Monday, March 31, 2014

SEMANGAT !!!

As salam semua.

Yeahh, semangat semangat ! Badan pun, kemain, kuss semangat, muahaha. Dari tahun lepas lagi saya dah berjinak jinak untuk merajinkan diri untuk bersenam. Untuk makluman, walaupun dah beberapa bulan saya ikut group aerobik bersenam di stadium, saya masih lagi belum mengalami penyusutan berat badan, muahaha, gelak dulu sebab tahu silap sendiri yang tidak langsung mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur, pergi bersenam pun cuma 3 kali seminggu, macam mana nak turun berat badan kan kan kan. Akan tetapi saya telah set kan minda saya untuk menjadi lebih positif dan pro aktif iaitu, biar lah tak turun berat, janji tak bertambah, boleh gitu ??


Maka nya saya telah membeli ketiga-tiga kasut di atas sebagai pembakar semangat untuk saya lebih rajin bersenam. Macam tak relevan kan ?? Well, kat group aerobik ada tema pakaian, walaupun saya tak selalu sangat mengikut tema tu, at least kasut saya ada sipi sipi warna tema dan terus buat saya terasa bersemangat untuk bersenam dengan bersungguh-sungguh sehingga mengeluarkan peluh mencurah curah gitu, hahah.

Bersenam adalah baik untuk kesihatan, jom bersenam. Jangan contohi saya, dari dulu malas betul nak bersenam, semenjak dua menjak ni aje keinsafan tu ada, tapi adalah lebih baik lambat dari tidak mula kan langsung, setuju tak ??

Thursday, March 27, 2014

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG, DAH JADI BULUH SUSAH NAK LENTUR

As salam semua.

Tajuk paling panjang yang saya pernah buat untuk entry blog, hihi. Semua masih lagi bersedih dengan apa yang telah berlaku pada MH370, teruskan berdoa yang baik-baik agar semua kekusutan terlerai dan kehidupan perlu diteruskan.


Tahun ni Mimi dah 8 tahun, makin banyak kerja yang dia suka nak bantu saya di rumah, syukur alhamdulillah sebab bila dia selalu tengok kak long dan angah bekerjasama tolong mama dan babah, dengan sendiri nya dia pandai nak menolong, kadang-kadang tu sampai naik rimas pun ada sebab kerja yang tak sesuai untuk dia pun dia nak buat juga :)

Kali ni dia tolong saya ampai kan baju, saya siap-siap hanger kan semua baju, dia tolong susun kan di ampaian, tu dia tengah menyusun baju ikut apa yang saya selalu buat, baju kecil susun dengan baju kecil, baju besar susunkan dengan baju besar, baru lah nampak kemas dan teratur ampaian tu. Tak cukup tinggi lagi untuk gantungkan baju tu, siap gunakan kerusi adik dia untuk buat juga, gigih kan.

Melentur buluh biar dari rebung nya, kalau dah jadi buluh nanti memang susah nak lentur, masa tu kita sebagai mama jangan lah rasa nak marah bila anak tak nak menolong sebab dari kecil kita tak didik dia untuk bantu kita buat kerja. Akan tetapi jangan sampai menyalahgunakan tenaga anak untuk membuat kerja  yang tidak sesuai dengan umur mereka. Sekian.

Monday, March 24, 2014

RAMBUT SAMA HITAM, SELERA LAIN-LAIN

As salam semua.

Yeah, cuti sekolah seminggu, mari lah berehat dari rutin harian secukupnya, jadi lah walaupun cuti cuma 1 minggu :)

Bila hujung minggu outing dengan family, mula lah masing-masing akan senaraikan mana yang nak disinggah dulu, apa yang nak dibuat dan apa yang nak dibeli.

Kali ni kak long nak singgah kat kedai kek berhampiran rumah kita orang, nak beli kek kata nya, teringin dari hari tu lagi, mengalahkan orang mengidam kaedahnya.

Masing-masing ada pilihan, ikut kan aje lah.


Blueberry cheese cake, serious wehh, sedap melampau kek ni, boleh repeat beli lagi.


Kek tiramisu ni lah idaman kak long.


Rainbow kek menjadi pujaan hati Mimi. 


Kek lapis oreo, pun meletop letop sedap nya.  

Friday, March 21, 2014

KONSISTENSI

As salam semua.

Ehh sebelum mak encik terlupa, semalam ada adik yang tanya pasal resepi carbonara, ni haaa resepi nya dik, ini cara mak encik buat lah ye, cara orang lain mak encik tak tahu :) Jangan lah tanya resepi aje dik, buat nya tak, muahaha, ikon senyum lebar nampak gigi rabbit :)

Perghhh tajuk kemain macam bagus, hahah, padahal nak cerita konsistensi mak encik membawa bekal setiap hari ke pejabat aje pun. Mak encik pun tak sangka yang urat rajin berfungsi dan bertahan kemain lama untuk membawa bekal ni, ingatkan tahun lepas aje rajin, perghhh, tak sangka rajin tu terbawa-bawa sampai ke tahun ni sambil tepuk tepuk bahu sendiri, hahah.


Tapi bawa bekal simple aje lah, janji lepas piawaian anak tekak sendiri dan mengenyangkan perut 3 lapis mak encik ni. Kicap tetap perlu ada, kalau takde kicap, pincanglah irama, rosak lah lagu, hahah.


Sambal udang dan telur dadar letak bawang banyak banyak dan cili padi di sertai dengan nasi dan kicap kicap kicap dan kicap, hahah.


Bawak satu lauk pun dah mencukupi, ikan gelama masak kari tanpa santan dan bendi. Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang :)

Selamat berhujung minggu. Tata

Thursday, March 20, 2014

TEKAK ANAK

As salam semua.

Ye, it is tekak anak dengan membawa maksud mengikut permintaan tekak anak-anak, kalau anak tekak, barulah membawa maksud kepada anak tekak mak encik sendiri :)


Apalagi kegemaran dia orang kalau bukan spaghetti carbonara ni. Itu pun saya sengaja tak ikutkan sangat, sebab kalau nak diturutkan ada aje permintaan untuk menu ni setiap minggu ok. Mana elok makan selalu kan, sebulan sekali ok lah kot.

Sekarang ni saya pulak mengidam mee kari, akan tetapi hari sabtu dan ahad ni dah bersusun program nya, nak makan mee kari air tangan sendiri baru best, kalau beli nanti ada aje yang kena dengan tekak manja mak encik ni.

Wednesday, March 19, 2014

"MAK TIRI"

As salam semua.

Kat office ni panggilan mak tiri dan mak encik adalah sinonim, mak encik tak kisah sebab sendiri tahu peel cerewet tentang kemas atau bersihnya persekitaran tu memang mengundang menyampah, hahah. Tapi sekarang dah banyak baik nya dari dulu, banyak bersabar dan buat sendiri, kalau dulu siap bebel bebel sambil tangan mengemas. Padahal, mak encik yang sibuk nak mengemas sendiri, orang lain tak suruh pun tapi kalau bersepah mula lah berhangin.


Hahah, tak boleh blah nengok gambar ni tau, kemain serius muka, siap pegang pembaris lagi tu, elok aje 4 orang ni dok mendengar mak encik bebel bebel manja, ikon jelir lidah :P

Kejadian masa kemas stor hari tu, dari awal sampai habis memang pegang pembaris tu aje lah, senang nak di debik manja bebudak ni kalau banyak memain dari mengemas, hahah.

Tata.

Tuesday, March 18, 2014

SARAPAN

As salam semua.

Dah breakfast ? Hari ni saya breakfast roti bakar di sapu marjerin dan taburkan dengan serbuk milo, hrmm sedap dan satu mug susu Anlene.


Umur dah nak masuk 40 tahun ni baru lah saya terhegeh hegeh nak minum susu Anlene u alls. Sebelum ni rasa sumber kalsium dah cukup untuk tubuh badan, dah nak masuk 4 series ni kena lah rajinkan diri minum susu Anlene untuk kekal sihat cergas di masa akan datang, insyaallah.


Suka pulak saya dengan roti potato bun with custard filling dari Top Baker ni, bancuh sekali nestum 3 in 1, cukup mengenyangkan untuk pagi tu.


Scrambled eggs + sosej, taburkan pepper sikit dan letak lah sos cili atau mayonis kalau nak, bersarapan dengan satu mug susu Anlene.


Mengidam sesangat nasi lemak telur mata kuning cair dan sambal kerang, bila dah dapat, terang biji mata sampai ke petang, hahah.


Sardine rolls + green tea with lemon.

Dah, itu aje. Jom sambung buat kerja :)

Monday, March 17, 2014

JOM BORAK

As salam semua.

Hari ni dah masuk hari ke 10 sejak MH370 hilang, banyak petunjuk dah ada, tapi belum rezeki kita semua untuk menjumpainya, teruskan berdoa kawan-kawan :(

Macam biasa, hari ni hari Isnin, disyaki ramai yang akan liat, moody dan murung untuk memulakan langkah ke tempat kerja, hihi. Mood saya ?? Alhamdulillah, setakat hari ni, sentiasa okay, belum pernah lagi saya pergi ke office dengan muka moncong seharian, semoga sifat ceria saya ni akan berkekalan dan disenangi ramai :)

Selalu nya bila dah ada cuti 2 hari tu, saya hanya pilih satu hari sahaja untuk berlibur dengan family di luar, satu hari lagi memang saya peruntukkan sepenuhnya untuk menguruskan hal-hal di rumah macam suri rumah yang lain kecuali jika saya perlu menghadiri kenduri saudara mara atau sahabai handai untuk kedua dua hari cuti, maka nya, lagi ligat lah saya mengatur cara membuat kerja supaya dapat rehat secukupnya sebelum memulakan kerja di pagi Isnin.

Ini ada yang memperuntukkan 2 hari tu untuk pelbagai aktiviti, bila dah start hari Isnin, mula lah muka mengantuk moody di bawa ke office, dalam seminggu mesti ada terasa nak ambil cuti sebab rasa tak cukup rehat, kalau boleh elakkan selalu buat macam ni ye kawan-kawan, badan kita ni memang kena dapatkan rehat secukupnya baru minda kita ni akan segar dan automatik kita akan jadi ceria :)


Menu simple saya di hujung minggu. Sup sayur kobis + fishball, ikan goreng, tempe goreng + cili kicap dan sambal udang. Siap masak pukul 10 pagi, hidangkan dan saya terus sambung buat kerja yang bersusun untuk hari tu. Nak tukar cadar, nak kemas stor, nak ketuk carpet, nak basuh kereta, nak menyapu, nak mengemop, buat semua kerja dengan pantas lagi ligat dan semuanya saya mesti siapkan sebelum solat Asar sebab lepas solat nak keluar bawa anak-anak beriadah di padang pula. Balik dari padang mesti selewat-lewatnya pukul 7 untuk semua siap mandi dan bersihkan diri untuk solat Maghrib dan makan malam. By 9.30 semua orang dah boleh berehat secukupnya untuk bersedia ke sekolah dan ke tempat kerja keesokan hari nya :)

Saya memang suka mendisiplinkan diri dalam mengatur cara kerja saya, kelemahan saya cuma satu aje setakat ni iaitu saya gagal mendisiplinkan tekak yang suka makan, hahah. Saya memang tak setuju kalau ada yang mengatakan tak cukup masa nak buat itu ini, tak cukup tidur, bla bla bla. Kawan-kawan, kita yang merencakan kehidupan kita, secara automatiknya kita boleh buat semua tu dengan bijak dan teratur.

Selamat menjalankan tugas kawan-kawan. Jumpa lagi :)

  

Thursday, March 13, 2014

AJAR ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI

As salam semua.

Korang apa khabar ? Mesti semua pun sedang bersedih dan masih ternanti nanti berita selanjutnya tentang MH370 yang menjadi satu persoalan di seluruh pelusuk dunia. Saya pasti, semua pun mendoakan agar ianya baik-baik aje, insyaallah.

Ada kawan yang bertanya, macam mana saya ajar anak untuk tidur di bilik sendiri. Okay jom saya share kan kat sini. Untuk kak long dulu, dia tidur di bilik sendiri hanya ketika berusia 5 tahun, agak lewat untuk pisahkan tempat tidur sebab sebelum rumah sendiri siap, saya masih tinggal bersama dengan kedua ibu bapa saya, maka nya bilik adalah terhad :(

Bila dah berpindah ke rumah sendiri, baru lah ianya menjadi lebih mudah dan angah saya biasakan tidur dalam bilik sendiri dari umur 3 tahun. Okay lah tu, ada yang dah ajar anak tidur sendiri dari usia kecil lagi dari tu, memang terbaik lah korang ni.

Bila dia orang dah ada bilik sendiri, kita sediakan lah kelengkapan bilik tidur dia orang seadanya, kalau ada rezeki lebih, boleh lah mencantikkan bilik tu mengikut selera anak-anak, mesti berganda keceriaan dia orang untuk duduk dalam bilik tu.

Saya juga bagi token kat dia orang selepas berjaya tidur di bilik sendiri, belikan mainan yang dia orang suka, bawa ke tempat yang dia orang nak, semua tu saya tunaikan dengan syarat mesti tidur di bilik sendiri. Actually tak kisah lah korang nak bagi apa pun, janji ianya akan buat dia orang gembira sebab dapat sesuatu jika tidur di bilik sendiri. Bagi token ni untuk permulaan aje lah, lepas sebulan dua dia orang dah berjaya tidur sendiri, tak perlu lah lagi.

Nak bagi dia orang tidur sendiri dalam bilik ni memang kita sebagai mama ni kena kuat semangat dan rajin nak melayan kerenah dia orang, kalau korang cepat give up, memang sampai ke sudah dia orang akan membentang tilam dan tidur kat lantai bilik korang :)

Ada yang praktikkan lepas anak dah tidur baru diangkat untuk diletak kan dalam bilik dia orang, terpulanglah ikut keselesaan masing-masing, tapi saya selalu amalkan layan dulu dia orang kat bilik tidur tu, lepas dia orang dah tidur baru saya tinggalkan. Sebelum tidur, saya akan bercerita tapi bukan bercerita guna buku ke apa ke, saya bercerita ikut skrip dan imaginasi sendiri, asal sedap jalan cerita dan anak saya teruja, cukup lah, hahah.

Di samping tu jugak, saya akan pastikan dia orang tak akan minum air yang banyak selepas pukul 8 malam sebab waktu tidur dia orang selewat lewatnya pukul 10 malam, takut nanti minum air banyak akan terbuang air kecil pula di atas tilam. Pastikan sebelum tidur dia orang mesti gosok gigi, buang air kecil dan sebagainya. Lampu bilik air juga saya biarkan terpasang untuk memudahkan dia orang untuk ke bilik air sekiranya dia orang perlu berbuat demikian di waktu tengah malam tanpa mengetuk pintu bilik saya :)

 Sekian sedikit sebanyak yang saya boleh share. Jumpa lagi nanti. Tata

Monday, March 10, 2014

REVIEW BAYOU LAGOON RESORT

As salam semua.

Kemain nak buat review bagai ye :)

All right, kita terus kepada fakta penceritaan entry pada hari ini. Kepada sesiapa yang dah biasa pergi Sunway Lagoon, Gold Coast Morib, Desa Water park, ataupun Tambun ke, jangan lah meletakkan high expectation kepada Bayou Lagoon Resort ni sebab tempat water park dia adalah kecil sangat berbanding yang lenlain tu.

Saya tak faham kenapa management dia sediakan 4, 5 atau lebih blok apartment kat situ tapi hanya menyediakan water theme park yang bersaiz kecil macam ni. Banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh pihak management. Tempat lepak untuk sekeluarga yang datang tu pun kalau tak silap saya hanya ada 3 sahaja, boleh bayangkan tak kalau masa cuti sekolah tu kepadatan dia macam mana ?

Tempat membeli makanan dan minuman dia pun tak menarik dan tak ada pilihan yang banyak untuk pengunjung. Meja dan kerusi yang disediakan pun amat sedikit. Kalau korang tak stay kat sana, entrance fee untuk dewasa dan kanak-kanak adalah RM20 seorang which is saya rasa tak berbaloi sebab tempat dia kecil sahaja dan tak banyak untuk diexplore, even ada satu dua alat yang mengalami kerosakan.


Dalam gambar mungkin nampak besar. Pada yang dah pernah sampai mesti tahu keadaan sebenar nya macam mana. Mungkin juga ada yang tak kisah, janji ada tempat untuk anak-anak main air :)


 Nak main bebola ni kena bayar dulu, saya tak pasti bayaran nya berapa.


Kita orang sampai awal masa ni, so dia orang boleh buat macam kat umah dia orang sendiri. Lepas pukul 4 petang, baru lah menderu deru yang turun, masa tu saya dah tak kuasa nak snap gambar lagi, nengok orang ramai pun dah rimas :)


Salah satu dari dua tempat slides yang ada untuk dia orang main. Beratur dari tangga tu nak ambil giliran, kalau datang time cuti sekolah mahu kena beratur dari belakang tangga gamak nya.


Hakeem melayan perasaan kat sini aje, senang saya nak melayan nya.

Kalau tanya saya nak bagi berapa bintang out of 5, saya bagi 2/5 sahaja.


Friday, March 7, 2014

7/3 @ 8

As salam semua.

7hb Mac. Hari ni birthday anje anje embam mama ni. Pagi tadi kejutkan dia macam biasa, bila dia tengah terpisat pisat gosok mata tu, saya nyanyikan lagu birthday untuk dia sambil peluk peluk cium dia, kemain suka lagi dia, terus laju ambil towel masuk bilik air untuk mandi.

Dah 8 tahun dia, alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik, dia rajin pergi sekolah dan yang paling bersyukur adalah dia sangat mendengar kata :)

Yang penting, kami ada persamaan yang teramat best iaitu suka makan, hahah. Kalau dengan kak long susah sikit sebab kak long memang berangan nak jadi macam k pop, badan nak slim, makan sikit pastu memanjang nya tak nak makan. Tapi kalau dengan Mimi memang ngam, ajak ngunyah keropok sesama pun takde hal.

Doakan mimi membesar dengan baik, sihat dan menjadi anak solehah kebanggaan keluarga, aamiin :)

Thursday, March 6, 2014

POOODAAAH

From: World Bank
Date: 03/06/14 09:43:55
Subject: Important Message


Dear Beneficiary,

We have an urgent matter that requires your immediate attention from the Auditor General's Office of the World Bank. 

For details contact:

Mr James Morrison
Senior Staff Auditor.
World Bank

Saya suka dapat emel cenggini sebab saya boleh reply POODAAAH kat dia orang, hahah. Korang sihat ?? Esok kita jumpa ehh. Tata

Tuesday, March 4, 2014

MOOD SERIUS

As salam semua.

Alhamdulillah, saya baru habis bersarapan. Pagi ni bawa bekal scrambled eggs + sausage, minum dengan satu mug susu Anlene. Korang dah breakfast ?

Pagi ni nak share topik serius, tak nak gelak-gelak, baca dengan muka garang ! Bukan apa, dalam sehari dua ni saya banyak kali dengar orang perempuan memperlekehkan kaum sejenis dia orang. Boleh tak sebelum bercakap tu kita berfikir dulu, tolong lah, selalu lah ingat, benda-benda yang kita kata tu mungkin akan berbalik pada kita suatu hari nanti, kita manusia biasa, mana mungkin kita tahu perjalanan hidup  kita di masa akan datang ?

Kalau ada kawan kita yang dah jadi ibu tunggal, jangan diperlekehkan, malahan kita kena bantu bagi dia semangat untuk meneruskan hidup. Uiiii, jangan sesedap rasa aje cakap dia mesti kena cerai sebab itu, sebab ini, anggap itu semua takdir hidup dia, tak payah memandai mandai nak menambah cerita untuk dia.

Kita kena ingat, mungkin hidup kita sekarang bahagia di samping suami dan anak-anak kita, tapi adakah kita akan tahu apa akan terjadi esok lusa ? Pukul canang kita happy, selesa dengan suami, romantik nya suami kita, satu hari nanti kalau Tuhan pula duga kita dengan perpisahan, macam mana ??

Fikir-fikir kan.