Monday, June 22, 2015

BORAK 5 RAMADHAN

As salam semua.

Dah 5 Ramadhan hari ni, see see see, sekejapan masa berlalu kan, tup tup nanti dah penghujung Ramadhan, huhu.

Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar, apa yang dirancang, di atur, berjalan dengan baik, syukur. Harapnya korang pun macam tu ye kengkawan.


Aktiviti mak encik yang lain semua berjalan seperti biasa, salah satu aktiviti yang tak akan stop adalah membebel bebel bebel, hahah. Cer tengok gambar kat atas nun, acaner aktiviti membebel nak di hentikan, sekarang saya faham kenapa mak saya dulu selalu cakap, korang ni kalau tak diketuk tak jalan, nak kena ketuk baru bla bla bla.

Lagi 10 minit nak ke sekolah pun si angah sempat aje nak bergolek, bukan setakat golek, tu tidur sungguh-sungguh tu, saya dok depan muka dia pun dia tak sedar, hahah. Drama lebih angah ni, baru pukul 7 pagi dah terdampar macam tu, cer bayangkan pukul 7 petang nanti.

Setakat ni, dia ok sangat tolong mak encik setiap petang, tapi kena banyak bagi tunjuk ajar lah, sekejap sekejap tanya, ni nak buat macam mana, ni okay tak, potong sayur ni panjang pendek dia ok tak, sabar aje lah layan pertanyaan dia, esok lusa nanti pandai lah kan sebab dah selalu buat.

Mimi puasa pun okay sangat sebab dia dah biasa berpuasa dari umur 6 tahun. Tak banyak komplen pun, asalkan ada menu yang dia suka, tersenyum lebar aje duduk kat meja makan, nak kejutkan sahur pun senang, tepuk bahu sekali dua dah terjaga dah, syukur alhamdulillah.

Hakeem baru 5 tahun, memang tak puasa lah, tapi tetap makan sesama masa sahur, berselera pulak tu masa makan, sebijik macam mama, berselera aje makan tak kira masa pun, hahah.


Wednesday, June 17, 2015

ESOK DAH PUASA

As salam semua.

Dah ready ke kengkawan ? Mak encik dah ready dah ni, bersemangat waja dah ni, nak bangun pukul 4.30 pagi untuk menyiapkan sahur :) Tahun ni tak dapat balik awal 1/2 jam sebab Hakeem dah mula bersekolah, kalau nak hantar dia sebelum 7.30 pagi, cikgu pun tak sampai lagi, harapnya balik pukul 5 petang, masih sempat untuk menyediakan makanan untuk berbuka. Waktu berbuka pun dah nak dekat 7.30 malam, insyaallah sempat punya lah, masak simple macam selalu, mesti boleh punya, nampak tak mak encik tengah bagi semangat kat diri sendiri, hahah.

Dah slow talk baik punya dengan angah, cakap kat dia, balik rumah, lepas solat zohor tu boleh lah rehat gegolek sejam dua, pastu bila mama dah balik, angah mesti dah sesiap mandi dan solat asar dah, standby kat dapur masa mama memasak, boleh lah nanti tolong apa yang patut, elaun angah pun nanti mama tambah, senyum lebar dia, harapnya nanti dia boleh membantu secemerlang kak long nya dulu.

Malam ni pun akan mula berterawih, nampaknya mak encik masih tak dapat lagi nak ke surau, buat kat rumah aje macam tahun tahun sudah. Mimi dan Hakeem tu pukul 9 malam mesti nak tidur dah, macam mana nak tinggalkan dia orang berdua aje kat rumah, dari solat di surau pastu hati tak tenteram mengenangkan anak-anak dirumah, lebih baik solat terawih di rumah, biar Mr.R dan angah aje ke surau.

Macam biasa juga, menu berbuka untuk sebulan dah siap dah, tahun lepas simple aje menunya, tahun ni lagi super duper simple, hahah. Nasib baik lah Mr.R dan anak-anak tak cerewet wei, siap kan satu lauk dengan nasi pun dah cukup kata dia, alolo, terharu nya mak encik, nanti mak encik up kan jadi 3 lauk terus, hahah.

Selamat menjalani ibadah puasa semua.


Monday, June 8, 2015

CUBAAN KE LAUT NAMA NYA NI

As salam semua.

Nak tanya lagi sekali ni, kengkawan dah habis ganti puasa ke belum ? Kalau sudah, tepuk tangan, kalau belum, meh sini, mak encik nak tepuk montot dia, biasa dia tu, minggu depan dah nak start berpuasa, dia tak habis-habis lagi nak mengganti ye, bebel sambil kemam bibir, muahaha.


Hari tu gi jenjalan dengan kak long, singgah lah kejap makan waffle ni, sambil makan sambil berangan dengan kak long, nanti kita buat sendiri aje lah mama kata kak long, kat rumah ada aiskrim, ada jem, nanti kita beli aje fresh strawberry, hiris dan letak kat atas waffle kata kak long. Wah, bagus ni, bersemangat anak mama, tengok aje dah boleh bagi perangsang nak buat waffle sendiri nanti.


Rupa waffle hasil cubaan pertama dari kak long, kahkahkah. Bengang aje dia bila saya gelak kan dia, mama ni pun satu hal lah juga, cubaan pertama, biasa lah kata dia, mesti kena ada try and error gitu kan. Lagi dia bengang bila saya snap gambar waffle hangus ni, hahah. Nak dapatkan sekeping besar waffle yang semenggah, habis jugaklah 1/2 kilo tepung gandum, hahah.

Korang reti buat waffle tak ?


Monday, June 1, 2015

ADA APA DENGAN TAJUK

 As salam semua.

Dah 1 Jun hari ni u alls, tak nak lah cakap cepatnya masa berlalu, nak tukar cakap, banyaknya masa saya yang dah terbuang, apa aje lah yang saya buat selama 6 bulan pertama dalam tahun 2015 ni, hrmmm. Tak berapa lama lagi aje kita semua nak berpuasa, banyak lagi benda nak kena kemas kat rumah tu, macam biasa, saya nak siap kemas semua sebelum start puasa, nanti masa bulan puasa boleh bagi tumpuan membuat perkara lain yang lebih berfaedah :)


Sibuk macam mana pun, dapur tetap berasap u alls, menu cincai pun takpe, janji sedap di tekak saya ni u alls :) Buat ayam goreng kunyit, campur aje dengan apa yang ada dalam fridge tu, alah, macam tak biasa kan, saya dan menghabiskan stok di dalam fridge adalah ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku, hahah.


Sedapnya tomyam, saya memang suka tomyam, masak tomyam setiap hari pun tak mengapa. Takde rencah wei, cuma letak isi ayam, carrot dan bawang besar, itu aje yang ada, tapi tetap licin sebab kuah dia meletop sedap pedas masam nya u alls.


Nasi lemak u alls, si Hakeem lah ni, sebok nak nasi lemak nasi lemak, setiap minggu buat nasi lemak pun takpe kata dia. Berbaloi masak sebab dia makan bertambah tambah :)

Selamat menjalankan tugas u alls. Tata