Thursday, January 30, 2014

TAHUN KUDA KAYU


As salam semua.

Hari ni kak long dan angah masih bersekolah seperti biasa, sekolah dia orang tidak mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti untuk tahun baru cina ni, monyok aje muka memasing pergi sekolah, hahah, jealous dengan sekolah Mimi yang dah mula bercuti dari hari ni sampai hari Selasa depan, bertabahlah kak long dan angah :)


Tahun 2014 kali ni adalah tahun kuda kayu. Sebelum ni  saya bekerja selama 10 tahun di pejabat yang majoritinya adalah kaum cina, boss saya pun orang cina, saya seorang aje orang melayu yang bekerja di pejabat, boss kata dia perlukan orang melayu sebagai setiausaha untuk memudahkan berurusan dengan jabatan kerajaan, hahah, alasan macam ni pun ada. Orang melayu yang lain semua nya bekerja di bahagian production. Tapi saya serasi dengan dia orang semua, maka nya setia lah saya kerja di situ sampai office tawarkan VSS baru saya berhenti :)

Saya tahu sedikit sebanyak tentang kepercayaan orang cina. Banyak yang saya belajar dari dia orang, masa tu lah saya tahu yang orang cina sangat percayakan feng shui, susun atur meja di dalam pejabat pun di ambil kira, menghadap itu, menghadap ini, ada hari-hari yang baik atau tidak untuk berkahwin, acara makan besar, hari yang baik untuk mula kerja selepas tahun baru cina, hari cap goh mei, hari pemujaan hantu, cara orang cina berpantang ketika bersalin, apa itu full moon dan macam-macam lagi.

Dia orang juga sangat percayakan tentang tahun kelahiran seseorang, kalau boleh dalam sebuah keluarga tu mesti ada sorang yang dari tahun naga atau harimau, kalau ada dua dua ni lagi bagus, ada juga yang mereka elakkan untuk mendapat anak dalam tahun yang mereka rasa tak bagus, so saya pun menyebok sekali belajar cara dia orang baca kalendar cina, hahah. Kalau cari pasangan pun, dia orang akan elakkan dari pasangan yang tak serasi dengan tahun kelahiran dia orang :) Itu lah kepercayaan masing-masing kan, kita hormat aje lah.

Saya lahir dalam tahun harimau dan kebetulan angah lahir dalam tahun naga dan kebetulan lagi, hakeem lahir dalam tahun harimau, bak kata kawan cina saya, waaaaa, manyak ongggg maaa, hahah. Saja suka-suka aje, kalau percaya dah jadi lain hukum nya kan. Selamat bercuti panjang kawan-kawan, sampai kita ketemu lagi :)


Wednesday, January 29, 2014

AYAM

As salam semua.

Hari ni mak encik nak gebang pasal ayam. Korang suka makan ayam tak ? Kalau kat rumah mak encik, menu ayam memang ada terselit dalam setiap minggu, maka nya harga dia makin naik pun memang mak encik kena beli. Sekarang ni udang, ikan, sotong, ketam semua dah mencanak naik harga nya, yang murah cuma kangkung aje, hahah.


Mak encik pulak, kalau makan ayam, mesti nak bahagian yang macam kat gambar tu aje, bahagian lain mak encik tak makan, nak pulak yang bahagian banyak isi macam dada tu, lagi tak suka. Peha dengan kepak tu pun mak encik tak layan, nak yang macam dalam gambar tu aje, apa ke nama bahagian bahagian tu, mak encik pun tak pasti. Kalau beli ayam KFC atau ayam penyet, kena bagitahu kat pelayan tu tak nak bahagian yang mak encik tak suka tu, nak makan ayam pun banyak songeh, hahah.

Kalau kat rumah mak encik, bila nak masak ayam, ayam tu mesti di goreng, kalau di buat masak berkuah macam masak kari ke, lemak cili padi ke, memang kurang lah sambutan nya nanti, bergolek golek ayam tu dalam periuk, paling dapat sambutan kalau ayam tu di goreng kunyit aje, tak pun buat masak kicap atau goreng berlada.

Tuesday, January 28, 2014

MAS ♥ JEBAT

As salam semua.

Abang Jebat !!! Dulu masa kes Sharnaaz Ahmad dengan Shila Amzah tengah meletup letup, sakit hati saya bila tengok cara Sharnaaz menjawab soalan wartawan, akan tetapi bila dia berlakon jadi Jebat dalam drama Bukan Aku Tak Cinta ni, mak encik tersuka dengan dia, how how how :)


Ahhh, sweet giler karakter Mas dengan Jebat ni. Pandai director dia cari pelakun untuk menzahirkan watak Mas dan Jebat ni. Cinta itu buta, bila dah suka, semua jadi indah, semua jadi sweet, sampaikan kening terbelah Jebat  pun si Mas kata cute, hahah.

Mana lah si boyfriend Nelydia Senrose ni tak jealous, watak Mas dalam cerita ni kemain manja dengan Jebat, bertabahah lah Qi, dah cari girlfriend pelakon, haruslah hadapi semua tu kan.

Korang layan drama ni ??


Monday, January 27, 2014

AJL 28 DARI SUDUT PANDANGAN YANG TIDAK ARIF

As salam semua.

Selamat bertugas untuk semua, jom rajin-rajin buat kerja ye :)


Korang tengok tak AJL 28 malam tadi ? Serius, tahun ni, saya ketinggalan keretapi betul, petang semalam baru tahu yang malam nya ada AJL Final, itu pun anak saya yang bagitahu, kalau tak, mak encik memang tak tahu, hihi. Selalu dia orang siarkan hari Ahad kan, so anak-anak tak berpeluang nak menonton sebab pukul 9.30 malam semuanya memang wajib masuk tidur, mak encik sorang aje layan sampai pukul 11.30 malam semalam.

Mak encik mana reti lari tempo ke, suara tak sedap ke, dari mula sampai habis mak encik rasa best aje, tak de yang sumbang mambang pun di telinga mak encik yang tak arif ni. Persembahan Najwa & Sleeq tak best, tak ada faktor wow gitu. Comel aje back up singer untuk Jaclyn Victor, ehhh kalau dia jemput mak encik pun okay jugak, sama aje tembam nya dengan Dina dan Adibah Noor, hahah. Mak encik rasa lagi, malam tadi, Black nyanyi tak sungguh sungguh macam selalu, Azlan pun tak best sangat malam tadi. Mak encik suka tengok mekap natural Alyah malam tadi, selalu sangat tengok dia berlipstick merah dan bermekap tebal, malam tadi dia sangat sweet dengan baju putih dan mekap natural tu cuma persembahan dia tak menyengat macam selalu.

Kali ni saya sangat berpuas hati dengan keputusan pemenang, memang terbaik setakat ni, setuju sangat dengan siapa yang menang. Suka sangat lagu Hafiz, Hyper Act, Awi Rafael & Altimet menang, best betul lagu-lagu dia orang. Persembahan pembukaan gandingan Shila Amzah dan Mus May tak best sebab suara dia orang tak serasi, kalau solo mesti lagi meletup. Persembahan penutup dari Ziana Zain dan M. Daud Kilau adalah mantap, memang legend lah M.Daud Kilau, mak encik pun tak ada baju merah lip lap lip lap macam tu, hahah.

Oh ye, gandingan pengacara AG & Scha, ok lah tu, mana boleh nak bandingkan dengan pengacara sebelum ni yang dah banyak kali mengacara kan nya, dia orang memang ditugaskan untuk announce tentang lagu yang dipertandingkan, tak kan korang nak expect dia buat lawak kat situ, banyak sangat komplen, gi korang jadi pengacara depan beribu orang tu, nengok jadi apa, tetiba emo, hahah.

Senyum lah senyum lah, ahai cik mek molek :)

Friday, January 24, 2014

SEMOGA DIMAKBULKAN

As salam semua.

Kata orang, hidup ni singkat. Setuju sangat ! Kalau lah ditakdirkan kita panjang umur sampai ke 100 tahun pun, cuba fikirkan, adakah kita akan kekal sihat di usia 100 tahun, sedikit sebanyak kesihatan kita mesti akan terjejas, deria pun akan tidak berapa berfungsi seperti di usia muda, nak makan apa semuanya dah tak lalu kan. Oleh itu hargailah kehidupan kita sekarang, buat lah apa yang kita suka dengan syarat ianya tidak melanggar batasan agama :)

Saya sangat suka dengan kata-kata di atas. Dalam usia nak masuk 40 tahun ini, setiap hari saya berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam. Nak tinggalkan jauh jauh sifat negatif yang ada dalam diri ini, kalau tak dapat hilangkan semua serentak, dapat hilangkan sedikit demi sedikit pun dah cukup baik :)

Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.


Thursday, January 23, 2014

TENTANG KERJA

As salam semua.

Saya memang jarang jarang akan menceritakan suasana kerja atau situasi semasa saya di office sebab di kalangan pembaca blog ni pun memang rakan sekerja, maka nya adalah satu langkah yang kurang bijak bila bercerita tentang keadaan di office. Suka atau tidak, lebih baik tidak dikongsi di sini, itu langkah paling bijak ye tak :)

Maka nya, Mr.R lah yang menjadi pendengar yang baik untuk saya berkongsi cerita, saya tak perlukan pandangan ataupun komen dari beliau, cukup setakat beliau mendengar. Terima kasih Mr.R kerana menjadi pendengar yang baik walaupun kadang-kadang cerita yang sama bakal didengar, hihi.

Apa yang saya boleh katakan, ada dari kita yang tidak mensyukuri dengan peluang, jawatan dan ruang yang diberikan pada kita, sedih memang sedih sebab saya pernah bekerja di syarikat swasta selama 13 tahun, maka nya saya dapat melihat pelbagai perbezaan dari pelbagai sudut :(


Ini adalah sebahagian dari kerja saya di office, mengumpulkan setiap resit perbelanjaan untuk di tuntut kelak. Mungkin korang pun memang dah praktikkan apa yang saya buat ni, biasalah dulu masa kerja di swasta, saya jaga boss besar, banyak betul resit yang nak di claim, resit dobi lah, resit entertain customer lah, resit car wash lah, huii macam-macam, so apa yang saya buat adalah, asingkan setiap resit tu mengikut kategori, berturutan dengan tarikh dan bulatkan total perbelanjaan yang dibayar. Paling sweet bila boss saya suka sebab senang nak tengok kata nya sebab secretary dia dulu tak buat macam ni kata nya, semua resit di stapler sahaja, terus ditulis jumlah besar dan terus di hantar ke bahagian finance untuk dituntut. Alhamdulillah bila boss suka dengan cara kerja kita kan :)

Di tempat sekarang walaupun jawatan saya sekarang sebagai pekerja sokongan sahaja, saya tetap praktikkan apa yang saya buat di tempat lama dulu dan terpaling sweet adalah masa saya pergi taklimat mengenai petty cash anjuran tempat kerja saya ni dulu, dia orang mengambil contoh yang saya selalu buat ni untuk semua orang tengok dan kalau boleh buat yang sama kata nya, weeeee, saya teruja ok, rasa macam dah terbaik sangat masa tu, hahah.

Belajar untuk biasakan diri dalam apa jua keadaan semasa di office, insyallah, semuanya akan baik baik aje :)


Wednesday, January 22, 2014

RED VELVET, JUST HEAVENLY

As salam semua.

Saya suka makan kek, korang suka ? Ye lah, apakebenda yang mak encik tak suka, tolak batu dengan kayu aje, hahah.


Saya dah banyak kali rasa kek red velvet, tapi yang dibeli dari Just Heavenly ni adalah the best setakat ni :)


Sedap sangat, moist sangat, cheese tu pun sedap sangat, makan satu potong macam tak kenyang sangat, bila dah makan dua potong baru rasa kenyang sangat :P

Next time nak rasa flavour lain pula dari Just Heavenly.

Tuesday, January 21, 2014

SENANG

As salam semua.



Syoknya Hakeem menikmati nasi dan sambal udang kegemaran dia, hihi. Senang kerja saya tau, tak payah nak buat lauk banyak-banyak, nak kena asingkan lauk pedas dengan tak pedas. Anak-anak saya semua nya pandai menikmati makanan pedas. Ye tahu, kalau terlalu pedas nanti tak elok untuk perut dia orang kan, percayalah, masakan yang selalu saya sediakan adalah tidak terlalu pedas, warna sambal tu aje nampak kemain merah garang, akan tetapi rasanya tidak pedas :)

Pemilihan cili kering memang sangat penting ye kawan-kawan, mesti pandai cari cili kering yang tidak terlalu pedas, sebelum di mesin, saya akan rebus dulu cili kering tu. Setakat ini, semua anak-anak saya tak pernah ada masalah sakit perut selepas makan :)


Monday, January 20, 2014

HARGAI DAN SAYANGI MEREKA

As salam semua.

Syukur alhamdulillah, saya masih ada ibu bapa dan kedua mertua di sisi saya. Rezeki juga bila duduk berdekatan dengan mereka semua, hampir setiap hari boleh berjumpa dan bertanya khabar :)

Kawan-kawan tersayang, hargai dan sayangi lah ibu bapa kita, tunjukkanlah rasa tanggungjawab dan sayang kita tu pada mereka, insyaallah, nanti semua nya akan baik baik aje :)


14 Januari, birthday mak yang ke 65 tahun. Kebetulan jatuh pada hari cuti umum menyambut Maulidur Rasul, maka kami adik beradik yang seramai 4 orang ni merancang untuk berjumpa makan-makan untuk sambut birthday mak. Sambutlah birthday ibu bapa kita setiap tahun sebab kita tak tahu sama ada kita berpeluang untuk berbuat demikian atau tidak di masa hadapan :(


Antara juadah yang ada hari tu, tak payah susah payah masak, kali ni  kita orang order aje.


Sempena Maulidur Rasul, abah saya mengetuai berselawat pada hari tu, moga ianya memperoleh keberkatan.


Kak long yang tak habis-habis nak mengexplore kamera instax baru dia, seronok betul dia dapat hadiah idaman hati dia dan nenek pun seronok hari tu sebab dapat hadiah dari anak-anak tercinta.

Terima kasih Allah atas kebahagiaan dan limpahan rezeki untuk keluarga kecil kami :)


Thursday, January 16, 2014

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA

As salam semua.

Tajuk memang mengundang kutukan korang di dalam hati, muahaha. Nak tempek gambar di dalam entry pun fikir banyak kali, hati tu rasa mesti kena kecaman hebat dek korang semua, kalau yang sporting tu takpe, ni kalau dapat yang asyik ada sifat negatif aje dalam hati, memang kena hentam lah kan. Akan tetapi, kalau takut kena hentam, jangan sesekali sibuk nak berkongsi apa cerita pun di blog ni, mak encik sedapkan hati sendiri, hahah.

Ye lah, karang ada aje yang cakap, macam kan mak encik sorang aje ada anak-anak yang rajin kat rumah tu, orang lain pun ada gak, tak kecoh pun, mak encik sedapkan hati sendiri lagi, muahaha.


Ini lah dia pemuda harapan bangsa atau lebih tepat dalam gambar ni dikatakan pemuda harapan mama dan babah gitu. Kat rumah memang ada sistem giliran, tak kira lah, basuh bilik air ke, ampai baju ke, mop lantai ke, mak encik, Mr.R, kak long dan angah ada giliran buat semua tu. Tunggu lah Mimi dengan Hakeem dah 12 tahun nanti, dia orang dua orang pun akan saya masukkan dalam senarai tugas, hahah.


Buat masa ni, Mimi hanya bertugas untuk mengemop tangga aje sebab dia memang suka kilatkan bahagian tangga, best kata dia, saya tukang perahkan kayu mop aje, kerja mop tangga takde giliran sebab Mimi tak bagi orang lain buat, dia sorang aje buat kerja ni. Ini lah pemudi harapan mama dan babah, hahah.


Kalau buat kerja ni, giliran hanya Mr.R dengan angah aje lah, saya dan kak long dikecualikan :)

Terima kasih lah kat Mr.R dan anak-anak bertuah yang sama-sama nak buat kerja di rumah tu, tanpa kalian memang dah lama kurus dah mama, hahah.


Wednesday, January 15, 2014

CERITA BEKAL

As salam semua.

Weh ada yang sambung cuti ke hari ni ? Semalam saya dan family tak ke mana-mana pun, kita orang sambut birthday mak dengan family kecil kami, ala, aktiviti biasa family saya lah, sambut birthday selagi hayat dikandung badan.


Ni bekalan simple saya untuk pagi ni. Macam biasa lah, Mr.R dan Mimi pun akan bawa bekal juga ke tempat kerja dan sekolah. Saja nak share dengan korang cerita bekal Mimi di sekolah agama dia. Minggu ni kira nya baru nak masuk minggu ketiga lah dia orang mula bersekolah kan, tapi setiap hari ada aje cerita yang disampaikan pada saya. Paling best cerita ada budak minta tukar bekal dengan Mimi, hahah, kemain bijak dan berani budak budak zaman sekarang ni. Dulu saya sebaya dia orang, tak pernah terfikir pun nak minta tukar bekal dengan kawan :)

Ada sekali tu pula, Mimi pergi cuci tangan, bila balik aje ke tempat duduk dia, bekalan dia tinggal seketul aje kuihnya, yang lain dah diambil oleh budak lain tanpa minta izin. Mimi memang selalu bawa bekal lebih sebab dia suka makan dengan kawan-kawan dia, jadi bila ada yang ambil tanpa minta izin, memang menaikkan darah Mimi lah, perut lapar boleh mendatangkan bad mood, sebijik macam mak encik, hahah. So sekarang, dia dah tukar strategi, kepit bekal makanan dia, pergi cuci tangan baru cari tempat dan makan.

Saya bagi belanja RM3 sehari untuk Mimi gunakan di sekolah agama dan sekolah kebangsaan, disebabkan dia memang bawa bekal makanan dan minuman, selalunya duit yang berlebih tu dia akan masukkan ke tabung harian dia, bila duit dah banyak, nanti Mimi boleh beli apa saja yang Mimi suka, gitu kaedahnya.


Monday, January 13, 2014

NIKMAT

As salam semua.

Makan lah selagi tekak tu boleh menikmati makanan, nanti bila ditarik nikmat makan tu baru lah teringat nak makan itu makan ini, macam biasa, mukadimah adalah ayat penyedap hati sendiri, hahah. 


Kesukaan ramai ni, buat selalu pun takpe, memang tak jemu. Ada yang kata, susu tak boleh makan dengan buah, selepas di google sana sini, rupa nya itu satu bidaah semata-mata, sebab tu sebelum nak percaya apa apa pun, kita mesti selidik dulu :)


Sarapan kami yang simple di hujung minggu, nasi goreng kampung pedas meletop dan cekodok penyet cicah sambal kering ikan bilis. Bancuh teh o limau, perghh, gandingan terbaik lah untuk tekak kami di rumah tu.


Ni bukan saya yang masak, pizza ni saya dan geng bilik order masa di Pangkor tempohari, saja tempek sebab pizza ni sedap walaupun ada kerak melampau sikit kat tepi tu, rasa dia kalah Dominos mahupun Pizza Hut okay.


Ini pun sama, order masa kat Pangkor hari tu. Presentation kemain lagi kan, tapi rasa dia out, tak sedap pun. Mak encik rasa macam nak aje dia orang macam mana nak buat nasi goreng simple dan sedap, amboii, muahaha.


Korang pun pernah buat macam ni kan. Beli durian dan masukkan dalam freezer. Terus jadi aiskrim durian, hrmmm, dap !

Ok dah. Salam Maulidur Rasul, jumpa lusa ye, citer pasal makanan jugak, mana ada citer lain dalam blog ni, hahah.


Friday, January 10, 2014

JOM :)

As salam semua.

Dulu masa saya muda remaja dan bila mak saya membebel mesti saya akan cakap dalam hati, apasal lah mak saya ni suka membebel, suka ulang cakap benda yang sama, bla bla bla, sekarang bila saya dah jadi mama, baru lah saya tahu kenapa mak saya perlu membebel dan mengulang benda yang sama :(


Ini lah salah satu sebabnya mama akan sentiasa membebel, cukup mencabar nak suruh anak-anak melaksana kan di awal waktu, semua pun tahu kan betapa banyak fadilatnya menunaikan solat di awal waktu, sebab tu lah mama kena selalu membebel, lagi pun anak anak memang sentiasa bagi peluang mama untuk membebel. Setiap hari setiap waktu perlu ulang arahan yang sama. Memang betul, hidup ni kitaran, dulu kita jadi anak, sekarang kita dah jadi mama, rasa lah cabarannya nak pastikan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat  :)

Selamat berhujung minggu.



Thursday, January 9, 2014

DEYY !

As salam semua.

Korang mesti minat cerita Hindi kan, mesti Shah Rukh Khan yang menjadi pujaan hati korang kan, mak encik tahu sangat !

Saya minat juga dengan cerita Hindi tapi tak ada lah sampai tahap obses dengan cerita tu semua, saya lebih layan cerita Tamil, yeahhh, Vanekkam, tetiba, muahaha. Saya suka cerita tamil hanya kalau pelakon nya adalah superstar Rajnikanth tu, kalau hero lain, memang saya tak layan pun, sebab dijamin kepuasan menonton tu tak akan ada, mana nak dapat tengok lakonan hero yang bila jalan pun angin bagi laluan, hanya orang yang suka tengok filem Rajnikanth aje yang faham, hahah.


Sivaji The Boss, antara cerita kegemaran saya, yang kali keberapa entah saya tonton, rasa macam nak tiru aje aksi dia lambung duit syiling pastu zass masuk poket, yang tengok cerita ni aje akan paham apa yang saya cakap :P

Ada ke kelab peminat Rajnikanth kat Malaysia ni, saya nak join lah, hahah.


Wednesday, January 8, 2014

BADAN CERGAS MINDA CERDAS

As salam.

Family korang mesti mengamalkan cara hidup sihat kan, bagus korang, saya clap clap clap kan untuk korang ye. Family mak encik pun ada juga sesi nak menyihatkan badan ni. Mr.R memang ada sesi badminton 2 kali seminggu yang memang dia tak pernah miss setakat ni, saya selalu cari masa nak berjoget manja manja kat stadium tempat kerja  ni, pihak pengurusan menyediakan program aerobik 3 kali seminggu, antara nak dengan tak nak aje untuk follow. Angah ada juga lah main bola dengan kawan-kawan dia, cuma untuk kak long, Mimi dan Hakeem aje yang kurang ada aktiviti yang sihat. 

Maka nya di tahun ni, saya paksa semua orang untuk ada aktiviti di padang sekurang kurang nya seminggu sekali, kalau dapat sabtu ahad petang tu buat lagi bagus, kita tengok macam mana nanti ye.


Selain dari kena ada aktiviti sihat, hari ahad juga saya dah mulakan dengan hari tanpa berdamping dengan gajet, semua gajet memasing kena simpan, hanya ada aktiviti yang lain melainkan aktiviti dengan gajet :)


Kita orang bawa raket dan bola, main lah sama-sama kat situ. Memang best, kita orang ada kat padang dari jam 5.30 - 7.00 petang, cukup lah tu untuk mengeluarkan peluh dan diakhiri dengan sesi posing anak beranak, hahah.

 

Tuesday, January 7, 2014

MAKAN MAKAN TAHUN BARU

As salam.

1 Januari 2014 yang lalu, abang ngah saya buat makan makan kat rumah mak, dari menguruskan katerer dan jemputan, semua pandai-pandai dia lah, saya hanya disuruh datang anak beranak untuk join makan-makan aje, senyum terus :)

Angah saya memang suka belanja family makan-makan, selalu doakan rezeki angah sentiasa murah dan luas, aamiin.


Antara menu ringkas yang ada untuk hari tu, ada asam pedas daging, ayam goreng kunyit, kobis masak lemak putih, ulam ulaman, sambal belacan, pucuk ubi tempoyak air tangan kakak ipar, kuih muih dan buah buahan.

Antara saudara mara yang hadir pada hari tu, makin lama makin saya akui memang sangat bagus mempunyai saudara mara yang tinggal berdekatan dan tidak sia-sia mak abah saya merancang untuk duduk berdekatan dengan adik beradik dia orang :)

Acara hari tu diakhiri dengan bacaan doa yang menusuk kalbu oleh sepupu saya, masing-masing senyap aje bila doa dibaca, sedar sedar aje, air mata meleleh macam apa, semoga tahun 2014 akan memberi yang terbaik untuk kita semua.


Monday, January 6, 2014

POT PET

As salam semua.

Alhamdulillah, last week semua urusan anak-anak berjalan dengan lancar, phewww, lega mak encik :)

Minggu ni cabaran sebenar menghadapi rutin padat bakal bermula sebab sekolah agama Mimi baru bermula hari ni dan kak long pun akan start tuisyen malam ni, maka nya rutin keluar masuk keluar masuk rumah bakal berlangsung dengan jaya nya. 

Bila nengok si kecik Hakeem yang baru nak masuk 4 tahun ni, alahaiii, lama nya lagi nak kena menghadap rutin anak-anak bersekolah, tetiba fikir secara tidak logik, sepatutnya saya beranak setahun satu dan berhenti beranak di usia 26 tahun, maka nya anak bongsu saya sekarang sudah besar panjang, muahaha.

Ehh tapi betul tau, pada korang yang sudah berkahwin, better korang merancang dengan baik dan nasihat mak encik adalah kalau lah boleh, korang last beranak umur 30 tahun. Tapi kalau dah takdir jodoh lambat, rezeki belum ada, apa nak dikatakan ye tak, makanya kita pasrah, mak encik mengomel ni pun dari pengalaman sendiri sebab ada kawan sebaya saya yang berumur 40 tahun ni, anak ketiga yakni anak bongsu dia dah di tingkatan 2 :)


Aksi Mimi di hari pertama persekolahan tempohari, kemain ceria nak pergi sekolah. pukul 12 tengahari dah sebok suruh Mr.R hantarkan dia ke sekolah. Paling kelakar bila sampai aje kat sekolah, kengkawan dia dah ramai yang ada, masing-masing kemain gembira bila nampak Mimi, menjadi idola sangat Mimi, sebijik macam mak encik, muahaha.

Sekian sessi pot pet untuk hari ni, jumpa lagi esok. Tata


Thursday, January 2, 2014

MASAK OIII MASAK

As salam semua.

Hari ni anak-anak start sekolah kan, ada korang tahu betapa mak encik kemain lagi nak mengambil aura lah, nak mengambil semangat lah, hanya semata-mata nak menghadapi persekolahan anak-anak setelah kemain banyak lemak mak encik dok syok menikmati cuti persekolahan anak-anak, hahah. 

Saya cuti hari ni, saja nak tengok anak-anak pergi sekolah. Tahun ni kak long di tingkatan 5, angah pula di tingkatan 2 dan mimi di darjah 2, hakeem masih kat umah nenek, tahun depan baru saya paksa dia masuk tadika. 

Masak oiii masak, tetiba emo, hahah. Engko dah kenapa malas sangat nak ke dapur menyediakan makan minum keluarga, memang nak kena dengar ceramah engko ni, hahah. Geram pulak rasa mak encik bila ada yang malas nak ke dapur, meh sini mak encik ceramah kan kat korang, betapa pentingnya air tangan untuk keluarga. Dah di bagi ceramah, kalau malas jugak, lantak lah engko di situ, tak dapek nak nolong, kata orang kampung mak encik. Sorry tau, mak encik memang kemain emo kalau ada kaum sejenis mak encik yang malas ke dapur ni !


Selalu dah ada gambar masakan ni kat blog kan, tapi takpe, untuk 2014, mak encik buat siaran ulangan, hahah. Masak lemak cili padi udang dan pucuk paku.


Sotong kunyit. Kali ni mak encik buat versi yang ada kuah sikit.


Buat sambal sardin sebab teringin benor mak encik nak cicah dengan lempeng. Hari tu makan set lempeng dan sambal sardin kat PKNS, uuuuu, rasa dia tak kena kat tekak mak encik ni. Maka nya, harus merajinkan diri buat sendiri, macam biasa, puas hati bila buat sendiri.


Lempeng comel mak encik. Buat 1 paket tepung ko, sampai ke petang pun masih lembut lagi lempeng ni.


Nasi lemak untuk sarapan membawa ke lunch. Ada rendang, ada ayam goreng, telur rebus, timun, ikan bilis dan sambal, saja je bagitahu sesiap sebelum korang tertanya tanya dalam hati, apa ke benda yang ada dalam gambar yang mak encik tempek ni.

Akhir kata, biar tak tahu masak tapi rajin nak belajar dari tahu masak tapi malas nak ke dapur, apapuntakboleh. Sekian.


Wednesday, January 1, 2014

2014

As salam.

1 Januari 2014. Kalau dulu masa zaman kanak-kanak, ala terasa lama nya lah lagi nak sampai tahun 2020 yang selalu digembar gemburkan, tapi sekarang ni semua nya rasa sekejap aje, hari ni dah pun 2014, tup tup nanti dah sampai 2020, masa begitu pantas berlalu, sama-sama lah kita perbaiki diri ye kengkawan :)

Selamat menyambut tahun baru 2014.  Sekali lagi, dalam tahun 2013, hanya perkataan syukur alhamdulillah, terima kasih Allah yang dapat diucapkan untuk segala rezeki, segala perkara baik yang telah berlaku :) Doa saya semoga tahun ini juga akan sama seperti tahun lepas, semua yang baik-baik aje untuk saya, keluarga dan kawan-kawan tersayang, aamiin.

Paling manis bilamana silaturrahim bertaut kembali, biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit kata nya kan. Paling penting, selalu kena amalkan sikap maaf memaafi antara satu sama lain, yang paling berharga adalah hikmah di sebalik sesuatu kejadian, baru lah kita akan sedar tentang buruk baiknya, kerana setiap perkara yang berlaku bersebab dan berlapang dada bila sudah lihat hikmahnya, syukur alhamdulillah.

Sekian entry mak encik yang mak encik rasa sangat berhemah untuk permulaan tahun baru 2014 ini, clap clap clap.