Friday, January 15, 2016

SERONOK

As salam semua.

Hari Jumaat yang ditunggu dah tiba, owhh seronoknya :)

Sabtu dan ahad memang dah ada program yang bersusun nak kena dibuat, as long as dah ada slot masa untuk mak encik gegolek, tu dah cukup baik u alls. Selalunya dan selagi boleh, mak encik akan settlekan apa yang boleh malam ni juga, basuh kasut, basuh baju, sapu mop lantai semua, sedaya upaya settlekan malam ni, tidur lewat sikit dari biasa pun takde masalah, esok nya kan cuti. Esok pagi tu bila celik mata, best aje, lantai dah berkilat, baju dah terampai, hanya perlu spend masa sekejap kat dapur sediakan apa yang patut, dan boleh terus lepak. Gitu.


Cuaca panas ni memang sedap sangatlah kalau makan sup. Buat sup tulang kuah seperiuk, perghh, lazat berkrim. Masak nasi dan celur mihun, buat cili kicap dan rebus telur, settle seperiuk besar sup ni.

Tengah mencari semangat dan kerajinan nak buat nuget dan sosej homemade, resepi dah ada berlambak ni, kerajinan nak membuatnya aje yang belum ada. Kesedaran mak encik dah tinggi sekarang ni, sebolehnya hanya buat kan menu makanan frozen untuk bekalan anak-anak sebulan sekali aje, lepas ni kalau buat sendiri, nak masukkan dalam menu bekal seminggu sekali pun takde hal.

Selamat berhujung minggu. Sampai jumpa lagi :)

Monday, January 11, 2016

SEMANGAT SEMANGAT !

As salam semua.

Selamat tahun baru ye kengkawan. Moga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Aamiin.

Amacam first week anak-anak start sekolah hari tu, kelam kabut tak u alls ? Mak encik ni anak berderet lagi masih bersekolah, bertabah aje lah menghadapnya. Kelam kabut tak usah cakap lah, rasa lelah, mengah semuanya lah. Tahun ni angah dah tingkatan 4, mimi darjah 4 dan hakeem masih bersekolah tadika, lambat lagi mak encik nak relax dari menguruskan anak-anak ke sekolah :)

Tahun ni mimi first time naik bas sekolah, hari pertama tu siap mak encik sekali naik bas tu, bebudak lain semua nengok pelik aje, nak kata pembantu driver bas, mak encik vogue sangat, muahaha. Gigih naik bas sekolah dengan mimi sebab nak tengok route mana yang bas tu akan pergi dan pukul berapa mimi akan sampai kat rumah nenek. Kalau lambat sangat, jawabnya kena cari bas lain, kalau ok, boleh lah teruskan. Alhamdulillah, bas sampai kat rumah nenek pukul 1.50 petang, so sempat lah dia nak ke kelas agama pukul 2.30 nanti, nasib baik lah, sekolah agama sekangkang kera aje dari rumah, syukur di situ.

Minggu ni harapnya semua dah dapat adjust masa dengan baik dan lebih smooth. Cuti sabtu ahad memang mak encik pulun rehat gegolek secukupnya. Tu yang bersemangat waja pagi ni dan terus update blog, hahah.


Dapur tetap berasap walaupun nak rehat dan gegolek secukupnya. Biar senang hati nak bergolek depan tv nun, takde lah yang berkicau nak itu nak ini, semua mama dah siapkan, korang nak apa, pergi ambil sendiri, mama nak layan Dilwale jap. Pada mak encik cerita tu biasa biasa aje, nasib baik ada srk dan kajol dan lagu janam janam dan gerua nun, kalau harap hero dan heroin muda tu, memang tak box office lah jawabnya u alls.

Janam janam janam, mmmmmm jahanam jadinya, hahah.