Tuesday, August 25, 2015

ENTRY TUNGGAL DI BULAN OGOS :p

As salam semua.

Apa khabar u alls ? Ada yang rindu mak encik ke ? Harapan aje lah, muahaha.


Ko mampu upload gambar macam menahan nak terkucil di blog, muahaha. Hari tu kemain lagi kata nak upload gambar raya kan, nampaknya sampai ke raya haji yang akan datang pun, tak akan ada gambar tu semua, haishh, tak bagus ok.

Macam-macam perkara berlaku dalam negara kita kan, suka atau tak, kita kena hadam aje, antara lumat dengan tak aje bila nak ditelan. Pandai pandai lah kita merencakan kehidupan demi kelangsungan hidup berkeluarga. Sedih !

Amacam kerja korang, ok tak ? Politik pejabat di mana mana korang, pepandailah bawak diri, yang penting pastikan gaji yang kita dapat tu berkat ye korang. \

Kak long baru habis exam pertengahan semester dia dan angah pula tengah trial PT3 ni, besar harapan mak encik supaya dia orang dapat buat dengan baik, insyaallah.

Sekian dulu buat masa ni, nanti nak aktif berblog semula di bulan September, bukan janji, tapi pasti :)