Monday, May 9, 2016

MANA BOLEH HIDUP TANPA NASI

As salam semua.

Mak encik dan nasi ibarat isi dan kuku, irama dan lagu, aur dengan tebing. Ramai lah kengkawan dok cakap, kalau nak slim cepat, nak kurus, nak kebabom, jangan ambil nasi. Gantikan nasi dengan bla bla bla bla. 

Takpe lah kengkawan, korang nak kurus, pergi lah kurus dulu, mak encik tetap nak makan nasi, hahah. Takpe lah turun 1kg sebulan pun, ambil masa setahun nak buang 10kg lelemak dari badan mak encik ni, tetap rela, janji boleh makan nasi. Tak makan nasi boleh buat lutut gigil, mood kelaut, emosi tak stabil, gundah gulana, hah nampak tak komplikasi dia wei, hahah.


Bezanya sekarang, mula belajar makan nasi tak sebanyak macam dulu. Kalau dulu dulu, selagi tak penuh bekas merah tu dengan nasi, selagi tu lah mak encik letak dan tanpa rasa bersalah akan habiskan tanpa was-was :P

Sekarang ni tengah melatih perut ni untuk tidak meragam bila mak encik tak makan malam. Baru berjaya dalam masa dua bulan ni dan tidak dinafikan impak tidak mengambil makan malam memang lebih mempercepatkan proses penurunan berat badan. Bersenam tetap diteruskan 4 kali seminggu dan semoga mak encik terus istiqamah :)


No comments: