Tuesday, December 30, 2014

CAMPAK CAMPAK PUN SEDAP

As salam semua.

Penghujung 2014 dah, macam-macam yang dah berlaku, moga semua nya akan baik-baik aje lepas ni, insyaallah, aamiin.

Untuk orang yang memang suka menyediakan masakan yang mudah simple dan sedap di anak tekak sendiri macam saya ni memang selalu mengamalkan kaedah campak campak dalam setiap masakan. Nasib baik tak boleh nak campak orang, kalau boleh campak, ada lah sorang ni yang saya memang nak campak campak kan dia sekarang jugak jugak, hahah.


Mak encik namakan masakan ni ikan siakap stim limau berkuah. Masa masak, memang tak ikut langsung bahan-bahan dan resepi yang ada banyak kalau di google, dengan sos ikan nya lah, sos tiram nya lah, itu ini bagai, koser mak encik nak ikut wei, buat resepi ikut naluri aje, tapi still sedap kebabom bila dah siap, kemain kebabom bagai, hahah.

Tak payah tumis apa bagai, potong serai, halia, bawang besar, bawang putih, bawang merah, daun limau purut, tomato, cili padi, campak kan semua dalam kuali, didihkan air dia, bila dah mendidih, masukkan ikan, perisakan dengan perahan lemon dan garam, jadi lah seperti yang di atas, takde sukatan bagai, semua main campak campak aje, dah tu aje nak cerita pasal campak campak. Tata

Tuesday, December 23, 2014

FAKTOR KEGEMUKAN MELAMPAU

As salam semua.

Lagi beberapa hari aje lagi tinggal untuk mak encik bergolek golek menikmati cuti sekolah ni hah. Next year angah dah form 3, Mimi standard 3 dan Hakeem baru nak memulakan sesi tadika di usia 5 tahun. Nampak dia dah bersedia sangat nak pergi, hampir setiap hari tanya, mama bila nak mula sekolah. Senang hati mak encik :)

Bila selalu senang hati memang berselera aje makan, ehhh tapi kan, kalau susah hati pun memang berselera aje tekak saya ni, kalau demam dengan tak demam sama aje, lalu aje nak makan, hahah.


Lepak santai dengan anak-anak, nak merasa pizza ni pulak. Sama aje kot rasa nya, presentation aje lain dari pizza biasa tu.

Ni favourite lah kaedahnya, tak akan order lain selain daripada beef pepperoni.


Suka nau makan aiskrim, bukan aje faktor menambah berat badan malahan boleh menambah bacaan gula di dalam darah, harap maklum, saya sedar tapi saya suka, acaner.

Semenjak bulan puasa lalu sampai sekarang dah takde aktiviti aerobik di tempat kerja, terasa berat sangat dah badan ni, acaner tu, aerobik aje lah senaman yang mak encik enjoy, nak suruh lari lari anak kat stadium tu, baru separuh pusingan, mak encik rasa macam dah buat 10 pusingan, bosan oiii.

Sekian.

Monday, December 15, 2014

NUTELLA & GO

As salam semua.

Ini kalau kat online dia orang jual kemain harga dia, tak masuk akal langsung wei. Adalah dalam tu biskut jejari pendek pendek tu, bukan lah banyak sangat pun, cicah dengan nutella. Macam konsep biskut Nini celup celup, Nini celup celup, hahah, tetiba teringat lagu iklan coklat Nini kat tv tu.


Mak encik beli sendiri biskut jejari timbang kati tu, beli nutella besar, main cicah cicah dengan anak-anak, puas makan wei. Itu aje update untuk hari ni. Sekian.

Tuesday, December 9, 2014

SEMPOI JER

As salam semua.

Mana dah korang berjalan-jalan masa cuti sekolah ni ? Seronok kan, lepas ni siaplah memasing nak panaskan enjin nak menguruskan anak-anak untuk mula sesi persekolahan.


Macam biasa lah, menu sempoi lagi simple tetap menjadi pujaan hati mak encik. Ni sayur brokoli + cendawan.


Ayam organik masak lomak cili padi pedas berdesing. 


Pujaan hati sepanjang zaman, tempe goreng + ikan bilis + bawang besar. 

Sekian, update ringkas untuk hari ni. Tata

Thursday, December 4, 2014

ASAM BOI

As salam semua.


Korang pun pernah makan macam ni kan, popular sangat ni masa zaman persekolahan saya dulu. Entah macam mana hari tu tetiba teringin nak makan. Gigih cari limau kasturi yang besar gemuk dan sihat macam saya, muahaha.

First time lah anak-anak kat rumah tu merasa jugak, masing-masing berkeriut muka masa makan, masam masin semua cukup, telan air liur masa menaip ni :)

Nak rasa ? Gi beli limau kasturi dan asam boi ye. Tata


Monday, December 1, 2014

SETTLE DAH

As salam semua.

Lega hati, lapang dada mak encik ni hah, settle dah beli baju kasut beg dan sebagainya untuk persekolahan anak-anak nanti. 


Macam biasa, setiap tahun memang kena beli baru sebab tahun lepas punya gerenti rupa baju putih dah macam belacan, tak sanggup nak pakai lagi. Tak beli pun brand canggih manggih tu semua, beli brand yang biasa-biasa aje tapi memang dah tahu kualiti kain dia macam mana, so memang setiap tahun akan repeat beli brand tu aje. Macam biasa jugak, sekolah agama dan sekolah kebangsaan memang ada 5 pasang sesiap, mak encik tak ada masa dan keupayaan nak membasuh dan menggosok di hari bekerja :)

Lepas ni tinggal nak beli buku tulis aje, buku teks semua memang dah dapat hari tu, pun dah siap balut dan cop nama memasing. Senang hati nak bersenang lenang dengan anak-anak masa cuti sekolah ni :)