Friday, February 28, 2014

KORANG DAH TANYA, MAK ENCIK MENJAWAB :)

As salam semua.

Minggu lepas kan saya ada buat entry korang tanya mak encik jawab, ada satu pertanyaan dari Ina, soalan nya berbunyi seperti di bawah :

Salam kak shibam jelita. .. Soalan saya bagaimana cara kak shibam jelita menghadapi tekanan baik di tempat kerja mahupun di rumah.

Ye Ina, waalaikumsalam wbt.

Rezeki saya Ina, setakat ni saya memang berkulit tebal setebal lemak saya dan berhati waja menghadapi tekanan. Saya selalu ambil positif aje apa yang saya hadapi.

Contoh ye, dulu saya bekerja di syarikat yang saya sorang aje kaum Melayu, dah tentu kalau yang lain tak akan boleh bertahan dengan keadaan sekeliling, saya tetap bertahan sebab saya tanamkan dalam diri saya, saya nak cari rezeki, saya tak akan hiraukan cakap cakap belakang, saya tak layan negativity, saya buat kerja saya, boss bagi arahan saya ikut, saya tak langgar peraturan supaya orang lain tak boleh jadikan itu sebagai isu untuk menghentam saya, maka nya saya buat kerja tanpa gangguan langsung.

Sama lah macam di tempat kerja sekarang, bekerja di dalam sektor awam, cara kerja saya tak sama dengan dia orang, mana yang saya rasa logik saya ikut, mana yang saya rasa situasi tu akan memijak kepala saya, maka nya saya akan bersuara sebab saya berfikiran yang orang lain tak akan boleh membaca hati dan fikiran kita, untuk orang lain faham situasi kita, kita sendiri harus berterus terang, cakap apa yang kita suka dan kita tidak suka, so far so good, alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Cara nak bercakap dengan orang atasan pun kena betul, dia orang lebih suka bercakap ada fakta dari hanya sekadar mendengar rungutan.

Begitu juga kalau ada peel rakan sekerja yang tidak senang di mata kita, perangai dia boleh memberi tekanan pada kita, ambil langkah untuk memberi ruang, jarak kan diri kita dari dia kalau perlu, jangan peningkan kepala kita dengan karenah orang lain.

Di rumah pun saya praktik kan macam tu juga, apa yang saya suka apa yang saya tak suka selalu diberitahu kepada anak-anak, maka nya dia orang dah faham. Jangan stress bila satu benda tu tak sempat siap ke, tak menjadi ke, fikir positif, hari ni tak siap, esok lusa boleh disiapkan, begitu kaedahnya.

Semoga apa yang saya kongsi ni akan memberi sedikit idea untuk Ina menghadapi tekanan. Ada sesiapa nak tanya lagi, nanti saya share kan di sini. Tata semua.


Thursday, February 27, 2014

SHARNAAZ VS LISDA & POJI

As salam semua.

Tetiba amik mood wartawan hiburan, hahah.  Dua tiga hari ni sebok dengan kisah dia orang bergaduh kan, paling best sebab disebarkan melalui media, kemain ramai jadi wartawan tak bergaji, termasuklah mak encik ni, hahah.

Satu yang saya perasan, masyarakat kita ni memang suka dan ambil tahu cerita macam ni, kalau tengok kat Instagram dia orang, siap ada peminat yang tolong maki memaki mengata bagi pihak pelakon pujaan hati dia orang, kemain bagus korang ni, setia betul dengan pelakon pujaan korang. Apa yang korang dapat dengan masuk campur hal dia orang tu, samalah macam saya, apa yang dapat bila buat entry ni, hahah.

Siapa betul, siapa salah, dia orang aje yang tahu, kita takde kat tempat kejadian, maka nya memang tak tahu lah, kan lebih elok tunggu dan lihat aje, tak payah berkobar kobar tolong bagi kata-kata kesat kat dia orang, tak elok sayang :)

Buat malu aje kat orang lain, orang kita kalau bergaduh pun nak masuk suratkhabar, selesai lah dengan cara baik, itu lebih sweet ye tak ?

Saya tak sokong sesiapa pun sebab saya tak tahu cerita dari awal, maka nya saya baca aje lah perkembangan dia orang seterusnya :)


Tuesday, February 25, 2014

KANTOI

As salam semua.

Kebenaran itu menyakitkan, hahah. Jom hayati penceritaan selanjut nya di bawah.


Seperti biasa, setiap hari saya akan semak semua buku Mimi, takut dia ada terlupa untuk buat kerja sekolah dia, maklumlah budak-budak kan, bila ditanya, ada kerja sekolah tak, kengkadang tu memanjang cakap tak ada, so mak encik kena ambil effort lebih sikit, mesti semak buku dia setiap hari, kak long dengan angah yang dah besar tu pun saya check jugak setiap hari, mana lah tahu kot cikgu ada tinggalkan pesanan kat buku nota masing-masing, kerja tak siap ke, tulisan buruk ke kan, maka nya mari ambil masa untuk semak buku anak-anak setiap hari.

Semak punya semak, ternampak kerja yang Mimi buat kat sekolah hari tu mengenai keluarga saya, ohhh emmm jiiiii, nak tergolek saya baca hobi emak saya tu, apasal jujur sangat ni Mimi, hahah. Bila saya tanya dia kenapa tak tulis mama suka memasak, dia boleh jawab, memasak tu kan memang kerja mama setiap hari, itu bukan hobi sebab cikgu cakap hobi tu adalah apa yang suka di buat semasa waktu lapang, Mimi selalu tengok mama suka buat tu bila waktu lapang, Mimi tulislah, hahahaha, kena pekup muka lah lepas ni bila jumpa cikgu awak Mimi oiiiii, lagi satu tak boleh blahh, cikgu dia siap tanya sebab setiap murid kena baca apa yang dia orang tulis lepas siap kerja tu, cikgu tanya, mama awak suka main candy crush ye, mama awak dah level berapa, hahaha, pekup muka lagi.

Korang masih ada yang melayan game ni ke, saya tetap suka layan game ni, sekarang saya baru level 500, dah tersangkut kat situ nak masuk 2 bulan, kemain susah nak lepas, pfttttttt sangat tau level ni.

Monday, February 24, 2014

RESEPI TELUR DADAR MAGGI

As salam semua.

Derrrr, apsal monyok tu, senyum sikit, aaa caak, baru comel gitu ! Hari tu saya ada attend kursus, penceramah tu bagitahu, kat negara Jepun ada alat pengukur senyuman untuk kakitangan nya sebelum memulakan tugasan, akan tetapi saya pula merasakan, alangkah baiknya kalau ada alat pengukur stress atau tahap kemeroyanan seseorang sebelum dia masuk ke office, sebab selalu nya bila ada yang monyok di office, sedikit sebanyak akan effect persekitaran, so mari lah bersama-sama menolong saya mencipta alat tersebut, siapa stress atau moncong aje jangan bagi dia masuk office, duduk lah kat luar sana sampai stress engkorang tu hilang :P Sekian bebelan mak encik di pagi Isnin, harap maklum. Moh kita ke cerita selanjutnya :)


Ada yang panggil menu ni murtabak maggi, tapi saya bagi nama dia telur dadar bermaggi aje, lagi sesuai kot. Senang sangat membuat nya ni kawan-kawan, pada yang belum tahu, nanti saya share kan ye :)


Bahan-bahan nya korang boleh letak ikut suka engkorang, macam yang kat atas ni, saya letak sosej, tomato dan bahan wajib dalam masakan saya iaitu cili padi :) Macam yang kat atas ni juga, saya gunakan sepaket maggi, rebus kan dulu maggi tu, toskan. Dadarkan 3 biji telur, masukkan sebungkus perencah maggi tadi dalam telur, letakkan sedikit garam dan kacau hingga sebati, saya gunakan maggi perencah kari. Masukkan maggi yang dah di rebus tadi dan gaulkan dalam bancuhan telur. Panaskan minyak yang mencukupi, goreng lah macam yang korang selalu goreng telur dadar tu, kalau nak buat sikit sikit pun boleh, ikut suka korang lah ye, macam kat atas ni saya goreng kan 2 kali supaya cepat masak dan mudah untuk dibalikkan dalam kuali. Sosej tu saya rebus dulu dan hiris, letak kan atas telur dadar tadi, masukkan tomato dan cili padi, balik balik kan hingga masak. Sedia untuk dihidang.


Friday, February 21, 2014

KORANG TANYA, MAK ENCIK JAWAB

As salam semua.

Hahah, bajet sangat mak encik ni, macam kan ada orang nak menanya, macam kan ada orang kisah nak tahu pasal mak encik, ikon jelir lidah :P

Ye, hari ni saya buat entry untuk korang tanya apa sahaja kat mak encik, nanti dah dapat soalan, baru lah ada jawapan. Semenjak ada blog dari dulu, tak pernah lagi saya buat entry cenggini, so hari ni saya buat ehh, sebab dah tahu sangat, memang tak akan ada yang nak menanya, janji saya ada up entry untuk hari ni, hahah.

Selamat bekerja ye korang dan selamat berhujung minggu. Tata


Thursday, February 20, 2014

TAK SABAR NAK TUA .... DAH KENAPA ???

As salam semua.

Tajuk mengundang kontroversi kaedahnya, hahah. Ehhh biarlah, blog kita kan, suka hati kita lah, pastu bila ada yang komen membukan, nanti sentap, hahah.

Tak kengkawan, bukan nya apa pun, saja mak encik nak membebel ni hah, dah banyak kali kot saya share dalam blog dari dulu lagi, orang perempuan ni, walau apa pun rupa bentuk badan, wajah dan warna kulit kita ni, kita mesti mesti mesti menjaga penampilan. Kalau orang gemuk malas nak bergaya sebab gemuk, entah bila kurun nya engkorang nak kurus baru boleh bergaya, mak encik lah tu, hahah, maka nya mari lah menjaga penampilan, kalau yang kulit gelap kata susah nak bergaya, nak tunggu kulit tu putih, memang tak ahhhh, maka nya cari lah alat mekap, baju yang sesuai dengan kulit gelap kita tu.

Kalau suka berjubah sekali pun, banyak aje jubah yang dijual kat luar sana yang cantik, warna yang menarik walaupun tidak terlalu terang, boleh aje nak berjubah, berstokin, berniqab sekali pun, yang penting, pandai-pandailah mencari pakaian yang sesuai dengan umur kita ni.

Baru aje hari tu saya tolong bagi pandangan pada seorang anak gadis yang baru berusia 25 tahun, dia ada buat part time kat office ni, saya ambil masa yang sesuai nak berbual dengan dia. Kebetulan masa tu solat sekali dengan dia, borak punya borak punya borak, saya selitkan lah cara penampilan pada dia, alhamdulillah, dia nak terima pendapat saya sebab dia kata, selama ni tak pernah ada orang yang tampil dan bagitahu dia tentang cara dia berpakaian :)

Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan dengan dia sebab saya rasa penampilan dia di usia 25 tahun tidak sesuai, apa yang dia pakai tidak menampakkan usia dia yang sebenar, dah tak sabar nak tua kenapa dik, tua tu akan datang sendiri dik, tak payah kita kejar usia tua tu okay, peace, senyum :)

Terpaling penting, bila kita nak bergaya, jangan sesekali terkeluar pula dari batas nya ye kawan-kawan, tudung mesti lah menutupi dada, baju yang longgar, berstokin dan sebagainya. Tak susah pun, sekarang banyak aje shawl, tudung yang besar, lilit lah macam mana pun, janji tutup dada, pakai baju yang tidak menampakkan bentuk badan tapi jangan pulak pakai baju gedoboh besar pulak, banyak aje kan kasut yang bertutup sekarang ni, pakai stokin pun masih boleh bergaya dengan kasut cantik, nak berskirt pun boleh aje, kemain banyak design skirt yang kembang dan labuh yang comel di pasaran nun.

Satu lagi orang perempuan oiiii, jangan malas nak mengenakan mekap, mak encik tak suruh pun korang berbedak 2 3 lapis macam artis tu, cukup dengan pakai bedak di muka dan oleskan bibir tu dengan warna lipstick yang korang suka, ini ada yang macam muka baru bangun tidur pun boleh terlepas pergi ke office, iskkk dapat kat mak encik, memang kena syarahan lah, hahah.

Panjang dah membebel ni, cukup lah dulu ye. Sekian.

Wednesday, February 19, 2014

BERKEMAS

As salam semua.

Yezza, salah satu hobi saya memang suka berkemas, saya memang obses untuk melihat kekemasan, i is suka kemas, hahah, poyo kemain.

Penyakit saya ni kengkadang dah kronik pun ye, sampaikan nengok tempat orang bersepah pun saya nak tolong kemaskan, tu belum bila ternampak kalau ada porch jiran yang bersepah-sepah dengan selipar, rasa macam nak turun dan susun atur kan selipar dan porch dia orang, kemain kronik kan, hahah.


Hari tu saya dan bebudak lelaki kat office ni mengemas stor. Saya okay aje, saya suka aje, bukan susah pun, guna mulut dengan tangan aje, bebel kan dan tunjukkan mana nak disusun aturkan balik barang-barang kat stor yang dah macam kapal karam ni. Penat okay mulut saya hari tu, tak berhenti-henti mengeluarkan arahan untuk dia orang susun atur, hahah.


Ini hasilnya selepas di kemas, actually bukan sini aje yang kita orang kemas kan, ada lagi ruangan yang di kemas hari tu, dari pagi membawa ke petang, memang puas hati betul lah bila tengok keadaan selepas dikemas, baru lah sedap mata memandang. Psstt korang, ada satu tempat kat office ni, saya cukup geram aje nengok tempat dia, kemain berlambak dengan barang-barang yang tak diperlukan, yang pelik tu, dia okay aje menengok tempat dia cenggitu, kalau dapat kat saya tempat dia, tahu lah saya nak kemaskan macam mana, hahah, kronik sangat mak encik ni.

Tuesday, February 18, 2014

UNDANGAN MAJLIS

As salam semua.

Setakat ini, kalau dapat undangan untuk ke majlis perkahwinan, saya seboleh-bolehnya akan cuba menghadirkan diri. 

Dari hujung tahun lepas sampai ke hujung bulan ni, banyak betul undangan perkahwinan yang kami sekeluarga terima. Jika tak ada aral melintang, insyaallah, sampai lah kita orang sekeluarga ke majlis dia orang :)


Baju dah sama tema dengan alas meja dan kain khemah, hahah. Padahal saya tak tahu menahu pun tema majlis dia orang, tup tup ter sama sangat, pekup muka, hahah. Tapi kan, dah banyak kali juga tau, saya selalu terpakai baju warna yang sama dengan majlis dia orang, iskkk kebetulan yang kemain sangat ni. 
 
Adat pergi majlis kenduri kahwin kan, jangan lah kita lupa untuk menyumbang sedikit sebanyak bila bersalam dengan tuan rumah ye :)

Itu aje nak share. Tata.

Monday, February 17, 2014

ROTI TELUR SOSEJ

As salam semua.

Korang dah breakfast ? Makan apa tadi ? Saya macam biasa lah, bawa bekal, apa yang saya sediakan untuk anak-anak, itu lah bekal yang saya bawa ke office.


Ini antara menu breakfast untuk bekalan anak-anak saya minggu lepas, roti telur sosej. Hari tu, ada yang bertanya macam mana nak buat, takpe, saya kongsi walaupun pada sesetengah yang lain tu, ala kacang aje nak buat ni kan.

Bahan-bahan :

3 biji telur (disebatikan macam nak buat telur dadar tu)
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
4 batang sosej (direbus)
Roti

Cara-cara nya :

Campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam pada telur yang telah disebatikan tadi. Hiris sosej dan campurkan sosej di dalam bancuhan telur tadi. Celupkan roti dan goreng dengan minyak yang sedikit, susunkan sosej di atas roti, jangan risau, sosej tu akan melekat pada roti sebab sudah digaul dengan bancuhan telur tadi. Balik balik kan roti dan sedia untuk di hidang. Sedap di makan bersama sos cili, sos tomato, thousand island mahupun mayonis.

Jom sambung buat kerja :)

Friday, February 14, 2014

BERINGAT

As salam semua.

Memang betul bagai di kata, bila kita dah jadi mak, pemikiran dan penerimaan kita dengan sesuatu perkara tu amat berbeza.


Dua orang anak gadis saya yang menjadi amanah untuk Mr.R dan saya mendidik mereka sebaik baiknya, moga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat, insyaallah, aamiin.

Macam-macam gejala sosial yang kita dengar sekarang, bak kata orang tua, jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak perempuan. Bila kita dengar, bila kita tahu akan sesuatu perkara yang tidak baik yang telah berlaku pada anak orang lain, seboleh-bolehnya kita jangan cepat menjatuhkan hukum, menyalahkan, menuding jari sesuka hati, setiap yang berlaku tu ada punca nya, belajar untuk tengok dari sudut positif, jangan suka burukkan anak orang lain sebab sentiasa perlu beringat, kita sendiri ada anak, di buatnya satu hari nanti kita pula ditimpa masalah sebegitu, haaa macam mana ???

Jom kita sama-sama belajar, sebelum berkata sesuatu yang tidak elok, ingat tentang keluarga kita sendiri dan semoga semuanya nanti akan baik-baik aje.

Selamat berhujung minggu.


Thursday, February 13, 2014

MAKAN BESAR DENGAN ORANG BESAR BESAR

As salam semua.

Bukan nya masyarakat cina aje ada sesi makan besar, keluarga mak encik pun ada okay, tapi kita orang punya lagi special, makan besar dengan orang besar besar yang berbadan besar, hahah.

Kali ni ajak family mertua, ipar duai, biras dan anak-anak saudara untuk dinner sama-sama. Dah lama sangat tak berkumpul kat luar ramai-ramai macam ni dengan keluarga mertua, nak dapatkan semua orang free memang susah.


Engkorang ada berani amik gambar sebelah mertua sambil berpeace peace cenggitu, ada ada, hahah. Cer tengok menantu mak mertua saya yang tiga orang kat belakang tu, elok aje behave sopan aje bergambar, mak encik sekarang memang ada penyakit amik gambar mesti nak buat peace, kalau tak buat peace nanti tangan mak encik menggigil, hahah. Setakat ni mak mertua baru ada 4 orang menantu, alhamdulillah, saya dan biras saya semuanya sekepala, badan pun lebih kurang aje tembam nya, cuma sorang yang tengah-tengah tu tak cukup berat, hahah.


Mak encik dan family adik Mr.R yang nombor 4, makan-makan ni pun nak raikan anak dia orang yang dapat keputusan cemerlang masa PMR hari tu :)


Bersama sebahagian dari family mertua. Ada lagi yang belum sampai masa ni. Tq to Pak Su yang pakai t.shirt merah tu sebab nak join belanja kami makan-makan, semoga murah rezeki Pak Su.


See see see mak encik korang ni, penyakit peace ni dah makin kronik, nak melayan anak makan pun nak posing peace bagai, ikon jelir lidah :P


Deretan lauk pauk untuk santapan kami semua seramai 24 orang malam tu, memang puas hati, makanan sedap, tempat selesa, insyallah, lepas ni akan ada lagi sesi makan-makan di lokasi yang lain pula.


Wednesday, February 12, 2014

BERGABUNG MELETOP !!!

As salam semua.

Sebelum ni kan saya dah cuba amal kan minum teh hijau sekurang-kurang nya sekali sehari, euwwww, siapa yang dah biasa minum tu mesti tahu rasa teh hijau ni macam mana kan, pejam pejam mata saya nak telan, hahah.


Now, mak encik dah takde masalah nak minum teh hijau setiap hari, mak encik campurkan dengan satu hirisan lemon, auwwww, meletop rasa dia, sedap sesangat kat tekak ni, rasa dia tu kan, macam orang mengandung tengah terbayangkan asam boi pastu dapat asam boi tu, auwwww sedap, over betul, hahah.

Saya beli teh hijau brand Boh aje, buat stok kat office dan di rumah, setiap hari mesti pekena satu mug :) Moh saya share sikit khasiat teh hijau dan lemon : ianya dapat membantu menurunkan risiko terkena kanser kulit sebanyak 70%  kerana zat bernama limolene yang berfungsi sebagai anti kanser. Hirisan lemon yang dicampur ke dalam segelas teh hijau juga akan menambah jumlah kandungan antioksidan dalam teh :)


Tuesday, February 11, 2014

YANG KURUS NAK GEMUK, YANG GEMUK NAK KURUS

As salam semua.

Biasa lah, normal lah tu, kita insan biasa ni mana lah nak sempurna, ada aje yang nak diperbaiki kan, begitu lah kaedahnya. Hari tu pergi farmasi, ada sorang ibu ni yang sungguh prihatin dengan anak perempuan dia yang kurus sangat kata nya, nampak tak bermaya, selalu tak sihat, so dia tanya pharmacist apa yang bagus untuk anak dia makan bagi menaikkan berat badan dia.


Pharmacist tu kata, brand ni bagus untuk anak dia, bla bla bla. Kalau lah kaedah pemindahan lelemak boleh dijalankan, saya orang pertama yang volunteer nak bagi kat anak dia, hahah. Tu lah kan, gemuk sangat tak elok, kurus sangat pun tak bagus, elok yang sedang sedang aje. Kak long dengan saya tak habis habis pot pet dalam kereta, tak pernah terfikir kata nya ada orang tanya supplement untuk gemukkan badan sebab kita selalu cakap pasal nak turunkan berat badan.


Monday, February 10, 2014

SERASI

As salam semua.

Apa khabar kawan-kawan ? Semoga korang pun sihat ceria sentiasa macam saya ye :)

Hari tu dapat jemputan dari kawan saya untuk meraikan birthday anak-anak dia. Dulu dia ni pegawai saya, sekarang dah bertukar ke pejabat lain, tapi kami masih lagi mengekalkan persahabatan, alah, zaman sekarang, FB ada, whatsapp ada, semua pun ada, antara nak dengan tak nak aje tanya khabar masing-masing kan.

Kami berempat, belah kiri dan kanan sekali tu lah pegawai saya dulu, kami masih ngam sampai sekarang, moga ianya berpanjangan, insyallah. Sungguh pun pegawai saya ni jauh lebih muda dari saya, tapi masing-masing memang serasi ngam bersama.


Tema nya hari tu Mickey Mouse, bebudak lain tak de pun excited macam ni, mak budak yang terlebih, dari awal sampai habis majlis, tak tanggal kan cekak mickey tu, hahah. Comel aje saya pakai cekak tu kan, ikon jelir lidah  :P


Dengan salah sorang dari birthday boy, abang nya tak nak bergambar, gambar birthday boy tak banyak, gambar mak encik yang excited pergi birthday party yang banyak, hahah.


Cantik deko tema Mickey hari tu, tapi saya ambil gambar tak banyak, maka nya tak dapat nak share kat sini.  Sebelum ni birthday dia orang bertema kan rainbow, kali ni mickey pulak, rajin dan kreatif sungguh lah mama Ariq & Aqil ni.


Birthday kek. Comel aje. Rasa pun sedap. Seronok melepak hari tu dengan kawan-kawan, borak-borak dan makan-makan. Terima kasih kat tuan rumah yang tak pernah melupakan mak encik ni.


Friday, February 7, 2014

WONG SOLO PUJAAN HATI

As salam semua.

Hari ni Jumaat. Esok dan lusa aktiviti saya kemain padat, korang macam mana ? Dari bulan lepas lagi, asal weekends aje saya dan family ada hal, ni sampai hujung bulan 2 pun dah bersusun program setiap weekends, entah bila lah dapat balik menikmati weekends yang santai lalu boleh melepak sepanjang hari di depan TV.


Hari tu kita orang memang dah decide nak lunch kat luar, dah cakap dengan Mr.R awal-awal, minggu tu tak nak masak, nak gi makan kat Wong Solo, tahu sangat kalau kat Wong Solo Bangi ni, pergi lah pukul berapa pun, akan sentiasa penuh dek pelanggan, so saya nak keluar awal walaupun Wong Solo ni dekat sangat dengan rumah. Bila dah sampai tu, macam yang dijangka, ramai betul sampai dah ada yang kena menunggu untuk dapat kan seat. Akan tetapi, bila dah tekak ni memang teringin sesangat nak makan ayam penyet dan sambal meletup dia tu, saya gagahkan jugak tunggu untuk dapat kan tempat, anak-anak saya suruh tunggu dalam kereta aje.

Saya order siap-siap apa yang saya nak, so that bila dah dapat tempat, tak payah lah nak menunggu lagi makanan yang di order tu sampai. So far, udang dan sotong celup tepung di Wong Solo adalah yang terbaik, memang kalah kedai makan lain kat area Bangi ni, yang kebanyakan nya bila order udang dan sotong celup tepung semua jadi cekodok udang dan sotong, kat Wong Solo memang the best, sambil taip sambil telan air liur, hahah.

Pada saya, speciality Wong Solo adalah sambal ayam penyet dia tu, sedap, pedas, kena betul dengan tekak saya, pencinta makanan pedas ni.  Korang dah pernah makan di restoran Wong Solo ? Nanti cuba ehh. Selamat berhujung minggu. Tata


Thursday, February 6, 2014

NAFSU

As salam semua.

Memang bernafsu besar kalau bab makan, kalau bab lain pun, besar gak nafsunya, hahah.


Makan roti letak telur mata kuning dia cair, pastu tambah kan tomato, timun dan sos pun boleh buat saya rasa bahagianya, sedapnya breakfast macam ni. Tekak orang spesis tembam ni memang marvellous wa cakap lu.


Haaa, nin dia, breakfast poyo cenggini yang hanya di amalkan setahun sekali aje, hahah. Kalau di jadikan amalan dari 30 tahun dahulu, saya dengan Cik Ta tu macam tak de perbezaan lah kaedahnya, hahah.

Esok dah Jumaat ?? Huhu, cepat sangat sangat masa berlalu.


Wednesday, February 5, 2014

CONFIDENT ITU PERLU

As salam semua.

Korang pemalu ehhh. Saya ? Memang tak lah, hahah. Bak kata kawan saya ni, campak lah saya kat mana pun, memang boleh hidup, sekejap aje dah dapat kawan :)

Saya punya sifat confident memang selalu di tangga teratas, buat lah apa pun, confident aje, walaupun kengkadang ke laut, hahah.


Sesi aerobik yang di jalankan kat office ni masih berlangsung dengan jaya nya, 3 kali seminggu, antara rajin dengan malas aje nak pergi. Saya suka aje, sebab bersenam ala-ala manja gitu, gegedik sikit kat padang, keluar peluh, okay lah tu kan. Tapi memang tak akan nampak saya jadi kurus lah sebab pengambilan makanan melebihi senaman, hahah.


Tu semua gambar yang ada anak panah tu menunjukkan saya lah tu, kemain confident duduk kat depan, macam kan bagus, menanah mata orang kat belakang saya menengok saya bersenam, hahah.


Ini step joget ala makcik makcik, kemain nak kena angkat tangan bagai. Kebanyakan yang datang ni mesti ada geng dia orang sekali, saya kalau tak ada geng pun saya terjah aje, janji dapat bersenam. Saya memang suka berada di depan, senang nak tengok step instructor tu, confident kata nya kan :P


Ada yang tak suka aerobik ni, kata dia orang tak high impact lah, tak berpeluh sangat, lambat kurus, akan tetapi, saya suka aje sebab saya tak suka berjogging, dari tak keluar peluh langsung, baik lah bersenam manja-manja cenggini, janji bersenam dan keluar peluh tu, badan pun jadi sihat.

Tahun lepas saya banyak ponteng, tahun ni kalau boleh, 3 kali seminggu tu saya mesti join :)


Tuesday, February 4, 2014

CERITA MAKCIK MAKCIK

As salam semua.

Blog makcik makcik kan, maka nya cerita pun cerita makcik makcik aje lah yang ada nya pun :)


Biasa lah, dalam seminggu tu, mesti akan ada terselit menu nasi goreng untuk bekalan breakfast. Untuk memudahkan kerja saya di pagi hari, selalu nya saya akan buat macam ni, cili padi, bawang putih dan bawang merah yang sudah ditumbuk diletakkan dalam bekas, saya suka guna lesung batu aje untuk menumbuk ni semua, feeling feeling makcik di desa, hahah. Nasi yang nak digunakan pun saya dah siap-siap gaulkan dan masukkan dalam peti sejuk, bangun pagi nanti, senang banyak dah, tinggal nak gorengkan aje :)

Setakat ni, saya masih lagi meneruskan bawa bekal untuk breakfast dan lunch di office, bahan mentah kat pasar pun kemain mahal sekarang, memang berbaloi sungguh bawa bekal ke pejabat sebab kafe di office saya pun dah naik kan harga makanan dia orang :(


Monday, February 3, 2014

SYIOK

As salam semua.

Fuyooo, ramai nya yang sambung cuti, kemain clear lengang jalan raya, mak encik kemain lenggang kangkung hari ni ke tempat kerja, keluar umah pukul 7.55 pagi, sampai ofis 8.05 pagi, phewww lagi seminit nak merah u alls :)


Kat office yang memang tak ramai ni menjadi lebih sunyi sepi aman damai lah bila ada yang bercuti, saya nak amik mood seperti gambar di atas dan enjoy kan diri sendiri di cubical saya hari ni, jap jap nak cari lampu kelip kelip, nak pasang jap, hahah.

Selamat bekerja u alls :)