Thursday, March 24, 2016

BIAR LAMBAT JANJI SEDAR

As salam semua.

Apa khabar u alls ? Semoga semuanya baik baik aje macam mak encik ye.

Tahun ni mak encik menginjak ke 42 tahun. Selalu aje ada baca info mengenai pelbagai penyakit yang akan mudah singgah tatkala menginjak usia 40 tahun. Huhu. Family background mak encik pulak, memang memacam penyakit merbahaya ada, darah tinggi kencing manis tu macam dah biasa sangat dah, kanser payudara, kanser tulang, sakit jantung semua nya ada. Kesimpulan nya, memang kena ambil tahu tentang kesihatan dengan serius. Mencegah lebih baik dari mengubati kata orang bijak pandai :)


Memang tahu, selalu jugak baca pasal bersenam 3 kali seminggu adalah baik untuk kesihatan tubuh badan. Tapi seriously u alls, dari kecik sampai ke besar macam ni, memang mak encik malas sungguh nak bersenam, rasa berat betul nak mulakan. Kalau dulu setahun sekali pun tak tentu ada masa nak bersenam, memang malas tahap tertinggi.

Nak dijadikan cerita, masa mak encik buat check up tahunan, masa tu umur 35 tahun, bacaan gula dan darah tidak memuaskan, disamping masalah obesiti yang memang menjadi masalah hakiki kat mak encik ni. Bermula dari situ, baru lah mak encik terhegeh hegeh nak mulakan aktiviti senaman ni sebagai satu aktiviti wajib.  Bermula dari sekali seminggu turun padang dengan anak-anak, lepas tu perlahan lahan merancakkan lagi aktiviti bersenam ni.

Hanya 3 tahun kebelakangan ni yang mak encik betul betul konsisten amalkan bersenam 3 kali seminggu, dan alhamdulillah, bacaan gula dan darah menjadi normal, kadar obesiti ada penurunan walaupun masih dalam lingkungan obes.  Kalaulah dari zaman dahulu kala mak encik mengamalkan aktiviti senaman ni, dah tentu dah dapat sama bayang bayang mak encik macam bayang bayang Ziana Zain, hahah.

Dua bulan lepas, satu lagi aktiviti baru, kali ni bersenam dalam kolam renang atau aqua aerobik, memang mencabar nak bersenam dalam kolam renang tu. Moga mak encik terus istiqamah dalam menjalani aktiviti untuk menjaga kesihatan ni. Kita berusaha, selain nya serahkan pada yang berkuasa :)

Selamat berhujung minggu semua :)


Monday, March 7, 2016

MAKAN AJE LAH

As salam semua.

Hari ni anak-anak exam, so cuti 2 hari tak kemana pun, duduk teman sesama dia orang buat ulangkaji. Kalau tak duduk sekali, buku kemana, dia orang pun entah kemana :) 

Masak sesiap dan hidangkan. Bebila dia orang nak makan, semua dah tersedia, buat seringkas yang boleh, janji masak, gitu.


Beli lamb yang dah sesiap perap, balik balik kan atas kuali aje. Nak cepat ler, koser nak bergulai bagai.

Udang goreng kunyit. Koser nak bersweet sour bagai, resepi tu lain bulan aje buat, muahaha.


Untuk berkuah, mak encik buat kari udang aje, senang yang amat.


Masak nasi jagung. Resepi dia main hentam aje. Berdoa lah bebanyak supaya rupa dan rasa dia boleh dimakan.  Nasib baik menjadi, alhamdulillah.

Sabtu Ahad memang hari makan, ehhhh tetiap hari pun makan ler, cuma di hujung minggu memang selalu akan ikut selera tekak, bedal aje, selagi ada selera nak makan ni, makan aje lah. Iye, mak encik memang positif, makan aje lah, nanti pergi lah bersenam kat padang nun, hahah.

Jom sambung buat kerja.