Wednesday, December 16, 2015

TAHNIAH.......

As salam semua.

Baru teringat nak citer ni u alls. Last day masa si bongsu mak encik ke school tempohari, dia bawak balik hadiah ni, kehadiran terbaik untuk murid lelaki, clap clap clap. Dapat bekas makanan dan minuman tupperware yang sungguh comel. 

Nasib lah anak-anak mama, ada mak poyo macam mak encik memang anak-anak kena redho aje lah, mak encik memang pantang anak nak ponteng school tanpa sebab. Selagi tak demam, selagi sihat tubuh badan, sila lah ke school, jangan bagi alasan, esok cuti, hari ni ponteng boleh, esok ada aktiviti lari aje kat sekolah, malas lah nak pergi, memang tak ye, sila lah pergi, selagi tak pergi, mama korang akan jeling macam nak telan engkorang, muahaha. 


Disiplin penting u alls, kalau sesikit bagi ponteng, kalau sesikit dengar aje alasan dia orang, nanti masing-masing naik lemak oi. Perangai berdisiplin ni kalau dipupuk dari kecil, insyallah sampai bebila dia orang akan katakan tidak pada ponteng. Gitu. Contoh terbaik mak encik dan Mr.R sendiri lah, kita orang mana reti nak ambil cuti sakit, cuti kecemasan tanpa sebab. Bila betul betul sakit atau ada saudara terdekat meninggal dunia, baru lah kita orang ambil cuti. Macam tahun lepas, mak encik langsung takde ambil cuti sakit, kebetulan sakit demam sesikit tu mesti hadir di malam hari Jumaat dan sembuh di pagi Ahad, hahah.

Tahun depan pun Hakeem akan teruskan persekolahan di Tabika Perpaduan yang sama, mak encik berpuas hati sangat dengan school tu, kalau tahu bagus macam tu, dari zaman kak long lagi mak encik sekolahkan dia orang kat situ.

Siapa suka ponteng ? Meh sini mak encik babab kan dia. Biasaaa iaaaa tu !



Wednesday, December 9, 2015

SUSAH BILA POPULAR NI

As salam semua.

Siapa popular ? Siapa.... siapa ...... siapa ? Mak encik lah popular, muahaha. Serious u alls, dia orang ni kalau nak buat sesuatu mesti nak ada mak encik jugak jugak, tak kira lah kat office ke, kat rumah mak ke, kat rumah mak mertua ke, kengkawan sekolah ke, semua kalau nak buat sesuatu mesti nak ada mak encik ni, so kira popular lah tu kan kan kan, uwekk.


U alls tengok lah antara perbualan group ipar duai mak encik kat atas nun, semua tertunggu tunggu kehadiran mak encik, mak long tu mak encik lah tu. Paling tak menahan, rindu suara petirmu, muahaha. Mana tak nya, yang lenlain semua suara perempuan melayu terakhir lemah gemalai, dapat ke mak long korang ni hah, asal tak semenggah aje, memang mak encik petirkan sorang sorang, nasib korang lah, hahah.

Kesimpulannya, kalau takde mak encik tak meriah lah suasana. Gitu. Bye u alls.


Monday, December 7, 2015

BERJIMAT SELAGI BOLEH

As salam semua.

Apa khabar u alls ? Hari Isnin jangan moody please, dah di bagi rehat 2 hari, datang kerja nak moody pulak, banyak cantik, jentik hidung baru tahu, muahaha.


Roti frankurter yang ditepek dengan telur dan hirisan sosej, di saluti mayonis, thousand island, sos cili dan pepper, hrmmm, yummy yummy. Bancuh milo o, duduk makan dendiam depan pc, sedap, alhamdulillah.

Kehidupan sekarang seriously dah tak sama langsung macam 5 atau 10 tahun dahulu. Pendapatan makin bertambah tapi penggunaan nya pun makin bertambah. Kalau tak pandai menguruskan kewangan dengan baik, memang kelaut lah jawabnya. Selagi boleh berjimat, kita semua mesti berjimat, jangan sesekali ikut orang, diri sendiri yang susah nanti u alls.

Kita yang mak mak ni lagi lah kena pandai menjaga kewangan, belanja dapur sekarang kemain tinggi, masak lah selalu kat rumah tu, jangan malas malas ye geng. Kena rajin selalu, barulah cantik, itu lah petua kecantikan mak encik, kahkahkah. Bye !


Friday, December 4, 2015

BEDAL AJE

As salam semua.

4 Disember hari ni. Cuti sekolah yang tersayang oiii, tolong lah jangan lah cepat sangat berlalu, mak encik terlalu menyayangimu, muahaha.


Saya sayang tekak tidak cerewet saya, ammuah untuk dia, hihi. Makan lunch macam ni dengan geng pantri, mak encik rasa dah cukup sedap marvellous sangat dah. Janji ada cili padi dan kicap, cukup sesangat dah buat mak encik.

Mak encik alergic dengan orang cerewet, itu tak boleh, ini tak nak, itu tak kena, ini tak sedap, eiiiii, rasa nak cubit cubit kan aje mulut dia orang bila tengah komplen tu, hahah. Lagi satu peel orang kita kan, kalau pergi kenduri, eiii, komplen no 1, sambil beratur nak ambil juadah tu ada aje nak bebel bebel, mak encik peratikan aje, dengar aje bebelan dia orang, ehhh ko ni dah kenapa, datang kenduri orang nak komplen lauk pauk orang tak kena dengan tekak dia, bedal aje lah kan, lagi mau cakap banyak ehhh. Belajar bersyukur please.

Hari ni mak encik bawa bekal nasi putih dengan sambal kering ikan bilis buh kicap bebanyak, cukup dah tu, bedal aje janji kenyang. Selamat berhujung minggu semua.


Wednesday, December 2, 2015

BOSAN LER

As salam semua.

Iye memang tahu rambut sama hitam, hati lain lain, tapi kalau dah setiap hari kena menghadap memang mual ler kan. Kalau ikut perangai zaman muda dahulu kala, memang mak encik boleh ber perang mulut dah, tapi bila dah berumur ni, mak encik selalu urut dada sendiri sambil cakap sabar sabar sabar, selagi boleh bersabar kita sabar lah ye. Kalau dah tak tahan sangat nanti, pergi depan dia dan tarik tarik rambut dia sambil cucuk lubang hidung dia, muahaha, lega dapat berimaginasi cenggitu :P


Kali ni masak sup ayam dengan kentang dan carrot. Cili padi tabur bebanyak, berbulu aje geng yang tak suka makan pedas tu, hahah. Oh ye, kita orang ni bukan setiap hari memasak kat pantri nun, bila rasa teringin aje kengkawan, kalau setiap hari memang tak kuasa ler mak encik, kat rumah memasak, kat office kena masak lagi, koser oiiii.


Ditambah dengan sayur bayam. Kita orang bawa nasi sendiri dari rumah, tapi memang merbahaya lah makan dengan geng pantri ni, walaupun bertiga aje tapi dia punya berselera tu, adoiyai, sambil usap perut berlapis mak encik, muahaha.

Tata u alls.