Friday, September 26, 2014

SEBAB SAYANG

As salam semua.

Bila nak bercerita bab solat ni memang selalu rasa serba salah, takut dengan persepsi orang yang akan cakap kita ni macam bagus, macam lah solehah sangat, macam lah betul sangat, memang takut dengan kejian orang lain di dalam hati. Tapi bila dah semakin berusia ni, perasaan nak saling ingat mengingati tu semakin tebal sebab saya dulu pun pernah muda, pernah lalui apa yang anak muda lalui sekarang. Saya pun liat juga bab solat ni masa seusia dengan dia orang, terus terang cakap, sampai sekarang dah berumur 40 tahun ni pun, kalau di ikutkan hasutan syaitan, memang ke laut jugak 5 waktu sehari semalam tu, akan tetapi, kita selalu lah berdoa dan sematkan di dalam hati untuk istiqamah, bak kata ustazah, paling senang nak lawan hasutan syaitan, selalu amalkan solat di awal waktu, dengar aje azan tu, cepat cepat lah ambil wuduk dan bersedialah untuk solat, insyaallah, lapang aje dada bila dah bersolat :)


Memang benar memang tepat. Banyak dah saya tengok dengan mata sendiri. 


Iye kawan-kawan, solat lah jawapannya untuk semua. Apa pun bermula dengan cara kita menjaga solat kita.

Nak diikutkan kerja kita ni, sampai bila bila pun tak akan habis, semuanya nak disiapkan awal sebab urgent urgent urgent, sampaikan waktu solat pun dilewat lewat kan. Takpe, mulai sekarang, apa pun kerja bertimbun yang ada depan mata tu, bila masuk aje waktu, kita solat dulu ye, dah solat nanti, siap kan lah kerja yang patut tu.

Sama sama lah kita berubah ke arah yang lebih baik ye dan sentiasa istiqamah. Sayang semua.

Wednesday, September 24, 2014

TAJUKNYA ADALAH MAKANAN

As salam semua.

Amboi amboi amboi, kita orang Selangor dapat menteri besar baru. Mak encik berharap semoga Selangor akan terus maju dan maju dan maju, aamiin.

Makin ramai yang dah tak update blog, makin lama makin suram, tak kisah lah tu, mak encik update juga, ibarat tulis diari di alam maya, esok lusa tulat boleh baca balik.


Mr.R sorang aje tak berapa suka nasi impit, kita orang yang lain kat rumah tu, kalau dari pagi membawa ke malam makan nasi impit pun takde hal. Saya buat kuah lodeh ikut citarasa saya, letak tempe banyak-banyak, kacang panjang, suhun dan fucuk sahaja. Masak kuah kacang, rebus telur, bila digandingkan, perghh, meletop sedapnya kat anak tekak saya.


Tomyam ikut citarasa saya jugaklah, hanya ada kacan buncis, cendawan, cili padi, kobis bunga, bawang besar dan tomato. Rencah nya saya letak ayam. Masak nasi dan celur bihun, seperiuk besar boleh licin dibuatnya.


Sambal kerang. Puas saya dengan kak long menikmati kerang tu sebab yang lain tu kurang suka, dia orang makan sambal nya aje.


Bawa bekal mihun goreng. Alhamdulillah, sampai ke hari ni saya masih bawa bekal sarapan dan lunch ke office. Mr.R dan anak-anak saya bekalkan sarapan aje sebab dia orang tak nak bekalan untuk lunch, layankan aje.


Nasi lemak simple. Banyak betul nasi mak encik dalam pinggan ni, muahaha.


Pulut kuning dan rendang daging air tangan mak mertua, pejam pejam mata menikmatinya.


Mangga, jambu batu dan jambu madu. Taburkan serbuk asam dan gula. Makan berebut rebut dengan anak-anak, memang best.

Dah kenyang tengok gambar makanan kan, jom sambung buat kerja :)

Monday, September 22, 2014

PENYAKIT OII

As salam semua.

Apa daa, pepagi dah cerita pasal penyakit. Orang nak bagi aura positif nak menghadap kerja di hari Isnin ye, mak encik pulak tetiba bagi tajuk penyakit, hahah.

Iye, mak encik ada penyakit serius mengenai masalah nan satu ini, sakit hati bila tengok keadaan bersepah, paling serius penyakit nya adalah, mesti nak susun dan kemas ikut cita rasa mak encik, kalau orang lain buat, rasa berbulu aje biji mata ni menengok, ada aje tak kena cara susunan nya tu, meh sini mak encik buat, confirm tak berbulu biji mata, hahah. 

Nasib baik lah, rakan sekerja kat office ni semua nya sangat membantu, mak encik cakap aje, nak macam ni macam tu, pandai lah dia orang buat kan nanti, bagi arahan memang best. Kalau dia orang menyampah, lantak situ, tanggung lah dosa kutuk mak encik di dalam hati, muahaha.


Antara ruang di stor office. Kita orang dah order rak, cuma tunggu nak di susun atur semula aje. Cakap memang senang, susun aje, tapi nak memula kan nya tu, alahai, kena kuat semangat. Mana tak nya, semua barang-barang ni kena di bawa keluar dulu, bawa masuk rak dan susun semula di atas setiap rak.  Bila dah di susun tu, banyak aje barang yang tak diperlukan sebenarnya, lagi lah mak encik suka, campak campak campak aje lah kerja nya, lagi senang nak kemas lepas tu.


Sedap betul mata mak encik memandang, kalau mata korang kata tak sedap, lantak situ, hahah. Puas hati mengemas dari pagi hingga ke petang bila tengok hasilnya sangat lah menakjubkan, tepuk bahu sendiri. Terima kasih kat jejaka tampan yang gagah perkasa seramai 3 orang yang membantu dari mula sampai habis. Lepas ni siapa buat sepah, mak encik ketuk tangan dia dengan pembaris !!

Penyakit mak encik dah sampai ni, sakit mata nengok cubical kawan yang bersepah, rasa nak suruh dia tolong tepi sikit tepi sikit tepi sikit dan mak encik nak tolong kemas tempat dia, help help help.

Wednesday, September 17, 2014

7 / 10

As salam semua.

Cuti cuti ni korang pergi mana tu ? Have fun ye korang, saya pun have fun jugak ni, have fun dengan cara saya sendiri lah :)

Geng Forever 29 kita orang ni ada 10 orang semua nya, tapi yang dapat join kali ni cuma 7 orang aje, yang lagi 3 orang tu bapak busy, so tak boleh join. Ini pun pecah rekod, dekat setahun kita orang tak bergathering dek kesibukan dan komitmen masing-masing. So, kali ni yang ada 7 orang jelitawan aje lah yang berkumpul, jangan lah muntah sebab ni fakta oiiii, muahaha.


Sesi posing lagi wajib dari sesi makan yang sebenarnya, dapat kawan sekepala yang sawan kamera memang best, nampak aje kamera, macam-macam pose kita orang boleh buat, kalah budak umur 17, hahah. Tapi of course yang di tempek di blog haruslah yang sopan silu gitu, padahal koleksi gambar yang tak senonoh lagi banyak dari yang senonoh :)


7 jelitawan saja yang ada hari tu, lagi 3 tak dapat join. Semua sebaya, umur aje 40 tahun, perangai masing-masing, urut dada ni hah, muahaha. Kalau kat group whatsapp tu, apa aje topik yang tak dibahankan, kalau di layan, sampai ke tengah malam pun tak habis-habis. Cerita hari ni menu apa, tukar tukar gambar masakan pun boleh jadi topik seharian, makcik makcik sangat, hahah.


Kali ni pun kita orang buat pot luck, tak nak menyusahkan tuan rumah yang dah rasmi menjadikan rumah dia lokasi perjumpaan. Best ada kawan baik yang tak berkira, moga murah rezeki mu kawan :)


Setiap kali jumpa, setiap kali tu lah mesti ada buah tangan untuk kengkawan, see see see, so sweet kan tuan rumah ni.

Biasa lah, dalam berkawan mesti ada yang tersilap kata, tersalah faham, ni bukan sorang nak dilayan, 10 orang kot, makna nya ada 10 kepala yang nak di jaga, sentap merajuk tu biasa, kata berkawan kan, kena lah faham kepala dan peel masing-masing. Kena lah pandai sesuaikan diri dengan setiap karakter kawan-kawan ni, insyallah, nanti semuanya akan baik-baik aje :)

Friday, September 12, 2014

SIMPLE YANG SEDAP

As salam semua.

Dari tajuk je dah puji diri sendiri, hahah. Confirm sedap di tekak sendiri ler, layan kan aje lah ye.  Letak gambar makanan banyak-banyak, biar kenyang tengok sampai hari Selasa depan tak payah update blog, muahaha.


Sup sayur cendawan + fishball, sotong kunyit, sambal tumis ikan bilis, ikan tenggiri masak kicap, telur masin dan keropok lekor. Iye, saya makan keropok lekor dengan nasi, sedap wei, tak caya sudah :P


Sup sawi + fishball + telur, tempe goreng + cili kicap, telur masin dan ikan selar goreng berlada.


Ketam masak lemak cili padi dan kangkung + fishball. Cukup.


Ikan pari masak asam pedas, ayam goreng, sambal belacan pedas meletop, kacang botol goreng + ikan bilis tabur.


Sup ayam, kangkung + fishball dan sambal udang perghh pedas sedap kemain. Dalam setiap menu mesti ada hidangan sayur. Memang dari anak-anak saya kecil saya dah ajar makan sayur, sampai sekarang takde masalah nak suruh makan sayur. Lauk bersantan kat rumah adalah dalam sebulan sekali kot, kengkadang takde langsung sebab kita orang memang kurang suka lauk bersantan. Sup, masak asam pedas, asam rebus, sambal memang itu aje lah menu nya, senang bangat.

Selamat berhujung minggu. Jumpa lagi.

Wednesday, September 10, 2014

KURUS SEKEJAP

As salam semua.

Mak encik suka berangan. Korang suka tak ? Kalau suka gimme five, kalau tak suka, tolong jangan mengeji, nanti dapat dosa baru padan muka, muahaha.

Berangan best, berangan itu free, berangan tu membuatkan apa yang kita susah nak dapat atau capai akan tercapai dengan mudahnya. Nak bagi tahu ni, dulu dari zaman sekolah menengah lagi, mak encik ada mengarang cerpen, balik balik lantik diri sendiri jadi heroin dalam cerpen tu, pastu mesti tak nak kalah punya lah, mula lah describe pipi pauh di layang, rambut ikal mayang, alis mata melentik, kulit putih melepak, bibir bagai delima merekah, walaupun hakikatnya semua yang tersebut di atas adalah jauh panggang dari api dengan empunya badan, kah kah.


Ni salah satu contoh kes berangan lah ni, kat rumah kawan saya ada satu cermin yang mengejek, biar lah segemuk mana pun orang yang berdiri kat depan tu, dia akan membuatkan  korang nampak kurus. Apa lagi, dekat lapan puluh kali lah saya snap, hahah.

Tak caya, nah saya share kat sini, buat buat terperanjat pleaseeeeeeeeee, hahah.


Wowwww, mak encik suka, walaupun hakikatnya adalah dua kali ganda besar dari dalam gambar ni. Rasa nak bawak balik cermin tu tau. Jadi lah, rasa kurus sekejap depan cermin mengejek ni, hilang rasa kempunan nak kurus, hahah.


Tuesday, September 9, 2014

PEJAM PEJAM MATA MAKAN

As salam semua.

Iye, kemain saya pejam pejam mata masa makan ni semua, cuma tak sempat nak selfie tengah pejam mata aje, hahah. 


Sebulan sekali saya mesti layan anak tekak saya dengan telur goreng yang kuning dia harus cair, pastu di jodohkan pulak dengan kicap kipas udang. Sekali makan, saya goreng 2, 3 biji terus. Tapi kali ni saya up sikit dengan sardin, tumbuk cili padi berpuluh batang, perghhhh berasap telinga wei. Goreng garing ikan bilis, krup krap krup krap makan. Silap haribulan boleh bertambah 3, 4 kali, sila percaya. Bila masak sardin, saya suka buang tulang dia siap siap dan belah kan ikan sardin tu, senang nak makan nanti, terus ngap aje.

Ramai yang tak suka makan telur kuning kan, saya pulak, telur kuning tu yang saya cari dulu.

Monday, September 8, 2014

RAJIN SUNGGUH

As salam semua.

Amacam dengan weekend korang ? Weekend saya macam biasa, kemas masak beli barang dapur pergi pasar hantar kak long tuisyen lipat kain basuh bilik air basuh porch basuh kereta, wah kemain panjang senarai. 

Kat rumah tu memang dah sentiasa dan menjadi kebiasaan untuk semua orang bekerjasama, takde orang malas kat dalam rumah kita orang, barang siapa yang di dapati malas, nyah kau dari sini, hahah, kejam giler bunyi nya ye. Alhamdulillah, bila dah selalu di latih anak-anak ni semua, automatik masing-masing tahu nak buat kerja masing-masing, mama bagi senarai, semua tugas di buat dengan lancar, suka suka suka.


Mimi memang tugas dia vakum ruang tamu, biar dia buat ikut suka hati dia lepas saya tunjuk mana nak di vakum, lepas dia dah siap, saya balas lah balik memvakum tu, tapi dia lagi teliti, gigih menonggeng nonggeng menyedut habuk bawah meja bawah tangga bagai, good job Mimi, bertambah tembam lah mama engko tak payah susah payah membongkok memvakum lepas ni, hahah.


Yang ini pun rajin, tak padan yang kecik, laju aje pergi buat kalau mama minta tolong. Iye korang, dari umur dia orang sekecik ni lah kita dah kena latih dia orang jadi ringan tulang, kalau tak mula dari sekarang, memang kirim salam lah dia orang nak jadi rajin lepas ni. Jangan nak bebel bebel nanti bila anak korang berat tulang. Biar kita bertegas dan didik dia orang dari awal dari tak habis-habis rasa kesian, rasa tak sampai hati nak suruh anak-anak, nanti dia orang malas, engkorang jugak yang susah.

Kalau kat rumah ada bibik pun, sila lah latih anak-anak buat kerja ni semua, tak ada lah nanti bila dah besar dan balik rumah mertua yang takde bibik dia orang tak pandai nak buat kerja pulak, engko tengok, sampai ke situ mak encik boleh fikir ok. Jangan bosan baca bebelan mak encik ye.


Wednesday, September 3, 2014

MAKANAN LAGI

As salam semua.

Entry semalam mendapat perhatian kengkawan saya, siap ber mesej, ber whatsapp bagai dengan pertanyaan, kak engko okay ke kak, muahaha. Terima kasih kerana prihatin, mak encik okay, yang membebel bebel semalam tu sebab geram. Gitu lah kaedahnya, kalau ada aje cerita yang sampai kat telinga saya ni kan, nak di nasihatkan dah tua bangka memasing, maka nya saya meroyan sendiri aje lah dalam blog, hahah.

Okay, doakan yang bermasalah ni cepat settle masalahnya dan hidup perlu diteruskan. Apabila hidup perlu diteruskan, makan harus jangan ditinggalkan. Jom saya kongsi lagi sedikit koleksi gambar makanan.


Bubur kacang hijau + durian. Pastu cicah roti. Satu bungkus kecil roti tu mak encik boleh settlekan sengsorang dari breakfast membawa ke dinner, maka nya, boleh bayangkan tak betapa banyak ibu roti ada kat dalam badan ni, sebab tu mengembang aje, hahah.


Kuey teow goreng. Macam biasa, dah naik muak dengar statement macam ni kan, goreng sendiri memang lebih sedap, letak bahan ikut suka, puas makan.


Mee kari. Kat rumah tu, saya dengan kak long aje hantu kerang, so kena rebus kerang berasingan, nak makan baru kopek dan bubuh dalam mee kari. Kuah kari tu saya udang sebagai rencahnya.


Mangga dan kiwi. Acaner lah nak makan macam ni aje masa lunch, goyang lah lutut mak encik tak dapat zat yang mencukupi, hahah.

Dah. Tata


Tuesday, September 2, 2014

MINUM DULU.... PASTU BEBEL

As salam semua.

Cuti tiga hari memang macam-macam benda yang disettlekan, macam-macam aktiviti yang berlangsung, nasib baik dapat rehat 1/2 hari semalam, segar pagi ni nak ke tempat kerja.


Korang dah breakfast ? Amboi, kalau selalu dapat melepak makan breakfast roti telur banjir dengan teh tarik ni memang bahagia hidup kan.

Hari ni saya rasa nak borak aje, borak apa sahaja topik yang terlintas kat kepala hotak saya sekarang ni. Kita selalu dengar pasal kecurangan dalam rumahtangga kan, selalu tengok drama cerita melayu macam tu lah selalu skripnya, akan tetapi, bila berlaku depan mata sendiri, terus rasa macam tak percaya, rasa macam dalam drama aje, susah betul nak terima hakikat. Perkahwinan yang makan masa puluhan belasan tahun tak akan menjamin kebahagiaan sampai bila-bila, anak-anak berderet dan dah membesar tak akan menjamin mak ayah tak cari pasal sesama sendiri, sedih memang sedih, hanya mampu doa yang terbaik aje untuk mereka. Selalu sangat dah terjadi, bila mak ayah berkrisis, anak-anak mesti terkesan dan mula lah perangai pelik masing-masing akan timbul, haihhh, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dalam rumahtangga ni, yang perempuan tak payah nak jadi queen sangat lah, nak control semua, esok lusa, king engko buat hal, baru lah engko tahu langit tu tinggi ke rendah. Suami kena ada kebebasan dia sendiri, ruang dia sendiri, jangan setiap apa langkah dia engko sibuk sangat nak control, bosan si king tu nanti. Tak kira lah kalau queen tu yang bergaji dan berpangkat besar dari king, dalam rumahtangga, king tetap jadi kapten nya, kita queen ni duduk dendiam ikut aje mana yang baik, kalau yang tak baik baru lah kita bagi pendapat.

Cemburu tanda nya sayang, ye betul, tapi kalau dah melampau sangat, menyampah pun ada jadi nya, buat apa pening kepala sakit hati, orang lelaki ni kalau dia nak buat hal, engko ikat dia macam mana pun, dia tahu jalan keluar nak buka ikatan tu. Tapi kalau dah king tu kerja dia melingkar aje kat rumah, suruh kerja malas, suruh cari rezeki tak kuasa, angkat kaki awal-awal, ajar sikit dia cara nak meneruskan hidup, jangan nak suka sangat makan hasil bini, sakit pulak hati mak encik dengan macam-macam hal yang berlaku kat sekeliling ni.

Tu karang mula lah pikir, ala mak encik tu cakap boleh lah, cuba kena batang hidung sendiri baru tahu. Tak, bukan macam tu, kita semua dah dewasa,  dah besar, dah boleh berfikir dengan waras, jangan sesekali buat benda yang tak mendatangkan faedah. Lega betul dah bebel bebel kat blog ni, nak cerita dengan orang lain bukannya boleh dipercaya, esok lusa dah jadi cerita lain, tengok sendiri bebel sendiri dalam blog, pastu lega sambil habiskan roti canai dan teh tarik. Hehh