Thursday, January 29, 2015

MENG 'GEGIRL' KAN DAPUR

As salam semua.

Anak-anak sekalian, jangan ikut perkataan seperti tajuk makcik kat atas tu ye, takde dalam kamus, malahan merosakkan bahasa, hahah.


Ni projek masa awal tahun hari tu, tetiba terasa nak feeling feeling muda belia remaja ketika berada di dapur kaedahnya. Selama ni kat dapur memang gunakan warna pastel, warna bumi, lagi senang nak faham, warna orang tua, muahaha.

Sampaikan ke alas meja, tuala lap tangan, lap meja, alas kaki, papan pemotong, senduk, itu ini  semua saya tukar ke pink purple, dah macam satu sudut dalam Hello Kitty Town kata Mr.R, hahah.


Tapi kan, tapi kan, memang semenjak balik dari Hello Kitty Town lah yang membuatkan saya tengok semua yang berwarna pink purple memang menawan u alls. Mr. R, jom kita tukar katil bilik kita nak tak, tukar dengan konsep Hello Kitty, mesti kita terasa comel ketika berada di dalam bilik tersebut, muahaha.

Monday, January 26, 2015

:)

As salam semua.

Alhamdulillah, nak masuk minggu ketiga anak-anak bersekolah ni, saya dan Mr.R dah boleh adjust masa sebaik-baiknya, dah tahu kena keluar rumah pukul berapa, hantar siapa dulu, hantar siapa kemudian, jemput siapa dulu, hari apa yang sorang ni tuisyen, hari apa pulak yang sorang tu kerja, gitu. 

Sekarang ni bukan kata Hakeem aje tertunggu tunggu ketibaan hari Jumaat, saya pun sama, hahah. Bak kata Hakeem, mama, saya nak sekolah 2 hari aje, cuti 5 hari boleh ???


Bila dah masuk umur 40 an, semua makanan yang saya tak pandai makan masa memuda belia dulu, semua saya dah cuba dan suka sekarang ni. Dulu mana reti nak makan petai, jering, kerdas, rebung, perut semua tu, sekarang ni, tak ada benda yang tak di makan, hahah. Buat nasi goreng cili padi, pastu letak petai, satu suap satu biji petai, lepas makan tak bercakap sampai ke petang, bau petai kemain kuat, hahah.


Ini satu lagi kegemaran saya, kerepek sukun. Susah nak dapat sukun kat sini, goreng macam tu aje pun dah sedap kan. Sebesar penampar kerepek sukun ni, cepat kenyang bila makan :)



Wednesday, January 21, 2015

NYUMM

As salam semua.

Rutin saya di tahun 2015 ni dah berubah 360 darjah, huhu. Sekarang dah kena keluar lebih awal sebab nak menghantar anak bongsu bertuah ke tadika. 2 hari aje dia nak pergi dengan Mr.R, masuk hari ke 3, dia dah merengek nak saya hantarkan dia. Tak kisah lah tu, janji dia nak pergi tadika dengan happy dan tak menangis macam hari pertama dulu, mama dia kena keluar lebih awal dan terpaksa pusing balik semula untuk ke tempat kerja, mama dah banyak lemak sebab selalu nak pergi kerja dekat aje, sekarang kena patah balik untuk sampai ke tempat kerja, apa pun jaraknya masih dekat, alhamdulillah :)


Rindu betul dengan menu idaman hati ni. Ada jugak masak lauk lain untuk dia orang, saya  masak kan sup daging dan sambal telur, lauk tu semua saya tak usik langsung, saya dok menghadap 2 menu ni aje, sedapnya ya ampun, habis seperiuk nasi untuk saya aje, muahaha.


Dulu tak pandai langsung nak makan budu ni, ingatkan tak sedap, rupa rupanya sedap, menyesal tak makan dari dulu wei.


Monday, January 19, 2015

JURI TAK DI UNDANG !

As salam semua.

Biasalah tu, kalau semalam AJL, hari ni ramai lah yang share kat blog jugak, termasuklah mak encik, sendiri lantik jadi juri tak bergaji lagi tak bertauliah lagi tak layak, muahaha. Kesian, nak jadi juri kat pentas AJL memang bukan dalam bidang kuasa, jadi lah juri depan TV, siapkan kacang dengan air, sambil komen sambil mengunyah, esok lusa tumbuh jerawat batu, habuan jadi juri tak diundang, muahaha.

Apasal AJL selalu buat hari Ahad ehh, esok tu kan bebudak nak sekolah, mak bapak budak nak pergi kerja, buat lah hari Sabtu, boleh lah semua anak beranak menghadap TV. Ni semalam, si Mimi nak join jugak tengok, selalu dia dah tidur pukul 9 malam, apa lagi, membebel bebel lah mak encik kat telinga dia, esok kalau susah nak kejut, memang bla bla bla, tup tup 9.30 dia dah tertidur depan TV, bagus !

Kesimpulannya, ramai yang ada masalah pemakaian di mata mak encik, di mata korang kalau cantik, lantak lah disitu, hahah.  Bukan ke ada banyak lagi fesyen nak cecantik kat luar sana, yang pilih fesyen tak lawa tu dah kenapa. Baju Scha, Shila Amzah, Alyah, Dayang,  AG semua nya tak kena kat mata mak encik, eiii rasa nak pergi tolong pilihkan baju untuk dia orang, tahu tak, hahah.

Memang best dan menyerlah sungguh performance Caliph Busker's tu dan yang lenlain pun best jugak. Kalau tak best, tak kan lah masuk final AJL kan. Cer tengok Dato Hattan, tak macam rupa orang 50 tahun kan, smart rilek aje atas pentas tu.

Pemenang dah dipilih pun, memang lah lagu Apa Khabar tu tak kena dengan jiwa mak encik, almaklumlah, mak encik kan sezaman dengan Ramlah Ram, hahah. Mana lah lagu-lagu macam tu nak masuk dalam jiwa mak encik ni. Lagu Shila Amzah dan Dayang memang selayaknya mendapat tempat, memang sedap lagu-lagu tu. Pagi ni dengar radio Hot FM pun best, jem lah macam mana pun, tidak lah ku kisah, boleh karaoke dalam kereta, lalalla.

Kaya betul Dato Vida tu, sepanjang panjang program dia menaja Qu Puteh tu, berapa ratus ribu lah habis untuk pengiklanan dia, tapi memang terkesan lah kat penonton, sampai termimpi mimpi iklan Qu Puteh tu. Ku putih ku mbammm, barulah Shibamm, muahaha.


Wednesday, January 14, 2015

DRAMA BUDAK NI

As salam semua.

Amacam sesi persekolahan anak-anak korang ? 

Tahun ni mak encik ada kejutan budaya ! Mana tak kejutan budaya nya, dah 3 orang anak bersekolah sebelum ni tak pernah buat hal atau drama masa first day, semua pun steady aje, bila datang giliran si bongsu ni pergi tadika, dia punya penangan kemain buat mak encik rasa nak shuffle bagai kat tadika tu,  hahah. 


Ini lah budaknya. Bongsu banyak ragam nama nya kan. Banyak drama, banyak songeh ini budak, ni mesti ikut Mr.R masa kekecik dulu, hahah.

Dari zaman kak long, angah dan mimi masuk tadika dulu, semua steady aje, kalau nak cebik nak sedih pun sedih sesikit aje, datang penangan anak bongsu ni, amik ko, siap nangis melalak lalak, pastu siap ada dialog bagai sambil panjat pintu grill tadika, hahah. Urut dada aje mama ko ni Hakeem, nak marah marah dia tak jalan pun, ramai pulak ibu bapa lain kat situ, nanti tercalar lah imej ibu mithali mak encik, muahaha. Bebudak lain takde yang menangis melalak macam tu pun, kalau ada yang menangis pun, nangis sesikit sambil terenjut enjut bahu, ini dia sorang aje yang buat konsert kat tadika tu, urut dada lagi mama ko.

Harapnya seminggu dua ni aje lah anak manja bertuah ni berdrama, kalau lebih dari tu, nanti mak encik fikir dan ikhtiarkan apa yang perlu dibuat.


Friday, January 9, 2015

EMOSI

As salam semua. 

Yeahhh, tajuk aje emosi tapi tetap ada gambar makanan, hahah.

Korang ni semua yang baca blog saya ni dah kerja berapa tahun ? Saya baru nak masuk ke tahun yang ke 20, kalau panjang umur murah rezeki, lagi 20 tahun akan datang pun kena pergi kerja sebab dah sign borang pencen umur 60 tahun, hahah. Jap, tengah bayangkan nenek tembam vogue pergi bekerja, hahah lagi.

Maka nya, bila dah bekerja selama 20 tahun, apa aje jenis perangai pe'el meroyan sentap happy rakan sekerja semuanya saya dah pernah rasa dan lalui, bagilah persekitaran macam mana pun, insyallah, saya boleh handle, tapi kita ni semua manusia biasa, kalau dah asyik kena hadap emosi yang bercas negatif, secara tak langsung, terkesan lah juga jadinya. Tapi takpe, sekarang saya ambil pendekatan, bagaikan angin lalu, emosi lah disitu, tidak lah kuasa saya hendak melayannya. Full stop.


Menu kegemaran semua. Sotong kunyit + kacang panjang. Sotong kemain mahal lah sekarang, belanja dapur dah semakin tinggi. Jom pergi mencandat sotong, tetiba, hahah.


Tomyam ketam, tak letak sayur apa pun, ketam semata mata, tak nak bagi rasa tomyam tu bercelaru, nak rasa tomyam ketam aje, paham tak wei, hahah. Ketam pun mahal, bila saya asyik membebel pasal semua bahan mentah dah mahal, nak murah pergi tangkap sendiri kata Mr.R, terus tak jadi nak membebel lagi, hahah.

Selamat berhujung minggu. Sudah sudah lah dengan emosi tu wei, penat melayan. Tata



Monday, January 5, 2015

5 JANUARI 2015

As salam semua.

Entry pertama di tahun baharu 2015. Senyum sikit. Tak ada apa benda yang best nak dikongsikan, nak bebel sesikit aje :)


Sedap wei makan aiskrim roti macam tu aje, korang pun suka kan. Sep sikit.

Next week anak-anak dah start bersekolah kan, dah start panaskan enjin rajin ke belum, mak encik punya enjin malas kemain susah nak dihilangkan ni, asyik nak bergolek golek sambil tengok drama korea, parah wei.

Kak long dah start belajar memandu dari bulan lepas, lain betul syllabus bebudak sekarang dengan zaman saya dulu, mahal pun ye, lambat betul nak selesai dari masa daftar sampai nak dapatkan tarikh ujian memandu dari |JPJ tu, zaman saya dulu, sekejapan dah settle, sekarang ni ramai sangat yang nak ambil lesen, sebulan dua pun tak tentu settle lagi. Dia nak kerja pun terbantut selagi lesen memandu tiada kat tangan. Ada lah duduk kat rumah tu membuat kerja-kerja yang tak berfaedah, hahah.

Kerja korang amacam ? Harapnya okay lah ye. Hrmmm, buat masa ni, persekitaran tempat kerja mak encik membuatkan mak encik rasa berat kaki nak melangkah ke tempat kerja, dengan parking jauhnya, lif takde, aura negatif yang berlegar di persekitaran. Ehhh terluah perasaan pula !

Sejujurnya tahun lepas banyak yang memberi pengajaran dan kenangan manis buat saya sekeluarga, paling manis bila dapat mengerjakan umrah bersama keluarga. Alhamdulillah, perancangan keluarga semuanya berjalan dengan lancar.

Sekian bebelan, sampai jumpa lagi.