Monday, April 25, 2016

MISI 2016 DI TERUSKAN

As salam semua.

Sabtu Ahad yang penuh dengan aktiviti. Mak encik kena lah pandai curi masa untuk diri sendiri. Tq to Mr.R yang sangat memahami, petang Sabtu tu dia bawak semua bebudak keluar dan dapatlah mak encik berehat melayan perasaan dengan drama korea, hihi. 


Misi 2016 memang nak kekal sihat berstamina gitu. So dari tahun lepas memang tak pernah miss join senamrobik dengan kengkawan. Mana nak dapat kat tempat lain yang tempat kerja nya sediakan kemudahan untuk kakitangan beriadah, semua nya percuma, antara malas dengan rajin nak join aje. Senamrobik setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Khamis rehat dan Jumaat pula ada aqua robik di kolam renang, yang ni cuma perlu bayar RM5 sahaja untuk akses ke kolam renang :)

Alhamdulillah, bila rajin bersenam, diri sendiri sahaja yang akan tahu kebaikan nya. Mak encik dah tak mudah mengah, berat badan pun dah mula menyusut dan terpaling best sakit tumit sebelum ni pun dah takde, syukur :) 

1 comment:

Miss Anne said...

mmg da kurussss! jelessss