Wednesday, February 25, 2015

MAKAN MAKAN MAKAN & MAKAN

As salam semua.

Ye, itu aje lah kerja nya dan itu aje lah kegemarannya, tiada yang lain melainkan seperti tajuk di atas. Saya yang gemuk, korang yang susah hati, korang dah kenapa ????? Muahaha.



Fetuccini carbonara bercili padi pedas menyengat, barulah best. Makan lah ikut citarasa sendiri, tekak daku bukan tekak kamu. Emo lagi, hahah.



Nasi ayam yang sangatlah mudah lagi senang dan simple untuk disiapkan. Lepas tu saya boleh concentrate buat kerja lain, tak pun bergolek golek macam dugong sambil tengok drama Korea. Saya yang bergolek golek lepas makan, korang yang panas, korang dah kenapa ???? Tampar pipi sendiri, hahah.


Seedappppp sangat ni, terbaik nasi lemak jualan makcik ni. Sambal dia tu tak rasa manis langsung, itu saya paling suka, paling kecewa bila beli nasi lemak pastu sambal dia manis, entah apa apa. Saya tak suka sambal manis, suka hati saya lah, korang kisah kenapa, hahah. Best betul buat entry bila tengah meroyan.

Tata titi tutu.

Monday, February 23, 2015

CERITA JEBAB LAGI

As salam semua.

Kemain masing-masing cuti panjang, pastu jadual kemain padat, ke situ sana sini, bila tiba hari ni, nak memoncong moncong pulak kena masuk kerja kan, jentik moncong tu baru tahu, kata mak encik pada diri mak encik sendiri, hahah.

Mimi also known as Jebab ni adalah pembakar semangat mak encik supaya tidak bermalas malasan dan sentiasa kena penuhkan meja peti ais almari kabinet dengan makanan dan kudapan :) Anak bertuah ni, dia punya tahap tak bagi mak encik bermalas malasan tu amat dahsyat, sungguh dahsyat, hahah. Kalau hari jumaat malam tu, bila tengah melepak sesama, dia dah boleh tanya saya menu apa untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam untuk hari Sabtu dan Ahad, ko mampu, hahah.


Selalunya bila hujung minggu, memang saya akan menghadap dia makan lah, kalau tak nanti dia sengsorang aje sebab dia selalu nak lunch pukul 11 pagi, babah, kakak, abang dia selalu lunch lewat sebab dah makan kenyang-kenyang masa breakfast. Selalu sangat wei, jiran sebelah baru siapkan breakfast untuk anak dia yang bangun pukul 9 pagi, rumah mak encik dah siapkan makan tengahari ko. Ini semua jebab punya pasal, hahah.


Masak simple aje kan, lagi lah cepat siapnya. Ayam goreng berlada, nampak macam sedap kan, memang sedap pun wei, hahah.


Ikan tenggiri masak pindang campur bendi. Tambah satu lagi telur masin, buh kicap, memang bertambah-tambah mak encik makan, takpe sekarang ni aerobik dah ada 3 kali seminggu kat stadium office, nampak tak statement penyedap hati, hahah.

Okay tu aje. Tata

Tuesday, February 17, 2015

YUHUUUU, APA KHABAR WEI :)

As salam semua.

Mak encik busy sesangat, busy dengan pengeposan beauty & acidic water, alhamdulillah, sambutan seminggu dua ni kemain kencang. Balik petang lepas siap makan kemas dapur semua, start lah siapkan order dari kengkawan, tadah air itu ini, siap label semua baru lah boleh rehat. Oh, terima kasih pada pembaca yang sudi order tempohari ye, nanti dah guna, sila bagi feedback pada kak shibam ye :)

Lepas settle hantar Hakeem ke tadika, masuk office settlekan packing untuk poslaju dulu, macam semalam, kena siapkan packing 30 botol untuk hantar, ada yang ke Perlis, Putrajaya dan KL, syukur alhamdulillah. Waktu kerja kena buat kerja office lah, waktu yang ada sebelum mula waktu kerja dan masa waktu rehat ataupun masa memang tengah tiada kerja yang perlu diselesaikan, boleh lah sambung apa yang perlu. Petang pulak masa untuk mengepos, phewww, very the busy, macam mana lah orang yang buat postage 100 pack sehari tu, penat wei terkejar-kejar.


Sibuk macam mana pun, dapur mak encik tetap berasap, sila bagi tepukan gemuruh, clap clap clap, terima kasih, sesusah aje tepuk tangan untuk mak encik, hahah. Macam biasa, favourite kat rumah tu, sotong masak kunyit.


Yang ni first time mak encik buat. Selalu gunakan cili kering aje, kali ni mak encik gunakan cili padi hijau dan merah, perghhhh, setiap kali makan terasa macam bibir kena sengat tebuan, kemain tebal, haha. Kak long dengan mak encik aje layan ni, Mr.R dengan angah surrender, gilerrrr pedas kata dia orang.


Sup brokoli + crab ball, sotong ball, chicken ball dan fish ball. Letak halia dan serai, hrmm, sedap wei.

Cuti panjang kemana korang ??

Tuesday, February 10, 2015

BEAUTY WATER KANGEN

As salam semua.

Korang pernah dengar tentang Air Kangen ? Untuk kefahaman lebih lanjut dan sekira nya berminat untuk tahu, korang boleh lah google Khasiat Air Kangen dan boleh baca sampai faham ye.

Mr.R baru aje 3 bulan menceburkan diri dengan air kangen ni, alhamdullillah, sambutan sangat-sangat menggalakkan. Bulan pertama tu Mr.R hanya tolong kawan dia jual aje, masuk bulan kedua terus beli mesin air sebab permintaan terlalu tinggi, sekarang nak masuk bulan ketiga, sampai tak menang tangan nak memenuhi permintaan, syukur untuk rezeki ini. 


Saya suka sangat sangat dengan Beauty Water seperti di dalam gambar ni. Beauty Water adalah inovasi produk kecantikan dari Kangen Water untuk perawatan dan kecantikan kulit wajah. Ia dihasilkan dari teknologi mesin penyaring air dari Perusahaan Enagic Jepun yang telah mendapat perakuan dan kelulusan. Khasiat Beauty Water adalah sebagai pencerah kulit, mencegah infeksi bakteria, melindungi kulit dengan menjaga pH normalnya, pelindung kulit dan sebagai pelembap yang mencegah kekeringan pada kulit.  Saya suka sebab senang sangat nak gunakan dia, spray aje kat muka pada bila-bila masa yang saya suka. Paling kerap spray di office sebab duduk di dalam aircond, kulit akan menjadi kering dengan lebih mudah. Di samping meminum air yang mencukupi, kena lah rajin spray spray Beauty Water ni kat kulit muka.  Hasilnya, kulit muka saya yang tiada masalah ni lebih flawless lagi u allss, hahah.


Permintaan sentiasa hangat untuk Beauty Water ni. Saya selalu kena buat stok untuk kengkawan yang order. Kalau untuk kulit bermasalah dengan jerawat, jeragat, parut dan sebagainya pula, boleh spray dengan Strong Acidic Water. Setiap botol Beauty Water dan Strong Acidic Water ni ada 100ml.


Yang ni pula stok untuk air minuman pH 9.5. Mr.R ada membuat delivery pada kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Putrajaya. Semua delivery hanya selepas waktu kerja, penat lelah sekarang takpe kata Mr.R, janji hasilnya memberangsangkan untuk family, syukur alhamdulillah.

Antara khasiat air pH 9.5 ni adalah untuk membantu dalam penyembuhan penyakit stroke, kanser, jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, gout, gastrik, obesiti, migrain, psoriasis, parkinson, asthma, kolesterol tinggi, osteoporosis, insomnia, sakit lutut, penyakit kulit, sakit sendi, sakit urat, lelah dan masalah ginjal.

Produk paling laris yang saya jual sekarang adalah Beauty Water, saya boleh pos kan pada pembaca yang berminat nak gunakan dan kepada pembaca yang berminat boleh emel saya di mestisuperb@gmail.com untuk pertanyaan lebih lanjut ye. Terima kasih semua.

Monday, February 9, 2015

BAKAR BAKAR

As salam semua.

9 Februari 2015 dah hari ni, apa ke benda yang korang dah capai di tahun baru ni, sekejapan dah bulan Februari, tup tup dah bulan puasa, tup tup nanti dah masuk ke 2016 pula :)


Nak buat bbq hari tu, akan tetapi, tiada lah upaya dan daya nak ke pasar dan membeli daging kambing dan memerapnya, maka nya mari lah beli yang sudah siap di perap, okay lah tu, 10 paket macam tu harga dia RM194.33, setiap paket ada 3 keping daging kambing yang sedap sedap sedap sangat. Boleh repeat beli lagi kat situ.


Motif gambar nak tunjuk tapis dan besen kecil pink purple kita, hahah. Terasa bersemangat sungguh nak basuh ayam gunakan tapis baru. Masa ni dah pukul 11.30 malam, gigih membasuh ayam dan blend semua bahan-bahan untuk diperap.


Buat bbq ayam, kambing, sosej dan jagung aje. Cukup lah tu, kakak ipar pula bawa nasi lemak dan mihun sup, cukup mengenyangkan sampai ke malam :)


Yeahh, tukang jaga api yang sangat penyabar, along dan Mr.R, dari mula sampai habis dia orang lah tukang panggang nya.

Bakar-bakar, makan-makan sempena birthday mak yang ke 66 tahun. Alhamdulillah, seronok dapat berkumpul adik beradik hari tu. Sayangi dan hargailah mak abah kita selagi mereka masih ada :)

Thursday, February 5, 2015

JEBAB MAMA YANG RAJIN

As salam semua.

Nama manja Mimi kat rumah adalah Jebab, ia adik beradik dengan debab tapi sebab nak kedengaran manja, saya tukar jadi jebab, haha.


Kalau kak long memang bertuah sebab dia kurus tinggi macam babah dia, tapi yang ni memang sebijik ikut saya, nasib engko lah mimi, hahah. Baru darjah 3, tapi kekentalan, ketebalan lelemak dia, hrmmm, memang mengikut sangat mama dia. Jenuh dah suruh kurangkan makan, tapi tu lah, berselera aje dia tu. Kalau sebelum ni, memang baju dia, kak long yang akan tolong lipat dan susunkan, akan tetapi memandangkan tak lama lagi kak long pun akan menyambung pelajaran dia, saya slow slow suruh dia belajar lipat dan susun baju sendiri.

Bila nak melipat baju, nanti dia akan duduk kat sudut tu, pastu saya akan duduk sebelah dan ajar sesama, susun baju pun macam tu, dah bagitahu mana nak letak baju tidur, baju siang, baju sekolah semua. Senang lah sikit dia dah boleh buat sendiri, mama ada banyak lagi kerja lain yang menanti. Nasib baik angah memang dah dilatih dari awal, sekarang semua kerja dia akan di buat sendiri, dari merendam baju sekolah, membasuh tangan, menggosok semuanya tu lah, untung siapa buat jadi suami nanti, tetiba, hahah.

Yakin boleh tanpa bibik, itu lah slogan saya dari dulu, hihi.