Thursday, October 30, 2014

SESEKALI MELEPAK

As salam semua.

Saya akui saya jarang ada masa nak melepak makan makan borak borak ni semua sebab hampir kebanyakan masa saya adalah untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kalau nak melepak tu kena betul betul plan dan pastikan semuanya okay, iye saya memang mak mak sangat, kalau boleh 24 jam nak uruskan, perhatikan anak-anak, pastikan semuanya berjalan lancar, kalau orang lain mungkin akan ada rasa bosan dengan rutin yang sama, saya suka aje :)

Kali ni melepak di Wadihana Islamic Kitchen, sambil borak lepak sambil mengunyah ler, apa lagi nak dibuat kan.


Nasi Goreng Tok Mak nama menu ni, mak encik bagi 5 bintang, sedap sedap sedap. Semua sedap, satay dan kuah kacang tu paling win. Banyak macam ni cuma RM11.90, memang berbaloi baloi


Fish & Chips ni pada mak encik biasa biasa aje. Harga RM16.90 sepinggan.


Tapi yang ni sedap, Grilled Chicken, besar portion ni, harga RM20.90.


 Air ni pun sedap sungguh aihh, Bandong with ice cream, satu gelas besar macam ni baru RM6.50.


Ice lemon tea dia biasa biasa aje, sedap lagi air lemon yang mak encik buat sendiri kat rumah, iye, tak tipu.


Ni pun biasa aje rasa dia, tak sesedap seperti yang mak encik pernah rasa kat tempat lain, ni Ribena lychee.

Lepas ni nak cari lagi slot untuk melepak. 


Monday, October 27, 2014

KEMAIN MASING-MASING

As salam semua.

Minggu ni, Mimi exam sekolah agama dan kebangsaan serentak, pheww, mama yang debar debar kat office ni, minggu depan pulak kak long dah start SPM, lagi double berdebar. Moga dia orang boleh menjawab soalan dengan baik lah hendaknya.

Hari tu bawak anak-anak gunting rambut, ikutkan mak encik yang memang suka berjimat cermat ni, nak bawak aje angah dengan hakeem ke kedai mamak gunting rambut tu, baru 5 - 6 ringgit seorang kan, kak long dengan Mimi tu bawak aje kedai gunting cina kat pasar sini, baru 10 - 12 seorang, huiiii mendapat bantahan okay, semua cakap kat mamak dengan ah so tu potong tak cantik, tak ikut trend katanya, huk aloh, kemain masing-masing kan. Moh lah ke salun, hempuk kan 4 orang sekali kat salun tu, kemain ayat hempuk, engko ingat barang, muahaha.

Layan kan aje masing-masing nak rambut macam tu macam ni, janji korang happy sudah :)


Ececeh, kemain senyum suka dapat rambut cacak, siap letak gold dust bagai, macam kan nak buat konsert, padahal lepas gunting rambut terus balik rumah, muahaha.


Yang sorang ni pulak nak rambut aras bawah telinga, nak rambut depan macam tu macam ni, nasib baik yang tukang gunting ni memang penyabar melayan kerenah budak-budak.


Kak long kena masuk bilik untuk muslimah lah, ni lagi pening nak melayan, nak rambut macam artis korea, rambut depan macam dah nak tercucuk mata, kalau bagi gunting tu kat saya, dah lama mak encik zass kan rambut depan tu biar kontot, hahah. Berbulu aje dia bila saya menyampuk nyampuk kat situ, tak payah nak k pop sangat lah kak long, awak tu tutup aurat, potong biar senang nak jaga aje cukup. Biar lah mama, untuk kepuasan dan kecantikan diri sendiri kata nya, suka hati awak lah kak long.

Senyum simpul happy memasing dah dapat rambut idaman hati.

Friday, October 24, 2014

BERHIJRAH LAH SAYANG

As salam semua.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1436. 


Bijak pandai selalu mengatakan, kalau nak perbetulkan sesuatu, mari mulakan dengan orang yang terdekat dan yang berada di sekeliling kita dahulu,  memang mak encik setuju 100%, kat rumah tu ada 4 orang anak-anak yang nak diberi kefahaman tentang peri pentingnya menjaga aurat, menjaga solat, menjaga tingkah laku dan macam-macam lagi lah, sama aje lah dengan korang semua kan. Bukan senang nak didik dan pastikan dia orang tidak tersasar jauh dari landasan yang benar.

Saya kena selalu ingatkan kak long tentang aurat, iye lah, masa saya sebaya dengan dia dulu pun tak menutup aurat dengan betul, maka nya saya tak nak dia ikut macam saya, kejap bertudung, kejap buka masa sebaya dia dulu. Sekarang ni nak dia faham, kenapa nak ampai kain pun mesti tutup aurat, nak buang sampah pun kena tutup aurat, tak boleh pakai seluar ketat, baju ketat, tudung mesti tutup dada, bla bla bla. Uiiii mencabar tahu tak, dah lah fesyen baju bebudak sekarang kemain macam-macam lagi, kena banyak sabar dan sentiasa bagi tahu kenapa itu boleh ini tak boleh.

Hijrah dari perkara kecil dahulu pun tak mengapa, pelan pelan kayuh kata saya, dari selalu solat Isyak dah nak tengah malam, belajar lah solat Isyak selewat lewatnya pukul 9 malam, lepas ni belajar lah lagi solat terus bila azan sudah berkumandang. Mama pun banyak lagi nak kena belajar, nak berhijrah dari yang telah baik kepada yang lebih baik, insyaallah, sama sama kita istiqamah ye kawan-kawan.

Selamat berhujung minggu.

Thursday, October 23, 2014

CUTI SEMALAM BUAT APA ?

As salam semua.

Kemana korang cuti semalam wei, ada yang sambung lagi cuti sampai Jumaat lah tu, tahu sangat korang ni, ada aje aktiviti nak buat, ada aje tempat nak pergi, enjoy lah korang, mak encik cuti semalam satu hari aje, lagi best aktiviti mak encik kat rumah, tetap rasa paling best walaupun korang bila baca nanti akan rasa apakejadahnyabest yang dicakapkan ni, hahah.

Seawal pagi dah masuk dapur, macam biasa lah, orang rajin kan, mesti lah siapkan sarapan untuk family, tak main lah gi hadap kedai mamak pepagi tu, hahah, ampun korang, gi lah geng dengan mamak tu ye, mak encik tak kisah pun :)


Dah siap settlekan dia orang bersarapan, teruskan marathon masak untuk lunch pulak, buat kerja awal-awal ni senang, biar cepat siap, konsep dan motto mak encik memang macam tu, ada kerja, buat cepat-cepat, dah siap nanti boleh bergolek golek seumpama dugong, hahah.  Masak asam pedas daging, goreng kacang buncis + fishball, goreng ayam, sudah siap.


Ni projek kak long dan mimi. Rupa buruk kemain biskut ni, tapi rasa dia sedap. Senang giler membuatnya kan, patah patah kan biskut marie tu, panaskan marjerin, letak milo, letak susu pekat, gaul gaul, masuk fridge, siap untuk di makan.


Semalam hari yang sangat produktif untuk budak bertuah dua orang ni. Dari pagi sampai malam ada sesi ulangkaji dengan mandur. Setiap sesi 1 jam, tak boleh lelama sebab nanti dia orang dah hilang fokus, bagi 1 jam belajar dan sesi soal jawab, pastu bagi rehat 2 jam untuk makan solat dan main, pastu sambung lagi belajar dan sesi soal jawab, semalam memang bagus sebab tiada sesi kena pukul tapak tangan dengan pembaris sebab kedua-duanya sangat fokus, mandur pun happy bila tanya aje soalan, dia orang boleh jawab. Hopefully bila exam minggu depan, terang lah hati dia orang mengingati balik fakta fakta yang dah dibaca dalam minggu ni.

Hujan dari tengahari membawa ke malam, apa lagi, kat rumah tu takde kerja lain lah, asyik ulang alik ke dapur, buka tudung saji, buka fridge, mengunyah aje kerjanya. Goreng keropok lah, nugget lah, cicah biskut ping pong dengan air milo lah, buat egg sandwich lah, ya rabbi, macam-macam makanan mak encik prepare semalam, habis licin, takde pembaziran langsung, kemain hebat perut memasing kat rumah tu. Paling hebat si mandur tu lah, muahaha.

Best kemain aktiviti mak encik menghabiskan cuti semalam, muahaha lagi.

Tuesday, October 21, 2014

ANAK RAMAI MESTI BERJIMAT

As salam semua.

Kemain tajuk, macam kan anak 7, 8 orang, hahah. Ehhh, ye tau, kat office ni, kalau anak 4 tu memang yang paling ramai lah sebab kebanyakannya anak baru 2, 3 orang.


Siapa yang biasa makan dessert ni di Secret Recipe mesti tahu harga setiap serving ni berapa, almost RM10 kalau tak silap lah ye. Ni american brownies with vanilla ice cream, kalau kat restoran tu dapat satu scoop aje aiskrim nya, ni sebab makan sendiri kat rumah, boleh lah bubuh sebanyak mana yang kita nak.

Satu slice american brownies without ice cream ni RM6.50, so saya beli sekotak terus, baru RM55, pastu beli satu bekas besar aiskrim vanilla, hah, puas anak beranak makan. Spent RM65 dapat makan dessert untuk 2 hari kat rumah tu, kalau makan kat restoran, dapatlah sorang sepotong dan se scoop aiskrim jer, nampak tak nampak tak langkah penjimatan berkesan mak encik di situ ??

Boleh aje nak buat sendiri brownies tu kat rumah, tapi dijamin tak akan mendapat tahap kelazatan lemak berkrim seperti yang dibeli, kalau yang rajin dan pandai buat brownies dan aiskrim sendiri lagi lah penjimatan berganda woi, makanya sila lah buat, mak encik tak kuasa nak membuat, hahah.

Selamat makan muruku. Adios

Monday, October 20, 2014

MANDUR

As salam semua.

Seronok okay jadi  mandur lantik sendiri, ko mampu, muahaha. Anak korang dah exam ? Kak long lagi 2 minggu lebih aje nak menduduki SPM, angah ada paper lagi lepas cuti Deepavali ni dan Mimi pulak minggu depan serentak exam sekolah agama dan sekolah kebangsaan dia, huiiii, tak menang tangan dibuatnya mak encik ni.

Saya tak tahu lah anak-anak korang macam mana sebab anak-anak saya memang kalau masa mengulangkaji saya kena ada sekali. Dah terbiasa macam tu dari dia orang kecil lagi, kalau saya tak duduk sekali, memang buku ke mana, dia orang ke mana, kalau mandur ni ada kat situ, at least, 1/2 jam pertama tu memang fokus fokus fokus, sebab mandur ada, hahah.


Ini budak bertuah yang paling mandur kena banyak bersabar, nama aje dah tingkatan 2, tapi kalau tak di ingatkan, tak di tanya, tak di pantau, kerja sekolah ke mana, ulangkaji ke mana. Saya pernah biarkan dia belajar sendiri masa peperiksaan pertengahan tahun di tingkatan 1, mak datuk ko, results dia semua ke laut, nampak macam beriya baca buku buat ulangkaji, tapi tengok results semuanya tak logik dengan usaha yang nampak di mata saya ni, maka nya, masa nak exam akhir tahun, saya start balik jadi mandur dia, mengekor aje dia masa buat ulangkaji, soal itu soal ini, alhamdulillah, ada banyak peningkatan masa dapat results, maka nya, mari lah terus menjadi mandur kepada anak bertuah ni.

Kak long tuisyen setiap malam, bila dia balik memang dah penat, mana sempat nak tengok kan adik buat ulangkaji, sebab tu lah, bila minggu exam nak tiba, jadual saya jadi bercelaru sikit, tak terkejar rasanya nak siapkan semua kerja dalam masa yang singkat. Mimi pun sama, kalau saya tak jadi mandur dia, latihan yang satu muka surat pun tak akan habis dalam masa 1 jam sebab dia banyak  berangan, cuba kalau saya duduk sekali dengan dia, kemain efficient ko, sepuluh muka surat boleh siap tu.

Tak lama pun masa yang diambil untuk setiap kali sesi ulangkaji di hari persekolahan biasa, 1 jam paling lama sebab anak-anak susah nak fokus sebab akan rasa letih dan mengantuk, kalau di hujung minggu tu lain lah, pagi boleh buat sesi 1 jam, lepas lunch 1 jam dan sebelum tidur 1 jam. Mandur paling lega bila exam dah habis sebab mandur boleh concentrate main candy crush macam selalu, hahah.

Sekian. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik :)

Friday, October 17, 2014

TAK PLAN PUN

As salam semua.

Korang semua apa khabar ? Sihat lah hendaknya ye. Kerja okay ? Alhamdulillah kalau semuanya okay, kalau ada yang tak kena tu, cari lah jalan penyelesaiannya, jangan di pendam, di simpan, kelak merana diri, nak pergi kerja pun tak bersemangat, masa tu nanti sayang semuanya sudah terlambat.


Okay, tukar topik jom. Saya ada 2 pasang anak, alhamdulillah, selang bunga kata orang. Seriously saya tak pernah plan pun nak dapat selang bunga, ini semuanya rezeki :) Macam kat office ni, ada 2 orang kawan yang dah 3 ada orang anak, semuanya lelaki, so bila ada masa nak berborak tu, masing-masing tanya petua kat saya, macam mana saya dan suami amalkan untuk dapat selang bunga ni. Percaya lah, tak ada nya amalan apa pun, amalan nya hanya bedal aje, muahaha.

Iye, kalau nak diikutkan, memang ada aje buku untuk rujukan, makanan yang patut diamalkan oleh suami sebelum isteri bersedia untuk mengandung, bla bla bla, boleh aje kalau nak baca dan amalkan sebab itu pun salah satu usaha untuk mendapatkan jantina anak yang diidamkan, dah usaha, dah berdoa, akhirnya redha lah dengan rezeki yang Allah S.W.T nak bagi :)

Kak long, angah, mimi, hakeem. Cukuplah 4 orang ni untuk saya besarkan bersama-sama Mr.R. Kalau ada rezeki lain, saya terima aje, akan tetapi, memandangkan umur dah 40 tahun ni, adalah lebih baik, tumpuan hanya diberikan 100% membesarkan dia orang dengan baik, insyaallah.

Selamat berhujung minggu semua.

Wednesday, October 15, 2014

ABAH SAYANG

As salam semua.

Pagi ni hujan lebat betul kat area rumah saya, bercinta nya nak keluar ke tempat kerja, sayu aje mata tengok kat luar cermin, huhu. 

Baru-baru ni kita orang semua celebrate birthday abah yang ke 72 tahun. Alhamdulillah, abah diberikan kesihatan yang baik setakat ini. Seronok dia, bila semua berkumpul nak potong kek sama-sama.


Hahah, siap thumbs up bagai. Suka betul tengok gambar ni. Nyanyi lagu pelbagai versi untuk abah diterajui oleh mak encik sebagai penyumbang suara utama, muahaha.


Tu sesi tengah baca kad ucapan dari anak cucu. Kad tu kak long buat sendiri, pastu kita orang tulis lah ucapan apa yang kita orang nak. Cer tengok Mr.R, kemain sampai panjat kerusi nak celebrate birthday bapak mertua, over sungguh, hahah.

Gembirakan hati orang tua kita selagi hayat mereka masih ada, khidmat pesanan dari mak encik untuk kengkawan tersayang :)

Wednesday, October 8, 2014

CERITA RAYA AIDILADHA

As salam semua.

Mari update blog dengan entry cerita raya aidiladha yang baru berlalu buat kenangan mak encik di masa hadapan :)

Macam biasa, orang yang tiada kampung halaman yang nak dituju macam saya ni memang tak ambil cuti pun untuk raya aidiladha. Alhamdulillah, tahun ni saya, Mr.R dan kak long berkesempatan untuk bersama-sama berpuasa sunat hari Arafah. Dah nak dekat waktu berbuka puasa, baru pergi tunjuk muka kat rumah mak abah, bertuah punya anak, muahaha. Ala, raya aidiladha kan, bukannya nak kena masak masak malam tu, lepas berbuka, lepak jap dan balik ke rumah, zzzzzzz, indah nya hidup :)

Pagi raya tu, lepas semua bersiap, terus ke rumah mak abah sebab mak encik kena tolong siapkan juadah hari tu. Nanti abang abang mak encik semua nak datang lepas solat raya aidiladha :)


Nin dia. Saya masak kan seperiuk besar kuah kari untuk menu mee kari. Apa lah senang sangat yang di request oleh abah saya, nak mee kari aje, cuba lah request nasi arab ke, kambing golek ke, nasi beriyani gam ke, confirm saya boleh order kan, hahah.


Sekarang dah senang, kalau nak suruh buat cocktail ni, kak long dah pandai buat sendiri ikut sukatan yang saya bagi. Menjadi pujaan sangat ni, 6 tin buah cocktail dan pic licin di nikmati oleh semua.


Lemang. Sekarang sebatang RM15. Kalau tak sedap, tak cukup lemak nya, memang saya hantar balik kat orang yang menjual tu, hihi


Rendang ayam kampung. Masak 3 ekor aje. Buat makan anak beranak, memang selalu nya takde tetamu yang berkunjung di raya aidiladha, masing-masing raya dok dendiam kat rumah je :)


Sambal udang. Cicah dengan nasi impit dan lemang, wallah, berdesing desing telinga, tebal bibir menahan pedas, hahah.

Pulut kuning air tangan mak mertua. Sedapnya, lemak berkrim, banyak betul saya makan, nasib baik badan saya boleh tahan dengan pulut ni, kalau jenis yang berangin tu, memang kena pandang aje lah pulut ni, silap hari bulan, bisa-bisa badan dibuatnya.


Rendang daging. Pun sedap sangat ni, biras saya memang pakar masak rendang daging ni. Next year, saya nak order aje dengan dia.


Mee kari sedap air tangan mak encik lah, siapa lagi, muahaha. Celur 6 bungkus mee kuning, licin dimakan oleh semua.


Lepas melepak kejap kat rumah mertua, berkunjung pula ke rumah makcik Mr.R yang menjaga Tok, makan lagi nasi dagang sedap kat rumah mak cik. Memang tak kemana mana lagi lepas tu, hanya ke rumah mertua dan makcik Mr.R, lepas tu balik melepak lagi kat rumah mak abah sendiri. Indahnya hari raya aidiladha mak encik, muahaha.


Di akhiri dengan gambar merpati dua sejoli yang sweet sweet sour, muahaha. Cekak pinggang tu posing wajib sekarang dengan motif, lihat lah pinggang ku semakin lurus, engko ada, muahaha.


Thursday, October 2, 2014

CALON MENANTU

As salam semua.

Kemain hangat timeline di FB dan perbincangan di whatsapp pasal harga minyak naik 20 sen. Iye, memang 20 sen aje pun, tapi yang menghangatkan hati ni sebab kan 20 sen tu lah nanti kemain melampau lampau apa ke semua nak naik harga, yang tak logik naik pun sibuk gak nak di naik kan gara-gara tempias kenaikan 20 sen ni lah, itu yang semua nya merempan aje tu. Akan tetapi, merempan aje lah yang boleh dibuat, keadaan tetap macam tu juga, kita yang kena pandai sesuaikan diri dengan keadaan di masa akan datang :(

Calon menantu ? Muahaha, ini semua sebab saya dok berborak dengan kawan di whatsapp, kita orang ada anak sebaya, 17 tahun, borak punya borak punya borak, tup tup keluar cerita, ehhh nanti kalau dah nak bermenantu, awak nak orang yang macam mana, hahah. Iye, kemain rancak kita orang cerita pasal calon menantu masing-masing, mengalahkan anak sendiri yang akan berkahwin nanti, hahah.

Patut lah dulu mak saya kemain banyak kriteria dia untuk calon suami saya, bila saya dah jadi mak dan ada anak perempuan, baru saya tahu kenapa mak saya pentingkan nak yang macam ni nak yang macam tu. Pokok pangkal terpulang pada jodoh jugak kan, tapi kalau kita berusaha dan berdoa untuk dapat yang terbaik, insyallah, semuanya dipermudahkan.

Kalau boleh lah, saya nak menantu lelaki yang soleh, ada kerjaya yang baik, tidak merokok, menantu perempuan yang solehah, pandai buat kerja rumah, mengemas, memasak, rupa semua tak penting, asal sedap mata memandang cukup. Kalau rupa handsome cantik bagai tapi peel kelaut nak buat apa kan, menyakitkan hati aje nanti, ehh ehh ter emo pulak, hahah.

Duit banyak pun bukan satu kriteria yang penting bagi saya, kalau ada kerjaya yang baik dan soleh itu dah mencukupi, tapi kalau dapat jodoh dengan orang yang kaya raya lagi soleh dan bertanggungjawab, itu bonus, muahaha. Adoiyai, nampak tak betapa kecohnya mak mak yang ada anak dara bila bercerita pasal jodoh dan masa depan anak-anak dia.

Nampak sangat saya dah makcik makcik bila dah mula fikir tentang masa depan anak-anak untuk sepuluh tahun yang akan datang :)

Wednesday, October 1, 2014

BEBELAN OKTOBER

As salam semua.

Dah 1 Oktober hari ni, cepat cepat cepat cepatnya masa berlalu, lagi 2 bulan aje nak melangkah ke 2015, percayalah, 2 bulan tu rasa macam 2 minggu aje sekarang ni, tak sempat nak pejam celik banyak kali, tup tup dah sampai masanya. Amacam ? Dah masuk Oktober ni, banyak benda berfaedah tak yang kita semua dah buat ? Mak encik ni macam banyak benda tak berfaedah aje dari yang berfaedah, muahaha.

Hari ni takde gambar yang nak di share bersama. Hari ni cuma nak membebel aje.  Sekarang ni, anak-anak semua tengah sibuk nak periksa, macam biasa lah, bila dia orang yang nak periksa, mama mesti kena membebel lebih sikit suruh baca buku. Kalau tak membebel, tak baca buku, acaner tu, balik-balik nampak macam mama aje yang suka membebel, padahal korang yang memaksa mama untuk membebel, ngerti ? 

Hari tu ada kawan tanya, apa yang saya praktik kan kat anak-anak sebab semuanya nampak mendengar kata. Iye ke mendengar kata ? Hakikatnya, mak encik aje yang tahu, hahah. Setakat ini, alhamdulillah, memang apa yang saya cakap, dia orang nak dengar, bila dia orang tanya dan ada yang saya kata tak boleh dengan alasan yang kukuh, dia orang boleh terima. Masa dia orang kecil lagi dulu saya memang dah bertegas dengan dia orang, maka nya sampai ke besar dia orang dah biasa lah kot, dia orang pun tak koser nak dengar mama membebel, maka nya, mendengar kata adalah jalan terbaik untuk membuatkan mama diam, hahah.

Kak long tu dah 17 tahun, setakat ni saya belum bagi pelepasan untuk dia keluar dengan kawan-kawan setiap minggu. Saya selalu beri kelonggaran masa cuti sekolah untuk aktiviti dia dengan kawan-kawan nak tengok wayang dan sebagainya. Itu pun pergi berhantar, balik berjemput. Lepas habis SPM nanti, dengan suka cita nya saya akan beri kelonggaran pada kak long. Sampai bila saya nak mengekor aje dia, esok lusa saya harus lepaskan dia jugak. Insyallah, saya percaya, berkat asuhan, didikan dan doa dari mama, kak long dan adik-adik tahu jaga diri masing-masing, tahu beza kan mana yang baik, mana yang tidak.

Angah pulak 14 tahun, ada kawan-kawan dia yang dah pandai naik motor walaupun belum ada lesen, banyak kali dah saya pesan dengan dia, kalau ada kawan yang ajak naik, tolong jangan naik sebab mama tak nak ada masalah di kemudian hari, setiap kali saya cakap, dia akan angguk kan kepala tanda faham lah tu, tapi kalau di belakang saya dia nak buat jugak, saya pun tak boleh nak buat apa kan. Sebab itu saya perlu percaya yang berkat asuhan, didikan dan doa dari saya, supaya dia tidak buat perkara yang saya tidak suka. Dah ada lesen motor dan kereta nanti, mana angah nak pergi, angah pergilah, masa masih bersekolah ni, buat lah cara seperti budak sekolah.

Kawan saya selalu komplen anak-anak dia orang suka menjawab balik, itu perkara biasa, anak-anak saya pun sama, cuma nya anak-anak saya menjawab balik di dalam hati, hahah. 

Udah lah ye, panjang nau dah bebelan mak encik ni hah.