Monday, February 22, 2016

SEDAP NI

As salam semua.

Korang semua mesti dah selalu sangat makan aiskrim kelapa sangkaya ni kan. Sedap kan, lemak berkrim, yummy. 


Bijak betul orang yang mencipta resepi aiskrim ni, memang brilliant awak ni, terus boleh jadi kaya raya bila dikomersial kan, syabas sangat.

Tak macam mak encik, balik balik masak yang tahu aje, balik balik buat yang reti aje, nama nak mencipta apakebenda yang lenlain, memang tak ada harapan lah, hahah. Best pulak gelak kan diri sendiri !

Terpaling suka tengok orang yang suka menghias bekal anak-anak atau makanan yang dimasak tu, kemain hebat letak itu ini, susun macam tu macam ni kan, dapat kat mak encik, senduk aje nasi goreng tu dalam pinggan, letak senduk, hah siap, langsung takde kreativiti, hahah.

Ok dah, jom buat kerja, nanti bebel lagi u alls.


Monday, February 15, 2016

KE LAUT OII

As salam semua.

Makin ke laut update blog oii, lepas ni mahu sebulan sekali aje muncul. Sedey tau. Banyak aje yang nak dibebel, tapi tu lah dia, asal nak menaip aje tetiba sibuk, asal ada idea aje tetiba ada kerja urgent nak disiapkan, asal ada masa aje, time tu lah nak bergolek, bila masa nya nak menaip dalam blog ni ?


Tapi untuk makan tetap ada masa u alls, hahah. Sedapnya masak lodeh ni, letak bahan yang mak encik suka aje, soo hoon, fucuk, carrot, tempe dan telur rebus. Gigih rebus nasi impit comel tu 10 paket, kat rumah tu, mak encik dengan kak long aje yang suka nasi impit. Puas hati sedap delicious di tekak ni.

Sekarang ni barang keperluan dapur sumpah mahal oii. Beza betul dengan last year, mencanak canak naik nya. Rasa macam nak ternak ayam, mencandat sotong, tangkap ikan udang semua tu sendiri aje, tengok harga kat pasar boleh buntang buntang mata rabun mak encik ni. Korang yang tak pergi pasar dan tak masak kat rumah tu apa yang korang tahu, tetiba emo, muahaha.

Bulan April ni kak long akan habis belajar di matrikulasi, kalau ada rezeki akan terus sambung belajar, tapi tu lah dia, time anak mak encik nak belajar ni lah, sana sini subsidi dah kena potong, tu lah korang, undi lagi dia orang tu semua, tetiba emo lagi, hahah.

Kengkawan yang masih ada anak kecik tu, please, belajar lah menabung sesikit dari sekarang, anak kecik korang tak rasa sangat, bila anak-anak dah membesar dan semuanya belajar serentak, masa tu lah korang akan rasa untungnya menabung ni. Tak dapat menabung bebanyak, belajar menabung sesikit dulu, janji menabung ok !

Bye, jumpa bulan depan u alls :)

Wednesday, February 3, 2016

.................

As salam semua.

Dah masuk bulan Februari dah pun, apa aje yang mak encik ni dah buat sepanjang Januari, hrmm ........ sambil merenung jauh ke luar jendela, ayat novel sangat ni, muahaha.


Cuaca masih panas berdenting, adalah hujan turun sesekali, tapi masih panas u alls. Lepak makan abc aiskrim ni memang syok lah kan.

Rutin harian berjalan seperti biasa, penat tak usah cakap lah, faktor umur pun ye, pukul 10 malam mesti masuk tidur, nak berehat. Kalau masa memuda belia dulu, buat kerja penat macam mana pun, bertenaga aje rasa nya. Penat membebel pun iye jugak, hahah. Anak-anak ni kan, walau dah bertahun buat rutin yang sama pun, nak kena mama membebel baru bergerak berjalan, kalau buat tak tahu, lagi dia orang pun join sesama buat tak tahu.

Mak encik dulu masa bersekolah takde lah pulak, mak nak kena ingatkan, buku sekolah dah kemas ke, baju dah siapkan ke, kerja sekolah dah buat ke, bla bla bla, elok aje mak encik uruskan diri. Nak marah selalu bukannya bagus, cepat berkedut nanti u alls, so membebel aje lah selagi terdaya, hahah.

Minggu depan cuti panjang, ke mana korang ?