Monday, April 25, 2016

MISI 2016 DI TERUSKAN

As salam semua.

Sabtu Ahad yang penuh dengan aktiviti. Mak encik kena lah pandai curi masa untuk diri sendiri. Tq to Mr.R yang sangat memahami, petang Sabtu tu dia bawak semua bebudak keluar dan dapatlah mak encik berehat melayan perasaan dengan drama korea, hihi. 


Misi 2016 memang nak kekal sihat berstamina gitu. So dari tahun lepas memang tak pernah miss join senamrobik dengan kengkawan. Mana nak dapat kat tempat lain yang tempat kerja nya sediakan kemudahan untuk kakitangan beriadah, semua nya percuma, antara malas dengan rajin nak join aje. Senamrobik setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Khamis rehat dan Jumaat pula ada aqua robik di kolam renang, yang ni cuma perlu bayar RM5 sahaja untuk akses ke kolam renang :)

Alhamdulillah, bila rajin bersenam, diri sendiri sahaja yang akan tahu kebaikan nya. Mak encik dah tak mudah mengah, berat badan pun dah mula menyusut dan terpaling best sakit tumit sebelum ni pun dah takde, syukur :) 

Wednesday, April 6, 2016

PUJAAN HATI SANGAT NI

As salam semua.

Dah 5 April pun hari ni. U alls dah habis ganti puasa ke belum ? 


Kita orang sefamily memang pencinta nasi arab. Kalau diikutkan hati dan perasaan ni, setiap hari makan nasi arab pun boleh sangat. Sampai sekarang, tak pernah sekali pun masak nasi arab, sebab mak encik rasa renyah pulak bahan yang diperlukan tu. Sungguhpun ada member cakap ala senang kacang aje masak nasi arab, apsal mak encik tetap rasa remeh !! Senang cerita, bila teringin tu, pergi aje lah makan di restoran.


Kebab. Sedap sangat ni. Kalau dah makan masa lunch, kenyang dia tu membawa sampai ke malam.

Sekian.