Tuesday, April 29, 2014

PROPA LEBIH

As salam semua.

Siapa propa ? 

Mak encik lah, muahaha, tapi propa mak encik kurang sikit dari Kiah Propa sebab Kiah Propa keluar tv, mak encik propa kat blog sendiri jer, muahaha.


Kursus yang telah mak encik hadiri minggu sudah. Memang best. Banyak benda baru yang mak encik belajar, selalunya jadi pengacara tak rasmi kat rumah sendiri jer, kali ni belajar macam mana gaya nya nak menjadi pengacara di sesebuah majlis yang formal gitu.

Setiap seorang peserta kursus diwajibkan menyediakan skrip sendiri untuk majlis yang akan di acara kan. Mak encik memilih menjadi pengacara untuk majlis persaraan rakan sejawat, maka nya, mudah lah nak mengarang skrip tu sebab situasi tu memang berlaku di office sendiri. Bila dah ada skrip, semua peserta akan direkodkan cara dan gaya pengacaraannya untuk dinilai oleh 2 orang juri yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan di universiti ni.


Haaa ! Sebesar alam mak encik di layar nun, muahaha. Nasib baik semuanya berjalan lancar hari tu, mak encik rilek aje, buat macam bagus aje, macam good good aje,  ikon kenyit kenyit mata kat korang, muahaha. Bakat terpendam mak encik sebagai pengacara akan digilap lagi oleh pihak juri selepas ini, entah iye entah tidak, kita tunggu aje tindakan selanjutnya dari pihak berkenaan ye :)


Monday, April 28, 2014

DUA JER TAPI KEBABOM

As salam semua.

Mari lah dengar sesi keluh kesah mak encik di kala mengalami catuan air. Sabtu dan Ahad hari tu takde air, hari ni baru ada kata nya, boleh bayangkan tak, hari Sabtu dan Ahad bila semua orang ada kat rumah, air pula takde, memang lah ada tadah air dalam bekas dan air tangki tu, tapi still, hanya yang mengalaminya aje yang paham, tu belum kira entah berapa kali asyik terbuka kepala sink, asyik terlupa takde air, boleh bayangkan tak, macam mana havoc havoc havoc nya mak encik 2 hari lepas :(

Jumaat minggu lepas, entah pukul berapa baru mak encik sekeluarga dapat melelapkan mata, kita orang kasi settle kan semua dobi mendobi basuh kasut menyapu mengemop malam tu juga :) 


Sabtu pagi, lepas breakfast terus kelentang kelentung siapkan memasak dulu sebab nak keluar pergi beli barang dapur yang dah kehabisan. Macam biasa, dapur tetap berasap walaupun air takde. Menu senang lagi mudah, asam perdas ikan sardin.


Masak 2 jenis lauk ni aje. Sayur siew pak choy + fishball + taburkan ikan bilis. Cukup lah tu, nasib baik suami dan anak-anak tak cerewet, syukur alhamdulillah.

Hari ni ada banyak kerja yang perlu disettlekan, jom sambung buat kerja :)




Friday, April 25, 2014

LUNCH JUMAAT

As salam semua.

Bertemu kita selagi lagi dalam entry bergambar dengan cerita ulangan nya iaitu membawa bekalan ke tempat kerja, muahaha.

Bila hari Jumaat, rehat panjang dari jam 12.15 - 2.45 petang, dari dulu lagi, mak encik memang tak suka kemana-mana kalau rehat panjang ni kecuali kena keluar hantar dan menjemput anak balik dari sekolah. Mak encik memang suka menghabiskan masa bersendiri di depan laptop sambil menonton apa saja citer kegemaran mak encik. Dulu ada juga kengkawan yang rajin ajak keluar bila rehat panjang ni, tapi bila mak encik asyik menolak aje, lama kelamaan dia orang pun boring nak mengajak, muahaha.

You know why mak encik suka sangat melayan perasaan sendiri di waktu rehat nan panjang ni ? Sebab nya, dah lah kat rumah tu sentiasa masa mak encik dipenuhi dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan, maka nya, bila waktu rehat panjang ni lah, mak encik boleh sesuka hati berehat buat apa sahaja yang mak encik suka. Jarang sangat mak encik menghabiskan masa rehat yang panjang ni kat luar kecuali betul-betul ada keperluan untuk berbuat demikian. Segala barang dapur semua nya mak encik selalu beli masa hujung minggu.


Tepat jam 12.15 aje, mesti padamkan lampu, mari mengadap desktop sambil menikmati bekalan yang dibawa dari rumah, hrmmm, memang syiok lagi best. Bila 2.45 petang aje, terus siap sedia sambung kerja macam biasa. Ni kalau dah keluar, tak tentu boleh balik on time, kena ambil masa lagi untuk solat, pukul berapa nak start sambung buat kerja semula, huhu.


Bekalan penuh kasih sayang dari bonda mak encik. Ada rendang udang, ikan cencaru sumbat belakang dan sambal tempoyak. Sedapnya. Ye, kicap tu memang over, selagi tak hitam menutup nasi tu memang mak encik akan tuang dan tuang dan tuang :)


Kari ayam, ulam timun dan sambal tempoyak. Mengadap citer hantu tahun 80 an, Sundel Bolong, sambil makan sambil pandang kiri kanan, tak ke pandai namanya, muahaha.

Sabtu dan Ahad ni rumah mak encik takde air, moh ke sungai membasuh kain baju dan kasut sekolah anak-anak, saya sayang Selangor, percayalah !!!!!

Wednesday, April 23, 2014

CERITA SEMALAM & HARI INI

As salam semua.

Semalam kan, mak encik attend Kursus Pengucapan Awam & Pengacaraan Majlis, hari ni pun ada, tu yang sibuk bebenor ni, dengan kerja hakiki di office, dengan attend kursus, dengan Mr.R yang sibuk stock take minggu ni, mak encik kena settlekan ambil kesemua anak-anak di petang hari, wuiiiii, di tambah dengan catuan air, pastu nak kena masak dinner on time, semuanya membuatkan mak encik terkejar-kejar dan selamat beradu tepat jam 10 malam tadi, pagi ni rasa fresh giler, terbuntang buntang mata ni, muahaha.

Kursus ni best betul, semalam, masa dia suruh semua peserta berucap mengikut skrip yang diberikan, lepas tu penceramah akan terus bagi komen masa tu juga, terasa macam masuk audition Kilauan Emas kena kondem dengan juri, muahaha. Boleh dia kata, mak encik ni mesti garang orang nya, baca skrip pun intonasi tu kedengaran garang, muahaha, apsal bijak sangat penceramah ni menganalisa mak encik.

Pagi ni lagi best oii, ada shooting untuk semua peserta kursus, berucap menggunakan skrip yang disediakan sendiri, petang nanti akan ada sesi tayangan semua klip video. Mari berdoa supaya mak encik akan nampak flawless dan tidak tergagap gagap masa tu, muahaha.

Bye bye korang, gi sambung buat kerja ehhh.



Monday, April 21, 2014

WUHOOO !

As salam semua.

Wuhooo ! Semalam air mula ada dalam pukul 11 pagi, macam biasa, bila baru nak ada, kecik aje lah pengalirannya tu, maka nya kena lah bertabah dan bersabar sekiranya benar bagai di kata catuan akan berlanjutan sehingga Ramadhan, ikon air mata meleleh kat pipi si tembam, muahaha.


Ini antara menu di kala catuan melanda, perlu masak seringkas yang mungkin, tapi perlu sedap, hahah. Saya masak tomyam, sotong kunyit dan goreng telur dadar aje, cukup lah tu. Saya boleh bayangkan kalau catuan di bulan puasa, saya masak satu jenis lauk berkuah dan sejenis sayuran sahaja, sebab air memang banyak diperlukan ketika memasak, dengan mencuci bahan-bahan masakan, dengan periuk kuali belanga, pinggan makan cawan semua boleh lah gunakan yang pakai buang, periuk belanga mana nak ada nya !

Ni dah seminggu lori sampah tak datang pungut sampah, sila bayangkan tempat sampah di rumah orang yang rajin masak macam saya ni, ikon angkat kening sambil kenyit kenyit mata, hahah, dugaan lagi tu, ehh by the way, saya sayang Selangor, tetiba bayangkan ikon jelir lidah, ok bai !

Thursday, April 17, 2014

HAKEEM

As salam semua.

Akish, engko ni memang tau, takde entry, baru lah engko gheti nak tinggalkan komen kan, kalau tak tu memang tak nampak jejak engko kan, muahaha. Tq Akish, tanpa Akish, kuranglah sorang geng akak kat blog ni :) Siapa Akish ? Tak payah tahu lah ehh, cerita pun nanti bukan nya korang kenal pun, muahaha.


Derr, handsome sangat ke buat rambut macam tu, siap ber gold dust bagai. Sakit pulak hati mak encik menengoknya, tak berkenan wei ! Ni kerja Mr.R dengan angah dia, di bawak nya budak kecik ni pergi salon gunting rambut pastu dibiarkan nya tukang gunting tu ber eksperimen dengan rambut budak kecik ni. Mak encik tak suka gaya rambut cenggini, mak encik suka gaya rambut anak mak encik macam good good aje, muahaha.


Kemain rambut pacak bagai, dia tak nak basuh rambut sampai ke malam ok, nasib baik tak request tidur bersandar, muahaha.


Ni dia rupa sebenar Hakeem, nampak aje macho macam gambar kat atas tu, tapi sebenarnya pencinta puting, muahaha. Meronda naik motor pun nak hisap puting, susah betul dia ni, dah masuk 4 tahun pun masih susah nak tinggalkan puting, lagi dia suka puting tu 24 jam ada dalam mulut dia. Mak encik nak cuba petua kawan mak encik bagi, letak cili dengan asam jawa kat puting tu dan tengok reaksi dia, apa jadi nanti mak encik citer ehhh.

Tuesday, April 15, 2014

BALIK BALIK CITER NI AJE LAH

As salam semua.

Gelak dulu, muahaha. Macam biasa lah ye, bila buka blog mak encik, balik balik gambar bekal, balik balik gambar makanan, tekup muka bukak, tekup muka bukak, cakkkk, eiiii ada rasa nak lempang mak encik tak, muahaha. Engkorang jangan memperkecilkan usaha mak encik ye, nampak tak kesungguhan mak encik edit gambar siap bubuh watermark sebesar alam, tu baru watermark kat gambar bekal, belum watermark kalau tempek gambar jelita mak encik, bahaha.


Bawak bekal tumis air taugeh & tauhu dan sambal garing ikan bilis. Kicap tu nak kena bagitahu gak ke, muahaha.

Asam pedas kepala ikan tenggiri + bendi, oiiii sedap ooii, lawankan dengan telur mata kicap dan sambal belacan, 1 pot nasi, mak encik sorang boleh hadap, ikon kelip kelip mata perasan comel ;)


Mee goreng 5 star baq hang, muahaha. Goreng mee untuk sarapan. Presentation oleh Mr.R, dia ni kalau bab menghidang memang no 1, bini dia pulak, bab makan aje no 1, muahaha.


Hari tu kawan belanja makan kat Kenny Rogers. Tq pak encik, semoga dimurahkan rezeki dan lagi dan lagi dan tahniah atas kenaikan pangkat tu ye :)


Suka suka suka sangat dengan tempe selain dari kicap. Beli sebekas macam  ni buat ratah macam tu aje. Korang kalau nak kulit flawless gebu macam mak encik, sila lah jadikan tempe sebagai kudapan harian.


Pisang tanduk goreng, sekeping nipis macam ni 50 sen. Zaman sekarang memang takde yang murah ye kengkawan, nak murah sila lah tanam pokok pisang dan goreng sendiri, huhu.

Sekian. Bakal berjumpa lagi di lain entry yang akan dipenuhi dengan gambar makanan juga, muahaha.

Monday, April 14, 2014

REHAT TAK REHAT SANGAT

As salam semua.

Cuti sabtu ahad memang terbaik wa cakap lu, tak ada slot nak bersandar bersantai lelama, ada macam-macam kerja yang mak encik nak siapkan, keluar masuk keluar masuk rumah entah berapa kali, naik menyampah pintu rumah menengoknya, muahaha.


Minggu lepas pun sama, entah apa yang sibuk tak habis-habis, mak encik pun tak tahu. Akan tetapi, tanggungjawab untuk memastikan dapur mak encik sentiasa berasap tu wajib walaupun sesibuk mana pun, biar ringkas dan tak canggih menunya, janji masak wa cakap lu. Macam kan kalau ada masa, mak encik masak menu kebabomm, muahaha.

So menu nya adalah sup petola campur suhun campur telur, ayam goreng berlada, ayam goreng dan menu wajib tempe goreng untuk mengekalkan keanjalan kulit, muahaha.

Sabtu ahad tak berapa cukup rehat, di sambung dengan Isnin yang kerja banyak untuk disiapkan, lagi lah tak dapat nak berehat, moh sambung buat kerja weh !

Friday, April 11, 2014

HANGAT HANGAT TAHI AYAM

As salam semua.

Maksud hangat hangat tahi ayam adalah tidak bersungguh sungguh, ye, saya lah tu, kalau bab bersenam dan yang sewaktu dengannya, saya memang adalah spesis hangat hangat tahi ayam, muahaha.


Oleh kerana itu, Mr.R suruh saya berfikir banyak banyak banyak kali sebelum saya hendak membeli treadmill seperti di atas ni. Mungkin ada yang fikir, alah 6, 7 ribu tu murah aje, tapi bagi saya,  6, 7 ribu tu sangat besar nilainya.  Mr.R suruh saya berfikir lagi dan lagi dan lagi sebab sebelum ini saya pernah membeli 3 peralatan untuk bersenam yang mana akhirnya menjadi tukun dan tempat ampaian baju di rumah, malahan lebih teruk lagi, bila dijumlahkan ketiga-tiga benda tersebut, jumlah nya cukup untuk saya membuat build in kabinet yang cantik untuk tv di bawah tangga, muahaha.

Saya memang ada cita-cita nak beli satu treadmill untuk bersenam di rumah, mana lah tahu, dengan ada nya treadmill ni, saya boleh makan nasi 2, 3 pinggan tapi berat saya tetap maintain, muahaha. Mr.R memang bagus weh, tak pernah komplen mahupun menghentam saya dengan peel saya yang beli lepas tu tak buat dan kekal sihat tembam sepanjang zaman, dia selalu bagi kata-kata positif macam kat atas tu aje lah, suruh fikir banyak banyak banyak kali sebelum beli sebab dia tahu bini tembam dia ni beli aje tahu lepas tu memang tak akan digunakan sepenuhnya :(

Masa saya try gunakan treadmill seperti kat atas tu, memang best lah, gunakan 15 minit aje pun, peluh keluar dah macam apa, belum saya gunakan 30 minit ataupun 45 minit, confirm betis bunting gajah akan menjadi betis bunting padi, muahaha.  Selamat berhujung minggu semua. Sampai ketemu lagi.

Thursday, April 10, 2014

BIKIN SENDIRI PUAS HATI

As salam semua.

Hari Khamis dah ? Cepatnya masa berlalu sambil mak encik membelek-belek kalendar di depan mata :) Tup tup nanti dah puasa, tup tup nanti dah raya, tup tup nanti dah hujung tahun, tup tup 2015 menjelma, masa semakin pantas berlalu, korang dah habis ganti puasa, haa, iklan kejap, huhu.

Orait, let's borak borak. Korang tak suka makan ehh ? Jaga badan ehh ? Jaga kesihatan ehhh ? Bagus, keep itu up, mak encik memang tak join ahh korang, muahaha.


Ni kalau gi order banana split kat restoran dah berapa ringgit sebekas macam ni ? Maka nya marilah kita beli semua bahan-bahan tu dan kita bikin sendiri lah. Beli aiskrim vanilla, beli pisang berangan, beli coklat chips, beli coklat urai berwarna, beli biskut apollo, beli hershey's coklat tu, moh bubuh lah berapa banyak yang korang suka, gerenti puas hati, ikon senyum sambil kenyit kenyit mata, muahaha.


Cantik sangat rasa nya dessert mak encik ni, muahaha. Gigih potong limau bersegi segi macam tu, muahaha lagi. Memang terbaik bikin sendiri kan, boleh makan puas puas dengan bahan-bahan ikut suka hati tekak sendiri.

Makan adalah terapi terbaik untuk mak encik. Sekian.

Wednesday, April 9, 2014

TAJUK NYA IALAH BILA AIR TIADA

As salam semua.

2 hari tiada air, 2 hari ada air, maka nya semalam ada bekalan air, pheww, basuh baju bajan kat umah yang berbakul, stock up air untuk bekalan masak dan kegunaan harian. Moga berat akan berkurangan beberapa gram semasa ketiadaan bekalan air ni, muahaha.


Ni stok air kat toilet office, bila tahu aje kawasan office ni terlibat dalam catuan terkini SYABAS, mak encik terus call supplier minta hantarkan 2 lagi tong air besar untuk kegunaan di office. Sebelum ni dah ada 1 tong air besar, tapi memandangkan jadual baru ni dah keluar, elok lah kiranya ditambah lagi tong air tu, nak mengharapkan bebudak office lain pikir pasal ni memang tak lah, muahaha, maka nya mak encik dengan rela hati nya menguruskan ni semua untuk dia orang, baldi tu sampai 4 saya order, termasuk gayung ok, biar setiap toilet ada baldi dan gayung masing-masing, tidak lah nanti asyik kena kidnap aje baldi tu, kejap kat bilik ni, kejap kat bilik tu, haaa, perangai mak mak menguruskan anak-anak dan rumahtangga terbawa-bawa menguruskan hal ketiadaan air di pejabat, muahaha.


Set pinggan mangkuk cawan terkini mak encik di rumah, kalah arcopal & pyrex u alls, muahaha. Koser nak membasuh pinggan mangkuk di kala nak menjimatkan air ni, basuh periuk belanga je cukup. Stok pinggan mangkuk cawan pakai buang dijangka mencukupi hingga hujung tahun, muahaha.


Koser mak encik nak beli tong air bebanyak, esok bila air dah kembali pulih seperti sediakala, mana pulak mak encik nak humbankan segala tong air besar gedabak tu, maka nya, mak encik gunakan semua bakul baju mak encik yang sememangnya berlambak kat rumah tu, mak encik alas kan dengan plastik hitam berkualiti tebal dan terbaik tu, tadah lah air kat situ, buat masa ni, baju semua sila humban terus ke lantai, muahaha.

Malam ni gigih lagi menadah air untuk bekalan 2 hari selanjutnya, phewww.

Tuesday, April 8, 2014

MERIAH !

As salam semua. 

Meriah, meriah, meriah dengan gambar makanan seperti biasa u alls, muahaha. Bila catuan air bermula ni saya punya menu semalam kat rumah tu harus bertukar menjadi menu se simple yang boleh. Semalam saya hanya menyediakan satu lauk sahaja iaitu lauk pindang ikan tenggiri dan makan dengan sambal garing beserta ikan bilis.

Jom nengok koleksi gambar makanan mak encik yang tak berapa banyak ni.


Bekalan pagi. Mak encik bawa egg sandwich, puas hati bila buat sendiri, segala macam sayur mayur boleh letak. Hari tu beli egg sandwich kat kafe, seciput aje inti sandwich nya. Actually saya tak kisah kalau beli makanan tu sedikit mahal janji ramuan nya cukup dan bahannya banyak dan sedap. 


Nasi goreng kampung dan nugget. Sarapan kat rumah. Dah banyak mak encik cuba nugget dengan pelbagai jenama di pasaran sekarang ni, nugget Ramly juga menjadi pujaan hati mak encik.


Bekalan untuk lunch. Ada rendang ayam dan sambal udang. Air tetap green tea dan lemon. Bagus tau air ni, dah berbulan mak encik amalkan, berkesan lah juga untuk memastikan berat tak naik walaupun tak turun, muahaha.


Ikan bawal masak kari tanpa santan, telur mata kuning cair dan ulam timun jepun. Ngadap lunch di hari Jumaat, rehat lama dari 12.15 - 2.45 petang, mak encik makan aje kat depan desktop, layan kan pulak Abang Jebat dan Mastura, hrmmm memang syok ahhh.

Monday, April 7, 2014

SIBUK SIBUK SIBUK

As salam semua.

April adalah bulan yang amat sibuk untuk saya, kat office kita orang ada event dengan pelajar setiap minggu sampai kan ada rakan sepejabat yang kena bertugas di hari Sabtu mahupun Ahad, persiapan dengan kakitangan yang tak cukup di office membuatkan pergerakan saya memang macam lipas kudung sampaikan last week nak join aerobik pun tak berkesempatan dek kerana sibuk menyiapkan semuanya.

Kat rumah pulak dah start catuan air, lagilah bertambah tambah sibuk, nak menadah air, nak buat semua kerja sebelum bekalan air dihentikan, dengan kak long ke tuisyen, Mr.R pulak ada event bowling, lagi lah ligat saya menyusun atur kerja-kerja di rumah tanpa bantuan, memang terasa penatnya, malam tadi lepas Isyak, pukul 9 saya dah selamat beradu :)


 Bersarapan bekal cekodok penyet dan satu mug susu anlene. 


Cekodok penyet hidangan untuk anak-anak sebelum ke sekolah dan untuk bekalan mereka.


Bancuhan cekodok mengikut anak tekak dan selera saya, tepung gandum, ikan bilis yang di blend, garam, bawang besar yang dihiris, air suam secukupnya dan yang penting mesti sedikit lembik dan digoreng tidak terlalu garing, hrmmm memang sedap.

Jom sambung buat kerja.

Thursday, April 3, 2014

TAK TAMAK SEBAB SEDAR DIRI

As salam semua.

Terima kasih Nuffnang, walaupun blog mak encik ni blog suam suam kuku kaki jari dan tangan, muahaha. Akan tetapi, alhamdulillah, ada aje rezeki untuk blog mak encik. Memang berpadanan lah dengan rezeki tu bila dibandingkan  dengan visitors blog mak encik ni, ciput aje pun, mana nak setanding dengan blogger hebat-hebat di luar nun.


Apa yang mak encik captured dari last two weeks, alhamdulillah :)


Mak encik memang tak penyabar, bila ada aje amount masuk tu,  mak encik akan cash out kan, tak de pun nak tunggu lagi banyak baru nak keluarkan, bila ada aje keluarkan lah, pastu boleh buat beli benda yang di idam-idamkan, contohnya kasut untuk mak encik pergi aerobik, muahaha.

Sekali lagi, terima kasih Nuffnang dan tak lupa juga terima kasih untuk pengunjung blog mak encik yang suam suam kuku kaki jari dan tangan ni. Tata

Wednesday, April 2, 2014

SEJUK KAN TEKAK, SEJUK KAN HATI

As salam semua.

Macam biasa lah, mak encik mana suka buat entry melontar perasaan geram tak puas hati tak suka dalam blog ni, nak nak pulak kalau share pasal tempat kerja, uuuuu, kerja bodoh nama nya tu, maka itu, biar lah rahsia, cakap kat dinding sorang sorang, biar lega dapat luahkan perasaan dan dijamin takde siapa yang akan membocor kan rahsia dan menyampaikan nyampai kan cerita, dinding, i love you, muahaha. Siapa bayangkan mak encik sedang bercakap dengan dinding, memang lah dia tu, memang nak kena, hahah. 


Mari sejuk kan hati dan sejuk kan tekak dengan cendol, and yes, makanan adalah terapi terbaik untuk mak encik. Beli cendol biasa yang RM1.50, pastu mak encik beli jagung dalam tin, pastu mak encik letak lah sebanyak mana jagung yang mak encik nak, huiiiii sedapnya, kalau beli cendol jagung pun dah RM2.50 tapi seciput aje jagung nya, beli setin jagung baru berapa ringgit kan, murah aje pun, pastu puas hati letak bebanyak, huiiii nampak tak keterujaan mak encik bila bercerita tentang makan, hilang terus stress, hahah.

Jom, mari sambung buat kerja walaupun dot dot dot. Tata