Friday, July 25, 2014

SALAM LEBARAN

As salam semua.

Ada yang dah sampai kat kampung ke ? Seronoknya korang yang ada kampung tu ye, excited nya masa nak mengemas mempacking baju bajan korang tu, saya dah banyak kali cakap kat anak-anak, please cari pasangan yang ada kampung so that anak-anak korang boleh merasa balik ke kampung, silap hari bulan, kalau panjang umur, mama dan babah pun akan join korang balik kampung, hahah.

Hari ni 25 Julai 2014 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1435 Hijrah adalah hari ulangtahun pernikahan saya dan Mr.R yang ke 18. Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan doa saya biarlah ianya akan terus lancar sehingga ke akhir hayat kami. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri, berselisih pendapat tu biasalah, asam garam hidup berumahtangga kan, yang penting, pandai-pandailah cari jalan penyelesaian nya. Tips paling bagus yang saya amalkan adalah, selisih lah pendapat macam mana pun, bengang lah sampai berasap telinga pun, tempat tidur jangan sesekali dipisahkan, insyallah, semuanya baik-baik aje nanti. Doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat, aamiin.


Selamat hari raya raya kawan-kawan. Maaf zahir batin. Insyaallah, ada rezeki, panjang umur kita berjumpa lagi.

Tuesday, July 22, 2014

NAK RAYA DAH KE ??

As salam semua.

Hari ni dah 24 Ramadhan, tinggal berapa hari aje lagi nak menyambut Syawal, apsal saya tak excited macam selalu ?? Korang macam mana ? Dengan pelbagai dugaan yang kita semua hadapi dalam bulan Ramadhan ni, membuatkan perasaan nak menyambut raya tu menjadi hambar. Ya Allah, semoga semua urusan untuk membawa jenazah mangsa MH17 pulang dipermudahkan. Aamiin

Seperti biasa, bila dah nak raya, saya dan family wajib untuk menolong kedua-dua rumah orang tua kami, minggu lepas saya dah settle pasang langsir, ubah kedudukan perabot, pasang carpet dan mengemas di rumah mak saya, minggu ni, jadualnya di rumah mertua pula. Terima kasih pada anak-anak yang sangat ringan tulang dan beri kerjasama yang terbaik.

Macam biasa juga, raya nanti kita orang semua akan beraya di sini aje. Cuti tetap apply macam biasa dan akan dipenuhi dengan aktiviti meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Kak long paling stress sebab lepas raya ni, dia orang ada peperiksaan percubaan untuk SPM, maka nya dia lagi lah tak feeling sangat nak sambut raya sebab asyik dok fikir nak mengulangkaji.

Persiapan raya korang mesti hebat kan :)

Thursday, July 17, 2014

DUGAAN RAMADHAN

As salam semua.

Macam mana korang pagi ni, bersemangat ke lemau weh ? Saya ? Of course, kus semangat, berat maintain, hahah. Berbalik kepada tajuk entry hari ni, dugaan saya di bulan Ramadhan ni hebat sungguh kengkawan, susah saya nak melawan dan redha dengan dugaan ini.

Kat office ni kan, asal pukul 10 pagi aje, mula lah mata saya nak tertutup aje, rasa mengantuk tu jangan citer lah, sambil menaip boleh tersengguk, ko mampu, hahah. Bawak berjalan-jalan kejap, hilang lah ngantuk nya tu, bila sambung buat kerja, hah, terkuap kuap entah berapa puluh kali siap air mata bergenang-genang, sadis betul.

Satu lagi, di bulan mulia ni betul betul mengajar saya erti menahan sabar, macam-macam benda berlaku yang memerlukan saya bersabar, tarik hembus tarik hembus nafas tu dalam-dalam. Peel orang terdekat dan sekeliling betul betul menguji tahap keimanan dan kesabaran saya. Bila rasa nak marah tu terbayang nak terbalik kan kerusi meja bagai, alih alih dalam mimpi aje lah boleh buat macam tu. Paling teruk pun, bila nak marah saya bercakap sorang-sorang bagi lepaskan apa yang terbuku dalam hati, sadis lagi sekali.

Nampak sangat tau, kalau sebelum ni, elok aje peel memasing, bila masuk bulan mulia ni, bertukar semuanya, asyik nak menimbulkan kemarahan saya aje, sesungguhnya sabar itu indah bagi orang yang kurang sifat sabar seperti saya.

Itu belum campur lagi kisah nak kena berleter dengan anak-anak, setiap hari buat benda yang sama pun saya harus ulang banyak kali, tak letih ke dia orang dengar leteran saya. Saya sendiri muak dengar benda yang sama aje yang saya leterkan, hahah.

Anggaplah dengan membaca entry ni adalah dugaan untuk korang sebab kena baca entry yang entah apa-apa, hahah.

Friday, July 11, 2014

MENU BERBUKA

As salam semua.

Macam biasa semenjak dah jadi mak mak ni, everytime bila sampainya bulan puasa saya memang dah ada jadual sebulan untuk menu berbuka. Saya memang suka plan sebab senang nak beli bahan basah dan sekurang-kurangnya menu yang sama tidak akan berulang dalam minggu yang sama sebab kita orang kat rumah tu kan memang suka lauk yang simple aje. Satu lagi sebabnya adalah saya ni kurang sabar nak memikir, nak mencari bahan masak setiap hari, jalan mudah adalah plan menu untuk sebulan dan saya akan beli bahan basah dan keperluan lain setiap minggu.

Paling poyo adalah bila saya dengar kengkawan berborak pasal nak masak apa bla bla bla untuk hari tu, saya yang dengar ni yang pening, terus keluar hashtag #diayangnakmasakengkoyangpeningdahkenapa# hahah. Tinggi betul tahap kesabaran dia orang, balik kerja penat penat tu baru nak ke kedai cari bahan, balik rumah baru nak basuh potong itu ini, bagus lah korang ni, kalau saya kena buat macam tu, mesti kurang pahala puasa sebab memanjang merungut aje di mulut dan dalam hati, hahah.

Alhamdulillah, nasib baik lah family saya tidak cerewet langsung tentang juadah yang saya sediakan, kurang lah stress mama embam dia orang ni, hahah. Seriously korang, saya kalau masak kat rumah tu bukan menu hebat kebabom bagai, masak yang simple dan mudah untuk disediakan, resepi yang remeh temeh memang tiada dalam senarai menu saya :)

Contoh menu saya minggu ni :

Isnin : Sup ayam, sambal udang, kangkung goreng belacan
Selasa : Asam pedas ikan pari, ayam goreng, sambal belacan mangga & kacang botol goreng bercili
Rabu : Sup sawi + telur, tempe goreng & cili kicap, telur masin, ikan selar goreng berlada
Khamis : Ikan tenggiri masak pindang, salad telur & timun, sambal tumis ikan bilis, ikan goreng
Jumaat : Ikan tenggiri masak kicap, sup sayur cendawan & fishball, telur masin, sotong goreng kunyit
Sabtu : Nasi Lemak
Ahad : Mee Kari

See see see, semuanya simple kan, masuk dapur pukul 6.30 petang pun gerenti boleh sempat masak dengan syarat, bahan-bahan nya saya dah siap kan semasa sahur, petang tinggal nak masak aje. Gambar ? Takde lah ye, kata bulan puasa kan, tak nak nanti korang tertelan telan air liur walaupun tengok gambar telur goreng aje, hihi. Saya selalu share pun di instagram aje, itu pun upload dah masa nak berbuka :)

Esok lusa jadual saya kemain padat ni, selamat berhujung minggu semua, sampai jumpa lagi.


Tuesday, July 8, 2014

SAHUR SAHUR SAHUR


As salam semua.

Hari ni dah nak masuk 10 hari kita semua berpuasa, amacam korang ? Saya, alhamdulillah, setakat ni semua masih lagi berjalan lancar, harap nya sampai ke penghujung puasa nanti semuanya pun akan lancar, insyaallah. 

Korang bangun sahur pukul berapa ? Saya biasanya bangun jam 4.30 pagi, memang sempat lah nak menghidangkan semuanya sebelum yang lain turun bersahur jam 5.00 pagi. Kalau di ingatkan balik, memang kelakar, memang tak percaya, memang kagum dengan diri sendiri sebab suatu ketika dulu, saya ni memang jenis yang susah nak bangun awal dan memang tak bersahur berat di bulan puasa. Saya cuma bangun dan minum air, lepas tu sambung krooh krooh krooh, senonoh betul perangai, hahah. 

Lagi banyak lemak sebab masa baru kahwin saya memang tinggal dengan mak abah saya, jadinya di bulan puasa pun tak payah bangkit awal sebab mak saya dah siapkan semua, Mr.R aje yang bersahur dengan dia orang, saya siap-siap bawak air sebotol, letak tepi katil, pasang alarm pukul 5.00 pagi, teguk air, boom, sambung tidur, cantik sangat perangai, hahah lagi.

Bila dah duduk di rumah sendiri, bila dah ada anak yang dah berpuasa, dapat pula suami yang memang tak suka membeli makanan dari luar baru saya tahu langit tu tinggi ke rendah, baru padan dengan muka, hahah. Ingat lagi, masa first time kena bangun awal nak siapkan sahur untuk dia orang, rasa berpinar pinar biji mata nak kena bangun awal. 

Alhamdulillah, lama kelamaan sifat malas, sifat berat mata tu hilang dengan sendirinya bila saya dah semakin faham tentang tanggungjawab seorang isteri dan ibu sampaikan mak saya sendiri pun kagum dengan perubahan anak perempuan bertuah dia yang seorang ni. Mana tak nya, dari zaman saya sekolah sampai nak kahwin, masak apa pun tak reti, jenguk dapur pun tidak, tahu makan dengan basuh pinggan aje, tup tup bila dah ada suami, dah ada anak, pandai pun bawa diri tu ke dapur, nak kata dah hebat sangat sekarang ni tidaklah, tapi lepas lah kat anak tekak family sendiri :)


Ini pemandangan biasa ketika dalam bulan puasa. Mimi baru 8 tahun, tapi alhamdulillah, dari tahun lepas lagi dia dah berpuasa penuh. Masa umur 5 tahun dah start belajar berpuasa, tapi semuanya tak sampai separuh hari, umur 6 tahun adalah tinggal dalam 7 hari macam tu. Dia memang akan duduk lepak tidur macam tu kat kerusi, saya yang akan suapkan makanan untuk dia, hebat ohhh dia, masa makan je bukak mata kejap, masa kunyah lelapkan mata balik, macam tu lah sampai ke sudah, hahah. Tahun lepas lagi best, saya suapkan dia kat tempat tidur aje. Tak kisah lah macam mana pun, janji dia nak berpuasa. Saya selalu bagi semangat kat dia untuk solat dan berpuasa penuh, apa aje yang dia nak makan atau minum saya akan cuba penuhkan.

Kat sekolah sekarang ni bagus lah, cikgu sangat menekankan ibadat solat, setiap hari mesti cikgu akan bawa anak murid untuk solat di surau, bila dah dapat pendedahan awal macam tu, lagi memudahkan kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak tahu tentang pentingnya solat wajib 5 waktu sehari semalam.

Selamat menjalani ibadah puasa dan mari lah kita semua sama-sama merebut peluang menambah saham akhirat di dalam bulan yang mulia ini. Sampai jumpa lagi.

Friday, July 4, 2014

TERASA MITHALI SANGAT DAH NI

As salam semua.

Tajuk mengundang kontroversi, hahah. Ye korang, kalau bulan puasa kan, semua jadual kena susun atur balik dan pastikan jadual tu semua kena dipatuhi supaya tidak tersasar lalu tergelincir gedebuk tergolek, amboi kemain explanation, hahah.

Mana tak rasa dah jadi ibu mithali sangat dah ni, rutin setiap hari di bulan puasa bermula jam 4.30 pagi sampai lah ke malam tanpa rasa penat mahupun jemu, ye lah tu, hahah. Celik aje mata jam 4.30 tu terus panaskan nasi dan lauk pauk, jam 5.00 pagi nanti turun lah kesemua askar bertuah kat rumah tu untuk bersahur bersama-sama. Siap aje semua makan dan kemas meja pinggan mangkuk semua, saya akan start prepare bahan-bahan untuk masak petang nanti.

Nasib baik Mr.R, kak long dan angah sangat membantu, dia orang masing-masing ada giliran untuk mengemas meja dan basuh pinggan mangkuk, saya concentrate masak masak masak dan masak aje, ehhh tapi periuk belanga pinggan mangkuk masa nak memasak tu saya lah yang akan clearkan, itu pun kena bagitahu, hahah.

Settle siapkan bahan untuk masak, saya pastikan anak-anak dah siap mandi dan solat semua dan kena ready pula untuk ke sekolah. Dia orang semua dah ke sekolah, saya pun bersiap ke tempat kerja, bulan puasa saya masuk jam 7.30 pagi sebab nak balik 4.30 petang.

Bila balik tu nanti kena pulak menjemput si Hakeem kat rumah mak dan bila sampai di rumah dah pukul 5 petang, apa lagi, terus sinsing lengan baju dan mula lah memasak untuk berbuka nanti, sambil sambil tu, mesin lah baju dan buat lah apa yang patut. Saya masak menu biasa-biasa aje, so sempatlah siap semua sebelum pukul 7 petang. Lepas tu siapkan meja untuk berbuka pula.

Tahun ni pun saya masih tak dapat join Mr.R berterawih di masjid ataupun surau, tak apa lah, ibu ibu lebih baik buat sendiri di rumah aje kata nya kan. Pukul 9 malam, si Mimi dan Hakeem dah tidur, baru lah saya dapat concentrate buat apa yang sepatutnya. Lepas jam 10.30 malam baru lah saya boleh meluruskan pinggang yang memang lurus ni, hahah.

Alhamdulillah, banyak betul perkara baik yang berlaku dengan tibanya bulan Ramadhan yang mulia ni, dari yang tak menutup aurat, ada yang dah bertudung, dari yang tak solat dah mula bersolat, dari yang malas dah mula rajin, dari yang tak cukup waktu solat dah cuba cukupkan waktunya, syukur sangat sangat, moga kita semua istiqamah ye :)


Thursday, July 3, 2014

PENGINAPAN DI MADINAH & MEKAH

As salam semua.

Alhamdulillah, bertemu lagi di hari ke 5 kita semua berpuasa. Kali ni saya nak share penginapan saya semasa di Madinah dan Mekah tempohari. Ini sahaja gambar yang sempat saya capture semasa di sana, gambar tempat makan, tempat melepak di lobi dan banyak lagi ruang yang ada tak sempat nak di ambil :)


Ini bilik kita orang semasa menginap di Hotel Concorde Madinah. Cukup selesa bagi kami bertiga, lagipun kita tak akan selalu berada di dalam bilik sebab kebanyakan masa akan dihabiskan di masjid. Yang penting, ianya berdekatan dengan Masjid Nabawi, sekitar 100 meter sahaja.


Ruang bilik air yang comel dan bersih. Di Madinah, saya tak membasuh baju pun disebabkan masa yang singkat. Sinki yang disediakan memang lebar dan sesuai untuk tetamu memberus pakaian. 


Di Mekah, rombongan kami ditempatkan di Hotel Nawazi Ajyad, sekitar 200 meter dari Masjidil Haram. Bilik nya biasa-biasa aje, yang penting bersih dan kemas. Di sana, setiap tingkat memang housekeeping dia akan standby sepanjang masa, so bila-bila masa nak tukar towel atau minta tukar cadar dan sebagainya, boleh terus suruh dia orang sebab dia orang tak akan kemaskan bilik tanpa ada penghuni di dalam bilik.


Ini adalah kedai yang menjadi persinggahan saya setiap hari untuk mendapatkan bekalan jus yang sedap dan kat kedai ni lah saya di ajar makan biskut, coklat, chewing gum keluaran negara dia orang yang memang sedap di tekak saya ni. Masa nak balik tu saya siap beli 5 kotak besar chewing gum berperisa apple dan anggur sebab kak long nak bagi kengkawan dia kat sekolah.


Rindu dengan sofa coklat kat dinding tu, tempat saya lepak di lobi sementara tunggu Mr.R balik dari masjid dan nak makan sama-sama.Wifi memang laju kat hotel ni, maka nya, bila ada masa dan peluang, cepat-cepat call anak-anak dan family nak update cerita masing-masing :)


Semua rombongan kita orang ditempatkan di aras yang sama. Senang mutawif nak bagi taklimat dan sebagainya. Bilik saya pulak berdepan aje dengan lif ni, lagi lah menyenangkan hidup, hihi.


Ada banyak lagi hotel lain di kawasan ini, kalau naik lagi sikit atas bukit tu, ada macam-macam jenis penginapan yang disediakan.


Rindu dengan laluan ni, setiap hari akan laju aje bila turun, berat dan menonggek bila nak naik, hahah.


Ruang lobi hotel. Suka tonton rancangan TV kat sana sungguhpun tak paham langsung bahasa Arab. Paling suka tengok dan tak pernah rasa jemu untuk menonton siaran langsung dari Kaabah dan Masjid Nabawi.


Lagi tempat yang kita orang selalu melepak di lobi sementara nak melepaskan lelah menaiki bukit.


Rindu juga dengan laluan ni, kat sini lah saya selalu bertanya khabar dengan ahli rombongan yang lain, masing-masing jenguk kat pintu aje dan bertanya lah khabar memasing kat situ sementara menunggu lif nak pergi makan atau ke masjid.

Okay, itu saja yang saya nak share untuk penginapan, penting tau, sebelum pergi, pastikan dengan agensi jarak hotel ke masjid sama ada di Madinah atau pun Mekah. Lepas ni  saya akan share apa keperluan yang perlu di bawa untuk menunaikan umrah. Sekian.