nak baca hari ni, semua nya dah mood cuti nak makan daging korban. Tata.


Friday, October 11, 2013

SALAM JUMAAT

As salam.

Saya selalu ingatkan diri sendiri, saya bukan nak tunjuk pandai, apatah lagi nak tunjuk hebat, nak tunjuk alim bila saling ingat mengingati antara satu sama lain. Sejujurnya saya tegur supaya tanggungjawab sesama muslim sudah selesai dan tidaklah saya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sama ada mereka hendak menerima atau tidak, terpulang kepada diri masing-masing untuk membezakan mana yang baik dan mana yang tidak.


Berubahlah ke arah kebaikan, sampai bila kita nak berada di takuk yang sama. Kalau dulu kita tak solat, belajarlah untuk solat, kalau dulu solat kita tidak cukup 5 waktu, cukup kan lah, kalau dulu kita selalu melengahkan solat, percepatkan lah. Kalau dulu kita tak buat solat sunat, belajar lah sekarang. Sesungguhnya solat itu tiang agama, kalau solat dijaga dengan baik, insyaallah yang lain pun akan baik-baik aje. 

Nak jadi suami bukannya mudah, harus memastikan isteri dan anak-anak juga terjaga solatnya. Orang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu. Seandainya seseorang itu makan makanan yang menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap dan liat hendak membuat kerja-kerja yang baik, dan ini juga adalah satu sebab kukuh kenapa makan diluar tidak digalakkan sebab kita tak tahu orang yang memasak makanan untuk kita itu menjaga solatnya atau tidak :(

Kawan-kawan, cara nak tegur pun kena baik-baik ye, jangan aibkan orang yang nak ditegur.  Selamat berhujung minggu.  


Thursday, October 10, 2013

NAH LAGI

As salam.

Nah lagi bagi kat korang tengok gambar makanan sesaje. Shibam dan makanan bagaikan aur dengan tebing, bagai cincin dengan permata, bagai irama dan lagu, chewah, bagi perumpaan bagai, cakap aje lah memang suka makan, muahaha.


Sizzling Yee Mee. Selalu makan, telur dia di atas, tapi kat restoran ni telur tu di bawah, memang terbaik ahhh rasa dia.


Kuey teow kungfu, wachaaaa ! Kalau dah rupa paras dia macam tu, mesti lah rasa dia sedap weh.

Nasi impit dengan rendang, sambal bilis dan kuah kacang. Satu kombinasi yang ada ummphhh ! Tengok gambar ni rasa nak suruh mak buat kan lagi macam ni untuk raya haji nanti.


Mee kari nyonya. Kuah dia kemain banyak, isi dalam tu lagi lah banyak, kena ambil masa lama untuk dihabiskan :)


Kuih keladi, sedap sangat ni, dalam tu isi keladi di goreng dengan udang, kulit di luar yang sungguh rangup.


Ehh yang ni pun sedap ok, roti kismis cicah dengan air milo, terbaik jugak.

Yang mana satu, idaman kalbu korang ?


Wednesday, October 9, 2013

ABAH SAYANG

As salam.

9 Oktober 2013, alhamdulillah, genap abah saya berumur 71 tahun. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran abah, saya dan kawan-kawan doakan abah akan terus diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping keluarga tersayang.


Gambar latest yang ada dalam simpanan saya adalah masa raya hari tu.  Abah saya ni seorang pesara kerajaan dalam bidang perubatan, lepas pencen dulu pun dia masih disambung kontrak untuk bekerja dan akhirnya bersara penuh semasa berusia 65 tahun. Itu pun ada jugak tawaran untuk dia bekerja mengajar di negeri lain, tapi kami anak-anak tak galak kan sebab nak dia berehat bersenang lenang aje di rumah tu. Cukup-cukup lah bekerja tu abah, alasan yang selalu abah bagi adalah tak suka duduk di rumah, bosan kata nya. Maka nya bila ada anak-anak saya yang memang duduk dengan mak abah bila saya keluar bekerja, akan terisi lah masa lapang dia tu.

Selamat hari jadi abah :)

  

Tuesday, October 8, 2013

ERRR.....

As salam.

Errrr sebab tak tahu nak letak tajuk apa, LOL ! Memang sedap air ribena special tu Rizziela & Rinna, tak semua restoran ada kot, yang saya minum ni di Restoran Homst :)

Last week celebrate birthday si bongsu ni. Si bongsu adalah merujuk kepada adik bongsu saya ye, kami berbeza usia 11 tahun, masa tu memang dah rasa diri ni bongsu dah, tup tup, dapat adik lagi, makanya terus saya jadi bongsu tak jadi, nasib baik lelaki, dapat lah saya merasa jadi anak perempuan tunggal yang comel lagi dimanjai dan dikasihi oleh family, muahaha.



Kek mesti gambar yang pertama sebab disponsor oleh kakak comel dia ni :)


Muka gembira nak potong kek, koser saya nak keluarkan tempat kek cantik dari almari nun, guna lah engko kotak kek tu, muahaha. Semoga ada lah rezeki nya nak menimang cahaya mata nanti, kami semua menunggu dengan penuh harapan :) 


Memang birthday si bongsu tapi untuk menu makanan adalah mengikut tekak saya, see see see, I've told you, anak perempuan tunggal akan dimanjai, mak siap telefon tanya saya, nak makan apa untuk birthday tu nanti, sayang mak, muah muah.


Ini dia sambal tumis pujaan hati ku, makan macam tu aje dengan nasi impit tu, nikmat sungguh.


Rendang ayam. Air tangan mak kan, of course lah sedap dan terbaik.


Kuah kacang yang sedap, sampai ke hari ni saya tak menuntut lagi resepi dan cara membuatnya dari mak, yang saya tahu, request aje nanti mak masakkan untuk saya, sayang mak lagi, muah muah.

Sayang korang jugak, muah muah muah bagi flying kiss, dah gi sambung buat kerja ehhh.


Monday, October 7, 2013

SEMUA NI PUN SAYA SUKA

As salam.

Korang dah sarapan ke ? Pagi ni saya bawa bekal roti canai banjir, kemain selera saya pagi Isnin ni kan :)

Selalu asyik share gambar makanan aje, kali ni nak share antara gambar minuman kegemaran pula.


Ni air ribena special, jangan ingat budak-budak aje suka kan ribena, mak budak lagi over. Ribena ice blended dicampur dengan nata de coco dan buah laici, sedap sangat ni.


Lai chee kang, sedap diminum sejuk ataupun panas. Kalau order mesti habiskan segala macam mak nenek ramuan dalam tu.


Jus limau kasturi, masam-masam manis, dah habis minum boleh gigit asam boi sampai hancur, ahaha.


Honey lemon, pun sedap dinikmati sejuk ataupun panas. Nak buat sendiri kat rumah pun boleh aje


Bandung cincau siap ada krim kat atas tu, memang terbaik lah kan, pastu order pulak nasi goreng, maka nya, minuman ni memang jadi pelengkap lah untuk penambahan kalori  pada hari tersebut.

Rizziela, sabun tu memang antara fungsinya untuk menghilangkan kesan daki dan hitam di bahagian pelipat badan, kalau takde masalah tu, boleh aje buatkan dia macam gel mandian biasa, kalau ada apa-apa pertanyaan lanjut, email akak di mestisuperb@gmail.com.

Selamat menjalankan tugas. Tata