Monday, June 30, 2014

MENGADU JAP

As salam semua.

Tarik nafas panjang panjang, hembus perlahan lahan, kembang kempis kan hidung, hrmmmm, entah apa-apa intro cenggitu, hahah.

Korang, macam mana korang menguruskan family sehari dua ni ? Okay tak ? Saya rasa tak cukup masa sesangat seminggu dua ni, bila difikirkan balik pun dah terasa penat nya. Actually, dari 2 minggu sudah kita orang sefamily tak cukup rehat di hujung minggu. Dua minggu sudah, weekend kita orang dipenuhi dengan agenda settlekan kelengkapan raya sekeluarga.

Minggu lepas pulak saya buat kenduri di hari sabtu dan attend family day Mr.R di hari ahad. Manakala sabtu baru ni saya settlekan kelengkapan rumah untuk menyambut puasa dan raya. Semalam pula saya ke rumah abang untuk berbuka puasa, lepas terawih baru balik rumah, sampai rumah dah lewat malam. Pagi ni jam 4.30 dah masuk ke dapur untuk menyediakan sahur, lepas tu terus menerus mengemas rumah dan buat apa yang patut. Bulan ni saya masuk awal setengah jam ke tempat kerja, pukul 7.20 pagi dah ada depan desktop, korang baca pun rasa penat kan :(

Insyaallah, tahun ni pun saya nak masak setiap hari dan kurangkan membeli kuih muih di bazar Ramadhan. Barang basah sekarang kemain mahal lah wei, ikan kembung pun dah RM17.00 sekilo, udang RM30.00 sekilo dan sotong RM21.00 sekilo, saya boleh bayangkan harga makanan di bazar Ramadhan pun akan naik melambung lambung, membelanjakan RM30 - RM50 sehari di bazar Ramadhan adalah bukan suatu perkara yang mustahil, malahan kalau ada keluarga besar lagi lah banyak belanjanya, pandai-pandai lah korang menguruskan bajet di bulan puasa ni ye.

Berpuasa dalam cuaca yang panas dan kering ni memang banyak lah cabarannya, kita yang dah tua ni pun terasa, apatah lagi anak-anak kita, makanya, banyaklah bersabar melayan karenah dia orang di bulan puasa. Tetiba rasa nak berhenti membebel, esok sambung citer lain. Tata


Thursday, June 26, 2014

KENDURI 21/6/2014

As salam semua.

Hari tu sebelum saya menunaikan umrah, saya dan Mr.R dah buat doa selamat dan solat hajat di surau depan rumah dan buat jamuan ringan untuk orang surau, kita orang buat hari Khamis sebelum bertolak tu, buat lepas Maghrib.

Saya duduk kat rumah ni dah masuk tahun ke 11, masa pindah dulu, ada lah saya buat sekali kenduri panggil orang surau di rumah, selebihnya, kenduri aqiqah anak-anak selalu buat kat rumah mak abah aje, kalau buat makan-makan masa raya pun buat yang simple aje. Maka nya, kali ni saya dah berniat di dalam hati nak buat kenduri kesyukuran di rumah sendiri sejurus selepas selamat pergi dan kembali menunaikan umrah dan kebetulan sangat, kita semua nak sambut bulan Ramadhan hari Ahad nanti. Bincang punya bincang, saya bersepakat nak buat kenduri pada hari Sabtu lepas.

Jemputan pula terdiri dari saudara mara saya dan Mr.R, kawan umrah tempohari, jiran tetangga, AJK surau, kawan rapat mak abah dan mertua, kawan sekerja saya dan Mr.R, kawan-kawan kak long dan angah, tak mengapalah, buat kenduri kesyukuran bukan selalu kan, maka nya mari lah jemput semua, kalau yang dapat datang tu datang lah, kalau yang ada hal tu, nak buat macam mana kan, mana yang ada aje lah. Kebetulan hari sabtu tu banyak betul agenda nya, kena ganti sekolah lah, sekolah agama depan rumah saya tu buat hari terbuka sekolah, ada pertandingan bercerita lah, macam-macam ada :)

Ehhh En. Wan, apasal tak datang ? Nak segan apa nya, macam tak biasa, nanti saya bentang karpet merah untuk datang raya ye, hahah.


Ini bukan pelamin, kak long belum ada yang masuk meminang lagi, SPM pun tak lepas lagi, hahah. Ini photobooth untuk kita orang bergambar kenangan masa kenduri nanti. Memang saya minta putih sebab saya pencinta warna putih dan supaya ianya sedondon dengan pagar putih dan pintu putih rumah saya, muahaha. Dia orang datang pasang ni petang hari Jumaat tu, bila saya balik, jiran sebelah menyebelah dah terjah saya, dia orang ingat saya nak buat kenduri sebab anniversary dan nak bersanding lagi dengan Mr.R, eiiii mana muat kerusi tu saya nak posing, hahah.


Malam Jumaat tu lepas Isyak, baru pasang khemah dan siap letak kerusi meja sebab acara saya esok bermula seawal jam 11 pagi, so dia orang takut tak sempat nak buat pagi tu, maka nya kena lah berjumpa jiran semua nak bagitahu supaya keluarkan kereta masing-masing, saya pasang khemah 2 aje pun, tapi bila rumah saya memang dekat sangat dengan jalan utama, maka nya kena lah bagi tahu jiran awal-awal bahawasa nya jalan di tutup dari malam ini membawak ke esok petang gitu.


Posing dulu sebelum tetamu sampai, penat panggil orang pasang photobooth dan print sesiap, haruslah bergambar dulu.


Tadi yang kat atas tu gambar penuh dan jauh sikit, nahhh, ni gambar close up, bagi korang nampak lagi jelas, hahah.

Sementara AJK surau belum sampai, sempat lah saya menyusun atur mana yang perlu. Khemah pun saya memang nak warna putih, nampak suci macam tuan rumah dia, hahah. Pintu gerbang putih pun ada, kata kenduri 10 tahun sekali, harus lah ada, muahaha.


Cuaca memang panas hari tu. Jemputan saya bermula dari jam 11 pagi sampai ke waktu Maghrib sebab nak jemput semua serentak memang akan menjadi masalah untuk tetamu duduk. Saya tempah khemah 2 aje, maka nya kena panggil tetamu mengikut masa yang sesuai. Jam 11 hingga sebelum zohor saya jemput AJK surau, jiran tetangga dan kawan umrah. Lepas zohor untuk saudara mara saya dan Mr.R. Lepas pukul 3 untuk kawan-kawan saya dan lepas Asar hingga Maghrib pula untuk kawan-kawan Mr.R. Perancangan mesti betul supaya tetamu dapat menikmati makanan dan berborak dengan tuan rumah dalam keadaan yang selesa. Buat kenduri dah lah 10 tahun sekali, bila buat mesti nak semua tetamu seronok, gitu katanya, hahah.


Antara AJK surau yang hadir untuk bacaan yasin dan tahlil. Alhamdulillah, lega sangat rasa sebab apa yang saya hajat dan niat kan sudah dilaksanakan, semoga majlis kecil ini mendapat keberkatan, insyaallah, aamiin.


Tak sia-sia saya order laksa yang super sedap ni, sangat menjadi pujaan hati tetamu, ada yang menambah banyak kali dan susah nak bangun dari kerusi dia orang sebab dapat makan laksa kuah pekat yang sedap ni :)

Air bandung dan sirap oren, dengan cuaca panas membahang ni kan, memang laku lah air ni, jutaan terima kasih kepada bapa mertua saya yang menaja air ni :)


Cendol pun ada, menjadi pujaan hati tetamu juga dalam cuaca panas ni. Ehhh teh tarik kat sebelah tu habis menjelang petang, alhamdulillah, tiada pembaziran.


Terpaksa susun kuih muih kat dalam porch ni sebab kat luar dah tiada ruang. Saya tempah kuih karipap, koci dan apam gula hangus aje. Syukur alhamdulillah, rezeki saya murah hari tu, ada yang sponsor cream puff, kuih talam tokyo, agar-agar, koci labu, kuih seri muka, kek marble, talam suji dan buah tembikai.


Untuk hidangan utama, saya order nasi carrot, nasi beriani dan nasi putih. Lauk pauk pulak, macam biasa lah, mesti ada ayam goreng, rendang daging, dalca, jelatah, acar buah dan papadom. Label tu pun saya gigih buat sendiri, letak sesiap biar tetamu tak tertanya tanya lauk pauk apa yang ada, mempoyo memang kegemaran saya, hahah. Saya puas hati sangat dengan caterer ni, semua masakan dia sedap, tetamu saya semuanya puas hati, seronok tengok tetamu makan bertambah-tambah.


Anak-anak pulak berposing. Memang berbaloi letak photobooth, jiran tetangga, saudara mara sahabat handai semua pakat bergambar sama-sama, seronok melayan dia orang berposing.


Mak mertua tengah menikmati laksa sedap dan adik ipar saya yang single & available, siapa nak berkenalan, sila emel saya ok, hahah. Nasib baik ada adik dan adik ipar saya, dia orang lah tulang belakang kenduri ni, kemain ligat tolong saya dari mula persiapan hingga selesai kenduri, insyaalah, dia kahwin nanti saya pulak akan membanting tulang gitu.


Kawan-kawan Mr.R merangkap AJK surau, berselera betul dia orang makan, lepas makan nasi, makan laksa, lepas tu makan kuih, minum teh tarik, sambung borak lagi makan kurma dan minum air zam zam. Memang lama lah dia orang lepak kat situ. Jiran sepakat membawa berkat.


Antara geng Forever 29 saya yang dapat hadir, lagi 4 orang ada hal yang tak dapat di elakkan. Best giler berkumpul, dapat pulak bawak anak masing-masing, berlari berkejaran suka hati korang lah kat situ, janji mak korang semua dapat berborak dan makan sampai lebam, hahah.


Antara kawan-kawan kak long yang hadir, ya ampun, dia orang ni lah paling havoc dan bergambar tak sudah-sudah, sampaikan orang lain nak bergambar pun tak ada peluang, balik-balik muka yang sama aje kat depan photobooth tu, angah sampai komplen kat saya yang kawan-kawan dia pun nak bergambar jugak tapi tak dapat sebab asyik kawan kak long aje kat depan tu, hahah. 


Tetamu saya yang terakhir hari tu balik jam 11 malam, penat memang penat tapi saya seronok dan puas hati sebab dapat menjamu semua yang hadir. Panjang sangat dah entry kali ini, akhir kata dari saya sekeluarga, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita dapat melaksanakan ibadah puasa dan lain-lain dengan baik dan diberkati, insyaallah, aamiin.

Ye saya memang poyo, banner tu memang akan tergantung di depan porch tu sampai raya nanti, hahah.



Wednesday, June 25, 2014

CATATAN UMRAH 3/6/2014 - 4/6/2014

As salam semua.

3/6/2014, hari yang paling syahdu, rombongan kita orang semua akan balik ke Malaysia dengan penerbangan Air Asia X dari airport Jeddah. Penerbangan kami sekitar jam 6.25 petang. 

Malam sebelum tu, kita orang semua dah siap-siap timbang bagasi masing-masing di hotel bagi memudahkan sesiapa yang perlu menyediakan wang yang mencukupi untuk membayar lebihan berat luggage masing-masing. 


Antara sebahagian dari bag ahli rombongan kita orang. Kesemua beg mesti diikat kemas macam ni sebab dikhuatiri beg akan terbuka zip nya, almaklumlah nak masuk dalam perut kapal terbang tu kan, harus lah beg ni semua main campak campak aje. Beg kita orang sekeluarga tak sebesar beg orang lain yang sememangnya banyak bershopping di sana :)

Selepas solat subuh dan tawaf widak, terus balik ke hotel untuk bersarapan dan bersiap sedia  untuk menaiki bas untuk ke airport. Bas sepatutnya tiba awal akan tetapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan, bas lewat 2 jam, masing-masing dah resah, almaklumlah, bila dah buat tawaf wida, segala urusan jual beli dan mengambil gambar adalah tidak digalakkan. Maka nya duduk lah dendiam kat lobby hotel tu menunggu bas.


Dari hotel ke airport Jeddah hanya mengambil masa 2 jam, kebanyakan pemandangan yang boleh dilihat sepanjang perjalanan di kota Mekah.


Mungkin ini apartment dia orang, saya pun tak pasti, ambil aje gambar dan tempek kat blog untuk tatapan bersama.

Sampai di airport Jeddah dalam keadaan cuaca yang panas membahang. Tak sempat singgah di mana-mana pun disebabkan kesuntukan masa, takpe, murah rezeki datang lagi, boleh singgah mana tempat yang tak sempat disinggahi.  Nanti saya akan buat satu entry untuk tips kepada bakal jemaah umrah, antara nya, pastikan membawa baju yang bersesuaian dengan cuaca di sana, seriously, saya berpendapat, memakai pakaian cotton dan berseluar panjang adalah fesyen yang terbaik ketika menghadapi cuaca panas membahang di sana. Jubah yang tidak menyerap peluh adalah tidak digalakkan sama sekali, harap maklum.


Alhamdulillah, segala urusan bagasi dan imegresen berjalan dengan lancar, tiada flight delay. Dapat aje seat, letak bag semua, saya pun memulakan misi untuk berehat dan melelapkan mata. Sampaikan dia orang letak makanan pun saya tak sedar, alih-alih dah terhidang nasi lemak Pak Nasir di atas tray.


Saya selamat sampai di KLIA 2 pada 4/6/2014 jam 9.00 pagi. Sedihnya bila bersalaman dan berpelukan dengan jemaah rombongan, entah bila lah ada rezeki nak berjumpa lagi. Adik dan adik ipar saya setia menunggu kita orang di airport, terima kasih lah kat dia orang berdua, susah payah dari menghantar dan menjemput kita orang.

Sampai aje di rumah, seronok tengok anak-anak berlari kejar kita orang, macamkan berbulan-bulan tak jumpa, hahah.

Kesimpulannya, apa yang saya boleh katakan, pada yang belum pernah pergi, berniatlah dalam hati, berdoa lah selalu supaya korang dapat pergi menunaikan umrah dan haji dalam usia yang muda dan ketika masih sihat, seronok dan best nya hanya boleh difahami bila korang dah sampai ke sana. Setiap inci perkara yang berlaku semasa di sana, masih terbayang-bayang di fikiran dan benak saya sampai sekarang, melalui perjalanan yang panjang dan memenatkan, menempuh dan menghadap karenah ribuan manusia tu tak ada apa sangat dibandingkan dengan pengalaman manis semasa menunaikan umrah.

Wassalam.

Tuesday, June 24, 2014

CATATAN UMRAH 30/5/2014 - 2/6/2014

As salam semua.

Memang betul cakap kawan-kawan dan saudara mara yang dah pernah menunaikan umrah dan haji sebelum ni, bila kat sana, tak perasan langsung masa cepat berlalu, tup tup nanti dah nak balik dah pun :(

Di hari ke 4 berada di Mekah, baru lah saya ada sedikit masa untuk berjumpa dengan sepupu saya di hotel berdekatan. Rezeki sepupu saya, ini dah masuk tahun ke tujuh dia tinggal di Madinah kerana mengikut suami yang bekerja di sana. Dari rumah nya nak ke Masjid Nabawi, hanya mengambil masa 2 jam, manakala dari rumahnya nak ke Mekah, cuma 3 jam, maka nya bila hujung minggu, memang mereka suami isteri akan memperuntukkan masa untuk mengerjakan ibadah umrah dan bersolat sunat di Masjid Nabawi, best kan. Saya pun kalau ada rezeki nak ikut jejak langkah dia orang, kerja di sana, kumpul duit banyak-banyak dan kumpul saham akhirat banyak-banyak :)


Restoran D'Saji di dalam hotel Al Safwa, di aras 2 menjadi pilihan kita orang untuk bersarapan pagi tu, rindu roti canai, ececeh, macam kan saya dah duduk sana berbulan-bulan, hahah. Sekeping roti canai 3 riyal, tapi teh tarik dia kurang kick sebab guna creamer, tak macam teh tarik kat sini yang dibancuh dengan susu pekat.


Jom bergambar lepas bersarapan, kak long, saya dan kakak sepupu tersayang, dan dan sayang sebab dia belanja, hahah.


Cubaan bergambar ala-ala penyanyi utama kumpulan nasyid. Jam menunjukkan 7 pagi, macam biasa, dataran dan kawasan sekitar masjid tidak pernah sunyi dari jemaah yang ramai meluangkan masa di situ. Baru lah pagi ni saya sekeluarga ada masa untuk berjalan-jalan dan menikmati pandangan di sekitar masjid. Kagum sesangat dengan pembangunan sekarang.


Ekslusif ni sebab ada gambar Mr.R ketipang payung saya ni yang sudah licin kepala nya :)  Bila dah botak, sebijik dah macam orang Arab dengan kening tebal dia tu, hahah. Tak boleh blah, bila pergi kedai atau masjid, ramai yang ajak berborak dalam bahasa Arab, terus pak encik tu cepat-cepat cakap, I am from Malaysia, hahah.


Malam tu, saya dan kakak sepupu berjumpa lagi untuk makan malam special di Zam Zam Tower. Terima kasih banyak-banyak atas layanan superb dari mereka suami isteri, semoga murah rezeki selalu, aamiin.

Hari-hari seterusnya saya lalui dengan sebaik mungkin, alhamdulillah, kak long dan Mr.R bagi kerjasama yang sangat baik untuk sama-sama beribadat sebanyak mungkin ketika berada di sana. Kawan-kawan serombongan pun sangat baik, senang nak di ajak berunding, especially semasa ada yang tak sihat, ada yang kehilangan duit dan macam-macam dugaan lagi.

Untuk menunaikan umrah sunat juga dipermudahkan, banyak aje kereta dan van yang ada di depan hotel yang akan membawa kita bermiqat di Tannaim sebelum menunaikan umrah. Memang dah berniat yang kami sekeluarga akan cuba mengisi masa singkat yang ada di Mekah sebaik mungkin, kalau boleh tu, setiap waktu solat pergilah ke masjid, iktikaf di masjid, banyak kan solat sunat, mengaji, berzikir, buat tawaf sunat dan umrah sunat. Semoga semua amalan diterima, insyaallah. Terpaling penting, minta doa banyak-banyak dan jaga kesihatan baik-baik, bila badan kita sihat, semua nya akan berjalan dengan lancar :)

Esok nya, 3/6/2014, kami dah nak berangkat balik, sedih nya. Bersambung.

Monday, June 23, 2014

CATATAN UMRAH 29/5/2014

As salam semua.

Masih lagi dalam mood mencoretkan pengalaman manis saya semasa di Mekah :) 

Macam mana dengan preparation korang nak sambut Ramadhan hujung minggu ni ? Alhamdulillah, seperti biasa, keperluan untuk menyambut puasa dan raya bagi keluarga saya dah selesai. Boleh lah lepas ni menjalankan ibadah puasa dengan penuh khusyuk dan tawaduk nya :)

Selesai bersarapan, kami semua berkumpul di lobi hotel menunggu bas yang akan membawa semua rombongan untuk menziarahi kota Mekah. 


Bergambar berlatar belakang kan Jabal Thur. Sekejap sangat kat sini sebab hanya turun untuk lihat kawasan sekitar dan diterangkan serba sedikit sejarah Jabal Thur oleh mutawif. Korang boleh google sendiri untuk tahu dengan lebih lanjut ye.


Lepas tu ke Jabal Rahmah, pemandangan dari tempat meletak bas, memang ramai yang datang pada masa yang sama rombongan kami sampai. Nak naik ke atas bukit tu pun kemain ramai, beratur dari tangga bawah ke atas.


Ini pemandangan dari sebelah belakang pula. Pun ramai dengan jemaah yang ingin bergambar dan sebagainya. Kenapa ramai yang nak naik ke Jabal Rahmah ? Itu pun korang google tau, baru lah bagus, asyik saya aje nak bagi info kat korang, hahah.


Bergambar kenangan. Masing masing muka menyeringai menahan panas terik, dah pakai spek hitam pun terasa bahang nya masuk ke mata.

Selepas tu lawatan ke Padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Noor dan akhir sekali Ja'aranah. Baru lah saya tahu bagaimana keadaan tempat dan suasana semasa mak abah saya mengerjakan haji dulu, oh macam ni keadaannya, oh macam tu rupa nya, bla bla bla, alhamdulillah, andai ada rezeki untuk menunaikan haji kelak, saya sudah tahu serba sedikit selok belok tempat yang berkenaan.

Di Ja'aranah, ramai ahli rombongan yang mengambil kesempatan untuk berniat ihram dan kami semua mengerjakan umrah sebaik sahaja sampai semula di Masjidil Haram sebelum waktu zohor. Bila sampai aje, saya dan family terus mengerjakan tawaf di kala cuaca panas terik di atas kepala, syukur alhamdulillah, walau panas, walau ramai berhimpit himpit, semua urusan kita orang dipermudahkan.

Satu lagi pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila adalah semasa mengerjakan saie, sebaik sahaja azan zohor berkumandang, semua jemaah serta merta memberhentikan aktiviti saie dan mula mengambil tempat masing-masing untuk solat. Selesai solat, semua terus sambung semula saie dan saya sekeluarga pun bertahallul. Alhamdulillah, dapat lagi buat umrah.

Saya dan kak long temankan Mr.R untuk membotakkan kepala, tak sampai 5 minit, zass semua siap, elok bersinar-sinar dah kepala Mr.R, first time tengok dia botak, memang tak kelip mata 5, 6 saat lah, muahaha. Sampai di hotel baru lah menikmati lunch dengan nikmatnya dan berehat sebentar sebelum bersiap untuk ke masjid semula bagi solat Asar.

Bersambung.


Thursday, June 19, 2014

BELANJA TEKAK

As salam semua.

Hari ni nak buat entry pasal makanan yang saya nikmati semasa di sana, bukan nya tak ada menu yang sama kat Malaysia ni, tapi percaya lah, yang kat sana punya lagi super duper sedap. Ini aje gambar yang saya teringat nak snap, yang lenlain tu, bila dah habis makan baru teringat ehhh, tak snap gambar lagi laaa :P 


Nasi ayam briyani. Kelainan nasi di sana dan di sini adalah dari penggunaan beras nya yang super panjang dan bermutu tinggi ye tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Satu bekas dia memang cukup untuk kami bertiga makan sebab macam biasa, saya makan kan sikit, so cukuplah untuk Mr.R dan kak long yang makan banyak, muahaha. Harga dia dalam 17 riyal gitu lah.


Okay, yang ni memang terbaik menarik tertarik ko memang kebabom. Ada ayam, kambing dan ikan panggang, sedap giler ahhh bahan perapan dia. Cara orang kat sana makan memang macam ni, alaskan plastik tu atas meja, tuang segala macam nasi yang ada tu, makan lah sesama kat atas meja tu :)


Aiskrim vanilla yang sangat sedap. Setiap kali balik solat wajib singgah dan beli. 


Smoothie yang sangat sedap juga, ehhh apa benda yang tak sedap kat tekak saya ni kan, hahah. Selalu beli ni masa petang, aiskrim tu masa tengahari, senyum kemain lebar tokeh kedai tu kalau nampak saya dan kak long yang dah jadi pelanggan tetap dia, mesti dia tercari-cari kelibat kita orang bila kita orang dah balik ke Malaysia, hahah.


Memang ada makanan yang disediakan oleh pihak agensi, tapi saya selalu skip makan kat hotel sebab saya nak merasa makanan yang ada kat sana. Entah bila kala lagi nak sampai kan, alang-alang dah ada kat sana, moh lah kita sekaligus JJCM.


Ahhh, rindu betul dengan jus ni semua. Satu botol 2 riyal, kemain sedap pekat likat dia punya jus, memang terbaik. Taukeh kedai kat hotel tu pun dah jadi geng kita orang, asal membeli aje, ada lah ole-ole yang dia bagi, tak bagi biskut, bagi chewing gum ke, roti arab ke, murah rezeki kita orang, syukur alhamdulillah :)


Tuesday, June 17, 2014

CATATAN UMRAH 28/5/2014

 As salam semua.

Okay, mula sekali saya nak share pengalaman untuk orang yang pertama kali menunaikan umrah macam saya ni, adalah lebih baik sekiranya 2, 3 bulan sebelum tarikh kita berangkat tu, please make sure kita ada membuat aktiviti sihat seperti bersenam dan beriadah, sangat penting untuk bersedia bagi memastikan kita tidak terasa penat melampau mahupun urat terperanjat semasa kita membuat ibadah umrah, hah, urat terperanjat terus kata nya, hahah.

Pada yang memang dah biasa bersenam tu lagi lah bagus, memang badan akan bekerjasama untuk melakukan pelbagai aktiviti, pada yang jarang bersenam, please, tolong, buat lah penyediaan secukupnya sebelum menunaikan umrah. Nasib baik saya memang ada join group aerobik 3 kali seminggu, kurang lah sikit pancit nya masa mengerjakan saie ni, ramai yang mendapat sakit kaki, sakit itu ini sebab harus diingatkan juga, saie di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, jarak nya sekitar 405 meter untuk satu arah, kita harus lengkapkan 7 kali ulang alik dari Bukit Safa dan Bukit Marwah, dah berapa kilometer jadi nya kan, maka nya untuk memudahkan pergerakan kita, rajin-rajinlah bersenam untuk kecergasan :)


Permulaan untuk mengerjakan Saie di Bukit Safa. Baca lah niat yang sepatutnya, baca doa dan berzikir lah sepanjang melakukan aktiviti ini. Keadaan sekitar jam 1.30 pagi, di sana sepanjang masa dan waktu sentiasa padat dengan jemaah.


Kawasan yang ditandakan lampu hijau ini adalah sunat untuk jemaah lelaki berlari-lari anak dan jemaah perempuan berjalan cepat.


Ramai yang mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah setelah selesai 7 kali ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Di sini juga lah kebanyakannya bertahallul. Selesai kami tiga beranak bertahallul, masing-masing berpelukan dan beremosi sekali lagi, alhamdulillah, selesai sudah umrah wajib kami anak beranak dengan dipermudahkan semua urusan.


Kawasan bukit yang telah dipagarkan disebabkan sebelum ini ada jemaah yang taksub nak berdiri, nak duduk di atas nya dan di koreknya bukit tu, sekarang, permukaan bukit tu pun dah diletakkan sejenis bahan yang tahan kalis, macam-macam peel jemaah ni, hihi.


Selesai semuanya sekitar jam 2.30 pagi, saya terus ke Masjid untuk solat sunat dan sebagainya sementara menunggu waktu Subuh. Cuba korang tengok buku besar yang tergantung di leher saya tu, hah, itu lah peneman setia saya di sana.


Pemandangan nan indah di dalam Masjidil Haram. Tak berkelip mata saya melihat setiap pelusuk rumah Allah ini.


1 jam sebelum masuk waktu solat Subuh. Kalau datang lewat memang agak sukar untuk dapat tempat di dalam masjid, sebab tu di sana, masa kita memang tak akan pernah cukup sebab perlu sentiasa menyiapkan diri untuk ke masjid, satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupakan.

Selesai solat baru lah balik ke hotel untuk bersarapan dan berehat secukupnya sebelum menjelangnya waktu Zohor sekitar jam 12 tengahari. Hari ni memang aktiviti bebas untuk jemaah, esok nya, 29/5/2014 baru ada satu aktiviti menziarah sekitar Mekah. Bersambung.


Monday, June 16, 2014

CATATAN UMRAH 27/5/2014

As salam semua.

Anak-anak dah mula bersekolah, mari mulakan rutin seperti biasa, tak lama lagi nak sambut Ramadhan, jadual kerja seharian bakal menjadi lebih padat :)

Okay, kali ni saya nak sambung catatan saya di hari ke 3 berada di Madinah. Sayu nya hati nak tinggalkan, pagi tu masa solat Subuh, kemain emosi lagi, dengar imam baca al fatihah pun bahu dah terhenjut henjut, lunak nya bacaan imam sampai menusuk ke kalbu, ya Allah, ampunkanlah dosa hamba mu ini, huhu.

Doa banyak-banyak supaya ada rezeki untuk dijemput lagi ke rumah Allah nan indah ini.  


Emosi tak habis-habis, tapi sempat bergambar. Subuh terakhir di Masjid Nabawi, kenangan terindah dalam hidup saya, emosi lagi sambil menaip ni :(


Mama dah bergambar, of course kak long pun nak juga. Semoga kak long menjadi anak mama yang solehah dunia dan akhirat, aamiin.


Rombongan kami dah bersedia menunggu bas untuk bertolak ke Mekah. Perjalanan mengambil masa sekitar 6 jam.  Mutawif bagi taklimat dan semua dah siap berpakaian ihram dan solat sunat ihram.


Kami berhenti untuk bermiqat di Bir Ali (Zulhulaifah). Ini aje gambar yang saya sempat snap semasa di sana. Bila dah berniat ihram, bermula lah episod menjaga 13 pantang larang dalam berihram. Baru berniat, hati saya dah dup dap dup dap memikirkan bagaimana kah keadaannya bila sampai di Mekah nanti, ahli rombongan lain semuanya nampak relax aje, almaklumlah, dia orang semua dah pernah buat umrah dan haji, family kita orang aje yang first time, tahap memikir dan ambil tahu tu memang terlebih dari jemaah lain.


Antara pemandangan yang cantik yang sempat saya snap dalam perjalanan.  Selebihnya, masa banyak dihabiskan dengan membelek buku dan memahami apa yang patut. Sedar tak sedar, mutawif bagitahu dah nak sampai, semua ahli rombongan bertalbiah, emosi sekali lagi, sambil bertalbiah sambil menitik nitik air mata ni : Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka. (Hamba-Mu datang menyahut panggilan - Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.

Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke hotel yang jaraknya 200 meter dari Masjidil Haram. Lepas penerangan dari mutawif dan pemberian kunci, semuanya diminta berkumpul di lobi dalam masa 1/2 jam untuk bersama-sama menunaikan umrah wajib.


Saat menjejakkan kaki dalam Masjidil Haram, perasaan bercampur baur, mulut kumat kamit bertalbiah, bila mutawif minta semua berkumpul untuk membaca niat bagi memulakan tawaf, mata tak berkelip memandang Kaabah yang sudah berada di depan mata, ya Allah, syukur alhamdulillah berpeluang berada di sini, emosi lagi dan lagi.

Alhamdulillah, selesai tawaf 7 pusingan di samping bimbingan mutawif memberi tunjuk ajar, membaca apa yang perlu dari buku yang memang saya dah siap sedia bawa sepanjang berada di sana. Syukur alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan semasa tawaf. Selesai solat sunat tawaf di depan Kaabah, baru lah ada perasaan sedikit lega di hati saya, memang pengalaman setiap orang tak sama, sebelum ni banyak cerita yang saya dengar dan baca, kesimpulannya, kita kena rasai dan alami sendiri.
 

Kak long yang akhirnya tidak dapat menahan perasaan, akhirnya tewas juga, saya biarkan dia melayan emosi dia pulak, sampai bengkak mata menangis, semoga peluang dan rezeki yang dia perolehi, dapat pergi dalam usia yang masih muda akan menjadikan dia lebih bertangggungjawab dan menghargai setiap peluang yang ada, moga jadi anak dan kakak yang baik untuk keluarga, insyaallah.


Ambil kesempatan bergambar kenangan dengan Mr.R. Moga kebahagiaan kami berkekalan hingga ke akhir hayat, aamiin.


Masih rancak pembangunan di Masjidil Haram, dengar kata nya dia orang cuba siapkan sebanyak mungkin sebelum musim haji tahun ini. Bagus lah tu kan, semuanya untuk keselesaan dan kemudahan jemaah di masa akan datang.


Mutawif kami yang penyabar dan tersenyum aje. Masa ni kami diberi penerangan sebelum memulakan Sai di Bukit Safa dan Marwah.


Sementara menunggu jemaah lain untuk selesai solat sunat tawaf. Saya tabik spring dengan ahli rombongan kita orang yang berumur 60 tahun ke atas ni, alhamdullillah, sepanjang kat sana semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat untuk melakukan ibadat umrah.

Okay stop kat sini dulu, nanti saya sambung catatan ketika Sai di Bukit Safa dan Marwah.