Tuesday, December 31, 2013

SEMUANYA FIRST TIME

As salam.

Semua gambar yang ada kat blog hari ni akan menceritakan kesemuanya yang baru first time atau pertama kali saya lakukan :)


First time disuruh ke depan dan berpoco poco, hahah. Selalu duk kat belakang ikut aje kan, kali ni kena ke depan, nasib lah engkorang semua, step salah ke laut pun kena ikut juga, hahah.


First time sebilik dengan Weeda, harap Weeda dapat tidur dengan nyenyak bila sebilik dengan saya, hahah.
 

Eiiiii rasa nak lempang diri sendiri bila dok senyum macam tu, hahah. First time lah, sebab buat tuala mandi jadi selendang lalu tersenyum bergambar macam tu dan dengan bangganya menempek gambar tersebut di dalam blog, hahah. 


Of course ni pun first time ber snorkeling di usia dah lanjut ni, hahah. Nasib baik ada Ijal dan Que yang bersabar melayan karenah mak encik bertanya itu dan ini sebelum turun dari bot. Dalam hati dia orang  mesti menyumpah nyumpah mak encik sebab mengganggu ketenterama dia orang, hahah.


Chewahh, kemain ber peace bagai, saya tak berendam lama pun kat dalam ni, lepas dah nampak apa yang nak di tengok, moh lah kedek kedek berenang balik naik ke atas bot, koser nak berendam lelama wehh.


See see see, first time dapat tengok ikan kemain cantik menawan ni dari atas bot. Best betul, rasa tak nak balik, rasa nak tengok ikan aje dari pagi sampai ke petang.


Bot kita orang ni best, dari mula sampai habis, saya memang duduk aje sebelah Ah Chai tu, kemain kerek si Ah Chai ni, dia tak tahu saya punya kerek macam mana, lagi tak kuasa dia nak melayan, hahah. Asyik drift memanjang, ala ala merempit di tengah lautan, hahah. Berbulu aje bot sopan yang lalu  kat sebelah kita orang. Ni first time buat saya sebab saya jadi assistant Ah Chai, sebelum ni Ah Chai takde assistant yang kebabom macam saya, hahah.


Masa nak balik, saya gi duduk pulak kat hujung bot nun, bebudak opis memang melayan aje sebab dia orang tahu kepala hotak saya macam mana, hahah.

Ok, tu aje, sekian terima kasih.


Monday, December 30, 2013

PANGKOR ISLAND BEACH RESORT

As salam.

Ini kali kedua saya sampai ke tempat ni, kali pertama masa kak long berumur 8 tahun dulu, itu pun datang sebab abang saya buat family day kat sini, kali kedua ni datang dengan kengkawan opis, insyaallah, kalau ada rezeki, lepas ni datang bawa family pula :)

Antara pemandangan yang ada di sana. Tempat ni memang cantik dan selesa. Sangat sesuai lah dengan kadar bayaran menginap yang dikenakan. Makanan yang disediakan pun semuanya menepati citarasa dan selera saya, semuanya pun sedap sedap. Pendek kata, kalau ke Pangkor, memang selesa duduk kat sini sebab pantai dia pun cantik, nak makan nak minum semua pun ada, cuma sediakan aje lah duit nya ye.

Pantai di Pangkor Island Beach Resort. Bersih dan mendamaikan, ahhh tengok gambar ni rasa nak pergi lagi dan duduk lama-lama kat sana :)

Cantik, sejuk mata memandang, best kalau ini lah pemandangan yang kita lihat setiap hari :)


Memang menjadi tumpuan burung merak ni, relax je semuanya berkeliaran di sekitar tu.

Antara kengkawan opis yang ada. Kita orang berbengkel, berbincang apa yang perlu dilakukan untuk perancangan tahun 2014 nanti. 

Esok saya kongsikan sedikit lagi gambar masa kat sana, kesimpulannya selama 3 hari 2 malam kat sana memang best !!


Friday, December 27, 2013

RESEPI CARBONARA MUDAH

As salam.

Hari ni nak kongsi resepi mudah.  Adarnadzmie ada tanya nak resepi ni kan, sungguhpun memang boleh di google aje, tapi saya share kan jugak ye, resepi ni memang saya taram sesuka hati ubah itu ubah ini, janji ianya sedap di tekak saya, perlu diingatkan, kalau korang cuba dan tak sedap di tekak korang, sila jangan tinggalkan komen yang membukan dalam entry ni ye, hahah


Menangis juri Masterchef kalau nengok presentation macam ni, ada ke carbonara di hidang dengan hirisan cili padi, lari konsep kaedahnya, muahaha. Nak buat macam mana, saya pencinta makanan pedas, so sesuka hati letak hirisan cili padi. Ok jom saya ceritakan macam mana nak menyediakan resepi mudah tapi sedap ni.

Bahan-bahan :

1 paket daging burger ayam Ramly (tak ada daging cincang, saya belasah aje guna daging burger, saya tak blend pun daging burger ni, saya hanya ramas sesuka hati, tak nak rasa daging tu hancur sangat)
1 paket fetuccini / spaghetti / angel hair / vermicilli (ikut suka korang lah, saya guna brand San Remo)
6 batang sosej ayam Ramly (potong lah ikut suka korang)
1 tin cendawan butang brand Ayam
Susu segar (ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat letak sikit, nak berkuah, letak lah bebanyak)
2 tin carbonara brand Prego
1 labu bawang besar kuning (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya (guna minyak biasa pun boleh)

Cara-cara nya :

Rebuskan fetuccini / spaghetti sehingga masak. Untuk kuah carbonara nya pula, panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang besar dan bawang putih, bila dah garing, masukkan daging burger ayam tadi, kacau sehingga agak masak, masukkan sos carbonara Prego, sosej dan cendawan butang  dan akhir sekali baru masukkan susu segar, gaulkan sebati, perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam, gaul sebati sehingga korang yakin dan puas hati bahawasanya kesemua bahan telah cukup masak. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba, ingat tau, kalau tak sedap di tekak korang, jangan salah kan saya ye, hahah.


Thursday, December 26, 2013

YEAH YEAH

As salam semua.

Pada seorang dua pembaca setia, hari ni mak encik sempat merapu untuk korang, sila rasa gembira tepuk tangan, clap clap, muahaha.

Ada yang sambung cuti lah tu, tahu sangat korang ni, suka apply cuti bersambung-sambung kan, pergi lah korang cuti di sana, saya tetap simpan cuti dan datang kerja dengan harapan cuti yang terkumpul nanti, dapatlah saya menjual cuti lalu membuat banglo, muahaha, tak habis habis pasal banglo kan. Yang sebenarnya, takde banglo mewah pun takpe kengkawan, jadikanlah rumah kita tu banglo kita, syurga kita, selalu mesti bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan sibukkan dengan benda yang kita tak ada, see see see, tadi saya merapu, tetiba saya boleh mengeluarkan kata-kata keinsafan untuk kita bersama sambil tepuk tepuk bahu sendiri, hahah.


Korang, setelah saya berkhidmat lebih dari 6 tahun, akhirnya saya dapat desktop baru, yeah yeah, terus senyum :)  Terima kasih bebanyak kat pihak pengurusan kerana meluluskan permohonan nak tukar desktop baru. Apa lagi kan, mak encik yang memang dah semulajadi rajin ni akan menjadi bertambah rajin lah dengan kemudahan baru ni, senyum lagi :)

Dah tu je nak meriak untuk pagi ni, esok jumpa lagi ehhh, tata.


Monday, December 23, 2013

TAK SEMPAT

As salam semua.

Buat seorang dua pembaca setia ku sayang, yang selalu pagi-pagi pukul 9 akan buka blog saya ni, sorry sesangat ehhh, mak encik tak sempat nak merapu untuk bahan bacaan korang buat sehari dua ni. Masa terlalu mencemburui mak encik, ini bukan alasan tau, memang masa yang bersalah dalam hal ni, muahaha.

Sila lah baca entry terdahulu mak encik, kalau dah baca jugak yang dulu, sila lah baca blog lain yang kemain rajin update cerita terkini dia orang tu.

Babai. Nanti kita jumpa lagi ehhhh

 

Friday, December 20, 2013

DIA HAPPY

As salam.

Birthday angah tahun ni kebetulan jatuh di hari saya ber Bengkel di Pangkor tempohari, so saya dah cakap kat dia, nanti mama balik baru kita potong kek ye angah. Mana tak nya, dalam family saya, memang dah dijadikan amalan, hari jadi setiap individu harus diraikan, barulah best kan kan kan. Petang tu dapat mesej dari abah saya, dia cakap nak belikan kek dan pizza untuk angah, tak payah tunggu mama balik baru nak buat, kesian kat cucu kata nya, owhhh sweet nya abah, sebijik macam saya, muahaha.



Tengok kemain happy angah, tersenyum lebar potong kek kat rumah atok, adik Hakeem tumpang sekaki and tq Ayan, melayan karenah anak-anak kakak nya :)



Kek comel untuk angah :)



Pizza beef pepperoni yang memang menjadi favourite dia orang.


Ni apa ? Entah tak tahu nama dia.


Muka happy angah lagi, dapat hadiah basikal dari atok dan nenek. Murah rezeki angah, tq atok dan nenek. Berdesup desup whatsapp gambar masuk kat handphone saya malam tu, kerja si kak long nak bagi laporan aktiviti dia orang secara live gitu.

Dah banyak kali kot saya sebut dalam blog ni, keluarga saya tak besar, adik beradik tak ramai, anak buah pun tak ramai, tapi ikatan kekeluargaan itu yang membuatkan kami terasa bagaikan kami adalah sebuah keluarga yang sangat besar, terima kasih Allah.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan :)


Thursday, December 19, 2013

RM145.00

As salam.

Kahkahkah, gambar segala mak nenek ikan masin, ikan bilis, keropok pun boleh tempek dan buat entry dalam blog, siap letak watermark weh, engko mampu ? Why bother, why bother, muahaha.


Giler murah weh kat Pangkor, semua ni hanya RM145.00 sahaja. Ni semua hasil kiriman mak saya, tahu aje saya nak ber Bengkel di Pangkor, kemain panjang senarai dia bagi untuk kiriman semua hasil laut ni. Tell you, ikan bilis dah siap kopek yang saya selalu beli kat sini, RM9.90 untuk 100 gram, kat sana cuma RM6.00 sahaja, terus beli 1 kg, baru RM60.00, puas hati, terus senyum :)

Jap saya senaraikan apa yang mak saya kirim ehh, ikan kurau, ikan talang, udang kering, ikan bilis, ikan masin gelama, sepat, tenggiri jeruk, keropok ikan, keropok udang dan ada 2, 3 jenis yang saya tak tahu nama ikan, tapi saya main taram aje beli. Balik aje hari tu, terus saya hantarkan ke rumah mak, kemain senyum lebar lah dia, stok ikan masin dia untuk sebulan dua dah ada.

Saya tak gemar sangat makan ikan masin, sesekali tu boleh aje, korang suka ??


Wednesday, December 18, 2013

GERAM

As salam.

Hai Suria Amanda, hai Ann Ishak, hai Zana, hai Adarnadzmie, hai My Love, hai Rizziela dan hai semua yang sudi singgah kat sini, tq korang sebab singgah dan rajin mengomen :) Saya memang tak pandai mengomen bila baca blog, saya suka baca aje dan jarang sekali tinggalkan komen, sebab saya tak mesra komen lah saya punya komen kat blog tak sebanyak komen blog kat orang lain, ehhh berapa banyak komen daaa, muahaha.


Bajet sweet asyik letak muka senonoh aje kan, mari saya tampilkan reaksi muka saya dalam keadaan geram, muahaha. Hari tu kita orang ada Bengkel di Pangkor Island Beach Resort, nanti saya buat entry ye, saya sedang menunggu gambar saya sedang ber snorkeling, dapat nanti baru saya meriak kat blog, muahaha. Geram menengok si burung merak ni, kemain eksyen mengembang kan ekor dia, bila dekat terus terkuncup, panggg kang baru tahu, muahaha.  Comel kan muka geram saya, muahaha lagi.

Tuesday, December 17, 2013

GARANG

As salam.

Siapa garang ? Tolong angkat tangan tapi tolong cover sikit kat ketiak tu, jangan sampai nampak bulu ketiak, muahaha. Saya di lahirkan dalam tahun harimau, berzodiak kala jengking dan berunsur kan api, apakah itu semua tidak cukup lagi untuk describe betapa garang nya saya. Fakta tu semua dah cukup sangat untuk menghuraikan betapa garangnya saya, why bother, why bother bak kata Azwan Ali, muahaha.

Apakah wajah saya yang sweet ni tidak boleh menyembunyikan karektor garang saya, muahaha. Nak buat macam mana, dah itu kejadian kurniaan Tuhan, saya kena terima lah. Yang penting, saya ada family yang sangat memahami peel saya, maka nya setakat ini, semuanya baik-baik aje. Biasalah, garang saya pun bertempat lah kan, tak kan takde sebab musabab pun nak menjadi garang, apa engkorang ingat saya ni dah ada urat putus ke apa, muahaha.

Siapa yang rapat dengan saya dia tahu lah peel saya, suka cakap telus dan tegas, tak suka mengomel ngomel kat belakang cakap tak puas hati dan nak bermuka manis di saat tak puas hati, why bother why bother, ahaha.

Nak reka logo yang ada gambar harimau dan kala jengking, pastu ada api menyembur dari mulut dan telinga, pastu letak kat header blog, haaaa, takut tak takut tak ??


Monday, December 16, 2013

BAGUS !

As salam.

Hari ni dah 16 Disember ehhh, lagi berapa hari je lagi cuti sekolah, tell you, anak-anak rilek aje, mama yang setiap hari tengok kalendar dengan harapan lama lagi lah cuti sekolah ni, best woii, muahaha.

Ini antara aktiviti kak long dan nenek masa cuti sekolah, kak long akan decide dia nak makan apa, so nanti saya belikan bahan-bahan nya semua, bawak ke rumah nenek dan dia akan tolong nenek sediakan apa yang dia nak makan. Kali ni dia nak puteri mandi, so dari awal menggentel tepung dan mengacau sampai siap tu adalah kerja kak long, nenek bagi arahan jer, yang lenlain, kak long uruskan. Tu lagi satu sebab saya suka cuti sekolah, asal balik kerja je, ada juadah sedap untuk minum petang :)


Masa mengacau ni dalam kuali, siap whatsapp gambar ni kat saya, teruja sungguh berjaya buat puteri mandi dengan bantuan nenek.


Saya sedari awal dah pesan kat kak long, letak mama punya dalam mangkuk dan masukkan dalam peti sejuk, balik petang tu nanti mama boleh makan, sejuk sedap.

Ni kak long dah sebok nak makan cempedak goreng pulak, baik lah, takde hal, nanti mama belikan buah cempedak okay :)


Friday, December 13, 2013

MACAM BIASA

As salam.

Ye betul, macam biasa lah, nak tempek gambar koleksi makanan :)

Spaghetti ala ala Aglio Olio sebab bahan yang saya gunakan langsung takde dalam resepi Aglio Olio, muahaha. Janji bila suami dan anak-anak makan terasa sedap.


Spaghetti bolognese yang memang sedap dimasak sendiri sebab bahan-bahan yang kita akan letak adalah super banyak.


Dah lama benar rasa nya tak masak kuah sardin macam ni, tumbuk bawang merah dan bawang putih, tumiskan, masukkan berpuluh batang cili padi, hiris bawang besar kuning, pergh pergh pergh sangat bila dimakan dengan nasi putih.


Kat rumah tu memang bagus, masing-masing hanya suka kek butter kosong cenggini je, senang banyak lah mama dia orang, tak payah susah payah belajar resepi kek lain.


Nasi goreng biasa, cuma saya gunakan cili hidup untuk ditumis. Tabur dengan ikan bilis, goreng kan telur mata sorang sebiji, cukup.


Nasi lemak simple. Sambal garing dan ikan bilis memang senantiasa ada stok kat rumah tu, bila agak-agak teringin jer, semudah ABC lah nak menyediakan nasi lemak tu.


Fetuccini carbonara, macam biasa, harus ada cili padi, baru lah terasa indah hidup ini, muahaha.

Itu saja koleksi untuk kali ini, lain kali saya tempek lagi.


Thursday, December 12, 2013

HAPPY BIRTHDAY ANGAH :)

As salam.

12 Disember 2013. Alhamdulillah, hari ni genap angah berusia 13 tahun. Macam biasa lah, doa mama mesti lah nak angah menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab, aamiin.

Selalu orang tegur dia nampak kecik dari usia sebenar, selamba aje dia akan jawab, baguslah awet muda. Pandai sedapkan hati sendiri, sebijik macam babah dia, muahaha. Kalau pergi mana-mana pun, still boleh beli tiket child instead of adult, senyum lagi.

Saya selalu ingatkan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, tu yang kengkadang bila ada perbalahan aje dengan kak long, ayat yang akan keluar adalah, ehem ehem, ingat sikit ye, kalau babah dengan mama takde dalam rumah ni, saya lah ketua keluarga ye, itu aje lah modal dia.

Jenuh nak cari gambar dia sebab dia memang tak suka bergambar, yang ni sebijik ikut perangai mama dia, serius, tak tipu, muahaha. Hadiah hari jadi pun dah dapat, saya buatkan spek mata baru untuk dia dan atuk nenek hadiahkan dia basikal baru, murah rezeki angah, alhamdulillah.


Wednesday, December 11, 2013

PERIUK BELANGA

As salam.

Hari ni kita orang cuti sempena Hari Keputeraan Sultan :) Selamat bekerja kawan-kawan, senyum lagi.


Apa kes letak gambar segala macam kuali ni shibam ? Actually, ini adalah sebahagian dari gajet saya memasak di dapur kesayangan nun, saya memang suka masak gunakan kuali macam ni, periuk belanga memang ada, tapi jarang sangat digunakan kecuali bila memasak dalam kuantiti yang banyak, kuali besar pun ada kat rumah nun, senang, bila nak goreng mee 5 bungkus sekaligus pun takde hal, semua gajet masakan adalah lengkap, senyum lagi.

Yang sebenarnya, hari tu ada kawan bertanya, apa yang saya selalu gunakan masa memasak, so saya pun pergilah merajinkan diri menyusun segala gajet ni untuk diambil gambar dan di whatsapp kepada beliau, senang, tak payah nak explain kuali macam ni macam tu, tunjuk gambar, settle, terus boleh faham.

Kalau nak gunakan kuali macam ni, sebolehnya elak kan mencuci nya ketika masih panas, lebih elok, basuh semasa dia sudah sejuk untuk memastikan ianya bertahan lama. Sekian.


Tuesday, December 10, 2013

GAGAL

As salam.

Apa yang gagal tu shibam ? Banyak weh, gagal mengurangkan makan, gagal bersenam, gagal itu gagal ini, muahaha, bangga dengan tahap ketinggian positivity yang ada dalam diri saya, gagal pun boleh muahaha lagi !



Lagi satu kegagalan yang saya selalu hadapi adalah bab mempacking baju untuk dibawa, tak kira lah nak balik kampung ke, nak gi bercuti ke, setiap kali bila packing baju je mesti rasa satu almari tu perlu di bawa, tup tup bila balik, memang banyak betul baju yang tak berpakai.

Kalau pergi mana-mana pun, mesti beg yang saya bawa akan jadi bahan lawak dia orang sebab pergi nya hanya 2, 3 hari tapi beg kemain besar macam kan nak pergi sebulan, muahaha.

Adakah sesiapa yang senasib dengan saya, adakah adakah adakah ??


Monday, December 9, 2013

BERTUAH

As salam.

Tepuk tepuk pipi siapa yang tak bangun lagi ni, biasa dia, dah pukul 9 pagi tak reti reti nak bangun lagi ye, tahu lah sekarang asyik hujan, cuaca sejuk kan, sesudah lah tarik selimut tu wehh, muahaha, bebel panjang sebab jealous dengan korang yang bercuti hari ni. 


Anak bongsu bertuah saya, bila dia selalu tengok kakak dan abang tolong mama, dia pun pandai nak tolong sama, tapi dia cakap, dia pandai lipat seluar dia aje, baju tak tahu, ok lah tu :)

Tahun depan dia 4 tahun tapi saya tak hantar dia ke tadika macam abang dan kakak dia sebab abang dan kakak dia di usia 4 tahun tak semanja dia, almaklumlah anak bongsu kan, puting 24 jam dalam mulut, ni baru aje pandai nak ke toilet sendiri untuk urusan buang air kecil dan air besar dia dan masih menyusu botol dengan banyak nya, maka nya nenek pun tak yakin dia akan boleh berdikari di sekolah, maka nya lagi, di usia 5 tahun nanti lah baru saya daftarkan dia ke tadika :)


Friday, December 6, 2013

NIKMAT

As salam.

Jumaat datang lagi :) Aktiviti esok dan lusa adalah menghadiri majlis undangan perkahwinan, apa pula plan korang ?

Kita orang semua penggemar nasi arab, akan tetapi mama nya belum sampai seru nak belajar masak nasi arab, maka nya setiap kali kalau teringin, haruslah ke restoran nasi arab yang berdekatan.

Kali ni kita orang order lamb kabsa untuk hidangan family, mak aiii, sendat perut, tersandar kekenyangan, banyak betul portion dia bagi, lamb tu toksah cakap lah, bahagian isi semata-mata yang dia bagi, memang puas makan anak beranak :)

Selamat berhujung minggu. Sampai ketemu lagi :)


Wednesday, December 4, 2013

RM2.50

As salam.

Sekarang ni hampir setiap hari hujan, cuaca sejuk nyaman aje pagi ni, pada yang mengalami banjir, saya harap korang semua dapat menguruskan kehidupan sebaik mungkin dan saya doakan urusan kalian dipermudahkan, aamiin. :)


Saya suka gunakan pinggan melamin di rumah, dengan anak-anak yang sedang membesar, pinggan kaca lagi berat amat lah tidak sesuai. Hari tu, masa jalan-jalan beli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak saya ternampak pinggan yang sweet di mata saya ni.

Harga nya cuma RM2.50 sahaja setiap satu, maka nya saya beli untuk kegunaan harian di rumah. Dapat pinggan baru berharga RM2.50 pun dah boleh buat saya happy, untung betul Mr.R, muahaha.


Tuesday, December 3, 2013

DOBI

As salam.

Seperti yang saya dah berpuluh ratus kali cerita dalam blog saya ni, saya tak ada menggunakan khidmat pembantu also known as bibik di rumah. Alhamdulillah, setakat ni, kita orang di rumah tu semua boleh berganding bahu bersatu hati membuatkan rumah kami banglo serta syurga kami tu nampak selesa dan sedap mata memandang tanpa bantuan orang lain :)

Prinsip saya mudah, mana yang sempat di buat, mari lah kita buat, mana yang tak sempat, usah lah di paksa untuk disiapkan. Mr.R dan anak-anak semua sangat membantu, maka nya, saya tiada masalah, senyum lagi :)


Baju Mr.R memang saya hantar ke dobi untuk digosok sebab saya tidak mahu rasa stress mengejar masa dan membuang masa berdiri berjam-jam untuk menggosok baju. Hantar aje ke dobi untuk digosok, tak mahal mana pun, saya selalu hantar baju sehelai siap dengan hanger, caj nya tidak lebih dari RM1.50 sehelai, lebih kurang sama aje kos nya kalau korang gosok sendiri, mana dengan tenaga yang digunakan dengan kos elektrik nya lagi.

Selalu nya kita memang suka susahkan diri walaupun ada banyak pilihan untuk tidak menyusahkan diri. Kalau ada yang kata, tak cukup bajet nak hantar dobi, sila lah kurangkan bajet yang membukan tu untuk di peruntuk kan ke dobi,  haaa gitu ye kengkawan.

Sampai jumpa lagi.