Tuesday, March 31, 2015

NASIB LAH KORANG

As salam semua.

Esok dah bulan April wei, apa yang dah dibuat dalam 3 bulan ni macam hrmmm aje, hahah. Minggu lepas office kami ada Sanggar Kerja di Teluk Gorek, Mersing, Johor. 

Perjalanan kemain jauh, kematu pungkoq duduk dalam bas mini tu, dah lah sampai sana tiada talian internet, tiada tv, padan muka memasing, terkulat kulat pandang dinding, muahaha. 


Aktiviti pagi di mulakan dengan bersenam bersama kengkawan, cer tengok tangan memasing, sorang dah ke atas, sorang kat tengah, sorang dah macam kungfu shaolin, hahah.


Ni masa belajar step poco-poco. Banyak yang ke laut dari yang eloknya, nampak sangat tak rajin bersenam memasing, hahah.


Nak sangat mak encik mbam mbam ni berdiri kat depan kan, nasib lah korang, ikut aje lah step membukan dari dia, hahah. Lawak lawak, bantai aje step apa yang ada, yang penting semua mengikut, kalau ke laut, ke laut lah semuanya, adoiyai, lawak wei.

Kengkawan mak encik semua sporting, sorang buat part warming up, pastu aerobik, pastu poco poco, pastu cooling down, pastu dah penat berpeluh peluh, sambung pulak makan gelak gelak kat kantin, dijamin tak ada yang akan kurus kalau mak encik yang jadi instructornya, hahah.


Wednesday, March 25, 2015

BEKAL

As salam semua.

Untuk entry sebelum ni, pada yang nak ikut jejak langkah saya mendidik anak membantu dalam kerja-kerja rumah di usia awal, dipersilakan sesangat, umur 7 tahun tu dah  boleh sangat minta bantu macam-macam, bagi lah token untuk dia orang lepas dah tolong tu, nanti suka lah dia orang, jangan di layan sangat sok sek sok sek orang di persekitaran yang akan cakap kesian kat anak, nak dera anak ke ??? buat aje, nanti esok lusa kita yang senang dik, orang luar tu bukan nak tolong kita pun kan kan kan. Tapi yang terpaling penting, berpada pada lah jugak nak suruh dia orang tu ye, jangan lah umur 7 tahun tu korang suruh buat kerja budak umur 17 tahun, hihi.

Korang suka bawa bekal ? Saya terpaling suka bawa bekal, di samping sangat menjimatkan perbelanjaan harian saya dan anak-anak, ianya juga dijamin sedap mengikut piawaian tekak sendiri, gitu !


Bekal ni saya namakan : roti sosej mbam mbam dilimpahi dengan sos kasih sayang, giler panjang nama dia, hahah. Senang sesangat nak buat oiii, rebus sosej, potong roti di tengah, sapu marjerin, letak salad & hirisan tomato, letak kan sosej, sapukan mayonis, sos thousand island dan sos cili, siap, dua kali ngap aje saya makan, hebat tak hebat, hahah.


Nasi goreng kampung dengan cili padi pedas meletup tup tup. Kat rumah tu Hakeem sorang aje tak bawa bekal sebab tadika dia punya menu memang sedap sedap, ada bubur nasi lah, mihun goreng, kuey teow goreng, saya tak payah risau lagi, siap cikgu bagi dengan buah-buahan lagi, ohh saya suka tadika itu, saya bagi 5 bintang, hihi.

Beg bekal saya memang complete dengan bekalan pagi, lunch, buah-buahan, air kangen dan juga kudap-kudapan di waktu petang, oleh itu, dana tabung saya telah dinaikkan ke 20 ringgit sehari, cukup setahun, saya dah boleh beli loket rantai sebesar ibu jari, muahaha.


Monday, March 23, 2015

BORAK ANAK-ANAK

As salam semua.

Dah habis dah cuti sekolah, siap lah kena bangun awal nak siapkan itu ini, padan muka tak boleh nak terhegeh hegeh lagi, kata ku pada diri ku sendiri, muahaha.


2 orang geng mama, beza umur 9 tahun, tak berapa nak boleh ngam kalau nak berkongsi rahsia dan cerita sebab si adik tak pandai simpan rahsia, hahah, kalau nak berkongsi bab lain tak apa. Ada ke anak korang yang tak bertekak bergaduh manja kat rumah tu, ada ke ? Kalau ada, beruntungnya korang, kat rumah saya, 4 beradik, dari yang besar membawa ke yang kecil semua nya rajin menyakat, mana suara mak encik tak famous kat area tu, muahaha.

Sekarang pergi balik kerja dengan kak long, so banyak benda kita orang boleh share dalam kereta sama-sama, kalau ada rezeki dia sambung belajar lepas ni, hilanglah orang kuat mama kat rumah tu sebab kak long sangat boleh diharap nak membantu urusan mama di rumah, sekarang pun dah banyak train angah nak tolong sesama uruskan kerja kerja di rumah, setakat nak masak nasi, mesin baju, ampai baju, angkat baju, lipat baju, semua dah boleh diharap sangat dah angah tu. Asal kan setiap hari mesti tinggalkan nota untuk dia, kalau tak memang dia lupa nak tolong semua tu.

Setiap hujung minggu, kak long akan tolong gosok kan baju Mimi dan angah pulak gosok kan baju Hakeem, lepas tu masing-masing akan dapat elaun dari mama dengan babah. Elaun sebagai pembakar semangat dia orang yang rajin membantu disamping dia orang dapat menabung membeli barangan keperluan dia orang :)

Saya banyak belajar supaya melatih anak-anak dari awal untuk membantu dalam membuat kerja-kerja rumah dan sekarang memang saya dah nampak hasilnya, alhamdulillah.


Monday, March 16, 2015

SIMPLE ITU SHIBAM

As salam semua.

Cuti sekolah wei, yeahhh, singkat pun tak mengapa, cukup membuatkan mak encik happy happy happy ! 

Jom nak citer pasal makan, biasa lah blog mak encik,  mesti citer pasal makan aje, nak citer pasal gosip, tak baik ohhh, nak citer pasal opis, bosan kot, hahah.

Mak encik memang pencinta simple, apa aje yang dibuat selalu suka yang simple, suka masak yang simple lagi mudah, pakaian pun suka yang simple sedap mata memandang, untuk rumah pun sama, tak suka dinding dan ruang yang penuh dengan pelbagai hiasan, mak encik suka kosong simple macam tak ada barang, nampak luas sedap mata mak encik memandang, tengok porch orang lain bergayut gayut pasu pokok hijau menjalar sana sini, mak encik yang pening, teruk punya kes wei.


Menu udang goreng kunyit, simple yang amat, Mimi pun boleh masak ni. Serius very the simple, macam ni cara gaya nya mak encik masak, 4 ulas bawang putih dihiris, 1 labu bawang besar kuning dihiris, tumis kan dalam minyak yang sedikit, naik bau, masukkan udang, letak sikit serbuk kunyit, tambahkan 1/2 kiub ikan bilis knorr, mak encik suka pedas, makanya masukkan cili padi, perisakan dengan garam, last sekali masukkan tomato atau apa sahaja sayur yang korang suka. Siap.


Tomyam ayam + sayur sayuran. Itu kak long yang masak, setakat sup sayur, tomyam, sup ayam, goreng sayur ikan ayam bagai dah boleh sangat lah. Masak asam pedas atau sambal masih fail lagi setakat ni. Okay sangat dah tu kak long, mama masa sebaya awak dulu tahu makan aje, hahah.


Ayam goreng berlada. Hai Lija, mak encik masak lauk kegemaran awak, berlado berlado berlado, hahah. Nak masak sambal ni kita kena pastikan cili tu betul betul masak atau garing kaedahnya, baru lah sambal kita tu nanti jadi sedap.

Jom buat kerja. Tata u alls.


Thursday, March 12, 2015

BAJA GEMUK

As salam semua.

Apa korang ingat tumbuh tumbuhan aje boleh gunakan baja, mak encik pun ada baja.  Makanan yang boleh menggemukkan tu lah baja nya dan kalau nak baja jerawat pulak, makan lah kacang sehari semalam, memang mujarab, hari ni makan, esok dah keluar jerawat batu kat hidung dahi pipi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, muahaha.


Homaiiii, sedap gegiler air ni, sedut sampai ke titisan terakhir, biskut pun habis dikunyah, sampai tertonggeng tonggeng gelas tu nak pastikan semuanya habis di sedut, hahah.


Grilled chicken + nasi, lembut aje nasi tu, mak encik syak nasi tu digoreng dengan planta, ada rasa masin masin gitu, sos bbq dia terbaik, pekat likat sedap, telan airliur jap, gulp gulp gulp !


Spaghetti carbonara ni kalau dibandingkan dengan spaghetti carbonara mak encik, dua tiga empat lima kali sedap lagi lah yang mak encik punya, maka nya lepas ni tak payah order lagi lah, nak makan masak sendiri aje nanti.


Sizzling yee mee, kalau makan ni, mak encik kasi settlekan telur kuning cair tu dulu, baja gemuk yang paling terbaik buat masa ni, hahah. Dah settle makan telur baru perabiskan yang lain :)

Owh, pada yang minta resepi nasi ayam dan spaghetti carbonara sebelum ni, adik boleh google aje dik, taip resepi nasi ayam shibamjelita dan spaghetti carbonara shibamjelita, keluar lah nanti, pastu baca pastu masak ehh dik :)


Tuesday, March 10, 2015

M UNTUK MAKAN

As salam semua.

Sebelum tu, untuk adik yang bertanya di entry sebelum ni, ye betul lah tu, Hakeem sekolah di Tadika Perpaduan, tadika yang sangat bagus, rugi saya tak hantar anak-anak saya yang sebelum ni ke tadika tu. Cikgu dia sangat komited, sama aje macam tadika swasta yang lain atau mungkin kualiti cikgu dia lebih bagus dari sesetengah tadika swasta yang sedia ada :)


Saya punya, no kongsi kongsi, masing-masing order sendiri punya, dikhuatiri bergaduh berebut sudu di khalayak ramai, hahah.


Nak menghabiskan stok roti, belasah buat puding roti resepi sesuka hati, kreatif lah konon dok mencalit nutella kat atas roti tu, bila dah siap dibakar, agak keras nutella tu, tapi licin jugak dimakan dek anak-anak :)


Mee goreng mamak pedas berapi. Terbaik kat tekak ni, goreng 2 bungkus, bancuh teh o limau, settle licin semua pagi tu jugak :)


Kuey teow goreng basah, kuey teow yang gegemuk tu jugak sedap kat tekak ni, yang halus cenggini rasa tak kenyang wei.

Tekak dah teringin ingin laksa dan soto, hujung minggu ni mesti masak. Dah. Tu aje nak share.


Monday, March 9, 2015

SI BONGSU DAH RAJIN :)

As salam semua.

Terima kasih sesangat pada yang sudi tinggalkan komen ucap tahniah untuk kak long, siap ber emel bagai, so sweet lah korang ni, terima kasih buat saya rasa tak salah untuk saya happy terlebih lebih walaupun kak long dapat 7A, hihi. 


Si bongsu mama ni dah rajin pergi tadika, alhamdulillah. Tak sangka budak baik yang memanjat grill pintu melalak terjerit jerit di hari pertama persekolahan dah bersemangat dan rajin nak pergi tadika. Nasib baik 1 hari tu aje dia buat perangai, selepas insiden panjat grill pintu dan berdrama tu, terus dah takde drama dari dia lagi, malahan setiap hari senang aje nak dikejut, ajak mandi, sarapan dan pergi tadika.

Rutin sekarang tetap sama, dia nak saya yang hantarkan ke tadika, pergi dengan babah tak best kata dia, tak kisahlah biar mama berpusing pusing sebelum ke tempat kerja pun tak mengapa, janji dia minat dan suka nak pergi tadika. Dah kenal huruf semua, dah boleh baca dua tiga patah perkataan, sangat menakjubkan kat mata mama ni sebab sebelum ni, pensel buku yang saya beli semua ni bolayan nak buat.

Balik tadika aje, tak lengah nak buat kerja yang cikgu bagi, dah siap baru nak tukar baju dan makan, sangat berdisiplin, sebijik macam mama dia, up lagi, hahah.

Jom sambung buat kerja di minggu baru :)


Thursday, March 5, 2015

9A ?????

As salam semua.

Tajuk kemain banyak tanda soalan. Iye, tu lah yang terjadi bila saya ke sekolah kak long tempohari, ada beberapa orang mak mak kat situ yang menyapa saya dan bertanya, anak puan dapat 9A ??????

Results keluar hari Selasa lepas, macam yang dah diberitahu, results akan diumumkan selepas pukul 10 pagi. Saya tak ambil cuti pun hari tu sebab saya rasa saya tak perlu ambil cuti, hahah. Kak long pun rilek aje kat rumah tu, pukul 11 lebih pun masih di rumah, gabra lah tu wei.

Saya cakap kat kengkawan office, lunch time nanti baru saya jumpa kak long, biar dia dengan kengkawan dia merasai detik detik gemuruh gelabah cemas ni sesama dia orang. Saya dulu masa ambil results SPM, mak abah saya kat Langkawi tengah bercuti, saya naik bas mini pergi sekolah dengan kengkawan, dah lah takde handphone masa tu, tunggu malam baru mak abah dapat call ke rumah tanyakan keputusan sebab lepas dapat keputusan, saya dan kengkawan mengenjoyskan diri ke Central Market, nostalgia indah sungguh lahai.

Tepat pukul 10 pagi saya gunakan kaedah sms untuk semak keputusan kak long, masa tu, rasa apasal lah lambat sangat dapat reply ni, tup tup lepas 10 minit, results dia masuk, drama kat office pun bermula, hahah. Terenjut enjut bahu menahan sebak tengok keputusan SPM kak long, syukur alhamdulillah, saya bersyukur sesangat dengan keputusan dia sebab saya tahu kemampuan kak long. Masa saya dah tahu keputusan ni, saya langsung tak share dengan kak long, saya nak dia sendiri tahu dari guru kelas dia :)

Lunch time tu, saya pun gerak ke sekolah dia, kemain meriah kat sekolah, saya jumpa kengkawan dia semua saya peluk dan cium, happy sangat dengan persahabatan dan keputusan dia orang. Habis semua kengkawan dia kat situ saya sapa dan sesama melompat lompat happy dengan bebudak tu, masa ni lah ada sorang mak ni datang kat saya sambil tanya : Anak puan dapat 9A ye, tahniah ye. Saya jawab, ehhh takde lah, anak saya tak dapat 9A pun, tapi puan tengok reaksi saya happy excited macam kan anak saya dapat 9A kan, hahah. Tersenyum dia bila saya cakap macam tu, iye lah, saya happy excited macam kan anak saya dapat 9A padahal tak pun kengkawan. Saya tak pernah berangan dan bermimpi untuk kak long dapatkan 9A sebab saya tahu aliran sains ni susah, banyak subjek yang mencabar, saya faham dan saya nampak kak long struggle sepanjang dia nak periksa ni, maka nya saya dah bersedia dari awal dengan apa juga keputusan dia.

Saya cakap kat kak long, paling penting, kak long mesti dapatkan keputusan minimum untuk dapat sambung belajar ke IPTA sebab mama tak mampu nak bayar yuran kolej IPTS, huhu. Masa trial hari tu kak long dapat 4A sahaja dan masa SPM tu setiap hari lepas dia balik mesti dia mengeluh, susah mama, pening kak long nak jawab, KBAT ni susah kata dia, tak sama macam format SPM sebelum sebelum ni. Saya pasrah, kesian tengok dia sedih sebab susah soalan soalan tu semua.

Target saya untuk kak long dapatkan 5A sahaja untuk lepas piawaian sambung belajar dalam bidang asasi sains nanti, subjek Add Maths paling ngeri sebab selalu tak lepas piawaian, nak apply asasi sains, add maths mesti sekurang kurang nya B, mana saya tak risau, sebelum ni nak lepas dari C pun tak pernah. Maka nya, bila saya tahu dia dapat B untuk add maths dia, saya lah manusia yang paling gembira dalam dunia, hahah. Lega sebab senang untuk dia sambung belajar nanti. Ramai suruh dia ambil bidang perubatan, jadi doktor, tapi kak long tak nak dan saya okay aje, saya tak akan paksa sebab saya tahu, kalau saya paksa dan nanti dia belajar separuh jalan, saya juga yang susah. Maka nya saya ikut kan aje apa yang dia minat untuk belajar.

Syukur alhamdulillah, terima kasih kak long sebab gembirakan mama dengan keputusan yang sangat cemerlang di mata mama dan babah. Saya tak perlukan 9A dari kak long untuk membuat saya happy, kak long dapat 7A pun saya dah happy terlompat lompat tak berhenti, hahah. Bila kita redha, kita pasrah, insyaallah, kita akan happy. Jangan pressure anak, paksa anak demi kepuasan hati kita sendiri. Sekian, coretan panjang lebar dari mama kak long yang terlompat lompat happy macam kan anak dia dapat 9A, hahah.

Monday, March 2, 2015

MENU PENGHABISAN STOK

As salam semua.

Selalunya kat pasaraya aje nampak jualan penghabisan stok, saya pun ada penghabisan stok juga, stok dalam peti ais, kihkihkih. Mari habiskan apa yang ada sebelum membeli stok baru :)


Dapat telur rebus dari jemputan kenduri kahwin, kalau tak di buat sandwich telur ataupun dimasak memang tak kan berganjak lah telur rebus tu nanti. So mari kita masak kurma telur + kentang, gerenti licin, tiada pembaziran, bagus gitu.


Menghabiskan stok telur yang tinggal 2,3 biji dalam peti ais, terhasil lah sup suhun + fucuk + telur. 


Pun penghabisan stok juga, masak lah sardin cili padi, buat kan berkuah, laju memasing makan, paling laju yang empunya blog ni lah, muahaha.

Esok results SPM keluar, mari lah berbondong bondong ke sekolah menemani anak mengambil results, kalau cemerlang melompat lah kita, kalau kurang, berdiri lah dendiam, kalau tak cemerlang, mohon jangan pengsan, pesanan untuk diri sendiri, hahah.