Monday, July 27, 2015

SERONOK NYA RAYA :)

As salam semua.

Iye, siapa kata, kekanak aje seronok masa raya, remaja purba macam mak encik seronok tau, happy happy di raya kaedahnya.


Huuuuu, gedik nya tengok gambar mak encik memotong kek di hari raya, hahah. Esok lusa tulat nanti mak encik share gambar raya bebanyak lagi ehh, buat hari ni, mari lah tatap gambar yang cantik gojes meletop kebabom ni dulu, muahaha.

Persiapan nak menyambut raya tahun ni memang ala kadar macam tahun sebelumnya, macam biasa juga 2, 3 hari sebelum raya tu memang sibuk sangat dengan anak-anak membantu di rumah mertua dan mak. Alhamdulillah, anak-anak dah besar ni memang lagi senang lah nak bekerjasama menyiapkan kesemua keperluan. Penat tu memang tak usah cakap lah, sampai satu ketika rasa jalan pun seret kaki aje, hahah.

Kali ni ambil cuti 3 hari aje, bebudak masuk sekolah hari Rabu, mak encik pun mula kerja hari tu, syiok weh, gi kerja masa ramai yang masih mood beraya, lenggang kangkung aje kat office :)

Nanti sambung lagi...........



Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

As salam semua.

Lerrr, entry last hari tu borak 5 Ramadhan, ni haaaa, tup tup lusa dah raya wei, hahah. Apa pun tak boleh lah mak encik ni, hahah.

Ulang alik ulang alik buat rutin sama setiap hari, memang masa tu rasa singkat sesangat, nak siapkan semua nya sendiri memang terasa zassss berdesup cepatnya masa berlalu. Setiap hari tanpa culas, memang memasak untuk berbuka, tak beli apa pun kat bazar ramadan nun, cekodok setiap hari pun takpe, janji masak sendiri, sedap aje lalu kat tekak ni, tapi kalau semua perangai macam mak encik, memang takde lah pelanggan kat bazar tu nanti, so ikut suka hati memasing lah ye.

Tahun ni baju raya korang tema warna nya apa ? Tahun ni mak encik sefamily temanya sukahatikolahlabuhahah. Tak koser nak bertema tahun ni, cukup lah 3 tahun aje bertema bagai, now back to normal, no tema tema, mak encik takde kesabaran untuk mencari kelengkapan bertema ni, sekian, harap maklum, hahah.

Citer banyak tak guna, semua pun dah mood nak raya, maka nya selamat hari raya semua, maaf zahir batin :)