Friday, November 29, 2013

KICAP

As salam.

Dua hari tak update blog, tetiba hari ni ada entry bertajuk kicap, ahaha.  Oiittt Akish, tak payah nak bercuti kat luar negara sangat lah akak engko ni, dalam negara pun tak habis pergi tau, akak busy ler Akish, tak sempat nak mengarang merepek buat entry. Hari ni ada entry Akish, rasa lah engko baca entry tajuk kicap, ahaha.

Saya dan kicap serta masakan pedas memang tak dapat dipisahkan, kalau takde dua ni, memang makan sepinggan penuh aje lah, kalau ada kicap dan pedas, insyaallah, dua pinggan tu kejap aje licin, hoi hoi, sila jangan percaya hoi, haha.

Kat bawah ni koleksi bekalan lunch saya, saja tempek sebab kengkonon nak menguatkan lagi fakta saya makan mesti ada kicap dan pedas, entah apa apa kata korang kan, hoiii, kisah ke saya, ahaha.


Pucuk paku + udang masak lemak cili padi, petai goreng cili padi + kicap. Kena bagitahu satu satu supaya tidak lah engkorang tertanya tanya di dalam hati sambil memanjang kan leher menjengok dan nak meneka nama menu bekal yang saya bawa ni.


Asam pedas ikan tenggiri, petai goreng cili hidup + kicap.  Lepas makan petai, harus gosok gigi, kumur dengan listerine, lepas tu kunyah chewing gum, pun kena bagitahu, tidak lah korang penat memikir, apsal suka sangat makan petai time office hours ni.


Ayam masak kurma. Tempe goreng + ikan bilis goreng berlada dan kicap.


Ayam masak paprik dan sambal bilis kering beserta kicap. Haaa ada yang tertanya tanya lagi tu, kicap apa yang saya gunakan di rumah. Saya gunakan kicap manis dan masin cap kipas udang, memang jenama ni yang sedap di anak tekak saya.

Saya tak bersetuju langsung pasal kalau makan kicap masa mengandung nanti kulit anak akan jadi gelap, bidaah aje tu, dah kalau mak bapak memang kulit cerah, mana nak datang gelap nya kan kan kan. Saya kan pencinta kicap, elok aje kulit semua anak-anak saya :)

Akish, jangan menyesal ehhh, nak sangat ada entry kan, seronok tak baca entry merepek bertajuk kicap ni, tak pun lepas ni kalau akak tak sempat schedule entry lagi, pergi lah, sila lah membaca balik entry akak yang terdahulu dari entry pertama membawa ke entry terkini, gitu, muahaha.

Selamat berhujung minggu.


Tuesday, November 26, 2013

BESAN BESAN KU GANGSTER

As salam.

Hello hello, David Teo ada kaa ? Nak cakap dengan David Teo ni haa, meh lah amik kami orang ni semua jadi pelakon untuk filem terbaru beliau berjudul Besan Besan Ku Gangster, muahaha.

Kali ni kami dating bertemakan warna biru hitam, sebelum ni tak bertema tema pun, saja saya suggest kat dia orang, kebetulan dia orang pun malas nak layan saya membebel, makanya semua setuju, ahaha. Kita orang dah pernah pakai warna pink, coklat / hitam, kali ni biru / hitam, lepas ni hijau / hitam pulak ye kengkawan.


Bila dah sebaya, mesti ada di kalangan kita orang pun ada anak-anak yang sebaya jugak, maka nya mula lah kita orang merepek meraban nak berbesan di antara satu sama lain. Kecoh kemain, macam-macam kriteria yang kita orang nak, mengalahkan anak-anak, sabar aje lah. Ehhh mana tahu kan, masin mulut kita orang ni, nanti betul ada yang jadi besan satu hari nanti ;)


Ini lah gambaran sebenar sebelum gambar di ambil, kecoh nak mampssss, ahaha.  Nak mengaturkan pun boleh jadi gaduh gaduh manja, tu belum bila dah snap gambar kena tengok dulu, semua nak pastikan muka memasing nampak cun, lengan tak nampak gemuk, perut tak nampak kembung, peha tak nampak godang, walaupun semua ciri-ciri tu ada kat kita orang, muahaha.


Perangai masing-masing, hrmmmm, harus redho, nak jadi besan katanya, muahaha. Sayang korang ketat-ketat walaupun memasing gangster, muahaha lagi.

Taty ku sayang, terima kasih kerana selalu sudi menerima kehadiran kami di banglo mu. Aktiviti kita orang hari tu macam biasa lah, bertekak, makan, gelak, tersandar kekenyangan, ahaha. Tak pernah bosan dengan aktiviti macam ni.

Sayang korang, muah muah.


Monday, November 25, 2013

IKUT LER

As salam.

Semoga ceria di hari Isnin, senyum sikit darlings, jangan monyok monyok :)

Laa hari tu ada yang sampai emel pada saya tanyakan resepi air yang baik untuk kesihatan ni haaa. Meh sini saya tempek kan, ini pun saya dapat dari kawan FB, blog dan geng ketat saya, si Dee yang manis berlesung pipit, auwww


Gi beli bahan-bahan dia dan buat ye dik non dik non semua, kalau tak nak pun tak apa, tiada unsur paksaan dalam entry ni sebab tuan punya blog pun pinggang dia boleh tahan lurus dan perut dia boleh tahan bertingkat tingkat, muahaha


Ini pun resepi yang best best jugak untuk kesihatan badan. Sila lah cuba ye. Sekian dari peminum air lemon dan teh hijau yang tegar, kahkah.


Friday, November 22, 2013

SEJUK

As salam.

Biasalah di hujung tahun, musim hujan, cuaca sejuk aje kan, syukur alhamdulillah :)


Suka pulak tengok gambar Hakeem ni, sejuk mata saya memandang. Masa ni tengah bersenang lenang bergolek santai dengan dia sebelum dia tidur. Dah seharian mama bekerja, balik rumah pulak terus masuk dapur menyediakan apa yang patut, maka nya sejam dua sebelum waktu tidur dia tu, saya peruntukkan membelai belai, memanjakan dan bergurau senda dengan dia, tu muka gelak senyum tak ingat sebab saya geletek kaki dia. Dah besar dah Hakeem, tahun depan bulan dua dah masuk 4 tahun :)

Selamat berhujung minggu. Sampai jumpa lagi.


Thursday, November 21, 2013

SESEKALI

As salam.

Tukar selera sesekali katanya :)


Steamboat simple aje untuk lunch kami hari tu. Sekian penceritaan untuk hari ni, muahaha.


Wednesday, November 20, 2013

TAK SEDAP

As salam.

Setelah tahu khasiat minum air lemon dan mengamalkannya, sekarang saya ke langkah seterusnya, kengkonon nak mencuba pelbagai lagi resepi air yang bagus untuk kesihatan tubuh badan :)


Daun pudina, limau nipis, timun, lemon dan teh hijau adalah bahan-bahan terkini yang saya pelbagai kan dalam minuman harian saya. Teh hijau seperti yang diketahui memang teramat bagus khasiat nya kan, sila rajin kan diri seperti saya, nak tahu apa sahaja, cepat cepat google, mesti dapat punyalah penjelasan yang kita mahukan.

Campuran daun pudina, timun dan lemon yang direndam semalaman untuk diminum adalah tidak sedap di tekak saya. Biasa lah tu kan, apa ke benda semua yang berkhasiat selalunya memang loya di tekak ni, benda yang tak berkhasiat tu laju aje masuk dalam perut.

Maka nya setakat hari ini, hanya teh hijau dan air lemon sahaja lah yang menjadi kegemaran.


Tuesday, November 19, 2013

KASIHAN

As salam.

Pada kawan-kawan yang sudah merancang percutian bersama keluarga sempena cuti sekolah ni, selamat bercuti dan enjoy ye :) 


Kasihan ! Saya baru tahu ni adalah kipas. Ingatkan ni untuk kegunaan di rambut macam di salon tu, rupa rupanya kipas, simpati betul pada diri sendiri, muahaha.

Sekian.

Monday, November 18, 2013

KOLEKSI LAGI

As salam.

Salam Isnin, wah macam biasa, bila cuti sekolah, perjalanan ke tempat kerja menjadi lebih lancar, keluar rumah jam 7.50 pagi pun masih sempat sampai sebelum jam 8.00 pagi, syukur alhamdulillah.

Hai Fiza, kali ni kak shibam kongsi gambar makanan lagi, jangan stress ye, haha. Dah tuan nya suka makan Fiza, cerita makan dan gambar makanan aje lah yang ada dalam blog akak ni haaa, pasrah ye dik :) 


Rendang cili padi ayam, meletop pedas dia, makan sambil menahan pedas adalah kegemaran saya, siapa yang tak makan cili, mana nak rasa pedasnya, entah apa-apa, haha.


Roti kismis tapi saya selalu panggil ni roti berbintat, haha. Besar lagi roti ni dari muka saya, gitu perbandingan nak tunjukkan betapa besar nya roti ni.


Ada meeting, dia orang order mee goreng mamak untuk jamuan selepas meeting, hrmmm, memang tak khusyuk ahhh saya, mata asyik jeling mee aje. Orang berbincang dalam meeting, saya asyik lukis mee atas kertas, muahaha, pentipu sangat :)



Bawal sweet sour, sayur campur, ayam masak lemak cili padi dan ulam-ulaman, hrmmm nyaman. Shhh dendiam, saya tahu nasi tu kemain banyak, tengok aje, jangan banyak bunyik :P


Kek coklat moist ber topping kan aiskrim vanilla adalah super sedap lemak berkrim dan diketahui ramai adalah baja yang bagus untuk menembam kan badan yang sudah sedia tembam.


Lempeng cicah dengan sambal udang. Engko rasa apa rasa dia ?


Antara kek kegemaran saya, pandan layer,  gebu sungguh.

Sekian entry saya menghabiskan gambar makanan di dalam draft, harap maklum.


Friday, November 15, 2013

POSITIF

As salam.

Yeayyy, hari ni last day anak-anak bersekolah, cuti sekolah, tolong lah jangan cepat berlalu, haha.  Ada lah masa senggang untuk mama dan babah yang sentiasa padat dengan aktiviti persekolahan anak-anak.


Suka betul dengan kata-kata di atas ni. Jom kawan-kawan, jom jadi seorang yang positif. Mari sama-sama tinggalkan sedikit sebanyak perasaan negatif yang ada dalam diri kita.  Apa sahaja perkara yang tak best berlaku pada kita, belajar untuk cepat terima dan lupakan. Ye tahu, nanti ada yang kata, cakap senang lah, tak kena kat diri sendiri, huhu.

Tapi percayalah, kalau kita sentiasa positif, lupakan tentang perkara yang mengecewakan kita tu, mulakan hari esoknya dengan melupakan apa yang telah berlaku semalam, mudah-mudahan kita akan sentiasa rasa tenang dan ceria aje. Jangan amalkan menyimpan ketidakpuasan hati tu, kalau rasa boleh bawa bincang, kita berbincang, kalau boleh lupakan dan maafkan, lagi bagus :)

Selamat berhujung minggu. Tata


Thursday, November 14, 2013

CINCIN KAK BAMM

As salam.

Cer tengok ni :


Engko ada cincin besar macam ni, ada ada ada ? Rasanya sama besar tak macam cincin Kak Mah, muahaha. Kalau saya pakai cincin ni, pandai-pandai lah korang jaga hati saya hari tu, jangan mencari pasal, nanti tak semena-mena, saya bukkkk sekali dengan cincin ni, amboi, kemain ada hati nak tumbuk orang bagai ye :)

Aksesori cincin ni kakak ipar saya bagi, tak sesuai untuk saya pakai ke office, kalau nak ke majlis kenduri kahwin or dinner, boleh lah pakai :)


Wednesday, November 13, 2013

MENGALAHKAN ORANG KERJA BERAT

As salam.

Semenjak berbekal ke office ni, selain dari membawa handbag, ini lah bag glamour yang saya jinjing setiap hari.

Mempersembahkan, beg bekal saya, muahaha :


Nampak tak nampak tak ? Kalau tak nampak, cuba panjangkan leher, jenguk lagi, ahaha. Kemain ko, setiap hari mesti ada dua bekas, satu untuk breakfast, satu untuk lunch, pastu mesti ada buah-buahan, hari tu saya bawa pisang berangan, kengkadang bawa epal, limau, haaa macam tu lah setiap hari. Tak ketinggalan, air lemon ku sayang :)

Bekerja kat office, takde lah guna kudrat banyak mana pun, banyak guna otak untuk berfikir dan membuat kerja dengan pantas tapi beg bekal macam dah sama dengan orang yang nak pergi menoreh, gi bendang mahupun ke ladang kelapa sawit, mana tak tembam, berkata-kata korang di dalam hati kan, tahu sangat, ahaha.

Jimat giler bawak bekal ni, tahun depan boleh lah tabung harian di up kan dari lima ringgit ke seploh ringgit sehari ;) Cukup setahun ada RM3,650, wahhh, nak beli apa ni untuk dibelanjakan sesuka hati, sila bagi cadangan ke emel saya, muahaha, entah apa-apa kan. Sudah lah ye, tata all.


Tuesday, November 12, 2013

KESAYANGAN

As salam.

Kesayangan katanya, ahaha, gelak jap. Apsal gelak ? Biarlah rahsia, ahaha, gelak lagi :)

Tahun ni di celebrate kan birthday di rumah angah saya, kebetulan 5hb hari tu cuti Maal Hijrah, so sambut lah hari tu, tq to kakak ipar gojes saya yang belikan kek dan KFC untuk petang tu. Menjadi kesayangan memang macam tu, tak dapat nak celebrate masa hari sebenar, di awalkan sehari pun takpe, janji diraikan, untung menjadi kesayangan ni, muahaha.


Kek marble cheese. Lepas baca doa dan berniat, nyanyi-nyanyi 3 versi lagu birthday, tiup lilin, uuuu, meriah lilin, tahun depan dah 40 tahun u alls, sila percaya, sebab saya pun macam susah nak percaya, muahaha.


Mama dan anak-anak gadisnya, syukur alhamdulillah :)


Cer nengok mak saya, berdiri betul betul sebelah anak tunggal perempuan kesayangan dia ni, lepas nyanyi dapat kiss kiss kat pipi dari mak, owhhh, mak sapa yang sweet sangat ni, sebab tu anak perempuan dia pun sweet, sila percaya :P


Tu melentok lentok sebab terharu, tak perlu sambutan grand, asal ada yang mengingati pun dah cukup. Pendek kata bulan November ni memang indah lah, macam-macam perkara baik terjadi di bulan November, syukur alhamdulillah :)


Monday, November 11, 2013

RESEPI SAMBAL KERING @ GARING

As salam.

Buat sahabat saya, Datin Kay yang jauh nun di utara tapi dekat di hati saya, meh saya kongsikan resepi mudah saya buat sambal ni. Pepandai aje saya bagi nama dia sambal kering, muahaha, ye lah, sesuai kot nama tu, sebab saya tak gunakan setitik air pun dalam resepi ni :)

Saya selalu sediakan stok untuk seminggu, letak dalam peti sejuk, bila nak makan, ambil banyak mana yang diperlukan sahaja, panaskan sambal tu dalam microwave sekejap dan taburkan ikan bilis kat atas dia, sambal kering ni pun saya selalu jadi kan pes untuk buat nasi goreng, cuma pecahkan telur dan letak rencah lain macam udang, ayam mahupun sotong dan sayur. Sambal tu kan dah siap ditumis ada bawang semua, so tak payah nak tumbuk bawang lagi, panaskan minyak dan masukkan banyak mana sambal yang diperlukan, pecahkan telur, gaul nasi, siap :)


Datin Kay, ini lah stok seminggu yang selalu saya buat, anak-anak balik sekolah, kalau takde lauk lain pun tak apa, dia orang makan sambal ni dan goreng telur dadar, sedap katanya :)


Ini bekal saya bawa ke pejabat. Banyak ni, boleh tahan 2, 3 hari dalam peti sejuk pejabat tu, kadang-kadang saya share dengan kengkawan.

Mudah sangat nak buat ni, meh saya share cara membuatnya,  bahan-bahan yang saya tuliskan ni selalunya saya buat untuk stok seminggu, kalau tak nak buat banyak, korang kurangkan lah kuantiti tu ye :

Bahan-bahan nya :

Cili kering yang dikisar - 6 senduk besar
Bawang merah - 8 ulas (ditumbuk)
Bawang putih - 4 ulas (ditumbuk)
Asam keping - 1 @ 2 keping
Sedikit belacan
Gula
Garam
Ikan bilis secukupnya

Cara memasak :

Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis sehingga garing. Kalau nak gunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis untuk menumis pun boleh, kalau nak guna minyak yang lain pun boleh, ikut suka lah ye, jangan sikit sangat minyak tu sebab nanti cili tak garing kalau minyak terlalu sedikit.

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, masukkan cili dan gaulkan sebati, kecilkan api dan sentiasa kacau cili supaya tidak hangit. Masukkan asam keping, belacan dan gula secukupnya. Proses memasak sambal kering kena sabar sebab kena pastikan cili betul betul masak garing sehingga bertukar warna agak gelap. Kena selalu kacau supaya ianya tidak menjadi sambal hangit tau. Bila dah agak garing di mata kawan-kawan tu, masukkan garam secukupnya, gaul dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba :)


Friday, November 8, 2013

KONGSI

As salam.

Perkongsian untuk hari ini :


Pada yang dah menghafal tu, memang bagus, pada yang belum, jom sama-sama hafal kan ye, biar lebih bermakna dan khusyuk bila kita mengucapkan setiap ayat ini ketika duduk antara dua sujud. Saya pun masih dalam proses belajar, cuma saya nak berkongsi apa yang saya dengar masa ceramah tempohari, kebanyakan dari kita selalu membaca ayat terlalu cepat dan laju ketika bersolat, seakan akan nak cepat sudahkan solat tu. Ustazah tu cakap, ambil masa untuk belajar dan menghafal dan menghayati maksud di dalam setiap bacaan di dalam solat kita, insyaallah, solat kita akan menjadi lebih khusyuk dan berkualiti.

Selamat berhujung minggu :)


Thursday, November 7, 2013

HAPPY

As salam.

Seharian semalam, saya adalah orang yang extra happy dari hari-hari biasa, almaklum lah, sambut birthday kan, dari pagi membawa ke malam, ada aje ucapan dan doa yang diterima dari kawan-kawan. Terima kasih pada notification di FB, kemain banyak ucapan dan doa yang dapat, kalau tak letak kat FB, memang tak akan ada siapa pun yang ingat, muahaha.


Senang aje nak happy kan anak-anak saya, layankan dia orang macam ni pun dah buat dia orang teruja macam ke apa, muahaha. Alhamdulillah, perkhabaran yang Mr.R bawakan untuk kami sekeluarga adalah hadiah terbesar buat saya tahun ini :)

Terima kasih Allah, terima kasih atas kebahagiaan yang diberi kepada keluarga kecil saya :)


Wednesday, November 6, 2013

♥ SWEET 39 ♥

As salam.

Alhamdulillah, hari ni 6 November 2013, saya menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke 39. Jenuh cari gambar paling sweet untuk di upload bersesuaian dengan tajuk entry seperti di atas, muahaha.

Standard ahh, macam biasa, gambar muka aje sesuai untuk di upload sebab muka saya memang tak pernah menggambarkan betapa obes nya saya, muahaha. Syukur alhamdulillah, itu kan kurniaan Allah :)

Umur dah 39 tahun ni, fokus utama adalah memastikan anak-anak mendapat perhatian sepenuhnya disamping memantau pelajaran anak-anak supaya sentiasa berada di landasan yang sepatutnya.

Kena upgrade diri sendiri juga dari segi penambahbaikan amalan dan yang sewaktu dengannya, membuat sesuatu sambil lewa tidak harus ada lagi dalam diri ni, sambil tepuk tepuk bahu sendiri :)

Kawan-kawan doakan rezeki Shibam dimurahkan, diberi kesihatan yang baik dan dapat menikmati kehidupan selesa di samping keluarga tersayang, aamiin.

Monday, November 4, 2013

5 5 5 5 5

As salam.

Huiiiii, ramainya yang apply cuti hari ni, lengang betul nak ke tempat kerja, korang memang banyak cuti ehh, asal ada cuti tersepit aje, mesti korang semua cuti beramai-ramai. Saya ? Macam biasa, tak cuti pun, ada aje kelibat kat office ni haa, saya kan kedekut cuti, muahaha. Best kerja time semua orang bercuti ni, lengang aje suasana nya, nyaman sungguh :)



U alls, hari ni blog saya dah 5 tahun u alls, clap clap clap. Sendiri bubuh celebrating 5 years of excellence, menanah mata korang menengoknya, muahaha. Tak peduli weh, saya sendiri yang cakap blog saya excellent sebab masih terus bertahan sampai hari ni dan masih ada entry walaupun untuk bacaan sendiri, muahaha.

Terima kasih pada kawan-kawan yang suka baca coretan merapu saya ye, kengkadang terkagum jugak nengok unique visitor kemain ramai walaupun tak seramai unique visitor blog engkorang kan kan kan, tq ye :)

Semoga urat rajin nak merapu saya akan terus berfungsi di blog ini, yeahhhh !

Friday, November 1, 2013

:)

 As salam.

Semua orang dah tahu kelebihan solat sunat dhuha, antara nak mengerjakan nya dengan tidak sahaja :)


Selamat berhujung minggu semua :)