Thursday, November 27, 2014

CERITA HARI TU

As salam semua.

Masa birthday hari tu, saya dah cakap dengan mak abah saya, tahun ni tak payah lah nak celebrate kan birthday saya, nanti saya nak keluar makan-makan dengan anak beranak aje kata saya kat mak abah. Akan tetapi, mak abah tetap nak celebrate kan, akan tetapi lagi, mak abah tak kuasa nak makan kat luar, di usia dia orang ni, lepak kat rumah lagi best kata dia. Baik lah, sebagai anak yang baik budi pekerti, mak encik turutkan aje, hihi.



Pergi tapaukan nasi arab untuk semua. Yang ni lamb magloba, sedap tak terperi, makan sambil pejam pejam mata, hahah.

Chicken grill. Pun sedap, cukup rasa rempah dia semua. 


Chicken hanith. Of course sedap jugak.


Of course beli kek kegemaran tekak saya, pandan layer. Makan nya untuk 2,3 orang aje, tapi tetap beli 1 kg :)

Of course tetap nak posing tunjuk pinggang lurus, hahah. 

Of course, dah habis dah. Tata

Monday, November 24, 2014

SETAHUN HANYA SEKALI

As salam semua.

Ingat raya aje setahun sekali, ada jugak acara lain yang setahun sekali tau, hihi. Ni hah, hari tu kita orang buat makan-makan kat rumah mertua, kali ni saya pakat dengan biras semua suruh buat potluck, itu yang jadi setahun sekali tu, jangan ko harap kita orang nak buat macam ni sebulan sekali, muahaha.

Pakat nak jumpa untuk lunch, senang sikit, lepas habis makan, pot pet pot pet kejap, nanti dah boleh beransur balik buat hal memasing.  


Saya masak sotong kunyit + buncis. Tak banyak mana pun, sotong 2kg aje, cukup tak cukup belakang kira, janji masak dan bawak ke rumah mertua, hahah.


Pastu masak kan tomyam sekali, bubuh aje apa sayur yang ada dalam fridge tu. Masak seperiuk besar. Sesiapa nak tapau nanti pun boleh. Memang sedap tomyam ni, menjadi bualan semua pada hari tu, sampai berair air hidung menikmati tomyam mak encik, tak tipu, ini fakta.


Ada yang bawak satay, mihun goreng, puding roti, puding buah dan tembikai. Sampai ke minum petang kita orang mengulang makan semua menu ni, usap perut memasing sebab kenyang.


Thursday, November 20, 2014

MAKANAN LAGI

As salam semua.

Makanan lagi ?? Itu lah aje modal entry blog engko mak encik, muahaha.



Apasal susah sangat nak dapat mee sup yang sedap kat luar sana, selalu bila order mee sup, mesti dapat kuah cair macam air paip, bahan seketul dua aje, tapi tu lah dia, dah tahu macam tu, tetap nak mengorder mee sup, hihi. Saja lah nak order menu yang sama, so boleh tahu kat restoran mana yang mee sup dia memang sedap kuasa tiga. Akan tetapi, sehingga ke hari ni, tetap tak dapat yang sedap macam yang dimasak sendiri, lalalala. Mak encik guna rencah ayam dan letak sayur sawi, kobis bunga, tomato ceri dan fishball, telur rebus dan limau nipis, potong cili padi + kicap, perghh perghh perghhh, 3 bungkus mee licin hari tu.


Sedap rupanya pisang goreng cheese ni ye, patutlah menjadi pujaan ramai. Lepas ni boleh buat sendiri.


Ni aje tak reti buat sendiri, nak buat kek selapis pun makan tahun, ni nak buat kek berlapis lapis cenggini, memang bukan mak encik lah tu, hahah.


Menu penyegar tekak yang dah berpuluh kali duk ulang buat. 


Sarapan cekodok pisang dan green tea. Cekodok pisang yang dijual kat luar sana tu pun susah  nak dapat yang sedap kan, banyak tepung dari pisang, dah lah goreng minyak kemain banyak. Buat sendiri jugak best, boleh letak kelapa, pisang lebih sikit, baru lah sedap.

Berlambak lagi gambar makanan ni, esok lusa lah mak encik share buat bahan update blog lagi, muahaha.


Monday, November 17, 2014

YANG MENGGEMUKKAN SEMUANYA LAZAT BERKRIM

As salam semua.

Minggu ni last anak-anak bersekolah, yeayyyy ! Boleh lah mama bermalas malasan untuk sebulan, yeayyyy lagi.

Makanan yang berkhasiat dan tidak menggemukkan memang tak sedap kat tekak mak encik, roti gandum, beras perang, teh tanpa gula, euwwww memang tak sedap, tapi itu lah yang dapat menjamin kesihatan untuk jangka masa panjang.

Makanan yang boleh menggemukkan tu lah yang memang sedap di anak tekak mak encik, lagi berlemak lagi lazat, hahah.


Chicken chop. 


Pizza


Ini yang terpaling win, fries, wedges bersalut cheese, lemak masin, perghhh, terbaik untuk perut 3 tingkat mak encik, hahah.


Order pulak air lemak berkrim ni, lagi lah menambah kelazatan kuasa tiga.

Lepas nikmati ni semua, mak encik berjogging di stadium dengan 10 pusingan, sila percaya. Tata


Tuesday, November 11, 2014

BARU 40

As salam semua.

Saya baru sambut birthday yang ke 40 tahun minggu lepas, tapi sampai hari ni saya masih dapat ucapan birthday lagi, apasal lah sweet sangat kengkawan saya ni, buat saya rasa diri sungguh berharga aje tau, muahaha.


BFF saya. Tolong lah jangan kata kak long tu macam adik beradik aje dengan saya, tolong jangan, saya takut bila timbul perasaan riak membawa ke perasaan perasan, masalah besar akan timbul nanti, hahah.

Saya paling takut nak bagi orang teka teka umur saya, so kalau orang tanya saya terus cakap direct aje umur saya berapa, saya takut dia tersalah cakap saya umur 45, terus boleh sentap dibuatnya, tapi sebenarnya saya memang teruja kalau dia orang teka saya 34 tahun, hahah.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk saya menikmati kehidupan hingga ke hari ini. Semoga semuanya akan baik baik aje, aamiin.

Monday, November 10, 2014

TAKDE CITER LUAR BIASA

As salam semua.

Betul lah tu, memang tak akan ada cerita luar biasa, lebih lebih lagi dengan tajuk besar : MAK ENCIK TURUN 20 KG, muahaha.  Cerita biasa biasa aje yang ada, paling banyak nak cerita pasal makanan, hihi.


Menu terpaling senang mudah cepat untuk disediakan dan sedap untuk dimakan.  Ini pinggan mak encik, sikit aje kan, korang kalau makan lagi lah banyak dari ni, hahah.


Fenomena ni. Siapa tak buat memang tak rock ahhh, tetiba.  Dapat mangga muda kat pokok depan umah mak encik tu dalam 12 biji, apa lagi, mari lah kita cuba buat, sana situ sini dok sebok dengan mangga asam boi ni kan, nak tahu juga rasa dia tu macam mana.


Tak menyempat memasing kat rumah tu nak merasa. Baru aje letak dalam fridge dia orang dah start tutup bukak tutup bukat fridge tu.

Ada 4 balang sebab mak encik sesuka hati buat 4 jenis perisa. Sebalang mangga dengan asam boi dan gula sahaja, sebalang lagi mangga campur serbuk asam boi, asam boi dan gula, pastu sebalang mangga dengan serbuk asamboi dan gula sahaja dan last sekali mangga campur cili padi, asam boi, serbuk asam boi dan gula. Pening tak baca, hahah.



Friday, November 7, 2014

OBSES TELUR

As salam semua.

Sebab tu tak akan kurus, dalam seminggu, entah berapa biji telur yang akan masuk dalam menu seharian, hrmm, kengkonon aje hrmm tu, muahaha.

Telur rebus, telur separuh masak, telur dadar, telur goreng, telur mentah aje mak encik belum rasa, macam tak boleh nak telan aje telur mentah tu.


Terpaling obses yang kuning nya cair, perghhhh, nikmat sungguh di tekak mak encik. Buat bihun goreng kicap, pastu letak cili padi dan terpaling penting of course lah, telur goreng kuning cair tu. Kat rumah tu saya seorang aje obses yang kuning nya cair, kalau goreng untuk lenlain, mesti betul betul masak kuningnya tu.


Nasi lemak sukahati nak bubuh apa nama menu ni, dah ada telur rebus, tamak gak, nak jugak telur goreng, siap ada keropok lekor bagai. Ni kalau Kevin Zahri tengok, memang menggeleng kepala dari pagi membawa ke malam, hahah.


Breakfast nasi goreng sardin, tetap nak ada telur dadar. Nuget goreng dan karipap segera. Tak rugi buat breakfast bebanyak kat rumah tu, di jamin sebelum makan tengahari akan licin semua nya. Kejap kejap buka tudung saji, so tak ada istilah membazir kalau buat breakfast bebanyak macam ni.


Wednesday, November 5, 2014

KITA DAH 6 TAHUN

As salam semua.

Yeahh, semalam genap usia blog mak encik 6 tahun. Yeahhh lagi sebab tak pernah mak encik biarkan bersawang lelama, sentiasa update walaupun sekarang dah tak sekerap dulu sebab rasanya tak ada apa benda yang nak diceritakan pun sebab kebanyakan nya semua benda yang berulang ulang aje.


Happy, happy, happy. Mak encik memang suka baca balik entry lama dalam blog sendiri. Selalu rasa macam nak lempang diri sendiri bila terbaca benda atau gambar yang entah apa-apa yang di upload dulu, muahaha.

Walaupun dah 6 tahun, mak encik tak pernah participate apa benda aktiviti blogger pun, hahah. Dapat invitation untuk buat iklan pun malas nak buat, memang tak kuasa sebab selalu rasa nak ada blog ni sebab nak suka suka ada blog aje pun, tak lebih dari itu :)

Terima kasih pada semua yang rajin datang bertandang walaupun mak encik jarang sekali tinggalkan komen kat blog yang mak encik baca :)


Tuesday, November 4, 2014

SPM 2014

As salam semua.

Saya ambil SPM tahun 1991, masa tu masih gunakan aggregate dan gred 1, 2, 3. Syllabus dulu pun kacang sikit jika dibandingkan dengan syllabus bebudak sekarang. Kalau tengok kertas Sejarah sekarang, terus mak encik menganga sebab rasa macam payah nau soalan bebudak sekarang, sesuai lah dengan peredaran zaman dan bebudak pun dah semakin advance dan bijak.

Masa zaman saya dulu, kalau dapat gred 1, peluang sambung belajar dan bekerja luas sangat, sebab tu ramai rakan sebaya yang menjawat jawatan yang hebat di luar sana. Di zaman sekarang, kalau ada masters pun tak tentu dapat kerja setimpal dengan kelayakan yang dia orang ada. Macam mana lah agaknya bila tiba zaman Mimi dan Hakeem nanti, jenuh mak encik memikir, hrmmm.

Semalam kak long dah start SPM. Macam ni rupanya perasaan setiap ibu bila anak menduduki peperiksaan besar yang bakal menentukan hala tuju hidup dia selepas ni. Sebak, sayu rasa hati, moga kak long boleh menjawab soalan dengan baik.


Siapa yang tak nak anak cemerlang, semua pun nak anak dia orang cemerlang, tapi saya belajar terima anak-anak saya seadanya. Dari kak long ambil UPSR lagi saya dah ajar diri supaya belajar untuk faham anak-anak. Masa tu ramai yang pertikaikan kenapa saya tak hantar kak long ke tuisyen, dah kak long tak nak, tak  kan saya nak heret ni pergi tuisyen, saya nampak usaha dia belajar sendiri di rumah, maka nya saya bertolak ansur dengan dia. Alhamdulillah, dia dapat 4A 1B masa UPSR, pastu ada sok sek sok sek di belakang saya yang kata, kalau hantar tuisyen mesti dia dapat 5A, hrmmm, saya ambil langkah masuk telinga kiri keluar telinga kanan aje :)

Masa PMR, dia sendiri minta untuk pergi pusat tuisyen, okay, takde masalah, saya hantar kan di ke tuisyen, alhamdulillah, dapat result 7A 1B untuk PMR, pastu ada yang pertikaikan kenapa tak hantar dia masuk asrama lah, itu lah, ini lah, dah kak long tak nak, buat apa saya nak paksa.  Kak long dalam aliran sains tulen, untuk SPM ni pun, saya banyak kali cakap pada Mr.R, perlu belajar dan terima hakikat dari sekarang, apa aje keputusan anak, kita kena terima, masa percubaan hari tu dia cuma dapat 4A sahaja, tunggu aje lah result sebenar bulan Mac tahun hadapan. Apa yang dia nak buat selepas result SPM tu pun nanti, akan saya serahkan pada dia disamping bagi pendapat mana yang best, mana yang tidak, nama nak memaksa tidak lah sama sekali :) Saya percaya, hasil didikan dan doa dari mama dan babah, insyallah, kak long tahu apa yang terbaik untuk kehidupan dia.

Setiap kali lepas solat, sentiasa berdoa agar anak-anak diberi rezeki yang murah dan dapat meneruskan kehidupan di masa hadapan dengan lebih baik, aamiin.