Friday, August 29, 2014

JAMU MATA

As salam semua.

Apa khabar ? Saya baru sihat ni, tahun ni pecah rekod sendiri, MC 3 hari okay, dah banyak tahun asyik kekalkan rekod tanpa MC, tahun ni nampak gaya nya kena cuti sakit jugak, dugaan demam panas dan sakit tekak, alhamdulillah, dah sihat dan baru start kerja semalam.

Jom korang, jamu mata dengan koleksi gambar juadah simple air tangan mak encik ni.


Sotong goreng kunyit, tempe goreng, kobis + fishball, kerang rebus dan cili kicap. Nampak sedap tak ? Sedap kata korang di dalam hati, hahah.


Kurma ayam, salad telur + timun, ikan tenggir masak pindang, ikan selar goreng dan sambal tumis ikan bilis.


Telur itik masak lemak cili padi, ayam masak kciap, sup sawi, ikan sepat masin, ayam goreng dan paling win sekali ialah cencaluk yang membuatkan mak encik makan nasi berpinggan pinggan, aihhhh menyesal lak rasa makan banyak, hahah.


Paling simple ni, ayam masak lemak cili padi, buncis goreng, tempe goreng dan telur masin. Alhamdulillah, semua nya sedap di tekak sendiri.

Nanti mak encik share gambar juadah lagi ye. Selamat berhujung minggu semua. Tata

Wednesday, August 20, 2014

GIGIH OII

As salam semua.

Mari saksikan kegigihan seorang shibam, muahaha.

Semenjak dua menjak, nak menginjak ke 40 tahun ni, lagi lah kena titik beratkan kesihatan, tak kurus tak mengapa, asalkan sihat sentiasa, aamiin, lega dah bagitahu, hahah.

Musim raya ni, memang saya tekad dan kuatkan semangat nak kurangkan pengambilan air gas dan air manis, nak lebihkan minum air kosong. Maka nya setiap kali saya ke rumah saudara mara dan sahabat handai, bekalan air kosong berlemon mesti di bawa sekali, kalau rasa lama kat sesuatu tempat tu, memang saya akan bawa turun sekali, kalau rasa sekejap, tinggalkan dalam kereta aje lah.

Akan tetapi, bila tengok tuan rumah bancuh air special, mula lah terbabas, minum juga lah segelas dua, tapi lebih baik dari minum selalu air gas dan air manis tu kan, fuhh, lega dah explain, hahah.

Berat sebelum puasa dan selepas raya ni masih maintain ketembaman nya, tak naik tak turun, okay sesangat lah kan, dari naik memanjang, fuhhh lega juga di situ.

Sekian entry mempoyo hari ni. Tata




Monday, August 18, 2014

TERINGIN LER

As salam semua.

Uiii selagi tak habis bulan syawal, selagi tu lah saya sekeluarga mencuba sedaya upaya memenuhi jemputan kengkawan, setiap hujung minggu memang agenda nya berjalan sesaja, well, orang ramai kawan memang macam ni, muahaha.

Cerita pergi jemputan ke rumah kengkawan, nanti saya buat entry, hari ni nak citer pasal melayan keinginan tekak yang manja mengada lagi comel ni.


Dari raya hari tu, susah betul nak dapat nikmati rendang ayam, kebanyakan rumah yang saya pergi mesti buat rendang daging, maka nya mari buat rendang ayam mengikut selera sendiri, mesti ada letak cili padi, baru lah berdesing telinga bila menikmatinya.


First time masak pulut kuning menggunakan periuk nasi elektrik, semudah ABC rupa nya, tak payah rendam bagai, terus tanak macam masak nasi biasa tu aje, sukatan air diganti dengan santan secukupnya, tambah kan garam dan serbuk kunyit, sedap sangat dah, setanding rasa nya dengan pulut air tangan mak mertua saya, sila percaya oiiiii, hahah.


Petang tu meronda cari durian dengan Mr.R, teringin pulak nak makan pulut kuning dengan durian, wallawei, meletup letup nikmatnya masuk ke dalam perut tiga tingkat saya, hahah.

Lepas ni tekak teringin nak makan laksa air tangan sendiri pula, mari kita layan kan selagi hayat di kandung badan :)

Thursday, August 14, 2014

KAMI BUKAN MENANTU HANTU

As salam semua.

Mr.R kan anak sulung, maka nya saya di panggil mak long oleh anak-anak buah dan kebetulan sangat saya pun menantu sulung untuk family Mr.R. Alhamdulillah, setakat ni kami 4 orang menantu mak ni semuanya baik-baik aje, belum boleh dikategorikan sebagai menantu hantu, muahaha.


Biasa lah tu, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula hubungan sesama biras, ada pasang surut nya jugak, sama lah dengan kita orang, ada kala nya memang akan ada perselisihan faham, akan tetapi sebagai menantu sulung, saya selalu mengambil pendekatan masuk telinga kiri keluar telinga kanan, korang nak marah, lantak situ, hahah.

Bila raya lagi lah, persefahaman tu sangat penting, kalau sebelum ni main ikut suka hati aje, nak tolong boleh, tak tolong pun takpe, sekarang tak lagi, kita orang sama-sama agihkan kerja membantu di rumah mertua. Macam raya tahun ni, saya dah tolong mengemas 2 hari sebelum raya, biras yang lain take over untuk lapor diri tolong masak pula, baru lah boleh hidup aman damai dan harmoni :)


Tuesday, August 12, 2014

RAYA DI MELAKA

As salam semua.

Alhamdulillah, raya tahun ni saya dapat menziarahi saudara mara di kampung. Sungguhpun nenek saya sudah kembali ke rahmatullah tahun lepas, tradisi balik ke Melaka menziarahi sanak saudara tidak akan saya lupakan, insyaallah.


Seronok anak-anak, masa raya ni lah dia orang dapat merasa suasana kampung. Sampaikan mak abah saya kat sini pun dia orang suruh pindah ke kampung, biar ada suasana balik beraya di kampung kata dia orang, hihi.  Tak menahan nengok kak long dan mimi mengejar ayam keliling rumah, gigih berlari dengan baju kurung masing-masing. Musim buah rambutan kali ni, dapat lah kak long pengalaman mengait buah :)


Bersama BFF saya :) 


Posing posing berlatar belakangkan tumbuhan hijau yang sejuk mata memandang.


Posing lagi atas buaian ditemani Hakeem yang gigih nak buaikan mama nya yang kurang ringan tetapi terlebih berat ni, hahah.


Paling kelakar bila Mimi bersungguh sungguh nak mengajak saya mengambil gambar dia sebelah lembu ni, macam kan dah takde props lain nak dibuatnya jadi teman masa bergambar.

Ada lagi cerita raya, nanti-nanti lah citer ye :)

Wednesday, August 6, 2014

PAGI RAYA DI RUMAH MERTUA

As salam semua.

Memang best ahh coretkan setiap aktiviti dalam blog, macam tahun lepas punya cerita, bila saya baca balik, owhh, baru teringat, sebelum raya buat apa, pagi raya kat mana, sepuluh hari raya buat apa, gitu. Maka nya, memang saya nak cerita secara detail untuk kenangan saya di masa akan datang :)


Aktiviti wajib, posing sekeluarga dengan kedua mertua dan sekali lagi sejarah tercipta, baju raya saya sedondon dengan langsir umah mak, hahah. Tahun lepas, sedondon warna merah, tahun ni sedondon warna purple. Nak tahu rupa Mr.R 20 tahun akan datang ? Korang tengok aje lah bapak Mr.R tu, macam tu lah rupa Mr.R nanti, hahah, ehhh apsal gelak ??


Tahun ni, monopod saya menjadi pujaan hati semua, kemain berebut rebut nak posing dengan monopod. Ini sebahagian kecil aje yang dapat bergambar.


Acara wajib juga yang menjadi pujaan di hati saya, acara bermaaf maafan di pagi raya di sulami dengan deraian air mata. Saya siap suruh dia orang mula dengan acara posing dulu baru bermaaf maafan sebab takut mekap cair lalu comot, kemain hebat perancangan, hahah.


See see see, kak long selalu bahan kan saya bila saya sedang menyusun ayat dengan mertua, tak nak lah asyik salam cakap maaf zahir batin aje, kena lah minta maaf betul-betul, sebut dengan terang dan jelas perkataan maaf tu, huhu. Isk, taip ni pun bergenang air mata bila ingat situasi bermaaf maafan di pagi raya :(


Macam biasa juga, bila kita jadi pak long dan mak long, lepas semua salam mertua, giliran dia orang pula 
bersalam dengan kita orang. Macam tu lah Mr.R dan adik beradik dia, panjang lebar skrip, peluk macam tak nak lepas, hahah. Yang lelaki bersalam dengan lelaki aje lah, yang perempuan bersalam dengan perempuan, jangan dipandang ringan tentang aurat ketika bersalam ye kawan-kawan :)


Beriya-iya saya emosi sampai pejam-pejam mata, hahah, ehh apsal gelak lagi ni ? Seriously, moment bermaaf-maafan adalah satu moment yang akan dikenang selalu. Berbuat baik sesama ahli keluarga dan orang lain, insyaallah, nanti hidup kita semua akan baik-baik sahaja :)

Selesai bermaaf-maafan baru lah kita orang semua makan hidangan mertua yang istimewa setiap kali raya, ketupat palas yang super duper sedap. Esok sambung lagi cerita raya.

Tuesday, August 5, 2014

PAGI RAYA PERTAMA

As salam semua.

Untuk orang yang tiada kampung macam saya ni, memang tak akan ada menempuh jem nak balik ke kampung, dari rumah nak ke rumah mak abah dan mertua tak sampai 10 minit pun. Maka nya setiap tahun, acara kita orang beraya adalah sama. Seawal pagi saya di rumah mak abah, menyediakan hidangan pagi dan siapkan dia orang untuk ke masjid. 

Sebaik sahaja dia orang sampai dari masjid, saya akan ke rumah mertua yang dengan berjalan kaki tak sampai 5 minit pun boleh sampai, hihi. Masa ni, abang long & angah saya pun tak sampai lagi, semuanya beraya di rumah sendiri dulu, jom kita posing dulu.


Ini adalah tahun ketiga saya dan family berdondon dondon di pagi raya. Sebelum ni memang saya tak pernah kisah dengan tema dan sebagainya, bila anak dah membesar, dia orang pun pandai request nak nampak cantik macam kengkawan dia orang bila bergambar, maka nya saya ikutkan aje, akan tetapi, berapa lama lagi nak melayan berdondon dondon ni, hanya saya aje yang tahu, leceh lah nak sama-sama ni, boleh kusut fikiran dibuatnya, muahaha, over kan. Memang saya tabik spring kat korang yang sampaikan raya ke sepuluh pun tetap warna tema sama aje bila beraya, perghhh, koser saya wei, hahah.


Mama & gegirls. Kak long & mimi pakai dress hari tu, mama nak juga tempah dress, tapi rasa macam hrmm, hrrmm, hrmmm, muahaha, tak pe lah, mama masih mengumpul kekuatan untuk memakai dress, buat masa ni mama pakai aje lah baju kurung moden macam biasa ye.


Auww, posing kepala senget di pagi raya. Pasrah aje Mr.R melayan mak encik, hahah. Itu aje cerita buat masa ni, gambar makanan koser nak tempek sebab menu sama aje macam menu korang, ada nasi impit, rendang dan kuah kacang. Nanti sambung cerita di rumah mertua pula ye. Tata

Monday, August 4, 2014

2 HARI SEBELUM RAYA

As salam semua.

Syoknya lama cuti, hari ni dah start kerja balik. 9 hari cuti rasa macam 2 hari aje, ni pun tup tup dah 8 Syawal kan.

Amacam raya korang ? Raya saya sekeluarga biasa-biasa aje, banyak duduk kat rumah mak abah aje tolong dia orang melayan tetamu, minggu ni dan seterusnya baru ada program ziarah saudara mara dengan adik beradik dan ipar duai.

2 hari sebelum raya, saya terasa macam nak buat kerja gila sikit, hahah. Hari sabtu tu memang turn saya ke rumah mertua untuk membantu apa yang patut, janji nya nak pergi tengahari, so awal pagi tu saya ajak Mr.R deco deco porch rumah saya yang sekangkang kera tu aje, so seawal pagi tu dah ke hulu ke hilir nak menyiapkan apa yang terlintas di fikiran saya ni. Kawasan porch saya semuanya sudah bersimen sebab tuan rumah dia memang tak kuasa nak menjaga rumput dan pokok bunga. Dengan nak parking kereta dan basikal anak-anak, maka nya ruang kosong yang ada amatlah terhad.


Jadilah, ada jugak pokok hijau yang saujana mata memandang, hahah. Itu semua pokok tiruan, senang wei, tak payah siram, tak payah bubuh baja, tak payah trim daun bagai, memang elok cenggitu sampai tuan rumah dia bosan. Keluar masuk nursery bunga nak cari batu tu, tapi semua dah habis, at last, Mr.R ajak pergi kedai akuarium, hah engko, pilih lah batu apa yang hendak, semua pun ada. Motif letak cermin kat situ memang tujuan untuk saya touch up lagi sebelum masuk kereta, muahaha. Banyak kegunaan cermin letak kat situ tau, hari tu ada tetamu datang rumah saya kan, siap touch up dulu sebelum masuk rumah, siap selfie lagi kat cermin, hahah. Settle dengan porch rumah sendiri, baru gerak ke rumah mertua.


Ini lah sebahagian hasilnya selepas saya dan ahli jawatankuasa mengemas yang lain memulakan kerja. Nasib baik ada adik ipar, kak long dan angah yang membantu. Dari pukul 12 tengahari sampai ke pukul 5 petang, baru settle memvakum, mengelap, mengemop, menggantung langsir dan memasang carpet di rumah mak mertua. Perghhh, penat tapi puas hati :)

Sehari sebelum raya, seawal jam 8 pagi lagi dah lapor diri kat rumah mak abah saya dengan tugasan masak memasak pula. Esok baru saya citer pasal raya saya ye. Tata.