Wednesday, September 30, 2015

BEKAL

As salam semua.

Kisah mak encik dan bekal ni memang dah lama dah pun, kalau nak di ambil gambar setiap hari, memang penuh entry bekal untuk sepanjang tahun, hihi.

Bawa bekal untuk sarapan dan makan tengahari, memang dapat jimat kengkawan sebab harga makanan sekarang memang melampau lampau mahal nya kan. Tapi kengkadang tu memang tersasar gak membazir masa makan, especially di hari Jumaat, bila kengkawan ajak keluar tu memang susah nak tolak.


Lauk kering yang tetap menjadi pujaan hati mak encik, dah umur 41 tahun ni baru lah reti nak belajar makan lauk banyak nasi sikit, kalau dari umur 20 tahun buat cenggini, sama aje cantik badan mak encik macam ziana zain, muahaha. Masa ni bawa bekal tauhu dan tempe goreng berlada dan buncis goreng.

Kalau kat office tu, dah tak larat mak encik nak dengar pujian kengkawan yang asyik cakap rajin nya mak encik, bagus nya mak encik, masak, bawa bekal bla bla bla, so korang tak payah lah komen benda yang sama kat sini, muahaha.

Sampai jumpa lagi u alls. Tata


Monday, September 28, 2015

SAMBUNG CUTI

As salam semua.

Seronok betul anak-anak bertuah saya dapat sambung cuti, bila semalam keluar berita announce sekolah ditutup kan, kemain tersengih senyum lebar memasing, bukan dia nak faham masalah jerebu ni menyusahkan banyak pihak ke, masalah kesihatan semakin merudum ke, memang tak terlintas langsung kat bebudak tu, yang dia tahu, seronoknya bersambung cuti, hihi.

Harapnya sehari dua ni semua nya akan kembali pulih, banyak benda tertangguh bila sekolah tutup, peperiksaan penting pun tak lama lagi akan dijalankan.

Cuti raya haji kemana korang ? Mak encik macam biasa, pergi depan balik belakang, balik belakang pergi depan, begitulah rutinnya. Paling seronok pun sebab dapat berkumpul adik beradik ipar duai biras berborak mengupdate cerita memasing.


Cuti-cuti juga, dapur tetap berasap :) Kentang dan bilis berlada, macam biasa juga, mak encik suka gunakan cili hidup dan cili padi bergabung meletop pedas. Bawang besar letak bebanyak, baru lah sedap u alls.


Tomyam sotong, pastu mak encik tambahkan carrot dengan cauliflower je, tak suka letak bebanyak, nanti confius nak makan yang mana dulu, muahaha. Cili padi selagi boleh mesti letak, pastu jangan lupa gigit, berdesing telinga, itu baru nikmat nama dia.


Goreng buncis dan fishball. Masuk kan aje sayur terus tutup api, baru fresh sayur, tak lah hilang khasiat sayur tu.

Sekejapan dah nak masuk Oktober kan, apa saja yang korang dah capai setakat ni ? Kalau tanya mak encik, jawapannya tetap sama, entah apa yang dicapai, jap fikir, hahah.


Monday, September 21, 2015

JALA KU BUKAN JALA MU

As salam semua.

Seronoknya bebudak dah start cuti, walaupun sekejap aje tapi dah cukup baik bagi mak encik, dapat rehat sekejap dari terkejar-kejar menguruskan anak-anak :) Ehh, by the way, untuk adik-adik pembaca tersayang yang komen wish anniversary mak encik, tq bebanyak u alls !

Macam biasa, cerita ke dapur tak kan pernah habis dan tak akan habis selagi hayat di kandung badan, kemain propa ayat, hahah.


Ada kuah kari extra, simpan semalaman dalam peti sejuk, memang sesuai sangat dimakan dengan roti jala. Nak cepat siap, lantak lah macam mana pun rupa dia, janji ada rupa jala, muahaha.



Belasah aje gulung ikut suka, nanti dalam mulut dikunyah juga, gitu kaedahnya. Buat aje licin, letak lagi licin, bila buat bancuhan kali ketiga, terus jadi lempeng, koser mak encik nak menjala lagi dah, muahaha.

Moh sambung buat kerja :)


Thursday, September 17, 2015

19

As salam semua.

Ada yang sambung cuti ke u alls, mak encik kerja, pergi kerja lagi best oi, hahah. Kalau pergi bercuti lagi tak suka, duduk dalam kereta berjam-jam, dah lah tu, bila balik, menimbun kain baju yang kena disettlekan, kalau boleh, bila nak kemana-mana, mak encik nak pergi balik hari aje, koser nak packing bagai ni laa, iye, itu lah mak encik, peel sejak azali, bila cuti, memerap kat umah lagi best, peel cenggini ada 1 dalam 1000 je kot, hahah.



Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meraikan ulangtahun pernikahan yang ke 19 bersama keluarga tersayang. Sentiasa berdoa agar kami sekeluarga istiqamah untuk menjadi yang lebih baik, aamiin.

Bila anak-anak dah besar panjang ni, lagi macam-macam perkara yang perlu di ambil perhatian. Pandai-pandai lah mendidik anak-anak, yang penting jangan cepat melatah dan memburukkan anak-anak orang lain, sentiasa beringat, hari ni kita sibuk cerita perihal perangai anak orang, esok lusa, tup tup, jadi pada anak sendiri, baru haru biru, maka dengan itu, yang baik kita jadikan contoh, yang tak elok, kita doakan moga dia orang berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti.

Jaga family baik-baik, insyallah, nanti pulangan nya juga baik baik aje :)



Monday, September 14, 2015

:)

 As salam semua.

Semalam hujan lebat kat area rumah mak encik tapi tetap tidak dapat mengurangkan jerebu di pagi ni, semua anak-anak ke sekolah dengan penutup hidung memasing, penat bebel supaya jangan di buka sampai balik sekolah nanti :)

Aktiviti semalam pun tergendala, macam mana nak keluar, bila buka pintu rumah aje pun dah boleh berbau asap, cancel terus nak keluar, duduk lah rumah dendiam sepanjang hari.


Ayam goreng berlada. Pedas berapi, blend kasar cili hidup dan cili padi, sedap di tekak mak encik.


Cendawan dan fishball dan taburkan ikan bilis goreng rangup. Fishball tu kegemaran Mimi dan Akeem, dulu rajin gak buat fishball sendiri guna ikan tenggiri, sekarang ni, hrmmm, memanjang nya malas, hihi.


Belasah jugak letak fishball dalam lauk pindang, kes nak habiskan stok fishball lah ni :)

Sekian update walaupun takde cerita sensasi yang hendak dikongsi. Tata.


Friday, September 11, 2015

ECECEH

As salam semua.

Ko mampu letak gambar posing dengan pinggang yang lurus kat blog, muahaha.

Korang, mak encik memang suka tengok fb, instagram dan blog yang suka buat ootd, suka tengok dia orang posing, natural aje kan, nampak cantik walaupun tak bersungguh sungguh pandang kamera, vast gitu.

Nak ootd tak semestinya kena pakai baju mahal, handbag branded, kasut beribu. Hijabista yang selalu ber ootd tu pun biasa biasa aje brand nya, cara dia orang membawa pakaian tu yang nampak ada class.

So, mak encik nak cuba test try lah posing tak pandang camera, hahah. Nampak macam ok, tu yang tempek kat blog, hahah.

Selamat berhujung minggu semua.

Tuesday, September 8, 2015

MENANTU HANTU ??

As salam semua.

Korang sihat ? Harapnya semua ok lah ye, jaga kesihatan u alls, cuaca sekarang berjerebu, minum air kosong bebanyak, sekian ingatan dari i alls.


Yang duduk sebelah mak encik tu mak mertua we alls, buat masa ni mak ada 5 orang menantu, tapi kami semua bukan menantu hantu, kami semua menantu perempuan yang baik sopan santun rajin cantik meletop kebabom, hahah. Mak mertua we alls sporting lagi pasrah dengan peel kesemua menantu dia, salah satu penyakit yang semua menantu mak ada adalah sawan kamera, muahaha.

Jangan jadi menantu hantu u alls, ianya tak baik untuk keharmonian rumahtangga dan kesejahteraan adik beradik ipar duai biras gitu. Jadilah menantu yang menyenangkan. Siapa yang jadi menantu hantu tu, sila lah sedar dan pulang lah ke pangkal jalan, kalau rasa ada yang baru nak berjinak jinak jadi menantu hantu tu, tepuk lah dahi sendiri biar tersedar dari lamunan lalu menjadi menantu pujaan, hahah.

Tak mahu jadi menantu hantu sebab nanti tak nak dapat balasan dapat menantu hantu jugak, muahaha.



Wednesday, September 2, 2015

SEGAR BUGAR

As salam semua.

Seriously, best betul cuti 4 hari dipenuhi dengan agenda bergolek golek golek dan golek, muahaha.
Dah beberapa bulan ni asyik sibuk memanjang, alhamdulillah dapat rehat secukupnya, pagi ni datang kerja kemain segar bugar fresh wa cakap lu.

Bangun pagi, masak sesiap, pastu melepak sampai lebam layan drama korea, terbaik wok, hahah.



Petai ikan bilis berlada, haaaa sedapnya, pedas berapi, tebal bibir wei. Pastu mulut dan toilet berbau harum, hahah.


Sup ikan merah, letak daun celery, tomato, bawang, daun sup daun bawang, haaaa sedap jugak dimakan dengan petai berlada nun. 


Ikan terubuk masin di goreng garing. Bertambah-tambah nasi masa makan, hrrrmmm.

 4 hari cuti, agendanya hanya bergolek golek dan makan makan makan, jap nak gi timbang jap, tata.