Thursday, April 30, 2015

LETIH MAK NAK

As salam semua.

Lama nya tak jumpa u alls, tup tup hari ni tayang gambar telur mata bubuh kicap, entah apa apa, hahah.


Pheww, akhirnya kita orang dah berpindah ke office baru, suasana baru yang lebih best kaedahnya, nak parking senang, nak ke office dari parking lot pun dekat, setakat ini semua orang happy di tempat baru, dulu di office lama, hanya ada satu unit kami aje, sekarang tiga unit bergabung duduk dalam satu office yang besar, memang meriah giler, best best best.

Dari minggu lepas, setiap hari balik lewat dari biasa, ahad lepas sampai pukul 9 malam masih di office baru, punya lah gigih nak memastikan office baru siap mengikut jadual. Punya lah penat ke hulu ke hilir, sampaikan saya tak pergi pun aerobik, on the way balik kerja, kepala hotak dah terbayang nak makan telur mata kuning cair-cair letak kicap bebanyak, perghhh, sedap oiiiii.

Balik tu terus masuk dapur dan goreng telur dulu, pastu buat budu, homaiiiii, mak encik makan banyak u alls. Lepas makan banyak menyesal, drama sangat, hahah.

Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang, sampai ketemu lagi, tata.



Tuesday, April 21, 2015

CIKGU MEREMBES

As salam semua.

Cikgu-cikgu yang akan merembes meleleh kan air liur, muahaha. First time teruja sangat dengan apa yang dikongsikan di Hot FM tempohari. Seriously, kalau lah situasi ni betul betul wujud kat sekolah dulu dan saya pulak dalam zaman persekolahan masa tu, memang saya akan berusaha bersungguh sungguh untuk menempatkan diri dalam sekolah tu, kahkahkah.


Homaiiiiiiiiii, semua mak encik suka suka suka kecuali cikgu sejarah, yang tu kurang merembes nya, muahaha. Seriously, pengetua tu memang pilihan hati mak encik, taste mak encik memang hitam manis macam faizal tahir, remy ishak, jalaluddin hassan, dah tua pun okay jer, hahah. Jejaka kulit cerah very the tak macho !

Cikgu bahasa inggeris tu, alahai, kalau kelas dia ada setiap hari dari pagi sampai petang pun mak encik sanggup masuk kelas tu, hahah. Cikgu muzik tu bila dia menyanyi macam nak minta ditampar tampar manja pipi iaaa tu, hahah, gateiii.

Cikgu renang tu kan, kalau mak encik belajar, saja aje buat buat tak pandai berenang sampai ke sudah, buat buat lemas pun takpe, bagi dia tolong selamatkan, hahaha, kemain berangan, tumbuk diri sendiri. Eiiii semua cikgu pun best, dijamin tak mengantuk pergi sekolah, datang sekolah dari pagi ke malam pun takpe, hahah.


Monday, April 20, 2015

MASAK APA TU ?

As salam semua.

Minggu ni minggu mak encik kemain excited nak ke pejabat, sebabnya, pejabat kita orang nak berpindah ke lokasi baru, sesi kemas mengemas lebih giat minggu ni, tak sabar nak tinggalkan tempat sekarang yang banyak jelik dari yang best nya, heh.


Ada yang tengah berpuasa ke ? Sorry ehhh kena tengok gambar makanan. Macam biasa lah, di bulan puasa nanti, memang mak encik tak akan share satu pun gambar makanan, jangan risau ye kengkawan.

Masakan simple pada kali ini adalah bendi masak asam rebus, sambal sotong dan telur masin. Macam biasa juga, bila masak sambal, pastikan cili tu betul betul garing, baru lah sambal kita akan nampak gojes dan sekaligus di jamin sedap :)

Sekian entry simple untuk hari ini.



Thursday, April 16, 2015

SYUKUR ALHAMDULILLAH

As salam semua.

Hari ni nak buat entry untuk mengabadikan cerita anak-anak syurga saya, sob sob sob.


Bulan Disember tahun lepas, angah genap berusia 14 tahun, bulan Februari yang lalu, Hakeem pula menginjak ke 5 tahun, selang beberapa hari dalam bulan Mac, Mimi pula menyambut ulang tahun yang ke 9 dan hari ini kak long sudah pun berusia 18 tahun, syukur alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan dua pasang anak yang cukup sempurna, sihat tubuh badan, mendengar kata, soleh dan solehah. Sentiasa bersyukur kerana setakat ini, iye, saya cakap setakat ini, esok lusa belum tahu, nanti tak bagitahu, kena pula dengar cakap cakap liar yang kata, eleh, macam anak anak dia aje yang bagus, hah gitu. Setakat ini, kesemua anak-anak sangat membahagiakan mama dan babah, semoga sikap mereka tidak akan berubah sampai bila-bila, insyaallah.

Emosi seorang ibu beranak 4, saya melahirkan kak long semasa berusia 23 tahun, banyak benda baru yang saya kena belajar, kekok pun ada, serba serbi lah kena belajar, bila hari ni dia menginjak ke 18 tahun, rasa macam tak percaya pun ada, syukur kak long membesar menjadi anak solehah yang bijak di mata mama dan babah, sob sob sob.

Bertekak bercubit manja adik beradik sesama sendiri tu biasalah, mana ada adik beradik yang tak macam tu kan, biasa lah tu. Sejujurnya mama dan babah tak pernah membezakan anak-anak, setiap anak-anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, mama dan babah pun manusia biasa yang tidak sempurna. Azam setiap hari nak pastikan anak-anak menjadi anak-anak soleh solehah kebanggaan keluarga, insyallah, aamiin.

Selamat hari jadi anak-anak mama dan babah, terima kasih kerana menjadi anak-anak yang baik dan mendengar kata :)



Wednesday, April 15, 2015

JEBAB

As salam semua.

Memang dah melekat dah nama jebab ni pada mimi, kalau saya panggil nama dia lambat aje nyahut nya, kalau panggil jebab, cepat sahut nya, hahah.


Jebab mama yang sangat rajin, tu tengah tolong mama siapkan untuk bekalan dia ke sekolah, cadangnya nak bekal kan sardine rolls, so malam tu jebab tolong mama penyek kan roti, mama sediakan inti, gulung sesiap dan masuk dalam peti sejuk, esok pagi tinggal mama nak goreng kan aje.

Sekarang memang sedang mencuba sedapa upaya nak kurangkan bagi dia orang makan segala nugget, burger sosej mak nek tu semua, kalau tak sebelum ni, dalam seminggu mesti ada terselit menu tu untuk bekalan dia orang, now rotate roti celup telur, nasi goreng, roti sardin, roti telur mata, cekodok, mee goreng, bla bla bla semua tu lah, nasib baik dia orang tak kisah, janji ada bekal kaedahnya.

Banyak faedah bawak bekal ni, pada yang belum mencuba, sila sila kan lah ye :)


Monday, April 13, 2015

CERITA MASAK MASAK

As salam semua.

Pheww lega, banyak betul benda yang saya dah settlekan masa hari Sabtu & Ahad, lapang rasa dada. Mostly settlekan untuk persiapan bulan puasa dan raya yang akan tiba tak lama lagi, biasalah, saya dan preparation awal kan tidak boleh dipisahkan, hihi. 

Jom tengok koleksi masakan simple saya :)



Pucuk paku + udang masak lemak cili padi. Kuah masak lemak cili  padi ni saya tak gunakan bawang, cuma cili padi, kunyit hidup dan serai. Masukkan semua bahan tumbuk tu dalam santan, kacau perlahan lahan, masukkan asam keping, perisakan dengan garam, masukkan udang dan pucuk paku. Siap, semudah ABC.


Tauhu. Saya sorang aje makan ni, tapi tetap gigih nak goreng, tak banyak pun, goreng 2 ketul aje, cukup dari tengahari sampai ke malam.


Tempe goreng kegemaran ramai. Yang ni saya goreng 3 paket besar tu, baru lah cukup.


Telur masin. Nak hasil yang cantik, jangan rebus lebih dari 15 minit ye. Kegemaran sangat ni, tapi tak boleh  makan selalu ye.


Cili kicap buat pencicah tauhu dan tempe. Itu aje juadah simple untuk lunch tempohari.

Okay dah, nanti saya share gambar makanan lagi.



Friday, April 10, 2015

TANDA TANDA PENUAAN

As salam semua.

Jumaat datang lagi, syukur alhamdulillah.

Dah berderet agenda untuk Sabtu & Ahad, bilakah agaknya dapat rehat bebetul ni. Ada aje benda yang nak di buat & di settle kan.

Mak encik ni dah tua u alls, korang muda lagi ehhh ? Banyak dah tanda tanda penuaan kat mak encik ni, semua tanda tanda ni mak encik dah kaji bebetul, memang tidak syak lagi, ianya adalah tanda tanda penuaan, hahah.

Kalau dulu suka dan cepat betul naik angin nya, sekarang ni kemain cool aje, banyak dah sejuk dari panasnya, sekarang kalau nak pakai baju beropol ropol pun rasa segan, nak pakai kasut bertumit pun tak selesa apatah lagi nak berseluar warna kpop, hahah.

Nak pakai lipstick merah menyala pun dah segan, rasa dari sebatu orang dah nampak bibir mak encik, rabun makin meningkat, paling best dah lengkap rabun dekat dan jauhnya, tahun depan dah kena tukar spek multi focal, faktor umur kata optometris tempohari, sedih sedih sedih.

Paling terselah tanda tanda penuaan nya adalah kalau tengah berjalan jalan di mana mana pun lah, bila nampak orang mengandung, nampak orang bawa baby kecil, mak encik pula yang terasa penat dan mengahnya, terasa rimasnya, ehh dah kenapa ni, orang lain yang bawa perut, haku pulak yang mengah, hahah.

Jangan nak gelak sangat ehhh korang, satu hari nanti korang juga akan mengalami tanda tanda penuaan macam ni. Selamat berhujung minggu semua. Tata




Tuesday, April 7, 2015

GEMUK TAK ADA NYA AWESOME !!

As salam semua.

Korang semua tonton ABPH 2014 ehh, saya tak tonton, so semalam kemain sorang sorang bila nampak saya, hai kak, gemuk is awesome, gemuk is awesome, hahah. Terkulat kulat jap, dah apasal semua nya cakap pasal gemuk is awesome ni ??


Jadah nya awesome wei, hahah. Gemuk is mengah, perut berlipat lipat, lengan lebar, peha lebar, pinggang lurus, pakai baju semua tak kena, itu sendat, ini ketat, hah, itu lah gemuk yang sebenarnya mengikut definisi mak encik, jangan sesekali cakap gemuk is awesome, mendidih mak encik mendengarnya sebab mak encik tak pernah tak gemuk, hahah.

Kalau kita setakat cakap nak sedapkan hati nak buat apa, hakikatnya memang tak digalakkan untuk menjadi gemuk, especially dari sudut kesihatan, banyak yang terbukti, orang gemuk lagi mudah mendapat penyakit. Saya pun tahu, gemuk tak digalakkan, tapi saya masih gemuk, itu masalah saya, nak gelak ke nak nangis ??

Gemuk memang tak awesome, itu hakikat, ok bai :)


Thursday, April 2, 2015

MURAH MEMANG BEST

As salam semua.

Busy ke u alls ? Sentiasa lah bebuat busy walaupun tak busy ye, itu adalah tips dari saya, jangan sesekali melengkor kat cubical sendiri walaupun tak ada benda yang  nak dibuat, sakit mata boss menengok staff melengkor tahu tak, hahah.


Hari tu jenjalan kat kedai meneman si Mimi mencari barangan sekolah dia, ter berkenan pulak kat bag ni, cantik sungguh di mata saya, beg kain jeans tu, besar, saya suka saya suka, boleh sumbat memacam dalam tu, bila tengok  harga dia lagi saya suka saya suka, RM28.90 aje, tak fikir banyak dah, bayar aje, hihi.

Masa pakai hari tu, ehhh ramai pulak yang  berkenan, bila bagitahu harga, ehhh ramai pulak yang mengirim nak beli, koser nak menyusahkan diri membeli untuk dia orang, saya bagitahu lokasi kedai aje, pergi lah beli sendiri, macam-macam warna ada, pilih lah sendiri ye tak, puas hati.

Sekian dari pencinta barang yang murah tetapi cantik di mata sendiri. Tata