Friday, May 23, 2014

DOA KAN SAYA

As salam semua.

Insyaallah, esok, sekiranya di izinkan Allah SWT, saya, Mr.R dan kak long akan berangkat untuk menunaikan umrah.


Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua. Maafkan segala salah silap saya sepanjang berkongsi entry di blog ini, maafkan andainya ada paparan gambar di entry blog yang membuatkan kalian tidak senang hati, bahasa, gurauan yang saya kongsi kan, halal kan segala-gala nya. Doakan agar semua urusan dipermudahkan, aamiin. Insyaallah, panjang umur, ada rezeki kita berjumpa lagi. Terima kasih.

Wassalam.

Monday, May 19, 2014

PETUA ??

As salam semua.

Ini gambar pemandangan yang ada di depan rumah mak encik sekarang, setiap hari lalu kat bawah dia, pastu mesti melangut jap, pandang atas, cakap dengan buah-buah ni semua, berbuah banyak-banyak ye, tepuk-tepuk sikit pokok dia tu sambil belai sambil bla bla bla, ye, itu petua mak encik cipta sendiri, hahah.


Pokok ni dulu ditanam oleh jiran sebelah rumah mak encik, bila dia berpindah, dia dah wakafkan pokok ni, rajin juga pokok  ni berbuah. Dah banyak kali hasilnya di kongsi dengan jiran-jiran berdekatan. Buah dia memang tak besar tapi bila masak, memang rasa dia lemak manis gitu, gulp, telan air liur.

Selalu yang rajin melayan mengait buah ni adalah mak encik dengan bantuan angah, siap keluarkan tangga, angah panjat, mak encik tolong pegang, lepas tu mak encik masuk kan dalam plastik, angah tukang hantar ke rumah jiran berdekatan :)

Friday, May 16, 2014

NIKMAT

As salam semua.

Selagi berselera tekak tu, nikmatilah apa yang dihajati ye, nanti kalau dah tak berselera, sampaikan orang menyuapkan pun kita akan menolak, oleh itu, marilah nikmati apa sahaja yang dihajati tekak, senang hati mak encik baca statement sendiri, hahah.


Bakar roti. Sapu kan marjerin. Taburkan milo. Susun kan pisang. Nikmati dengan satu mug susu anlene. Sedap.

Pulut curahkan santan, makan dengan mangga harum manis dan strawberry. Pun sedap.


Murtabak ayam dan kambing. Layan dengan kari. Bancuh nescafe. Hrmmm, nikmat


Kuey teow goreng, tak buat banyak pun, mak encik goreng sepinggan untuk mak encik aje sebab teringin sangat. Tak kuasa nak beli, goreng sendiri lagi sedap ikut piawaian tekak sendiri.


Scrambled egg dengan salad, tomato, timun & thousand island. Dapat telur dari jemputan kenduri kahwin, dari tak di makan, baik buat macam ni, confirm selesai :)


Sandwich. Ye, mak encik memang suka makan sayur, itu lah petua awet muda walaupun engkorang tak pernah sibuk nak tanya, hahah.

Sampai jumpa lagi. Tata.

Wednesday, May 14, 2014

AISKRIM GORENG

As salam semua.

Sekarang kan dah ada produk aiskrim goreng segera, tapi macam biasa, saya prefer buat sendiri, lagi berbaloi baloi :) 


Aiskrim perisa vanila adalah pilihan semua kat rumah tu, kita orang kurang suka perisa lain. Setiap kali bila saya buat, saya akan beli 2 buku roti yang panjang tu, buat stok aiskrim goreng dan lebihan dari roti yang diterap dengan cawan tu saya akan buat puding roti ataupun cekodok roti, ye, langsung tiada pembaziran :)


Bila anak-anak teringin, senang aje, keluarkan dari peti ais, terus boleh digoreng :)


Sedap.

Friday, May 9, 2014

CIK MEK MOLEK

As salam semua.

Jumaat datang lagi, esok lusa cuti, yeah !

Teringin nak makan kuih cik mek molek, beli lah kat area rumah mak encik ni, akan tetapi, cik mek molek yang dibeli tidak sama seperti yang tekak mak encik idam kan :( 

Lalu dengan penuh semangat, mak encik pun buat sendiri, gerenti puas hati.


Keledek yang telah direbus.


Lenyek kan 


Tambahkan dengan tepung gandum dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati.


Letak kan gula di tengah tepung dan gulungkan.


Macam-macam saiz ada.


Goreng dan sedia untuk dimakan.

Senang sangat kan. Selamat berhujung minggu.

Wednesday, May 7, 2014

BEKAL DAN BUKAN BEKAL

As salam semua.

Bertemu kita sekali lagi di dalam entry koleksi paparan gambar makanan, sekian, harap maklum, muahaha.

Setiap hari rutin bawa bekal memang tak pernah miss, alhamdulillah, urat rajin mak encik masih berfungsi :)


Roti dengan burger ayam, letak salad, mayonis & thousand island. Minum dengan se mug susu anlene, alhamdulillah kenyang :)


Antara bekalan yang dibawa, timun dengan tomato tu dah rupa macam di susun atas muka dan mata mak encik, kemain imaginasi, muahaha.


Orang tak berdiet macam mak encik ni mana reti nak makan roti gandum bagai tu, roti putih gak sedap, kali ni bawa bekal sandwich + telur hancur, letak lah cili padi idaman hati, tomato, mayonis & sos cili :)


Of course yang ni bukan bekal, sambil tunggu kak long habis tuisyen, ini lah kerja nya, bila balik terus tidur, pastu buat buat menyesal makan, tak ke korang rasa nak lempang pipi gebu mak encik ni !


Mee hailam dengan cili padi meletop ni pun bukan bekal, mak encik beli kat kafe office, dah bawa bekal hari tu tapi kena turun ke kafe untuk hantar borang jamuan untuk mesyuarat, pastu tup tup nampak mee hailam panas ni baru dihidangkan, apa lagi, terus meleleh air liur, cepat cepat ambil bekas dan tapau, bekalan yang dibawa hari tu terpaksa di tolak ke tepi untuk memberi laluan kepada mee hailam, sekian.

Monday, May 5, 2014

PAGI MELEMPENG, PETANG MENGESUP

As salam semua.

Weekend korang hari tu macam mana ? Mesti happening kan :) 

Hari Sabtu tu mak encik melepak kat rumah menunggu orang datang servis aircond dan betul kan apa yang patut di rumah tu, biasa lah, rumah dah lebih 10 tahun, ada aje benda yang perlu di godek godek kan. Semalam pula seharian menghadiri majlis kenduri kahwin jiran baik mak mertua, malam tu pula balik melepak kejap kat rumah mak dan abah.


Sarapan pagi yang ada umphh bak kata Mr.R, hihi. Buat lempeng cicah dengan sambal sardin, standard lah kat rumah tu, sekali buat lempeng mesti habis satu paket tepung tu, duduk lah menghadap anak beranak bersarapan lempeng cicah sambal sardin.


Bila dah makan lempeng, kenyang lah memasing sampai waktu lunch. Lepas zohor baru mak encik masuk dapur untuk siapkan mee sup ni. Mak encik dah pernah share pun resepi mudah ni, maka nya siapa nak resepi, nanti boleh baca ye :)


Friday, May 2, 2014

CUKUP LAH TU

As salam semua.

Best betul datang kerja hari ni, almaklum lah kan, macam biasa, mak encik kan pengumpul cuti yang berjaya, orang lain kemain berebut nak ambil cuti tersepit hari ni, mak encik gak yang relax nak gi kerja, best tau datang kerja time ramai yang bercuti, jalan lengang, office aman damai aje :)

Korang gi bercuti ke mana tu ? Berhati-hati di jalan raya ehh, semoga selamat pergi dan balik.  Semalam air mula ada pukul 1 tengahari. Biar lambat janji ada, syukur di situ, semoga lepas ni, Selangor tak di kena kan catuan air lagi, aamiin.


Lagi gambar makanan, apa lagi gambar yang korang expect ada kat blog mak encik ni, muahaha. Ini antara menu yang sesuai untuk dimasak di kala air takde. Asam rebus ikan tenggiri campur kobis bunga dan bendi. Gandingkan dengan telur mata kicap, cukup lah tu.

Minggu depan, anak-anak semua exam, maka nya cuti 2 hari ni memang dijamin tak akan ke mana-mana melainkan bersama-sama latih tubi ulangkaji dengan anak-anak.  Selamat berhujung minggu semua. Sampai ketemu lagi. Tata.