Monday, November 30, 2015

SETTLE SUDAH

As salam semua.

Last saturday mak encik dah settle beli semua kelengkapan sekolah anak-anak. Lega nya. Tinggal buku sekolah dan bayar yuran persekolahan aje lepas ni, syukur alhamdulillah.



Sesi masak memasak di office masih diteruskan. Kali ni we alls masak siakap berkuah limau. Sedap banget oiii.


Telur dadar letak bawang bebanyak. Lazat ni. 


Ulam timun dan tomato. Baru lah awet muda. Gitu.

Dah tu aje u alls. Tata

Wednesday, November 25, 2015

:)

As salam semua.

Pagi ni hujan lebat, dah lah anak-anak semua sedang bercuti sekolah, liat nya lahaiiii mak encik nak bersiap ke tempat kerja, terpaksa seret kaki masuk kereta, muahaha.



Menu sarapan nak perabiskan stok fridge kat office. Rebus sosej, letak atas roti, letak sayur campur, masuk kan dalam microwave, letak mayonis, bancuh nescafe, hrmmm, nikmat. Syukur alhamdulillah. U alls breakfast apa pagi ni ?

Sekian entry mereput di pagi hari nan mendung, hahah.

Monday, November 23, 2015

PIKNIK DI RUMAH

As salam semua.

Selamat bercuti untuk anak-anak, mak ayah pun seronok, dapat rehat sekejap dari rutin menyediakan bekalan pagi dan ke hulu ke hilir menghantar dan menjemput dia orang. Ke mana korang cuti ni, selamat bercuti dan enjoy ye, berhati hati selalu.


Malam sebelum tu saja berborak dengan anak-anak, esok nak buat apa, bla bla bla.  Terus dapat idea nak bersantai kat rumah aje lah, mak encik pun rasa cam malas aje nak memasak, ajak Mr.R cari bahan nak buat bbq malam tu juga dan perap sesiap. Tak beli banyak mana pun, beli ayam seekor, jagung dan lamb aje.


Bentangkan pool sorang satu, penuh kan air, bawak segala kelengkapan letak kat porch, jom kita main bakar bakar, babah korang bakar, mama korang relak lepak mengambil gambar aje kerja dia, kahkah.Walaupun hanya di porch rumah, pakaian mandi, siap goggle yang tak tahan tu, paling melampau tak tahan, pelampung sorang satu, muahaha.


Kita orang start bakar bakar pukul 10 pagi, bebudak ni melenjan berendam dari pagi bawak ke petang, siap break kejap tengahari dulu, pastu sambung lagi. Suka hati korang lah, berendam lah pepuas, tiada sebarang bayaran yang dikenakan, muahaha.


Thursday, November 19, 2015

SEPERTI YANG DIJANJIKAN .......

As salam semua.

Hai u alls sambil melambai lambai tangan kat 2, 3 orang yang rajin jengah, janji ada 2,3 orang ni, dari takde, muahaha. Tq korang, flying kiss :)

Seperti yang dijanjikan, mak encik nak share sikit gambar menu untuk lunch yang geng pantri masak gunakan microwave aje, walau pun korang bukan nya kisah pun kalau mak encik tak sambung citer pasal masak-masak kat pantry office ni kan, takpe, mak encik tetap nak tempek :P


Ayam dengan broccoli dan kentang. Selalunya kita orang beli ayam 1 ekor, pastu sesiap perapkan dan asingkan portion yang nak dimasak dan simpan dalam fridge, bila nak masak nanti keluarkan, pastu tekan butang roast chicken kat microwave nun, cukup 40 minit cenggitu, masak lah dia. Ada juga masak ikan dan sebagainya, tu nanti mak encik share, boleh buat bahan entry blog lepas ni, hahah.


Telur dadar bertatahkan sosej dan sayur campur. Kemain bertatah tatah bagai, hahah. Mula-mula rebus dulu sosej tu seminit dua, pastu letak sedikit minyak kat pinggan, bancuhkan telur, tekan 2 minit, siap dah. Sungguh enak di makan begitu saja........

Kita orang bertiga, ambil lah giliran untuk buat semua ni, geng pantri tak boleh ada yang pemalas, banyak alasan, tunggu dah siap duduk nak makan aje, geng pantri kena yang rajin, ringan tulang dan yang paling penting, tidak berkira, gitu. Sekian.


Monday, November 16, 2015

SUKA SANGAT

As salam semua.

Minggu ni last anak-anak bersekolah, yihaaa. Walau takde apa perancangan pun untuk cuti ni, tidak lah menjadi masalah, janji cuti sekolah, yabedabeduuuuu, over mak encik mengalahkan guru besar, muahaha.


Semenjak dua menjak ni, mak encik dah ada geng pantri, ahli nya 3 orang dan kita orang share beli bahan mentah dan sediakan yang simple untuk menu breakfast dan lunch. Menu kat atas ni antara menu kegemaran mak encik, 2 biji telur setengah masak, buh kicap, buh pepper, pastu bakar roti 2 keping, pastu cicah cicah roti dengan telur tu, ya ampun, sedapnya, lemak berkrim. Ikutkan hati mak encik yang tepu ni, memang nak di balun menu breakfast macam ni setiap hari, tapi bila pegang dan pandang perut mak encik yang berlapis lapis ni, terus rasa insaf dan makan cenggini seminggu sekali aje, hahah.

Masak guna microwave aje, so pepandailah adjust nak dapatkan telur setengah masak seperti yang tekak mahukan. Kalau untuk tengahari tu, kita orang bakar ayam ke, rebus ikan ke, sayur ke, memacam lagilah, nanti mak encik share gambar tu dalam entri lain ehhh.

Korang breakfast apa pagi ni ?


Thursday, November 12, 2015

COMEL @ 41 !

As salam semua.
                                                                        

Tahu majalah MIDI tak ? Kalau tak tahu gi google, koser nak bagitahu, hahah. Gambar atas ni akan jadi cover majalah MIDI untuk bulan depan, korang sanggup beli tak ? Nasib baik ada blog, boleh letak gambar terasa comel dan buat tajuk macam kat atas tu, nak suruh kengkawan lain buatkan memang mimpi ahh, dia orang tu mana pernah nak mengakui kecomelan mak encik, muahaha. Comelkan mak encik pakai cekak minnie mouse tu, pastu buat pulak gwiyomi gwiyomi, omell angattt, uwekkkk, muntah, hahah.

Alhamdulillah, last week mak encik meraikan ulangtahun yang ke 41, syukur, semua urusan setakat ini sering dipermudahkan, baik dari segi kerjaya mahupun keluarga. Berdoa sentiasa moga ianya berpanjangan, insyallah, aamiin. 

Semoga korang pun akan secomel mak encik di usia 41 tahun, lalallala.


Wednesday, November 4, 2015

TETIBA DAH 7 !

As salam semua.

Entah apa yang mak encik bebel bebelkan selama ni, tup tup dah 7 tahun blog mak encik u alls, clap clap clap, siapa tak clap, memang takde semangat setiakawan, muahaha :P




Biarpun makin lama entry makin kurang, janji kesinambungan tu tetap ada, betul tak u alls ? Siapa cakap tak betul pun dia tu takde semangat setiakawan, muahaha lagi ler.

Itu aje nak bagitahu pun, nanti sambung lagi, sila percaya, hahah.