Monday, October 26, 2015

BILA BERGABUNG !

As salam semua.

Terima kasih kengkawan yang selalu singgah dan tinggalkan komen, maaf mak encik jarang tinggalkan komen kalau baca blog, tapi memang mak encik selalu singgah blog korang.

Kak long dan mimi ada exam hari ni. Semoga anak-anak akan dapat menjawab peperiksaan dengan baik, aamiin.

Sabtu ahad kalau tak ke mana mana memang menjadi masalah buat mak encik, selera nak mengunyah nak makan nak bergolek golek tak dapat dibendung, semacam ada satu daya tarikan kuat yang luar biasa menyuruh untuk masak masak masak makan bedal belasah mentekedarah, hahaha, kemain ayat nak korang memahami perasaan mak encik u alls :P



Sambal sotong dijamin sedap, tengok warna sambal pun dah tahu kan, cukup garing cili nya, cukup rasa masam manis masin nya, sila setuju bila mak encik puji diri sendiri, muahaha.



Kari kepala ikan merah dan sambal sotong bila bergabung, wallahhh, banyak nya mak encik makan weh, memula ambil sesenduk nasi, pastu bangun tambah sesenduk lagi, pastu bangun tambah 1/2 senduk pulak, pastu bangun terus pergi basuh pinggan sebelum tukar fikiran nak tambah nasi lagi, hahah.

Bye bye u alls :)

Wednesday, October 21, 2015

TANPA TAJUK

As salam semua.

Cuti sekolah lagi hari ni, esok lusa pun macam kena cuti je. Sepatutnya Mimi ada final exam hari Isnin hari tu, kemain bertungkus lumus mak encik practise dengan dia untuk dunia seni, dia nak buat cetakan menggunakan kentang, bendi dan sebagainya tu, bila sekolah dah tutup ni, dah selamat dah pun bendi tu mak encik masak petang semalam, kihkihkih.



Sotong kunyit berkuah memang menjadi kegemaran kita orang. Nak masak nya pun bukan susah mana, zass aje siap :) Sekarang tengah menular wabak demam kepialu, kat area rumah mak encik ni pun ada disenaraikan beberapa kawasan yang terlibat, maka nya u alls, mari lah ambil langkah menjaga kesihatan dengan lebih baik. Masak lah sendiri makanan untuk family, lebih terjamin kebersihannya.


Thursday, October 15, 2015

POSITIF

As salam semua.

Salam maal hijrah ye kengkawan. Mari lah sesama kita semua istiqamah menjalani kehidupan yang mendatang :)

Hari ni last day exam PT3, dari first day exam lagi angah dah cakap susah susah susah nya semua soalan exam dia, BM susah, Maths susah, BI susah, Sains pun susah, hari ni KH dan Agama, esok dah merdeka dah dia kaedahnya. Takpe lah angah, apa aje result yang angah dapat nanti, mama positif aje :)

Dengan angah ni kengkawan, dari dia bersekolah rendah lagi mak encik dah ajar diri sendiri jadi positif dengan dia, sentiasa kena bersedia dengan sebarang kemungkinan dari dia, muahaha. Beza umur dia 3 tahun dengan kak long, peel memang tak sama, dari segi kemajuan memasing pun memang tak sama, sebab tu dari dulu, dah sentiasa pasrah dengan angah :)



Menu belasah aje nama nya ni, janji hasilnya meletop lepas tu, cukup rasa masam masin pedas nya tu.


Salad telur, habiskan saki baki sayur yang ada, nak makan nanti baru letak sos thousand island dan sos cili.


Sambal sardin. Sardin cap ayam sekarang kemain mahal, nak beli sardin cap lain memang tak menepati citarasa tekak mak encik ni, dulu satu tin cuma RM5 aje, sekarang dah RM7.50, sekali masak memang guna 2 tin, tu belum lagi kalau buat bekalan sarapan yang memang gunakan sardin, di pendek kan cerita, satu bulan memang kena beli bertin tin sardin u alls.  Sekian, luahan hati pembeli sardin tegar, muahaha.




Monday, October 12, 2015

HAI U ALLS

As salam semua.

Hari ni angah exam PT3, doakan angah dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang. Memang tak boleh nak sama kan peel angah dengan kak long dia, mak encik pun tak pernah nak membebel bebel nak membezakan kebolehan memasing, nak paksa lagi lah tak boleh, yang boleh hanya bagi sokongan aje pada dia orang.

Sabtu ahad hanya lepak kat rumah, melayan anak-anak tengok buku :)



Asam pedas ikan pari, korang kalau nak rasa kuah asam pedas kita sedap dan warnanya menarik, campurkan cili hidup yang telah dikisar dengan cili kering tau, pasti kuah asam pedas korang akan meletop kebabom sedap macam kuah mak encik, ehem ehem.


Telur masin dan mak encik ibarat isi dan kuku. 


Sayur cendawan + carrot, tabur aje duan sup yang ada berlebih dalam fridge tu, nampaklah berwarna warni gitu.

Sabtu ahad juga adalah penyumbang utama kepada penambahan berat badan, asal sabtu ahad aje, dia punya pola pemakanan tu hanya mak encik aje yang tahu, muahaha.

Jom sambung buat kerja u alls. Sampai jumpa lagi.


Wednesday, October 7, 2015

PEREMPUAN & PARKING

As salam semua.

Tajuk entry memang tak selari dengan gambar. 


Stress tengok kaum sejenis mak encik yang fail bab parking dan sesuka hati nak park kereta dia orang macam mana, haihhh. Takpe, meh makan nasi lemak sotong dengan telur mata, hrmmm, sedap. Pergi bersenam robik dah bertahun tahun tapi tak pernah slim sebab makan memanjang tak bersukat, ikut tekak memanjang, kalau bersenam dan berdiet, dah lama badan mak encik macam ziana zain, ulang taip ayat ni sampai korang jemu nak baca, hahah.

Bercakap pasal parking ni kan, mak encik ni pun tak lah hebat mana bab parking ni, tetapi dari dulu lagi mak encik praktikkan, kalau tak pandai parking tu, cari lah tempat yang selesa nak park dan park lah kereta tu cecantik, jangan halang laluan kereta lain, jangan park sampai ke tengah jalan dan menghalang laluan dua hala dan yang paling penting masuk kan lah kereta tu dalam garisan parking yang sedia ada, kalau dah masuk garisan sebelah tu, mana lah kereta muat nak park kat sebelah lagi tu, haihhh.

Kagum tengok kaum sejenis yang parking zass zass zass sambil pegang stereng sebelah tangan aje, kelihatan sungguh hebat, gitu !


Monday, October 5, 2015

PECAH REKOD

As salam semua.

Anak-anak semua sambung cuti sekolah lagi 2 hari, peperiksaan PT3 minggu depan, lepas tu exam akhir tahun pulak, seminggu dua ni kena lah menghadap anak-anak semasa belajar lebih dari biasa. Kalau tak buat macam tu, memang buku kemana, dia nya ke mana, hrmm.


Dah se tua bangka macam ni, baru lah mak encik reti nak masak laksa sendiri, muahaha. Kali ni dari mula sampai ke sudah buat sendiri tanpa dapatkan bantuan mak. Berdebar-debar weh, propa betul. Selalu rajin beli aje laksa ni, tapi memang susah nak dapat yang sedap dan cukup rencah ikut anak tekak sendiri, bila buat sendiri, memang umphhh lah, bubuh lah banyak mana bahan nak pun, puas hati sangat.

Sebelum masak, google resepi sana sini macam kan nak masak untuk kenduri, hahah. At last, dapat resepi yang sedap dari kawan office, sedap betul rasa dia kat anak tekak mak encik ni. Orang yang tiada kesabaran macam mak encik ni memang sesuai masak laksa, paling sesuai menguji kesabaran masa proses nak pisahkan tulang tu semua, serius, bagus untuk terapi kesabaran, hahah.

Sekarang ni nak cuba masak nasi arab, setiap kali bila baca bahan-bahan nak membuat tu, mula lah rasa tak kuasa, nak cari resepi yang paling mudah tetapi sedap dan sama rasa nya macam yang kita makan kat restoran arab tu, chaiyok chaiyok !